nintchdbpict0003075974641

Sains: Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi

Sorakan penyokong Barca ketika meraikan gol kemenangan Sergi Roberto telah menghasilkan satu gegaran yang sangat kuat dan boleh dikatakan sebagai gempa bumi skala kecil.

Semua kita tahu bunyi itu terhasil daripada getaran. Getaran yang kuat ini telah membawa kepada gegaran pada skala minor di permukaan bawah tanah Camp Nou.

Sorakan 96,000 penyokong di Camp Nou pada malam itu memang luar biasa.

Seorang pakar seismologi, Jordi Diaz telah mengemukakan laporan beliau tentang hal ini.

Satu seismometer telah dipasang di Institute of Earth Sciences Jaume Almera. Ianya kira-kira 500 meter daripada Camp Nou, tempat berlangsungnya perlawanan Barca vs PSG.

Laporan Diaz mengesahkan ia adalah gegaran terkuat yang pernah dirakamkan oleh seismometer yang berada di institut tersebut, sejak ia dipasang 5 tahun yang lalu.

Ketika gol ke-2 dan ke-3 Barca, sorakan yang dihasilkan juga telah mewujudkan gegaran yang agak kuat daripada yang biasa ataupun yang pernah berlaku sebelum ini di Camp Nou.

Untuk gol ke-4 dan ke-5, kadar gegaran itu dikatakan agak normal seperti mana yang pernah direkodkan sebelum ini. Ianya tidak seperti ketika jaringan ke-2 atau ke-3 tadi.

Kebiasannya dalam perlawanan sebegini, jaringan ke-4 dan ke-5 pastinya akan lebih gegak gempita. Ianya mungkin kerana penyokong Barca tersentak selepas gol Edinson Cavani.

Namun gol ke-6 oleh Sergi Roberto telah mewujudkan satu gegaran kecil dan boleh dikatakan menyamai gempa bumi skala kecil.

Untuk tambahan, Jordi Diaz juga kerap juga mengukur gegaran yang terhasil daripada konsert besar yang dianjurkan di Camp Nou.

Ia adalah Earthquake Celebration!

Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG

The post Sains: Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *