Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Salah satu daripada calon presiden baharu FAM iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM.

Keputusan ini disahkan oleh beliau sendiri selepas mengadakan sidang media di Parlimen sebentar tadi – sumber Astro Awani.

Tiada desakan

Menurut Annuar sendiri, keputusan beliau menarik diri ini bukanlah atas desakan daripada mana-mana pihak.

“Tiada sebarang desakan daripada mana-mana pihak, ini keputusan saya sendiri.”

Tambah Annuar lagi, beliau akan meneruskan tugas beliau seperti biasa dengan jawatan yang ada sekarang dan tidak akan menerima sebarang posisi sebagai penasihat di FAM.

“Saya rasa tak perlu, saya akan lakukan tugas seperti biasa.”

“Bagi saya, FAM perlu bermula dari posisi yang betul.”

Elak berpuak

Keputusan Annuar untuk menarik diri daripada menjadi calon presiden FAM adalah kerana beliau tidak mahu situasi berpuak-puak wujud di dalam FAM.

“Tiada guna jika ada yang menang dan yang kalah.”

“Jika saya menang, akan ada yang kata saya ini menang kerana Khairy Jamaluddin. Tetapi jika pihak satu lagi (TMJ) menang pula akan timbul kelompok yang suka dan tak suka dengannya.”

“Itu satu perkara yang tidak baik untuk bola sepak.”

Penarikan diri Annuar sebagai calon presiden FAM menyaksikan pertandingan satu penjuru yang kini menyaksikan hanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang masih bertanding.

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53 Sabtu ini.

Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

The post Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

TMJ Akan Ditentang Tan Sri Annuar Musa Untuk Jawatan Presiden FAM

Pemilihan presiden FAM akan ditentukan oleh saingan 2 penjuru selepas waktu untuk mendaftar sebagai calon tamat jam 5.30 petang tadi.

TMJ yang merupakan penaung JDT dan bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa akan bertarung dalam pertandingan 1 lawan 1 untuk merebut jawatan panas kerusi presiden FAM.

Gambar: Free Malaysia Today

Pemilihan presiden FAM ini menurut sumber Arena Harimau Malaysia, 2 lagi calon yang disebut-sebut untuk bertanding iaitu Menteri Belia & Sukan iaitu Khairy Jamaluddin dan juga bekas pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat menarik diri daripada bertanding.

Khairy dikatakan telah “menepati janji” beliau selepas beliau berkata akan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden FAM sekiranya TMJ masuk untuk bertanding.

TMJ dan Tan Sri Annuar Musa akan bertanding untuk jawatan presiden FAM pada bulan Mac ini dan ia akan diundi oleh ahli-ahli gabungan FAM dalam kongress FAM yang berlangsung pada 25 Mac 2017.

Selain itu juga, untuk jawatan lain seperti Timbalan Presiden FAM ia akan ditandingi oleh 4 orang calon.

Manakala 9 calon akan merebut jawatan naib presiden FAM dan 17 calon untuk exco lelaki dan 7 exco wanita.

Siapa yang akan memimpin bola sepak Malaysia? TMJ atau Annuar Musa?

Baca juga: Khairy Jamaludin Umum Tidak Bertanding Jawatan Presiden FAM

The post TMJ Akan Ditentang Tan Sri Annuar Musa Untuk Jawatan Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

8 Senarai Semak Untuk Tan Sri Annuar Musa Jika Mahu Menjadi Presiden FAM

Memandangkan Tan Sri Anuar Musa dengan terbuka menawarkan dirinya untuk mejadi Presiden FAM.

Saya terpanggil untuk mengingatkan 8 senarai semak yang perlu dibuat oleh presiden FAM yang baru pada Mac 2017 akan datang.

Tidak kisahlah sama ada bakal Presiden itu adalah Tan Sri Annuar Musa ataupun orang lain. Namun kami memberikan fokus kepada Tan Sri Annuar Musa kerana beliau nampak benar-benar mahukan kerusi ini.

Untuk pengetahuan semua, senarai semak ini disediakan oleh Rizal Hashim dalam kolum FourFourTwo Malaysia edisi Januari 2017.

8 Senarai Semak

1. Melantik firma audit profesional untuk mencadangkan penstrukturan. Perlunya kajian semula dan rombakan bahagian sekretariat FAM.

Jika bakal Presiden bersedia untuk melakukan senarai #1 ini bermakna beliau ada keberanian untuk mengubah dan membawa FAM kepada era perubahan.

Sebaliknya, jika Tan Sri Annuar Musa tidak mahu melakukan senarai semak #1 ini, ibarat tiada bezanya kita letak tunggul kayu untuk menjadi presiden.

2. Korek semula isi-isi penting dalam buku ‘Football Management’ tulisan mendiang Datuk Paul Mony Samuel (gambar). Seterunsya sila baca slaid powerpoint ‘Road Map’ tulisan Robert Alberts.

Jangan lupa juga, baca semula laporan Seminar Bola Sepak Kebangsaan 1999 dan laporan lawatan sambil belajar oleh FAM ke Jepun pada 1999.

Ambil mana-mana isi yang bagus dan relevan lalu tambah apa yang patut ke dalam blueprint pembangunan bola sepak negara yang disediakan oleh Fritz Schmid.

3. Lantik Setiausaha Agung FAM yang baru. Paling ideal adalah calon dari golongan Gen-Y. Mereka seharusnya ada latar belakang undang-undang yang kuat dan bebas daripada motif politik.

4. Tubuhkan sebuah kounsel sebagai watchdog kepada sekretariat FAM. Cadangan keahlian kounsel ini diberikan kepada pakar penjenamaan, sifu media dan pakar pengurusan syarikat.

Kounsel ini akan menjadi titik rujukan (think tank) utama untuk presiden.

5. Presiden baru perlu ada inisiatif untuk mendraf kurikulum kebangsaan yang akan mengajar semua pelajar sekolah (dari peringkat awal) tentang DNA bola sepak Malaysia.

Input kurikulum mestilah meliputi input daripada jurulatih bola sepak. Kalau susah sangat,  ambil (adopt) sahaja DNA bola sepak Malaysia yang dicadangkan oleh NFDP.

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

6. Menerapkan struktur profesional dalam skuad kebangsaan. Tidak mahu ada isu carca merba dan tunggang langgang dalam semua bidang kerja.

7. Memastikan setiap ahli gabungan FAM yang tidak ada akademi akar umbi untuk mengadaptasi projek NFDP yang kini sedang diusahakan oleh Safirul Abu Bakar.

8. Mewajibkan setiap ahli gabungan FAM untuk mewujudkan marketing team sendiri.

Marketing team ini bertugas untuk memastikan kelab dapat memberikan pulangan hasil perlaburan ataupu ROI (Return On Investment) kepada penaja.

Ya Atau Tidak?

Sekarang saya nak bertanya kepada mana-mana individu yang mahu jadi presiden FAM. Bolehkah anda melaksanakan 8 senarai semak ini?

Jika ya, kami dengan terbuka menyokong anda sebagai Presiden baru FAM.

Baca juga : 10 Peristiwa ‘Awesome’ & Memalukan Yang Berlaku Di Liga Malaysia Sepanjang 2016

The post 8 Senarai Semak Untuk Tan Sri Annuar Musa Jika Mahu Menjadi Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA