Insiden pergaduhan permain bolasepak di MALAYSIA

Insiden pergaduhan permain selepas perlawanan Piala Presiden di antara Pulau Pinang VS Perlis Video Rating: / 5 Anda ada SKILLS? Jom buat duit di sini ! skills apa-apa pun boleh http://niaga2u.net/xhml Alhamdulillah.. Malaysia menjuarai dengan 5-4 ke atas indonesia dengan pusingan penalti. TAHNIAH !! Incoming search terms:insiden pergaduhanpermain bolasepak di malaysiabolasepak di malaysiapegaduhan pemain bolasepak … Continue reading Insiden pergaduhan permain bolasepak di MALAYSIA

Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Sebentar tadi telah diadakan proses undian TM Piala Malaysia 2017 membabitkan 16 pasukan  dari Liga Super dan 100 Plus Liga Perdana 2017 Bagaimana Undian Dilakukan Pasukan-pasukan yang bertanding disusun terlebih dahulu mengikut turutan setelah tamat semua perlawanan ke 11 Liga Super dan 100 PLUS Liga Perdana 2017. Pasukan-pasukan yang layak akan diundi ke dalam empat kumpulan … Continue reading Keputusan Undian TM Piala Malaysia 2017

Previu Dan Analisis: Mengapa Natxo Insa Adalah Pemain ‘Sepanyol’ Dimaksudkan TMJ

Seorang pembaca setia kami, Hairi Mohd membuat satu previu ringkas tentang prospek perpindahan pemain yang akan berlaku dalam jendela perpindahan pertengahan musim. Previu Hairi Mohd TMJ ada menyatakan, “Selain Ghaddar, kami akan membawa seorang lagi pemain berasal dari Sepanyol menyertai JDT.” Sepanyol? Siapakah gerangannya? Melalui suatu rakaman video yang disiarkan di laman rasmi Johor Southern … Continue reading Previu Dan Analisis: Mengapa Natxo Insa Adalah Pemain ‘Sepanyol’ Dimaksudkan TMJ

Pusingan Akhir Kelayakkan Piala Asia Diteruskan Di Pyongyang

Perlawanan Pusingan Akhir Kelayakkan Piala Asia di antara Korea Utara dan Malaysia akan diteruskan diadakan di Pyongyang. Hal ini dihebahkan dari satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) lewat malam semalam. Ianya setelah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan tiada lagi sekatan perjalanan dari kerajaan Malaysia untuk kunjungan ke negara berkenaan. FAM … Continue reading Pusingan Akhir Kelayakkan Piala Asia Diteruskan Di Pyongyang

Selepas Minggu Penuh Kontroversi, Kelantan Kutip 3 Mata Di Darul Makmur

Kelantan kutip 3 mata berharga dengan menewaskan Pahang 3-2 di Darul Makmur. Ini satu keputusan yang mengecewakan untuk Pahang dalam usaha mereka untuk terus mengekori rapat JDT. Pada masa yang sama, pasukan yang mereka tentang adalah pasukan yang penuh dengan tekanan di kem mereka kerana dipotong 6 mata. JDT pada masa yang sama sekadar seri … Continue reading Selepas Minggu Penuh Kontroversi, Kelantan Kutip 3 Mata Di Darul Makmur

Nazmi Faiz Sah Digantung 1 Perlawanan Berserta Denda RM 3 Ribu

Pemain Johor Darul Ta’zim, Nazmi Faiz Mansor telah pun dikena hukuman diatas tindakan beliau ketika perlawanan suku akhir Piala FA Malaysia diantara JDT menentang Pahang tempoh hari. Menurut Datuk Baljit Singh Sidhu yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), pihaknya telah meneliti rakaman video mengenai insiden yang berlaku pada perlawanan tempoh hari. Dalam rakaman … Continue reading Nazmi Faiz Sah Digantung 1 Perlawanan Berserta Denda RM 3 Ribu

Gol Mahmadou Sumareh Ranapkan Impian JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia

JDT VS Pahang di Larkin menyaksikan perlawanan yang cukup menarik diantara kedua-dua pasukan dalam misi ke separuh akhir Piala FA Malaysia. JDT dalam misi mempertahankan kejuaraan memerlukan kemenangan selesa dalam mengubah kedudukan agregat yang pada mulanya memihak Pahang. Pasukan tuan rumah nyata bermula garang apabila terus melancarkan serangan bertali arus untuk mendapatkan gol awal. Hasilnya … Continue reading Gol Mahmadou Sumareh Ranapkan Impian JDT Untuk Pertahankan Piala FA Malaysia

Thailand FA Ikat Tenaga Pakar Malaysia, Serap Lim Kim Chon Dalam Pasukan Kejurulatihan

Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) telah menandatangani kontrak bersama seorang instruktor FIFA dari Malaysia iaitu Lim Kim Chon. Ianya sebahagian daripada program untuk memastikan impian Piala Dunia 2026 mereka dapat direalisasikan. Lim Kim Chon telah dilantik oleh pihak FAT dalam rangka badan bola sepak Thailand itu merevolusikan bola sepak negara Gajah Perang itu. Sebelum ini … Continue reading Thailand FA Ikat Tenaga Pakar Malaysia, Serap Lim Kim Chon Dalam Pasukan Kejurulatihan

Isteri Nafikan Kiatisuk “Zico” Senamuang Akan Menjadi Pengendali Baharu Harimau Malaya

Isteri Kiatisuk, Asarapa Senamuang menafikan Kiatisuk “Zico” Senamuang sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya yang baharu. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh Berita Harian semalam. Kiatisuk Senamuang bersama Asarapa Senamuang (kanan sekali) dan tiga anak gadisnya. Sejak meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih Thailand, Kiatisuk sering dikaitkan dengan jawatan mengendalikan skuad Harimau Malaya. Kemungkinan itu semakin kencang … Continue reading Isteri Nafikan Kiatisuk “Zico” Senamuang Akan Menjadi Pengendali Baharu Harimau Malaya

Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017”

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam memberitahu bahawa Stadium Shah Alam sekali lagi akan menjadi venue untuk menganjurkan final Piala FA 2017. Perlawanan final Piala FA 2017 dijadualkan berlangsung pada 20 Mei hadapan. Pemilihan Stadium Shah Alam kerana kapasiti stadium tersebut yang besar dan sesuai untuk menampung jumlah kehadiran … Continue reading Kevin Ramalingam: “Stadium Shah Alam Venue Final Piala FA 2017”