Bola Sepak : Kedah Juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Pasukan Kedah berjaya merangkul gelaran Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 apabila berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam penentuan penalti dengan keputusan 5-4 setelah kedudukan sepenuh masa terikat dengan keputusan seri 1-1. Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, Benjamin Mora membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti Ketua Pasukan mereka, Safiq Rahim sebelum di samakan oleh Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar hasil percubaan jarak jauh yang menewaskan penjaga gol JDTFC, Farizal Marlias. JDTFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabina bek kanan mereka, S.Kunanlan dilayangkan kad merah setelah menerima 2 kad kuning daripada pengadil perlawanan.

Dalam penentuan sepakan penalti, kegagalan sepakan penalti keempat pasukan JDTFC oleh pemain import mereka Brian Ferreira dimanfaatkan apabila pemain import Kedah iaitu Liridon Krisniqi berjaya menyempurnakan sepakan penalti kelima sekaligus berjaya membawa pasukan Helang Merah muncul juara edisi 2017. Sepakan penalti pasukan Kedah disempurnakan oleh Farhan Roslan, Akram Mahinan, Ken Ilso, Baddrol Bakthiar dan Liridon Krisniqi manakala penalti pasukan JDTFC disempurnakan oleh Jeronimo Barrales, Marcos Antonio, Gonzalo Cabrera dan Safiq Rahim. Kedua-dua pasukan ini juga berkongsi 1 mata dalam Liga Super 2017 hasil keputusan seri ini. Bual Sukan ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Kedah merangkul kejuaraan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 ini. Pasukan JDTFC pastinya akan berusaha bangkit lebih garang dalam perlawanan-perlawanan akan datang.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017

Sepak mula Liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang di mana Juara Piala Malaysia 2016, iaitu Kedah bakal bertemu dengan pasukan juara tiga kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC pada perlawanan merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017. Pertemuan ini akan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau Stadium Larkin. Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 atau juga dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2017 merupakan edisi kali ke 32 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985.

Pasukan JDT FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pastinya menjadi pilihan untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini. Ini kerana mereka memiliki deretan pemain-pemain berstatus bintang, pemain import berkualiti serta barisan pemain-pemain baru dalam satu pasukan. Namun begitu, saingan pasukan Kedah atau Lang Merah di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe ini pastinya tidak boleh dipandang mudah kerana mereka memiliki gandingan pemain berpengalaman, pemain import berkualiti selain pemain-pemain muda berpotensi yang pastinya membentuk ramuan pasukan yang mantap bersaingan dengan JDT FC. 

Bual Sukan menjangkakan, seluruh peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan satu pertembungan dramatik dan terbaik sepanjang aksi 90 minit antara kedua-dua pasukan. Semoga kedua-dua pasukan dapat mempamerkan aksi terbaik masing-masing seterusnya memberikan masa depan yang cerah kepada bola sepak negara. Siapa pun yang menang adalah penting mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi bagi memartabatkan bola sepak Malaysia di masa mendatang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016

Tirai saingan Liga Malaysia 2015 telah pun berakhir dengan gilang gemilang di mana pasukan Selangor berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2015 menewaskan pasukan Kedah sekaligus berjaya dalam misi 33 mereka. Musim baru Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan saingan liga diswastakan bagi memberikan saingan yang lebih kompetitif. Perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia 2016 bakal menyaksikan pasukan Selangor atau The Red Giant selaku juara Piala Malaysia 2015 bakal bertemu pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) atau Harimau Selatan merebut gelaran juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau Piala Sumbangsih 2016 yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari 2016 akan datang. 

Pada saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 yang lalu, pasukan JDT FC berjaya merangkul gelaran juara apabila berjaya menewaskan pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan keputusan 2-0. Kedua-dua pasukan ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi merangkul kejuaraan pembuka tirai ini selain memungut 3 mata berharga untuk saingan Liga Super 2016. Kedua-dua pasukan ini mempunyai reputasi yang baik dengan barisan-barisan pemain yang berkualiti sebagai satu pasukan. Bual Sukan percaya, saingan perebutan juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah ini pastinya akan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan pastinya akan menandatangani pemain-pemain baru yang berkualiti untuk cabaran panjang Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa