Bola Sepak : Cameroon Juara Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon

Pasukan Cameroon atau nama gelaran mereka The Indomitable Lions di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Belgium, Hugo Broos berjaya merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon apabila berjaya menewaskan pasukan Mesir atau nama gelaran mereka The Pharaohs di bawah kendalian Ketua Jurulatih Argentina, Hector Cuper dengan keputusan 2-1. Ini merupakan kejayaan buat kali kelima pasukan Cameroon merangkul gelaran berprestij bola sepak negara-negara afrika setelah kali terakhir muncul juara pada tahun 2002. 

Pasukan Mesir terlebih dahulu mendahului pasukan Cameroon apabila pemain tengah mereka, Mohamed Elneny menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 22 perlawanan. Cameroon yang menunjukkan keazaman yang tinggi berjaya bangkit menyamakan kedudukan melalui pemain pertahanan Nicolas Nkoulou pada minit ke 60 perlawanan. Ketika perlawanan dilihat semakin menghampiri masa tambahan, pemain gantian Vincent Aboubakar muncul wira apabila menjaringkan gol kemenganan pada minit ke 89 perlawanan sekaligus membawa pasukan muncul juara edisi 2017. 
Ketua Pasukan Cameroon, Benjamin Moukandjo dipilih pemain terbaik perlawanan akhir manakala seorang lagi pemain Cameroon, Christian Bassogog dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Pemain tertua kejohanan edisi kali ini iaitu penjaga gol Mesir, Essam El-Hadary terpilih selaku penjaga gol terbaik kejohanan. Dengan kejayaan ini pasukan Cameroon akan mewakili pasukan Afrika ke kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun hingga 2 Julai 2017 akan datang.

Terlebih dahulu, pasukan Burkina Faso atau nama gelaran mereka The Stallions menamatkan saingan edisi kali ini di tempat ketiga menewaskan pasukan Ghana atau nama gelaran mereka Black Stars dengan keputusan 1-0.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja

Nampak gayanya, Mesut Ozil tidak pernah berhenti memberi ‘assist’ – sama ada di atas mahupun di luar padang.

Semua peminat bola sepak sedia maklum Ozil merupakan antara pemain paling banyak mencipta peluang gol untuk Arsenal dan Jerman.

Di luar padang, beliau terkenal sebagai dermawan yang gemar membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Terbaru beliau terlibat dalam projek BigShoe11, sebuah projek kebajikan yang melibatkan 11 pemain dari pelbagai negara untuk masing-masing menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Dengan tema ‘our goal is to help children’ (matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak), projek BigShoe11 setakat ini sudah mendapat sokongan Ozil serta bintang Juventus dan Perancis, Paul Pogba,

Ini bermakna hasil penglibatan mereka berdua, mereka telah menaja kos 22 pembedahan kanak-kanak tak bernasib baik di Afrika yang menderita kebakaran kulit dan kecacatan kaki.

Ozil selamatkan Sarah

Salah seorang kanak-kanak yang kos pembedahannya dibiayai oleh Ozil, Sarah merupakan mangsa kebakaran di Tanzania.

Sarah yang baru berusia 4 tahun menderita kabakaran kulit kritikal selepas rumahnya terbakar akibat penggunaan lampu kerosen (minyak tanah).

Menurut BigShoe11, unggun api, lampu kerosen dan letupan gas adalah punca utama selalu berlakunya kebakaran rumah di Tanzania.

Dia langsung tak dapat menggerakkan torso, leher, lengan dan jarinya akibat kecederaan tersebut.

Ketika mula-mula berjumpa dengan pakar pembedahan plastik, Dr. Stefan Riml dari Austria, Sarah cuba menyorok kecederaannya di sebalik jaket merah.

ozil1

Tetapi setelah berjaya diyakinkan oleh doktor, Sarah menjalani pembedahan selama 4 jam untuk memindahkan kulitnya dari bahagian badan yang tak terbakar ke kawasan badannya yang melecur teruk.

Kini Sarah sudah boleh menggerakkan jarinya semula.

Pogba selamatkan Shania

Salah seorang kanak-kanak yang pembedahannya dibiayai oleh Pogba adalah Shania yang mengalami masalah kecacatan kaki.

Shania yang berusia 6 tahun mempunyai tulang kaki yang bengkok dengan kritikal, sehinggakan bola besar boleh melepasi kakinya.

ozil2

Meskipun cacat, Shania masih mampu bergelak tawa, bermain dan melompat seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun Dr. Annemarie Schraml dari Jerman yang merawat Shania memberitahu:

“Jika Shania tidak dibedah, lututnya hanya bertahan sehingga umurnya 20 tahun sahaja. Pembedahan perlu dilakukan untuk memperbetulkan tulang kakinya.”

Pembedahan Shania berjaya. BigShoe11 melaporkan Shania bakal boleh berjalan semula dalam masa beberapa minggu.

Mahu cari pemain lain taja

Bersesuaian dengan tema dan objektifnya, Ozil dan Pogba masing-masing berazam untuk mencari dan mengajak pemain-pemain bola sepak lain untuk turut menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Untuk mencapai sasaran projek BigShoe11, Ozil dan Pogba perlu mencari 9 lagi pemain untuk menaja 99 lagi kos pembedahan kanak-kanak di Afrika.

Baca juga: Mesut Ozil Bakal Menjadi Pemain EPL Pertama Pakai But Tanpa Tali

The post Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Calon Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2015

Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2015 atau 2015 African Footballer of The Year mengiktiraf pemain terbaik Benua Afrika atau Zon CAF. 10 pemain telah disenarai pendekkan bagi merebut gelaran tersebut di mana pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah pada 7 Januari 2016 di Abuja, Nigeria. Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahun 2014, Yaya Toure dari Ivory Coast yang mewakili kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City turut tercalon sekali lagi merebut gelaran ini. Beliau juga merupakan pemenang anugerah ini untuk 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 hingga 2014. Pemain-pemain yang tersenarai ini merupakan pemain yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sama ada untuk negara serta kelab yang mereka wakili.

Bual Sukan percaya, semua pemain yang tercalon ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk merebut gelaran pemain terbaik tahunan ini. Berikut adalah senarai 10 pemain yang bakal merebut Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika 2015 akan datang :

Andre Ayew (Ghana/Swansea)
Aymen Abdennour (Tunisia/Valencia)
Mudather Eltaib Ibrahim “Karika” (Sudan/El-Hilal)
Mohamed Salah (Mesir/AS Roma)
Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon/Borussia Dortmund)
Sadio Mane (Senegal/Southampton)
Serge Aurier (Ivory Coast/PSG)
Sofiane Feghouli (Algeria/Valencia)
Yacine Brahimi (Algeria/FC Porto) 
Yaya Toure (Ivory Coast/Manchester City)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa