Bola Sepak : Piala Emas Raja-Raja 2015

Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja merupakan antara pertandingan bola sepak tertua di negara ini. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang mana kejohanan ini telah banyak mencungkil bakat-bakat baru bola sepak di kalangan orang Melayu untuk ditampilkan dalam peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan Edisi Piala Emas Raja-Raja 2015 akan melibatkan penyertaan … Continue reading Bola Sepak : Piala Emas Raja-Raja 2015

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2015

Sepak mula Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2015 akan bermula 20 hingga 22 November 2015 ini bagi saingan peringkat kumpulan. 16 buah pasukan terdiri daripada persatuan bola sepak melayu negeri, kelab serta pasukan jemputan iaitu Singapura mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan yang muncul sebagai … Continue reading Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2015

Raja Asia Tenggara BAKAL KEMBALI!

Piala AFF Suzuki 2014 sudah sampai ke minggu akhirnya. Tak perlu lagi Daud nak ulas tentang apa yang telah pasukan bola sepak negara kecapi pada perlawanan separuh akhir yang sudah. Bagaikan satu miracle dari skuad kuda tua Dollah Salleh. Dengan pelbagai tomahan dan cacian, yang membina dan juga meruntuhkan, skuad kuda tua itu berjaya membawa … Continue reading Raja Asia Tenggara BAKAL KEMBALI!

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 2)

Lanjutan daripada Bahagian 1. Disebabkan kurangnya kesedaran akan betapa pentingnya pengurusan maklumat, ketokohan lagenda bolasepak negara iaitu Mokhtar Dahari turut mendapat tempiasnya. Mana tidaknya, rekod 125 gol yang dijaringkan beliau dalam 167 penampilan bersama skuad kebangsaan tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa. Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan juga Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah memutuskan bahawa nama … Continue reading Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 2)

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 1)

Salah satu aspek yang sangat penting dalam pembangunan bolasepak negara adalah pengurusan maklumat. Pengetahuan sejarah dan simpanan rekod yang kemas serta tersusun dilihat sering diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mujurlah masih terdapat usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak di kalangan wartawan dan penulis bebas untuk memelihara warisan dan identiti negara. Boleh dikatakan hampir semua usaha … Continue reading Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 1)

MALAYSIA: Ketua jurulatih

MALAYSIAN COACHES Wira yang tak didendang, siapa lagi kalau bukan para jurulatih. Biasanya, setiap seorang pemain kesebelasan utama mempunyai salah satu nombor antara 1 hingga 11 yang jelas tertera di belakang jersi mereka malahan pemain-pemain simpanan juga masing-masing diberikan suatu nombor. Bukan itu sahaja, para penyokong pun turut mendapat nombor apabila disebut sebagai “pemain ke-12”. … Continue reading MALAYSIA: Ketua jurulatih

Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

Liga Super merupakan liga bola sepak peringkat tertinggi di Malaysia. Setiap pasukan yang menjuarainya, akan layak bertanding ke peringkat kelayakan AFC Champions League. Jika gagal layak, mereka masih boleh bertanding dalam AFC Cup. Liga Super sudah diasaskan sejak musim 2004. Ini bermakna pada tahun 2016 ini, Liga Super sudah 13 tahun dipertandingkan. Sejarah liga bola … Continue reading Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

9 Memorabilia Bola Sepak Paling Mahal Di Dunia

Daripada jersi, trofi sehinggalah kepada buku, kami senaraikan 9 memorabilia bola sepak yang perlu anda dapatkan jika anda merupakan seorang billionaire. 9. Bola jaringan ke-1,000 Pele Nilai (anggaran): USD40,000 – USD60,000 (RM160,584 – RM240,876) Pada 19 November 1969 di Stadium Maracanã, Pele yang pada ketika itu bermain untuk Santos menjaringkan gol ke-1,000 dalam karier profesionalnya … Continue reading 9 Memorabilia Bola Sepak Paling Mahal Di Dunia

Bolasepak sebagai sukan bukannya politik

Baru-baru ini sebuah pasukan kelab dari Liga Malaysia (Liga-M) yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC telah menempatkan nama Malaysia kembali gah di pentas Asia. Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) yang dibarisi ramai pemain bintang tempatan telah menjuarai Piala AFC tahun 2015 dengan menewaskan FC Istiklol dari Tajikistan di tempat lawan. Sekalipun bernasib baik apabila … Continue reading Bolasepak sebagai sukan bukannya politik

Malaysia vs. The World

Malaysia merupakan sebuah negara dari Asia Tenggara yang belum pernah lagi mara ke pusingan akhir Piala Dunia (di sepanjang sejarah bolasepaknya setakat ini). Dahulunya dikenali sebagai Malaya iaitu nama lama sebelum pembentukan negara baru pada 16 September 1963, Malaysia hanya pernah bermain di pusingan kelayakan Piala Dunia sahaja. Sehingga penghujung tahun 2013, pencapaian terbaik Malaysia … Continue reading Malaysia vs. The World