Bola Sepak : Calon Pemain Terbaik Eropah 2015/16

Anugerah pemain terbaik Eropah 2015/16 mengiktiraf pemain yang mempamerkan permainan terbaik untuk kelab masing-masing untuk musim 2015/16 yang lalu. Pemain terbaik eropah musim lalu, Lionel Messi yang mewakili kelab FC Barcelona sekali lagi tercalon antara 10 pemain yang bakal merebut gelaran kali ini. UEFA telah mengeluarkan senarai 10 pemain yang bakal merebut anugerah pemain terbaik tahunan. Senarai pendek 10 pemain terbaik menyaksikan 4 pemain dari kelab Real Madrid, masing-masing 2 pemain dari kelab FC Barcelona dan FC Bayern Munich serta masing-masing 1 pemain dari kelab Atletico Madrid dan Juventus telah tercalon untuk anugerah berprestij ini. 

Pengumuman pemain terbaik UEFA akan diadakan pada 25 Ogos 2016 akan datang di Monaco bersekali dengan undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2016/17. Bual Sukan percaya, setiap pemain yang tersenarai ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merangkul anugerah selaku pemain terbaik eropah 2015/16 akan datang. Berikut adalah senarai 10 pemain yang bakal merebut gelaran selaku pemain terbaik Eropah 2015/16 :





Manuel Neuer (FC Bayern Munich/Jerman)
Luis Suarez (FC Barcelona/Uruguay)
Toni Kroos (Real Madrid/Jerman)
Thomas Muller (FC Bayern Munich/Jerman)
Lionel Messi (FC Barcelona/Argentina)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid/Perancis)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal)
Gianluigi Buffon (Juventus/Itali)
Gareth Bale (Real Madrid/Wales)
Pepe (Real Madrid/Portugal)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Real Madrid Juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Kelab Sepanyol Real Madrid atau nama gelaran mereka Los Blancos berjaya merangkul kejuaraan UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 apabila berjaya menewaskan kelab senegara Atletico Madrid dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium San Siro, Milan, Itali. Pasukan bimbingan pengurus Zinedine Zidane daripada Perancis ini memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti 5-3 setelah kedudukan terikat 1-1 dalam tempoh 120 minit permainan. Kejuaraan ini merupakan kejuaraan buat kali ke 11 dalam sejarah kelab Real Madrid sepanjang kejohanan ini diperkenalkan pada musim 1955/56. 

Pasukan Real Madrid terlebih dahulu mendahului Atletico Madrid di bawah bimbingan Pengurus Argentina, Diego Simeone menuri jaringan ketua pasukan, Sergio Ramos pada minit ke 15 sebelum Yannick Ferreira-Carrasco menyamakan kedudukan pada minit ke 79 perlawanan. Antoine Griezmann terlebih dahulu terlepas peluang menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke 46 perlawanan selepas sepakannya sekadar menggegarkan palang gol Real Madrid. Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan pemain Atletico Madrid iaitu Juanfran menyempurnakan tendangan penalti keempat pasukannya membenarkan pasukan Real Madrid mendapat peluang menerusi penalti kelima yang nyata disempurnakan sebaiknya oleh Cristiano Ronaldo. Sebelum itu, 4 sepakan penalti Real Madrid disempurnakan oleh Lucas Vazquez, Marcelo, Gareth Bale dan Sergio Ramos manakala 3 sepakan penalti Atletico Madrid disempurnakan oleh Antoine Griezmann, Gabi dan Saul Niguez. Ketua Pasukan Real Madrid, Sergio Ramos telah dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan akhir manakala penjaring prolifik mereka, Cristiano Ronaldo muncul selaku penjaring terbanyak UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16. 

Dengan kejuaraan ini, kelab Real Madrid akan bersaing dalam kejohanan FIFA Piala Kelab Dunia 2016 akan datang selain merebut UEFA Piala Super Eropah 2016 bertemu Sevilla yang juga juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Juara-Juara Liga Sekitar Eropah Musim 2015/16

Musim panjang kebanyakan liga-liga utama sekitar eropah telahpun berakhir dengan jayanya. Pasukan-pasukan yang mempamerkan aksi cemerlang berjaya merangkul kejuaraan liga domestik masing-masing. Pasukan-pasukan ini berhak merangkul kejuaraan berdasarkan prestasi yang amat membanggakan pasukan masing-masing. Paling mengejutkan ialah kejayaan pasukan yang pada musim lalu bergelut di zon penyingkiran iaitu Leicester City merangkul kejuaraan buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2015/16. 

Antara pasukan yang berjaya mengekalkan kejuaraan liga domestik masing-masing ialah FC Barcelona (La Liga Sepanyol), Juventus (Serie A Itali), FC Bayern Munich (Bundesliga Jerman), PSG (Ligue 1 Perancis), Benfica (Liga Portugal), PSV Eindhoven (Eredivisie Belanda), Dynamo Kyiv (Liga Perdana Ukraine), FC Basel (Liga Super Switzerland), Olympiakos (Liga Super Greece) dan Celtic (Liga Perdana Scotland). Club Brugge (Jupiler Pro League Belgium), Besiktas (Liga Super Turki) dan CSKA Moscow (Liga Perdana Russia) adalah juara baru liga masing-masing. Bual Sukan percaya, untuk musim 2016/17 akan datang, saingan pastinya lebih sengit di mana kelab-kelab lain pastinya akan menyusun semula pasukan dengan membawa masuk pemain-pemain baru selain menonjolkan pemain-pemain muda berpotensi untuk kelab masing-masing. 

La Liga : FC Barcelona
English Premier League : Leicester City
Bundesliga : FC Bayern Munich
Serie A : Juventus
Primeira Liga : SL Benfica
Ligue 1 : PSG
Russian Premier League : CSKA Moscow
Ukrainian Premier League : Dynamo Kyiv
Eredivisie : PSV Eindhoven
Jupiler Pro League : Club Brugge
Swiss Super League : FC Basel
Super Lig : Besiktas
Superleague Greece : Olympiakos
Scottish Premiership : Celtic

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Sevilla Juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16

Kelab Sepanyol, Sevilla FC berjaya muncul juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 apabila berjaya mengecewakan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan keputusan 3-1. Kejuaraan ini merupakan kejayaan buat kali ketiga berturut-turut untuk pasukan Sevilla FC setelah muncul juara kejohanan edisi 2013/14 dan 2014/15 yang lalu serta kejayaan kali keenam sepanjang sejarah kejohanan. Kejayaan pasukan Sevilla FC di bawah kendalian Pengurus Unai Emery ini menewaskan pasukan Liverpool di bawah kendalian Pengurus Jurgen Klopp ini melayakkan pasukan mereka ke saingan UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 selain akan merebut kejuaraan UEFA Piala Super Eropah 2016 akan datang menentang juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 sama ada pasukan Real Madrid ataupun Atletico Madrid. 

Kekalahan ini nyata amat mengecewakan pasukan Liverpool setelah sekadar menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris 2015/16 di kedudukan ke 8 salain muncul naib juara Piala Liga Inggeris 2015/16. Pasukan Liverpool dilihat lebih mengusai perlawanan dengan mendahului hasil jaringan Daniel Sturridge pada minit ke 35. Namun tiga jaringan pada separuh masa kedua masing-masing oleh Kevin Gameiro (minit 46) serta 2 gol oleh Coke Andujar (minit 64 & 70) memusnahakan harapan serta impian pasukan Liverpool mengecap kejuaraan musim ini. Tahniah Bual Sukan ucapkan kepada pasukan Sevilla FC atas kejayaan merangkul kejuaraan musim ini. Pasukan Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp ini pastinya akan bangkit semula memberikan saingan terbaik dalam saingan domestik musim akan datang dengan membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan mereka.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Perlawanan Akhir UEFA Piala Liga Europa 2015/16

Saingan merebut kejuaraan UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 akan menuju ke kemuncak saingan apabila pasukan juara bertahan dua tahun berturut-turut Sevilla dari Sepanyol akan menentang kelab England iaitu Liverpool. Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 18 Mei 2016 di Stadium St. Jacob Park, Basel, Switzerland. Pasukan Sevilla di bawah kendalian Pengurus Unai Emery pastinya berazam memburu kejuaraan buat kali kelima manakala pasukan Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian Pengurus Jerman, Jurgen Klopp pastinya memburu kejuaraan buat kali keempat sepanjang sejarah kejohanan.

