Adakah B. Sathianathan Bakal Jadi Jurulatih Baharu FELDA United?

B. Sathianathan yang merupakan bekas pengendali ATM dan juga bekas jurulatih kebangsaan dikatakan sedang menjadi calon terbaik untuk menjadi jurulatih baharu FELDA United.

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, beliau dikatakan sebagai calon utama untuk menggantikan Azmi Mohamed yang menarik dari jawatan tersebut secara mengejut tidak lama dahulu.

Akui dirisik

Sathia yang kini berkhidmat di Wisma FAM sebagai Ketua Jabatan Kejurulatihan sendiri mengaku yang beliau kini sudah dirisik oleh FELDA United.

“Memang benar saya sudah dihubungi oleh pihak FELDA United untuk jawatan tersebut malah kami juga sudah bertemu berbincang mengenainya.”

Namun begitu, Sathia yang terikat dengan FAM kerana jawatan beliau di Kelana Jaya mengatakan perbincangan beliau dengan pasukan yang berpengkalan di Jengka itu masih lagi di peringkat awal.

Dalam masa yang sama, Sathia juga mengaku yang beliau perlu mendapatkan pelepasan dari pihak FAM sebelum membuat keputusan sama ada hendak menyertai FELDA United atau tidak.

Tak sempat

Zulkarnain Muhammad yang merupakan Setiausaha Agung FELDA United juga telah mengesahkan yang pihaknya ada cuba untuk mendapatkan khidmat Sathia.

Bercakap kepada Harian Metro, Zulkarnain juga mengaku yang FELDA United sebenarnya dalam keadaan terburu-buru untuk mendapatkan jurulatih baharu.

Hal ini kerana, FELDA United akan berhadapan Tampines Rovers dalam aksi Piala AFC dan juga Perak dalam aksi Liga Super selepas ini.

“Kami harap kami akan dapat jurulatih baharu sebelum perlawanan menentang Perak. Hal ini kerana kalau nak dapatkan jurulatih baharu sebelum perlawanan Piala AFC memang tak sempat.”

FELDA United kini dibawah jagaan Mohamad Nik namun pasukan tersebut mengalami 3 kekalahan berturut-turut.

Mereka tewas di tangan Kelantan dan Selangor dalam aksi Liga Super dan JDT dalam aksi Piala FA Malaysia.

Baca juga: Sani Anuar Kamsani Utus Surat Terbuka, Mohon Maaf Kepada Penyokong Pulau Pinang

The post Adakah B. Sathianathan Bakal Jadi Jurulatih Baharu FELDA United? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Liga Super Malaysia 2016 (Matchday 16) Pulau Pinang, Pahang Perlu Menang Untuk Keluar Dari Zon Penyingkiran – Adakah Weigang Effect Akan Beterusan Di Perak?

Jadual Perlawanan 03.08.2016

Sarawak v Terengganu
T-team v Selangor
Pulau Pinang v Johor Darul Ta’zim
Kedah v Pahang
Kelantan v FELDA United
Perak v PDRM

Kedudukan Semasa

table

Previu

Sarawak v Terengganu

OK-crocs-pix-200416

Kedua-dua pasukan dalam krisis prestasi buat masa ini. Kemenangan amat penting untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Prestasi Semasa

pres

Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir) 

rek

Sarawak Menang : 3 (50%)
Terengganu Menang: 2(33%)
Seri : 1 (17%)

Fakta Perlawanan

  • Terengganu menang dalam 4 daripada 10 kunjungan ke Kuching. Namun Tewas dalam 2 perlawanan terakhir mereka di sini.
  • Sarawak menang 5 daripda 10 perlawanan terakhir mereka menentang Terenganu di Kuching.
  • Terengganu cuma menang 1 daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Dan tewas dalam 3 perlawanan terakhir setakat ini
  • Sarawak tewas dalam 2 perlawanan home terakhir mereka di Kuching. Tewas kepada JDT dan T-team
  • Sarawak cuma menang 1 daripada 5 perlawanan terakhir mereka.
  • 4 daripada 5 perlawanan terakhir Sarawak dibolosi dengan 2 gol

Pulau Pinang v Johor Darul Ta’zim

13626392_1469067369786063_5242624450543234608_n

Pulau Pinang dalam mood yang agak baik buat masa ini. Mereka masih belum tewas dalam 4 perlawanan terakhir mereka. Mereka perlu menang perlawanan ini, dalam usaha untuk keluar dari zon penyingkiran.

JDT pula, mahu terus memimpin liga. Jadi, 3 mata adalah keutamaan mereka.

Prestasi Semasa

pp1

Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)

pp2

P.Pinang menang:0(0%)
JDT menang: 6(100%)
Seri: 0(0%)

Fakta Perlawanan

  • JDT telah menjaringkan 24 gol ke atas Pulau Pinang dalam 6 pertemuan terakhir mereka, purata 4 gol setiap perlawanan
  • JDT masih belum tewas dalam 10 perlawanan terakhir menentang Pulau Pinang sejak kekalahan terakhir mereka pada 2007 di Pulau Pinang.
  • Kekalahan 3-0 di tangan Perak adalah yang pertama oleh JDT di tempat lawan selepas 5 perlawanan.
  • Pulau Pinang tidak pernah gaga menjaringkan gol di tempat sendiri pada 2016.
  • Perak adalah pasukan pertama yang menjaringkan 3 gol ke atas JDT selepas Al-Qadsiya pada September 2015

Kedah v Pahang

13901591_1228649673834174_2649708758954176135_n

6 mata sahaja yang memisahkan kedua-dua pasukan sebelum sepak mula walaupun Pahang di tangga tercorot dan Kedah di tangga ke-4. Pahang cuma 2 mata dari zon selamat.

Prestasi Semasa(6 Perlawanan Terakhir)

kd2

Rekod Pertemuan (6 Pertemuan Terakhir)

kd1

Kedah menang: 3 (50%)
Pahang menang: 2 (33%)
Seri: 1(17%)

Fakta Perlawanan

  • Kedah tidak menang dalam 2 perlawanan terakhir
  • Pahang mengakhiri rekod 3 perlawanan tanpa kemenangan dalam kemenangan 1-0 ke atas Selangor
  • Pahang tewas dalam kesemua 6 kunjungan terakhir mereka ke Alor Star
  • Kedah masih belum pernah tewas dalam mana-mana perlawanan di tempat sendiri musim ini
  • Kedah masih belum tewas dalam 15 perlawanan terakhir mereka di kandang sendiri
  • Pahang hanya menang 1 daripada 10 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan
  • Pahang masih belum menang dalam 5 kunjungan terakhir mereka ke tempat lawan dan 4 daripadanya adalah gagal menjaringkan gol

T-team v Selangor

13614965_1087668467979144_31767167574306452_n

Selangor sudah tergelincir daripada trek persaingan kejuaraan liga. Hanya keajaiban luar biasa yang boleh membantu mereka untuk menjadi pesaing ketiga kejuaraan musim ini. Manakala T-Team hanya 2 mata di atas zon penyingkiran.

Prestasi Semasa

tt1

Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir) 

tt2

Selangor menang: 4(83%)
T-Team menang: 0(0%)
Seri: 1 (17%)

Fakta Perlawanan

  • Kemenangan ke atas Sarawak oleh T-Team sebelum ini adalah yang pertama selepas kalah 4 perlawanan berturut-turut sebelum itu.
  • Selangor masih belum menang dalam 4 perlawanan terakhir dengan 2 seri dan 2 kekalahan terakhir.
  • Selangor menang 2 kunjungan terakhir ke kandang T-Team

Perak v PDRM

13902647_10153824222742607_5435139577228736868_n

Perak telah mencatatkan 4 kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan. Mereka dalam suasana yang lebih motivasi selepas menewaskan pasukan serba lengkap JDT.

PDRM pula baru menang perlawanan pertama mereka selepas krisis prestasi yang agak teruk sebelum ini.

Prestasi Semasa (6 Perlawanan Terakhir)

pr1

Rekod Pertemuan (6 Perlawanan Terakhir)

pr2

Perak menang: 2(33%)
PDRM menang: 3(50%)
Seri : 1(17%)

Fakta Perlawanan

  • Perak menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka
  • PDRM menang dalam 2 perlawanan terakhir mereka
  • PDRM menang dalam 2 daripada 4 kunjungan terakhir ke tempat lawan
  • Perak menang 3 daripada 5 perlawanan terakhir di tempat sendiri

Baca juga: Previu Perlawanan Tumpuan Liga Super Malaysia 2016 (Matchday 16) Kelantan v Felda United – Misi Harus Menang Felda United!

The post Previu Liga Super Malaysia 2016 (Matchday 16) Pulau Pinang, Pahang Perlu Menang Untuk Keluar Dari Zon Penyingkiran – Adakah Weigang Effect Akan Beterusan Di Perak? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Adakah Biji-Biji Getah Di Padang Tiruan Membuatkan Anda Berisiko Menghidap Kanser?

Aktiviti bersukan dilakukan untuk menyihatkan badan. Tetapi, bagaimana jika aktiviti tersebut mampu mengundang kanser ke dalam tubuh kita tanpa kita sedari?

Padang tiruan menyebabkan kanser?

Mungkin ia kedengaran pelik, namun terdapat cakap-cakap orang yang mendakwa bermain di padang tiruan boleh mengundang penyakit kanser.

Dan baru-baru ini, Environmental Protection Agency, the Center For Disease Control, dan U.S. Consumer Product Safety Division mengumumkan telah melancarkan kertas kajian untuk mengkaji hubungan padang tiruan dengan kanser.

Ini berikutan dakwaan bekas penjaga gol skuad wanita Amerika Syarikat, Amy Griffin yang mengatakan kebanyakan penjaga gol yang bermain di padang sintetik berisiko paling besar untuk menghidap kanser.

Mengapakah biji-biji getah ini dikatakan merbahaya?

Di Amerika Syarikat, padang tiruan jenis 3G yang dilengkapi dengan biji-biji getah kecil berwarna hitam ini berada di mana-mana. Di sekolah, universiti, kelab bola sepak dan akademi sukan.

Biasanya selepas bermain di atas padang tiruan jenis ini, biji-biji getah ini akan masuk ke dalam kasut pemain.

Ia juga mungkin kekal dalam kasut seseorang pemain bagi tempoh yang agak lama jika tidak dibersihkan dengan betul.

Biji-biji getah halus ini sebenarnya digunakan untuk membuatkan padang tiruan lebih selesa untuk dimainkan. Ia juga melindungi permukaan padang dan memberikan lebih cengkaman kepada pemain.

nbcnews crumbs 3

Masalah utama biji-biji getah ini adalah, ia dihasilkan dari tayar-tayar lama. Ini bermakna biji-biji getah ini mengandungi karsinogen – bahan kimia yang menyebabkan kanser.

Terdapat kajian yang telah dilakukan di makmal terhadap biji-biji getah ini.

Ujian tersebut mendapati biji-biji getah mengandungi bahan-bahan kimia yang dianggap karsinogenik (boleh menyebabkan kanser). Ia termasuklah merkuri, arsenik, cadmium, chromium dan plumbum.

Apabila cuaca panas, biji-biji getah ini boleh mengeluarkan bahan-bahan kimia yang boleh dihidu pemain. Ia juga boleh masuk ke bukaan luka, calar dan mulut pemain.

biji getah padang tiruan

Pendapat yang mengatakan biji-biji getah ini selamat

Pada tahun 2006, FIFA telah menulis kenyataan rasmi di laman web mereka, mengatakan bahawa biji-biji getah tersebut tidak merbahaya.

Tetapi pada masa yang sama, FIFA tidak menampilkan kajian toksiologi yang mengatakan ia benar-benar selamat.

Agensi Perlidungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (US EPA) pernah melakukan kajian di beberapa padang tiruan.

Bagaimanapun berdasarkan data yang mereka perolehi, mereka masih belum menjumpai bukti bahawa biji-biji getah ini merbahaya.

Pendapat yang mengatakan biji-biji getah ini merbahaya

Pada bulan November 2015, isu bahaya biji-biji getah ini kembali timbul. Amy Griffin, bekas penjaga gol wanita kebangsaan wanita Amerika Syarikat telah mengemukakan sebuah kajian yang mengejutkan.

6 tahun lalu, sewaktu melakukan lawatan ke sebuah pusat kanser kanak-kanak, Amy mendapat tahu bahawa pesakit kanser yang ditemuinya merupakan penjaga gol ke-5 yang disahkan menghidap kanser Hodgkins Lymphona.

Kelima-limanya dalam minggu yang sama.

nbcnews crumbs 2

Merasakan sesuatu yang tidak kena, Amy mula melakukan kajian dengan mengumpul maklumat dari pusat kanser Amerika Syarikat.

Kajian tersebut dilakukan dengan mengumpulkan satu senarai  penghidap kenser yang merupakan atlet yang kerap bermain di atas padang sintetik.

Dari 200 orang atlet yang tersenarai, 150 orang daripadanya adalah pemain bola sepak. Daripada 150 pemain bola sepak itu pula, 95 daripadanya merupakan penjaga gol!

Masih tiada kepastian

Amy Griffin berpendapat penjaga gol – pemain yang akan paling banyak menyentuh biji-biji getah ini apabila luka, calar dan terbang  menyelamatkan bola – berisiko paling tinggi menghidap kanser  selepas bermain di padang tiruan.

Kesimpulan ini dibuat oleh Amy Griffin berdasarkan data yang dikumpulnya. Bagaimanapun kesimpulannya masih belum boleh diambil secara serius kerana datanya masih terlalu kecil dan bersifat anekdot.

Adakah kita perlu berhenti dari bermain di padang tiruan?

Pada pendapat kami, ia adalah pilihan individu.

Harus diingat bahawa walaupun biji-biji getah mungkin mengandungi bahan karsinogenik, masih tiada bukti saintifik yang menyokong kandungan karsinogen dalam biji-biji getah ini cukup besar untuk menyebabkan kanser.

Jika anda seorang pemain futsal tegar diatas padang tiruan seperti kami, ketahuilah bahawa risiko anda untuk mendapat ACL adalah lebih tinggi dari risiko anda mendapat kanser.

Sebagai ukuran, risiko anda untuk mendapat kanser daripada asap rokok, asap kenderaan dan asap dari kilang jauh lebih signifikan daripada biji-biji getah ini.

Jadi, selagi tiada hasil kajian yang benar-benar menyatakan bahawa biji-biji getah hitam ini berbahaya, kami mengesyorkan anda agar terus bermain.

Tips untuk meminimakan sentuhan secara langsung dengan biji-biji getah

Walaupun kami merasakan biji-biji getah ini selamat, namun jangan sesekali anda mengabaikan faktor kebersihan.

  1. Pastikan anda membasuh tangan anda sebersih-bersihnya selepas anda membersihkan tubuh anda dari biji-biji getah ini setiap kali anda bermain.
  2. Jika anda mempunyai luka, pastikan ia dibalut dengan sempurna. Lindungi kawasan luka dari sentuhan dengan biji-biji getah ini.

Dan akhir sekali, jangan sesekali makan/telan biji-biji getah ini!

Baca juga: Pengenalan Kepada Jenis-Jenis Label Kasut Bola Di Kedai & Bagaimana Untuk Pilih?

The post Adakah Biji-Biji Getah Di Padang Tiruan Membuatkan Anda Berisiko Menghidap Kanser? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Adakah Pasukan Kita Hanya Tahu Guna Sistem Klasik Target Man Sebagai Sistem Serangan?

Melihat sistem serangan pasukan dalam liga di Malaysia pada musim ini, saya mendapati sistem target man yang menggunakan penyerang tinggi dan kuat, masih lagi menjadi pegangan utama kebanyakan pasukan.

Maka tak hairanlah ramai ketua jurulatih pasukan akan memilih pemain import untuk menggalas tugas target man. Mengapa tidak? Fizikal pemain tempatan agak kurang sesuai bermain sebagai target man.

Serangan pasukan di liga Malaysia tiada variasi

Apabila bercerita soal variasi serangan pasukan liga di Malaysia, sukar untuk kita mencari pasukan yang benar-benar memanfaatkan teori taktikal bola sepak yang moden.

Perbezaan yang paling jelas pun hanyalah sama ada mereka menggunakan sistem dua penyerang (4-4-2, 3-5-2) atau tunggal (4-2-3-1, 4-3-3).

Ramai penyerang tempatan yang merupakan pemain no.9 moden telah ditolak ke posisi lain – kebiasannya sebagai pemain sayap – untuk memberikan laluan kepada penyerang import.

Ini menyebabkan skuad kebangsaan kita semakin kemarau penyerang!

Sumber: Kamarul Akhir/asiana.my
Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my

Sistem serangan Selangor

Jika pada musim lepas Selangor pernah menggunakan sistem dua target man yang menggandingkan Afiq Azmi dan Guilherme de Paula, pada musim ini di bawah ketua jurulatih baru, Zainal Abidin Hassan dilihat cuba ‘memperbaikinya’.

Dengan menggunakan acuan (template) yang hampir sama dengan pasukan lamanya Pahang pada musim lepas, Zainal mengurus fungsi taktikal Mauro Olivi dan Patrick Ronaldinho sepertimana beliau mengurus fungsi taktikal Dickson Nwakaeme dan Matias Conti.

Seperti Nwakaeme (gambar bawah) yang menyokong Conti, Olivi mempunyai fungsi bebas (free role) yang menyokong Ronaldinho.

Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my
Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my

Jika anda seperti Zainal, jurulatih yang sentiasa dikurniakan target man yang sebagus Patrick Ronaldinho, Matias Conti dan Dickson Nwakaeme, pasukan anda tidak akan mempunyai banyak masalah.

Tetapi apa yang akan terjadi jika target man import anda yang dibayar dengan gaji mahal tidak mampu memberikan sumbangan sepatutnya?

