Johor Darul Takzim vs Felda United: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung pada malam esok, Sabtu 28 November 2015. SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima membawakan kepada anda previu perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2015. Untuk bahagian kedua ini, kami bawakan kepada anda previu perlawanan di antara Johor Darul Takzim dan juga Felda United. Baca: Selangor Vs Sarawak: Previu Suku … Continue reading Johor Darul Takzim vs Felda United: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Johor Darul Takzim FC Juara Piala AFC 2015!

Johor Darul Takzim (JDT) melakar sejarah baru dalam arena bola sepak Asia Tenggara apabila merangkul kejuaraan Piala AFC selepas menundukkan wakil Tajikistan, FC Istiklol 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe. Menjelang aksi final, penggegar utma Luciano Figueroa diberi peluang 50-50 untuk diturunkan namun pemain Argentina itu membuat penampilan dalam percaturan Mario Gomez sebagai pemain kesebelasan … Continue reading Johor Darul Takzim FC Juara Piala AFC 2015!

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) Juara Piala Sumbangsih

JOHOR Darul Takzim (Johor DT) akhirnya menumpaskan Pahang. Lebih menarik kemenangan itu diraih pada aksi sulung Liga Malaysia menerusi perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih 2015 apabila skuad Harimau Selatan menewaskan Tok Gajah 2-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi. Kemenangan itu sekali gus memberikan tiga mata penuh buat skuad … Continue reading JOHOR Darul Takzim (Johor DT) Juara Piala Sumbangsih

Johor Darul Takzim Layak Ke Pusingan Kedua Playoff ACL 2015

Imej kredit JOHOR Southern Tigers.com.my Johor Darul Takzim (Johor DT) terus membuktikan kehebatan apabila berjaya melepasi pusingan pertama playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 selepas menewaskan juara Liga India, Bengaluru FC 2-1 pada perlawanan yang diheret sehingga ke masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru. Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu melakar … Continue reading Johor Darul Takzim Layak Ke Pusingan Kedua Playoff ACL 2015

Sambutan Istimewa Untuk Wira ‪JDT‬– Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah satu sambutan khas akan diadakan untuk menyambut kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas berjaya mengharumkan nama negara dan Johor khususnya dengan merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 di Dushanbe, Tajikistan. “Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti … Continue reading Sambutan Istimewa Untuk Wira ‪JDT‬– Sultan Johor

Keputusan Separuh Akhir Pertama AFC CUP JDT VS Bengaluru

SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT)  mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 menentang Bengaluru FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi. Selaku juara edisi lalu, Harimau Selatan tampak seakan bergelut dalam mengatur gerak pada minit-minit awal permainan selain berdepan … Continue reading Keputusan Separuh Akhir Pertama AFC CUP JDT VS Bengaluru

Stadium Tun Abdul Razak: Matchday Experience FELDA United vs JDT Yang Gila

Apabila Stadium Tun Abdul Razak siap sekitar pertengahan musim 2015 tahun lepas, saya tahu saya perlu menjadikan stadium yang terletak di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka ini sebagai salah satu stadium yang wajib saya lawati. Bagaimanapun hanya 7 bulan selepas Stadium Tun Abdul Razak menjadi halaman rasmi FELDA United buat kali pertamanya dalam musim 2016, barulah … Continue reading Stadium Tun Abdul Razak: Matchday Experience FELDA United vs JDT Yang Gila

Senarai Penaja 12 Pasukan Liga Super 2016 Dan Motif Tajaan Mereka

Dalam bola sepak, pasukan bola sepak memerlukan penaja sebagaimana penaja memerlukan pasukan bola sepak. Dalam artikel kali ini, kami menyenaraikan penaja-penaja 12 pasukan Liga Super untuk menjelaskan kepada anda: Mengapa persatuan bola sepak kita masih dinaungi oleh ahli politik? 1. Felda United Penaja: FELDA, FBT Sports (penaja jersi) Sumber: Facebook FELDA UNITED FC Seperti Bayer … Continue reading Senarai Penaja 12 Pasukan Liga Super 2016 Dan Motif Tajaan Mereka

TMJ Intai Peluang Beli Kelab AC Milan

JOHOR BAHRU: Tumpuan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam memperkasakan Johor Darul Takzim (JDT) sebagai pasukan yang digeruni di arena bola sepak Asia dapat dilihat terutama dengan kemudahan latihan sebanyak RM15 juta dan rancangan untuk membina stadium baharu dengan 40,000 tempat duduk. Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik pasukan JDT mahu pergi lebih jauh. Tunku … Continue reading TMJ Intai Peluang Beli Kelab AC Milan

Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final?

Saingan Piala Malaysia 2015 semakin menuju ke klimaks selepas Pahang, Selangor, Felda United dan Kedah masing-masing akan berentap dalam 2 perlawanan separuh akhir bermula esok. SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima mengkaji peluang 4 pasukan ini untuk ke final Piala Malaysia 2015. Pahang vs Selangor (Siaran Langsung di TV3) Tidak dinafikan lagi, perlawanan antara dua pasukan … Continue reading Pahang vs Selangor, Felda United vs Kedah: Pasukan Manakah Yang Akan Ke Final?