Kedua-dua pasukan ini pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk muncul juara edisi kali ini. Pasukan yang muncul juara akan beraksi dalam UEFA Piala Super 2016 atau UEFA Super Cup 2016 menentang juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16. Bual Sukan menjangkakan peminat kedua-dua pasukan bakal disajikan dengan aksi perlawanan akhir yang mendebarkan dan tidak mustahil ianya akan berakhir dengan keputusan yang dramatik. Kedua-dua pengurus pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing selain merancang taktikal, strategi serta formasi tersusun bagi memastikan pasukan mereka berjaya merangkul kejuaraan kali ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol selain disiplin pertahanan yang mantap mampu menjulang gelaran UEFA Piala Liga Europa 2015/16 akan datang.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Perlawanan Akhir UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Saingan berprestij kelab-kelab eropah UEFA Liga Juara-Juara 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16 telah menuju ke kemuncak saingan dengan 2 kelab Sepanyol iaitu Real Madrid dan Atletico Madrid bakal membuat perhitungan juara di Stadium San Siro, Milan, Itali pada 28 Mei 2016. Kedua-dua kelab Sepanyol ini mengulangi aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/14 di mana pasukan Real Madrid berjaya memenangi kejuaraan apabila menewaskan Atletico dengan keputusan 4-1 dalam aksi perlawanan yang cukup dramatik dan mendebarkan.

Untuk perlawanan akhir kali ini, pasukan Real Madrid yang kini dibimbing oleh lagenda Perancis, Zinedine Zidane pastinya akan berusaha merangkul kejuaraan untuk kali kesebelas dalam sejarah manakala pasukan Atletico Madrid di bawah kendalian pengurus Argentina, Diego Simeone pastinya ingin berusaha merangkul kejuaraan sulung setelah muncul Naib Juara sebanyak 2 kali sepanjang sejarah Liga Juara-Juara Eropah. Kedua-dua pasukan ini mempunyai kekuatan yang seimbang dan tidak mustahil perlawanan akhir ini berkesudahan dengan keputusan dramatik.

Bual Sukan percaya kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan aksi terbaik masing-masing bagi merangkul kejuaraan berprestij UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 kali ini. Kedua-dua pengurus ini pastinya akan merencana perancangan strategi, taktikal serta formasi terbaik masing-masing untuk mencapai kejayaan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi lawan pastinya mempunyai peluang merangkul kejuaraan musim ini. Pasukan yang memenangi UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan bersaingan dalam saingan UEFA Piala Super Eropah 2016 menentang pasukan Juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16 selain mewakili zon UEFA dalam kejuaraan FIFA Piala Kelab Dunia 2016 akan datang.    


Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Perlawanan Akhir Piala FA England 2015/16

Perlawanan Akhir Piala FA England 2015/16 atau The Emirates FA Cup 2015/16 bakal menemukan 2 pasukan Liga Perdana England iaitu  Manchester United dan Crystal Palace. Perlawanan Akhir dijadualkan berlangsung di Stadium Wembley pada 21 Mei 2016 akan datang. Perlawanan akhir ini juga mengulangi pertemuan akhir pada Piala FA 1990 di mana pasukan Manchester United di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson berjaya menewaskan pasukan Crystal Palace di bawah bimbingan Stave Coppell dengan keputusan tipis 1-0 dalam perlawanan akhir ulangan setelah perlawanan akhir pertama berkesudahan dengan keputusan seri 3-3. Perlawanan tersebut turut menyaksikan Pengurus Crystal Palace kini, Alan Pardew bermain menentang Manchester United.  

Kedua-dua pasukan ini pastinya ingin menjadikan kemenangan perlawanan akhir Piala FA ini sebagai penawar kepada pasukan masing-masing ekoran prestasi tidak menentu sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 ini. Pasukan Manchester United yang dibimbing oleh Pengurus Louis Van Gaal pastinya menjadi pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan apatah lagi musim ini sangat mengecewakan buat penyokong-penyokong pasukan The Red Devils. Namun saingan pasukan The Eagles pastinya sengit dan pastinya laluan sukar menanti pasukan Manchester United pada perlawanan akhir edisi kali ini.

Bual Sukan percaya, perlawanan akhir ini dijangka berlangsung sengit dengan pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mengekang asakan lawan mampu muncul juara edisi Piala FA 2015/16 ini. Pasukan yang muncul juara akan bertemu dengan Juara Liga Perdana Inggeris 2015/16 dalam perlawanan pembuka tirai 2016/17 dalam Perisai Komuniti pada bulan Ogos 2016 akan datang.

Laluan Manchester United ke Perlawanan Akhir
Pusingan Ketiga : Sheffield United (1-0) – Wayne Rooney
Pusingan Keempat : Derby County (3-1) – Wayne Rooney, Daley Blind, Juan Mata
Pusingan Kelima : Shrewsbury Town (3-0) – Chris Smalling, Juan Mata, Jesse Lingard
Pusingan Keenam : West Ham United (1-1) – Anthony Martial
Pusingan Keenam (Ulangan) : West Ham United (2-1) – Marcus Rashford, Marouane Fellaini
Separuh Akhir : Everton (2-1) – Marouane Fellaini, Anthony Martial

Laluan Crystal Palace ke Perlawanan Akhir    
Pusingan Ketiga : Southampton (2-1) – Joel Ward, Wilfried Zaha
Pusingan Keempat : Stoke City (1-0) – Wilfried Zaha
Pusingan Kelima : Tottenham Hotspur (1-0) – Martin Kelly
Pusingan Keenam : Reading (2-0) – Yohan Cabaye, Frazier Campbell
Separuh Akhir : Watford (2-1) – Yannick Bolasie, Connor Wickham

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Separuh Akhir UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16

Kejohanan berprestij kelab-kelab eropah, UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16 telah memasuki pusingan separuh akhir dengan 4 kelab akan bersaing merebut 2 tempat ke perlawanan akhir di Milan, Itali pada 28 Mei 2016 akan datang. Juara bertahan musim lalu, FC Barcelona dari Sepanyol gagal meneruskan kemaraan apabila ditunjukkan jalan keluar oleh satu lagi kelab Sepanyol iaitu Atletico Madrid. 3 kelab lain ialah Real Madrid (Sepanyol), FC Bayern Munich (Jerman) dan Manchester City (England).

Keeempat-empat kelab ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk melangkah ke Perlawanan Akhir edisi kali ini. Perlawanan Separuh Akhir Pertama dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 April 2016 manakala Separuh Akhir Kedua dijadualkan berlangsung pada 3 dan 4 Mei 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, pasukan tuan rumah akan menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri dengan mencari bekalan yang selesa untuk dibawa dalam perlawanan di gelanggang lawan manakala pasukan lawan juga pastinya akan mencipta keputusan terbaik di gelanggang lawan untuk bekalan yang seleswa beraksi di gelanggang sendiri kelak. Berikut adalah keputusan undian Separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Separuh Akhir UEFA Piala Liga Europa 2015/16

UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League telah memasuki pusingan separuh akhir dengan tinggal 4 pasukan yang meneruskan saingan merebut 2 tiket ke perlawanan akhir di Basel, Switzerland akan datang. Juara bertahan dua tahun berturut-turut, Sevilla dari Sepanyol adalah antara 4 pasukan yang berjaya ke pusingan separuh akhir. 3 lagi pasukan lain ialah Villarreal (Sepanyol), Liverpool (England) dan Shakhtar Donetsk (Ukraine). Keempat-empat pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing di mana pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol serta mampu mengekang asakan lawan mempunyai kelebihan untuk melangkah ke perlawanan akhir akan datang.

Bual Sukan percaya, pasukan yang menjadi tuan rumah pastinya akan menggunakan kelebihan tersebut membawa jaringan selesa dalam perlawanan di gelanggang lawan. Manakala pasukan lawan juga pastinya akan memberikan saingan sengit kepada pasukan yang beraksi di gelanggang sendiri. Perlawanan Separuh Akhir Pertama dijadualkan berlangsung pada 28 April 2016 manakala Separuh Akhir Kedua pula dijadualkan berlangsung pada 5 Mei 2016 akan datang. Berikut adalah undian Separuh Akhir UEFA PIala Liga Europa 2015/16 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Separuh Akhir Piala FA England 2015/16

Piala FA England musim 2015/16 atau The Emirates FA Cup 2015/16 telah memasuki peringkat separuh akhir di mana 4 kelab akan terus bersaing merebut kejuaraan musim ini. Juara bertahan edisi 2014/15 iaitu Arsenal gagal meneruskan kemaraan mereka setelah ditewaskan oleh pasukan Watford. 3 pasukan yang telah mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat separuh akhir ialah Everton, Crystal Palace dan Watford manakala West Ham United dan Manchester United pula akan merebut satu lagi slot pasukan ke separuh akhir. 

Undian Separuh Akhir telah diadakan pada 14 Mac 2016 yang lalu di mana pasukan Everton akan bertemu pemenang perlawanan suku akhir ulangan antara West Ham United dan Manchester United manakala satu lagi perlawanan bakal menemukan pasukan Crystal Palace dan Watford. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 23 dan 24 April akan datang di Stadium Wembley. Pasukan yang memenangi perlawanan akan melangkah ke perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mei 2016 di Stadium Wembley. Bual Sukan percaya setiap pasukan mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk mencapai kemenangan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir akan datang.

Everton lwn West Ham United/Manchester United

Crystal Palace lwn Watford

Sukan Malaysia dan Antarabangsa