Apabila target man gagal

Ketika ini, kebanyakan pasukan bola sepak Malaysia sedang memberi jawapan salah kepada soalan: bagaimana untuk mencipta pasukan bola sepak yang berjaya?

Percaya atau tidak, ketika ini pasukan-pasukan di Malaysia percaya soal mendapatkan target man import terbaik adalah penentu kejayaan pasukan.

Jika sesebuah pasukan gagal mendapatkan target man import yang bagus, ia bakal mengundang masalah besar. Anda boleh tanya Haji Abdul Rahman (Terengganu), Azraai Khor (Kelantan) dan B. Sathianathan (ATM) yang ‘direhatkan’ pada musim lepas.

Malah tak keterlaluan untuk kita katakan bahawa kejayaan karier Azraai Khor di Kedah dan B. Sathianathan di ATM banyak bergantung kepada kehebatan target man import mereka, Marlon Alex James.

Apabila mereka gagal mendapatkan target man import sebaik Marlon Alex James, mereka gagal mengulangi zaman kegemilangan mereka.

Adakah kemampuan jurulatih tempatan kita begitu terhad sehingga mereka tidak boleh mengajar pemain bermain dengan falsafah bola sepak lain yang tak memerlukan big center forward?

Adaptasi Selangor dan JDT apabila target man mereka gagal

Musim lepas ramai penyokong Selangor mengecam Mehmet Durakovic yang dilihat berterusan mempertahankan Guilherme de Paula dalam kesebelasan utamanya disebalik persembahan sederhana penyerang Brazil tersebut.

Ketika jurulatih lain mungkin akan mula mencari pengganti baru, Mehmet beradaptasi. Beliau menggalakkan ‘active exchange flanker system‘, di mana Andik Vermansyah dan Ahmad Hazwan Bakri (gambar bawah) digalakkan bertukar-tukar sayap.

Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my
Sumber: Kamarul Akhir / asiana.my

Sistem ini terbukti berjaya menambah sengat serangan Selangor ketika target man mereka kurang memberikan impak.

Musim ini, JDT pula berdepan masalah sama. Selepas mendapati Paulo Rangel bukanlah penyerang yang Mario Gomez mahukan, Juan Martin Lucero pula dipilih sebagai target man baru.

Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, Lucero bukanlah seorang penyerang dari acuan target man. Sebaliknya beliau adalah pemain acuan no.9 moden.

Satu-satunya sebab JDT dapat menyembunyikan kelemahan Lucero sebagai target man adalah kebolehan Jorge Pereyra Diaz yang mampu menjaringkan gol dari posisi penyerang kedua.

Impak kebergantungan sistem target man kepada bola sepak kita

Di Pulau Pinang, kita mempunyai Faiz Subri. Di Felda United, kita mempunyai Hadin Azman. Melaka United mempunyai Nurshamil Abdul Ghani.

Kita mempunyai penyerang tempatan tetapi mereka tak dapat membuktikan kebolehan mereka jika jurulatih kita terlalu ‘skema’ dan berkeras untuk menggunakan target man import.

Yang merana adalah pasukan kebangsaan kita kerana akhirnya, kita terpaksa bergantung kepada Amri Yahyah dan Safee Sali – dua pemain yang sudah melepasi zaman kemuncak mereka – sebagai penyerang skuad kebangsaan.

Kita pernah mempunyai false nine seperti Ashaari Shamsuddin yang ada kemampuan semula jadi untuk menjaringkan gol. Tetapi beliau gagal diberikan peluang untuk bermain dalam sistem tersebut ketika waktu puncak karier beliau.

Malah penyerang seperti Nor Farhan Mohamad juga kadang-kala dipaksa bermain di bahagian tengah. Semuanya gara-gara untuk memastikan Gilmar dan Erwin Carillo dapat bermain sebagai penyerang.

Saya taklah terlalu naif untuk menyalahkan penyerang import atas kegagalan penyerang tempatan kita.

Tetapi dalam pada masa yang sama, saya agak terkilan dengan standard kejurulatihan dan pakar taktikal pasukan kita yang sentiasa merasakan: pasukan yang lengkap perlu ada 2 target man import.

Persekitaran liga kita masih diselubungi kejahilan tentang variasi tugas taktikal penyerang – dari target man, false no.9, trequartista, hinggalah kepada modern no.9.

Baca juga: Mengapa Menyalahkan Kegagalan Penyerang Tempatan Atas Polisi Pemain Import Adalah Idea Bodoh

The post Adakah Pasukan Kita Hanya Tahu Guna Sistem Klasik Target Man Sebagai Sistem Serangan? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: