2014, CR sudah jaringkan 60 gol, Messi 58

Tahun 2012, Messi menjaringkan 91 gol untuk Barcelona, satu rekod jaringan terbanyak dari Januari hingga Disember.

Untuk tahun 2014, pemburuan Ballon D’or terus hangat dengan perbandingan antara dua pemain terbaik dunia, dua mesin pencetak gol, Ronaldo dan Messi.

Ronaldo kini menjaringkan 60 gol, lebih 2 dari Messi dengan 58 gol. Namun dari 60 jaringan tersebut 15 gol Ronaldo hadir hasil dari sepakan penalti berbanding Messi yang hanya 6 penalti. Ini bermakna Ronaldo hanya menjaringkan 45 gol melalui open play dan Messi 52 gol melalui open play dan Messi juga terlepas beberapa sepakan penalti yang tidak menerjah jaring.

Copy of Full Text RSS Builder

Siaran Langsung Perlawanan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2014

LIVE di ASTRO Arena untuk aksi kedua-dua pasukan melibatkan JDT dan JDT II didalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Piala Malaysia.

 Ayuh JOHOREAN , kepada yang berkesempatan, turun ke stadium untuk berikan sokongan yang padu kepada kedua-dua pasukan kita.
Johor Darul Ta’zim

Liga Fantasi Piala Dunia 2014 Sokernet

World Cup 2014 fantasy football sudah ada.

Ko rasa ko terer? Ko rasa ko “wak doyok of local football”? Ko rasa ko lebih bijak dari David Moyes?

Ko join liga fantasi anjuran kami di:
http://en.m.mcdonalds.fantasy.fifa.com/leagues/73992

Sapa juara dia Brendan Rodgers. Sapa last dipenghujung kejohanan, dia Louis Van Gaal.

Semoga berjaya!
Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Supermokh Cup 2014

Kawan-kawan sekalian,

Bila berbicara tentang bolasepak, saya rasa kita sudah hampir tiba disatu persimpangan yang menuju dua jalan yang berbeza sama sekali.

Simpang di kanan kelihatan sebuah institusi bolasepak yang berkembang pesat dengan struktur pembangunan bolasepak mampan, didokong oleh professional yang berkebolehan. Kita dipersembahkan dengan mutu permainan bolasepak tahap dunia, dibarisi oleh pemain-pemain yang berkemahiran serta memiliki teknik tinggi dan stadium-stadium kita dibanjiri oleh peminat yang bukan sahaja padu malah bertamadun.

Simpang kiri pula, tak perlulah saya perincikan kerana umum lebih arif barangkali.

Hujung minggu sudah, saya berpeluang menyaksikan pertandingan Supermokh Cup yang dianjurkan oleh National Football Development Program, singkatnya NFDP di padang Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Malaysia diwakili oleh tiga pasukan bawah 12 tahun manakala pasukan lainnya adalah skuad remaja bawah 12 tahun dari Sepanyol, Thailand, Korea, Indonesia, Myanmar, Croatia, Bangladesh dan Singapura.

Jujur saya katakan bahawa saya jarang pergi ke perlawanan yang melibatkan pasukan remaja negara tetapi apabila saya perhatikan usaha bersungguh-sungguh pihak NFDP untuk memartabatkan kembali bolasepak Malaysia, sifat ingin tahu saya tentang tahap terkini bolasepak remaja negara membuak-buak.

Perlawanan pertama yang saya saksikan ialah Malaysian Cougars (pasukan yang paling sedap diantara tiga pasukan bawah 12 tahun Malaysia) menentang Bangladesh. Ternyata Bangladesh bukan tentangan mereka. Saiz badan mungkin sama tetapi kecerdasan fizikal pasukan kita lebih baik. Saya difahamkan taktik yang Lim Teong Kim ingin terapkan secara menyeluruh kedalam bolasepak remaja kita ialah hantaran bola harus sentiasa rendah (bukan bola tinggi), larian pantas, memberikan tekanan kepada pihak lawan (bertahan) dari barisan hadapan lagi dan yang paling ketara, tidak perlu memegang bola terlalu lama.

Taktik ini sangat jelas kelihatan. Penjaga gol jarang menendang terus ke atas tetapi akan memberikan bola kepada bek untuk memulakan serangan. Jika midfield tidak datang menerima bola, serangan akan dilancarkan dari bahagian tepi. Bek kiri dan kanan Malaysia sangat cergas dan laju. Teknik menahan bola yang baik, “one-touch” yang bijak, hantaran pendek tepat, larian membuka ruang yang bijak membuatkan saya agak teruja dengan pasukan remaja Malaysia ini. Tapi dalam hati saya masih ada keraguan kerana lawan mereka ialah Bangladesh. Dari cara permainan yang Bangladesh tunjukkan, taktik Lim Teong Kim jauh lebih hebat.

Perlawanan kedua yang saya saksikan ialah Malaysian Cougars menentang Malaysian Tigers. Separuh akhir Malaysia lawan Malaysia. Dari perlawanan ini dapat saya rumuskan bahawa pasukan remaja kita sedang didokong oleh barisan jurulatih yang sangat bagus. Cara permainan kedua-dua pasukan agak sama. Tiada tendangan bola tinggi. Hantaran semuanya rendah. “Drill” yang sama. Cuma ketika Malaysian Cougars ketinggalan, mereka agak terdesak untuk mencari gol penyamaan dan mula melakukan kesilapan namun segala asas permainan mereka masih sama. Itu yang amat amat mengujakan saya. Dua pasukan Malaysia yang berbeza tetapi cara permainan, teknik, “drill” semuanya sama!

Cara memanaskan badan pemain kita juga sangat professional. “Fitness instructor” ialah seorang Jerman. Kita menggunakan “marker” untuk memanaskan badan, stretching yang sama seperti pasukan kelab professional di Eropah gunakan sebelum perlawanan. “Marker” bukanlah satu benda yang mahal tapi bila ia digunakan untuk memanaskan badan tampak pasukan kita lebih serius dan tersusun.

Saya tidak dapat menyaksikan perlawanan akhir semalam. Diberitakan kita kalah kepada kelab Pohang Steelers, Korea 4-0 tapi saya pasti permainan pasukan negara mantap.  Saiz badan pemain Korea lebih padu dan mereka ialah tentangan yang baik untuk skuad Malaysia. Dari “tweet” mereka yang berada di final, kesemuanya memuji pasukan remaja negara kerana semangat juang dan cara permainan serangan serta teknik yang bagus. Korea sebaliknya menggunakan taktik bertahan dan “counter-attack”. Saya juga pasti mereka yang kalah akan belajar dari kekalahan itu.

Ini semua masih diperingkat pembangunan. Kalah atau menang sebenarnya tidak penting pada tahap ini. Yang paling penting ialah pemain kita faham taktik permainan dan mempraktikkan apa yang jurulatih ajar dengan menggunakan teknik yang betul dan belajar dari kesilapan. Bak kata seorang dari jurulatih di NFDP yang sempat saya temubual,

mereka (di NFDP) masih budak2. Yang penting ialah samada mereka faham atau tidak apa yang diajar. Bila mereka dah dewasa, persoalannya ialah bukan lagi pemain tersebut faham atau tidak tetapi samada mereka mahu atau tidak“.

Pendek kata, jika sudah dewasa pun masih menahan bola dan bola terpelanting kena telor sendiri maka akan sentiasa kena telor lah pemain itu menahan bola sampai bila-bila.

Saya amat berharap agar NFDP dapat mengekalkan momentum. Jelas ada mutu didalam permainan skuad remaja kita kini. Yang akan menjadi tandatanya ialah mampukah pemain-pemain ini mengekalkan teknik bermain bolasepak, tahap kecergasan dan kekuatan fizikal apabila umur mereka meningkat nanti? Mampukah juga NFDP bertahan untuk melahirkan lebih ramai lagi pemain-pemain pelapis yang setaraf atau mungkin yang lebih baik?

Buat masa ini masih ada harapan untuk bolasepak Malaysia. Dimana ada usaha, disitu ada kejayaan. Jangan tatkala taraf bolasepak kita sudah meningkat nanti kita yang menyokong ini pula hancurkan dengan mengamalkan keganasan dalam budaya bolasepak kita.

Simpang itu sudah dekat. Mudah-mudahan kita akan pusing ke kanan.
Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Incoming search terms:

final piala dunia 2014

Tahun 1986. Sebuah tahun di mana generasi x yang terakhir berumur 5 tahun. Generasi x yang pertama berumur 25 tahun. Juga, sebuah tahun yang menjadikan aku, seorang jantan, mengenal bola sepak.

Final piala dunia 1986 adalah pertemuan di antara argentina, sebuah negara beragama animisme menentang jerman barat, sebelum dibaptiskan menjadi “hanya jerman”, hanya kerana sebuah tembok. Keputusan berkesudahan 3-2, berpihak kepada argentina. Kita semua maklum akan tanggungjawab pemisah kemenangan ini adalah datangnya daripada seorang barca, maradona.

Tolak ke tepi dahulu isu tangan tuhan atau apa sahaja alasan jerman yang bermati-matian menyebarkan propaganda jelek.

Tahun 1990, jerman barat berjaya membalas dendam dengan menewaskan argentina 1-0.

————————
 
2014 menampilkan 3 “key player” mewakili negara masing-masing iaitu christiano ronaldo (portugal), neymar (brazil) dan legasi maradona, lenovo messi (argentina).
 
2 orang dah cian, tinggal sorang.
 
 
Sepertimana yang kita semua maklum, Ronaldo yang digilai Siti sudahpun kembali dengan berita “anti Zionist” dan “meminati islam” nya, Neymar juga telah meninggalkan saki baki perlawanan disebabkan badan lemah dan tidak berjaya mengekang “heat stress” perlawanan.
 
Kini, tinggal tuhan kedua argentina iaitu lenovo messi dan rakan sepasukan yang akan mara dan menewaskan jerman dalam misi balas dendam pasca 1990.
 
argentina 2-1 jerman.
 
 
jack murthi
0123
ara damansara

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

PIALA FA 2014 (Suku Akhir Pertama) Johor DT VS Kedah

PIALA FA 2014 (Suku Akhir Pertama)

Kesebelasan utama yang akan beraksi malam ini di Stadium Larkin

Senarai pemain.

JOHOR DARUL TA’ZIM

Mohd Izham Tarmizi (GK) , Baihakki Khaizan (C) , Mahali Jasuli , Fadhli Shas , Mohd Fazly Mazlan, Shakir Shaari, Hariss Harun, Amri Yahya, Nurul Azwan Roya, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali.

KEDAH

Mohd Muhaimin Mohd (GK), Baddrol Bakhtiar (C), Adam David Griffiths, Mohd Syazwan Zainon, Jose Franco Gomez, Billy Osman Mehmet, Khairul Helmi, Azmizi Azmi, Mohd Faizal, Muhd Syazwan, Muhd hanif.

Johor Darul Ta’zim

Cristiano Ronaldo menang Ballon D’or 2014

Pemain antarabangsa Portugal itu diundi sebagai pemain terbaik dunia yang dinilai oleh panel yang terdiri dari ketua pasukan, jurulatih dan wartawan sukan dengan Messi ditempat kedua, Manuel Neuer ketiga.

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah tertinggi pemain terbaik dunia, Fifa Ballon D’or mengatasi penyerang Barcelona, Messi dan penjaga gol German Manuel Neuer. Anugerah ketiga dirangkul dalam kariernya.

Ronaldo menikmati kejayaan besar pada tahun 2014 dimana beliau turut membantu Real Madrid menjuarai Champion League untuk kali ke 10 dengan menghasilkan 17 gol dalam kempen tersebut. Rekod baru jaringan terbanyak untuk satu kejohanan dan memperolehi mata undian 37.66%

Beliau juga membantu Real Madrid merangkul kejuaraan Copa Del Rey dengan menjaringkan 3 gol dalam 6 penampilan namun terlepas aksi final bertemu Barcelona akibat kecederaan.

Pencapaian individu pula, pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan 31 gol dalam 30 penampilan untuk muncul sebagai penjaring terbanyak liga dan menyaksikan beliau berkongsi anugerah kasut emas peringkat Eropah bersama Luis Suarez yang ketika itu bermain untuk Liverpool.

Ronaldo menjadi pemain ketujuh yang berjaya mempertahankan anugerah Ballon D’Or selepas Johan Cruyff, Kevin Keegan, Karl-Heinz Rummenigge, Michel Platini, Marco van Basten dan Messi.

Anugerah pertama Ballon D’or Ronaldo ialah pada tahun 2008 mengetepikan Messi dan Fernando Torres. Beliau juga muncul pemenang kedua terbaik dunia iaitu pada tahun 2009, 2011, dan 2012 sebelum menang semula pada tahun 2013 mengatasi Messi dan Ribery.

Untuk rekod, hanya Messi yang memenangi anugerah Ballon D’or sebanyak empat kali.

Dalam majlis itu Messi turut dianugerahkan penjaring terbanyak La Liga sepanjang zaman dan memecah rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara 2014 dan mendapat undian sebanyak 15.76%.

Neuer terlepas peluang untuk menjadi penjaga gol pertama merangkul anugerah berprestij itu semenjak Lev Yashin memenanginya pada tahun 1963. Beliau mendapat undi sebanyak 15.72%.

Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms: