craig-shakespeare-leicester-premier-league_3435472

Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri

Dalam sesi sidang media pertama interim Leicester City, Craig Shakespeare telah ditanya soalan panas tentang punca pemecatan Ranieri dan kaitannya dengan pakatan pemain.

Tersebar berita di UK menyatakan selepas kekalahan di tangan Sevilla, kekecewaan pemain sudah sampai ke kemuncak dan mendesak pemilik kelab agar Ranieri dipecat.

Antara nama-nama pemain senior yang dikaitkan adalah Ulloa, Morgan dan Shlupp serta ada juga yang menyelitkan nama Jamie Vardy dan Robert Huth.

Pakatan pemain senior ini dikatakan telah menjadi dalang menentang Ranieri.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan taktikal Ranieri dan pemilihan pasukan utama dalam perlawanan.

Hal ini dinafikan oleh Craig Shakespear. Beliau menyatakan keputusan memecat Ranieri adalah 100% dari pemilik kelab.

Shakespear berkata:

“Saya tidak takut pemain-pemain senior pergi mengadu kepada pemilik kelab untuk menyingkirkan saya. Ia perkara baru bagi saya”

“Dari sudut pandangan bola sepak, saya nak beritahu anda semua yang pemain-pemain kami sangat profesional.”

“Mereka sangat terluka dan kecewa (dengan kekalahan) di bilik persalinan.”

“Saya tidak ada masalah dengan mereka di pusat latihan. Mereka sangat hebat dan profesional. Mereka pun turut kecewa seperti orang lain apabila pengurus dipecat.”

Shakespear mengakui dia ada berbual-bual dengan Ranieri malam semalam dan menganggap pemergian Ranieri sebagai sesuatu yang memeranjatkan.

“Saya ada berbual-bual dengan dia. Dia ucapkan terima kasih kerana sokongan daripada saya. Namun percakapan kami biarlah rahsia.”

“Hubungan kami baik seperti biasa.”

“Saya sangat sedih melihat dia kehilangan jawatan. Tapi semua kita tahu, dalam bola sepak perkara seperti ini biasa berlaku.”

“Saya tidak mendengar pihak kelab sudah ada calon untuk menggantikan beliau buat masa ini.”

“Kami akan pastikan dia sentiasa dalam ingatan kami semua. Dia pergi dengan semua orang di sini menghormati beliau.”

Tugasan pertama Shakespear adalah menentang Liverpool dalam perlawanan liga.

Baca juga: Undian Pusingan 16 Terbaik Europa League, United Bertemu Rostov!

 

The post Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *