Hooligan Rusia Bergaduh Sesama Sendiri, Kerisauan Menjelang Piala Dunia 2018 Semakin Kuat

Semua orang sudah lama risau akan tahap keselamatan di Rusia menjelang Piala Dunia 2018.

Hal ini kerana kebarangkalian untuk penyokong Rusia menerusi hooligan mereka untuk melakukan kekecohan adalah tinggi.

Mereka dikatakan berjanji akan mengadakan ‘festival keganasan’ dan mereka kini sudah berlatih untuk melakukan kekacauan kepada setiap penyokong yang hadir.

Mereka juga dengan jelas memberikan amaran dengan menjadikan penyokong England sebagai sasaran utama.

Bergaduh sesama sendiri

Ketika amaran itu sedikit demi sedikit diredakan, timbul pula kerisauan baharu mengenai keganasan bola sepak di Rusia.

Baru-baru ini, dua hooligan kelab Rusia telah bertembung sesama sendiri ketika perlawanan Liga Rusia.

Hooligan CSKA Moscow dan juga hooligan Zenit St. Petersburg bertembung di dalam stadium selepas hooligan Zenit berjaya memecah masuk ke kawasan penyokong CSKA Moscow.

Hooligan Zenit yang merupakan penyokong pelawat berjaya memecah tembok pemisah antara penyokong dan kemudiannya menyerang hooligan CSKA Moscow.

Selepas itu balingan bom asap pula menambah rencah kepada pergaduhan yang tak mampu dihalang oleh para pegawai stadium itu.

Isu keganasan bola sepak ini merupakan kerisauan utama menjelang Piala Dunia Rusia, namun presiden FIFA Gianni Infantino berkata beliau tak risau akan hal itu.

Hooligan sebagai sukan

Satu cadangan pelik telah dicadangkan oleh seorang ahli parlimen Rusia iaitu Igor Lebedev.

Beliau berkata mahu jadikan budaya hooligan sebagai sukan rasmi di Rusia. Format permainannya adalah 20 orang individu akan menentang 20 individu lain dan kemudiannya bergaduh sesama sendiri.

“Memandangkan mereka suka bergaduh. Apa kata kita buat hooligan ni sebagai sukan.”

“Caranya mudah, tetapkan masa dan tempat di stadium. Jumpa dan kemudiannya gaduh.”

Baca juga: Inilah Papan Taktikal Terakhir Weigang Dalam Perlawanan Terakhir Beliau Di Bumi Malaysia

The post Hooligan Rusia Bergaduh Sesama Sendiri, Kerisauan Menjelang Piala Dunia 2018 Semakin Kuat appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

VIDEO: Highlights Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia (Iraq VS Thailand)

Iraq menampilkan permainan mudah tetapi efektif apabila kesemua jaringan mereka disudahkan dengan penyudah tap-in sahaja.

Mohannad Adbulraheem menjadi bintang untuk perlawanan ini apabila menyumbat kesemua gol yang terhasil pada perlawanan ini.

Gol-gol beliau semuanya terhasil pada minit ke-7, minit ke-25, minit ke-87 dan minit ke-90+4.

Ketika ketinggalan dengan jaringan 2-0, tugas Thailand semakin sukar apabila Korawit Namwiset dilayangkan kad merah selepas terlibat dalam konfrotasi dengan pemain pasukan Iraq.

Dengan kemenangan Iraq ini membuatkan Thailand menjadi satu-satunya pasukan yang tidak mengutip sebarang mata dalam kumpulan B untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.

Kesebelasan utama:

Iraq : Mohammad Hameed (penjaga gol), Ahmad Ibrahim, Mustafa Nadhim, Ali Adnan, Dhurgham Ismail, Waleed Salem, Ahmad Yasin, Mahdi Kamil, Saad Abdul Ameer, Mohannad Abdulraheem, Alaa Abdul Zahra

Thailand : Kawin Thamsatchanan (penjaga gol), Theerathon Bunmathan, Koravit  Namwiset, Tristan Do, Kroekrit Thaweekarn, Sarch Yooyen, Tanaboon Kesarat, Chanatip Songkrasin, Pokklaw Anan, Teerasik Dangda, Mongkol Tossakai

Baca juga: Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi

The post VIDEO: Highlights Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia (Iraq VS Thailand) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon UEFA

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia atau FIFA World Cup 2018 Russia bagi zon UEFA akan bermula pada bulan September 2016 akan datang sehingga bulan Oktober 2017. Zon UEFA telah diperuntukkan sebanyak 13 slot di mana 9 slot adalah menerusi perlawanan peringkat kumpulan manakala 4 lagi slot adalah menerusi penentuan playoff. 54 pasukan telah diundi kepada 9 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara kumpulan layak secara automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. 8 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan bersaing secara playoff merebut 4 lagi slot bagi pasukan zon UEFA. Juara bertahan FIFA Piala Dunia 2014 Brazil iaitu pasukan Jerman diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Republik Czech, Ireland Utara, Norway, Azerbaijan dan San Marino.

Pasukan yang masih segar dengan kejayaan merangkul gelaran Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France iaitu Portugal pula diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Switzerland, Hungary, Faroe Island, Latvia dan Andorra. Kumpulan A bakal menyaksikan pasukan Belanda diundi bersama-sama dengan pasukan Perancis, Sweden, Bulgaria, Belarus dan Luxembourg. Kumpulan D terdiri daripada pasukan Wales, Austria, Serbia, Republik Ireland, Moldova dan Georgia manakala Kumpulan E pula terdiri daraipada pasukan Romania, Denmark, Poland, Montenegro, Armenia dan Kazakhstan. Pasukan England pula diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania dan Malta. Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan iaitu Sepanyol diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Itali, Albania, Israel, Macedonia dan Liechtenstein. Kumpulan H pula menayaksikan pasukan Belgium diundi bersama-sama dengan pasukan Bosnia & Herzegovina, Greece, Estonia, Cyprus dan Gibraltar manakala Kumpulan I pula terdiri daripada pasukan Croatia, Iceland, Ukraine, Finland dan Kosovo. 

Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Tidak mustahil juga, keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini. Barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya akan merancang formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai tahap disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2016 Russia bagi Zon UEFA :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Pusingan Ketiga Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC

Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC telah memasuki Pusingan Ketiga dengan 12 pasukan terbaik terdiri daripada 8 juara peringkat kumpulan kelayakan serta 4 pasukan naib juara terbaik meneruskan saingan merebut 4 slot automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Manakala 1 slot untuk playoff antara benua yang bakal ditentukan oleh 2 pasukan yang menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga.

Bual Sukan percaya, saingan merebut tempat ke pusingan akhir akan datang pastinya berlangsung sengit dengan setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pemain-pemain terbaik dengan strategi, taktikal dan formasi Ketua Jurulatih masing-masing. Antara pasukan yang pastinya menjadi antara pilihan adalah pasukan Australia, Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi. Namun saingan 7 pasukan lain iaitu Uzbekistan, United Arab Emirates (UAE), Qatar, Iraq, China, Thailand dan Syria pastinya tidak boleh dipandang mudah. Setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk setiap pasukan mencatatkan keputusan yang terbaik memungut mata bagi bersaing merebut tempat ke Russia kelak. Perlawanan di gelanggang sendiri pastinya akan dimanfaatkan bagi mencapai kemenangan manakala cuba mencapai keputusan terbaik di gelanggang lawan. Tidak mustahil juga, keputusan-keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini.

Dalam undian yang telah dijalankan pada 12 April 2016 di Kuala Lumpur, 12 pasukan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 1 September 2016 akan datang. Berikut adalah undian kumpulan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC Pusingan Ketiga akan datang :

KUMPULAN A
Iran, Korea Selatan, Uzbekistan, China, Qatar, Syria

KUMPULAN B
Australia, Jepun, Arab Saudi, UAE, Iraq, Thailand

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : 2018 FIFA World Cup Qualification – CONCACAF

Pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia bagi zon CONCACAF telah memasuki pusingan keempat di mana 12 pasukan akan bersaing merebut 6 slot ke peringkat seterusnya. 12 pasukan ini telah dibahagi kepada 3 kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi 4 pasukan. 2 pasukan yang menamatkan saingan kumpulan selaku juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan seterusnya.

Berdasarkan undian pada 25 Julai 2015 yang lalu, 6 pasukan layak secara automatik ke pusingan keempat berdasarkan kedudukan ranking FIFA semasa manakal 6 pasukan lagi adalah pasukan yang berjaya memenangi saingan pusingan ketiga yang telah diadakan secara timbal balik. Perlawanan peringkat ini akan bermula pada 9 November 2015 sehingga 6 September 2016. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik masing-masing di setiap perlawanan yang dihadapi bagi memastikan laluan ke peringkat berikutnya cerah. Berikut adalah undian 3 kumpulan Pusingan Keempat Kelayakan Piala Dunia 2018 Russia Zon CONCACAF akan datang :

KUMPULAN A
Mexico, Honduras, EL Salvador, Canada

KUMPULAN B
Costa Rica, Panama, Haiti, Jamaica

KUMPULAN C

USA, Trinidad and Tobago, Saint Vincent and the Grenadines, Guatemala 
Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Analisis Taktikal Kelayakan Piala Dunia 2018: UAE 10-0 Malaysia

Jika perlawanan semalam adalah perlawanan tinju, sudah lama pengadil akan memberhentikannya. Barangkali seawal minit 30′.

Tiada siapa menjangkakan Malaysia akan menang, tetapi tiada siapa menjangka UAE akan menjaringkan 10 gol dalam perlawanan ini juga.

Apa yang lebih menghampakan adalah cara majoriti gol tersebut dijaringkan. Dengan Omar Abdulrahman bebas berkeliaran di tengah padang, Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil mempunyai peluang demi peluang sehingga masing-masing mampu menjaringkan hatrik.

Unit pertahanan yang tidak padat

Satu perkara menarik (atau pelik) yang kami lihat pada 5 pemain pertahanan Malaysia semalam adalah betapa tidak kompaknya dan padatnya mereka ketika pasukan kehilangan bola. Jarak antara Kunanlan-Afif, Afif-Amirizwan, Amirizwan-Junior dan Junior-Zubir sangat besar dan mudah dieksploit oleh 2 penyerang UAE.

uaemalaysia11

Ketika pemain jentera tengah melakukan kerja bagus untuk membentuk unit yang kompak, mereka masih meninggalkan ruang yang terlalu besar di belakang mereka.

Jika anda perhatikan dalam gambar, Omar Abdulrahman bebas berkeliaran di ruang antara jentera pertahanan dan tengah Malaysia. Sehinggakan beliau terpaksa dikawal ketat (marking) oleh salah seorang daripada 3 pertahanan tengah negara.

Ini menyebabkan 2 pertahanan tengah negara terdedah kepada situasi 2 lawan 2 apabila UAE menghantar bola ke ruang belakang jentera pertahanan.

2 penyerang UAE, Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil kemudiannya akan menggunakan kelajuan mereka untuk mendapatkan bola tersebut.

Dengan Afif, Amirizwan dan Junior masing-masing gagal menyaingi kelajuan Mabkhout dan Khalil (apatah lagi membaca hantaran yang dihantar jentera tengah UAE), keputusan Dollah Salleh untuk mengarahkan anak buahnya memasang garisan defensif yang tinggi nampak seperti keputusan yang salah.

Malaysia naif dari segi taktikal

Mungkin Malaysia adalah peminat falsafah ‘attack is the best form of defence’, tetapi dalam situasi semalam, menyerang UAE dan memasang garisan defensif yang tinggi adalah bukti kenaifan Malaysia dari segi taktikal.

Dengan barisan tengah negara yang bergelut untuk menyimpan bola lebih daripada 4-5 hantaran pendek, UAE tidak perlu bekerja keras untuk merampas bola setiap kali Malaysia menyerang.

Dan apabila kehilangan bola, pemain Malaysia pula ghairah memberi tekanan (pressing) kepada pemain pertahanan UAE daripada balik ke posisi untuk bertahan.

Tidak dipastikan sama ada Dollah sendiri menyuruh pemainnya memberi tekanan kepada 4 pemain pertahanan UAE atau tidak, tetapi apa yang pasti: ia menyebabkan garisan defensif Malaysia semakin tinggi dan tinggi.

Apabila garisan defensif Malaysia semakin tinggi, ruang yang ditinggalkan di belakang jentera pertahanan juga semakin besar.

Kami sudah menulis tentang bahaya meninggalkan ruang yang besar di belakang jentera pertahanan untuk UAE dalam artikel lepas. Ayat kami adalah:

“Sama ada ruang di belakang pertahanan (kerana push up) atau di bahagian sayap (kerana wing back belum sempat balik ke posisi), Ahmed Khalil dan Ali Mabkhout akan berlari ke arah itu.”

“Dan kebiasaannya, Omar Abdulrahman sentiasa nampak larian mereka melalui visinya. Dan seterusnya membuat hantaran maut (killer pass) melalui teknik hantarannya yang cemerlang.”

Lihatlah apa yang berlaku semalam. Majoriti gol UAE dihasilkan melalui hantaran maut Omar Abdulrahman dan Amer Abdulrahman ke ruang di belakang jentera pertahanan Malaysia.

uaemalaysia2

uaemalaysia3

uaemalaysia4

uaemalaysia5

Malaysia perlu belajar menjadi pragmatik

Satu perkara yang pasti adalah, Malaysia tidak mempunyai pemain yang bertaraf dunia. Tetapi dengan taktikal yang bagus, mereka boleh mengelak daripada kekalahan memalukan sebegini.

Ya, menyerang adalah bentuk pertahanan yang terbaik. Tetapi jika pasukan kita tidak mempunyai barisan pemain yang mampu menyimpan bola lebih daripada 4-5 hantaran pendek, adalah lebih baik jika jurulatih bersikap lebih pragmatik.

Maksudnya, melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki. Termasuklah mengorbankan nafsu menyerang.

Singapura melakukannya ketika seri 0-0 dengan Jepun. Inter Milan dan Chelsea pernah melakukannya ketika menentang Barcelona dalam Champions League.

Menentang UAE yang mempunyai barisan pemain tengah dan serangan yang berkualiti, apakah perlu Amri Yahyah, Wan Zack, Hazwan Bakri dan Safiq Rahim meninggalkan posisi mereka untuk memberi tekanan kepada 4 pemain pertahanan UAE yang memegang bola?

Perlukah jentera pertahanan kita bermain dengan garisan defensif yang tinggi apabila menentang Khalil dan Mabkhout yang laju?

Perlukah kita bermain dengan wing back dan winger dalam formasi 5-4-1 ketika kita perlu mendominasi aksi di tengah padang?

Kesimpulan

Dollah Salleh mungkin akan kembali bermain dengan formasi 4-4-1-1/4-4-2 kegemarannya selepas kegagalan eksperimen 5-4-1 beliau.

Tetapi pada pandangan kami, kepincangan persembahan separuh masa pertama semalam bukanlah disebabkan oleh formasi. Sebaliknya ia disebabkan oleh cara perlaksanaan formasi tersebut.

Baca juga: 5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG UAE

The post Analisis Taktikal Kelayakan Piala Dunia 2018: UAE 10-0 Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA