Nasriq Baharom Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Bagi Liga Perdana

Jika semalam, pemain Kelantan iaitu Mohammed Ghaddar telah pun terpilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my untuk Liga Super bagi bulan April.

Kini sudah tiba untuk pemain terbaik Liga Perdana pula!

Pemain pertahanan Negeri Sembilan, Nasriq Baharom telah pun dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana.my untuk Liga Perdana bagi bulan April!

Beliau telah menewaskan calon-calon lain yang cukup berpotensi untuk menang seperti Shahrel Fikri (PKNP FC), Akanni Sunday (UiTM FC), Guilherme De Paula (Kuala Lumpur) dan juga Jeronimo Barrales (JDT II).

Beliau menewaskan kesemua empat calon tersebut dengan memperoleh majoriti undi meninggalkan pencabarkan terdekat iaitu Jeronimo Barrales.

Nasriq terpilih sebagai 1 daripada 5 calon pemain terbaik bulanan selepas persembahan beliau di bahagian pertahanan berjaya melindungi gawang Negeri Sembilan dari dibolosi.

Gambar: Dzulfadli Azim/Asiana

Persembahan beliau di bahagian pertahanan berjaya memberikan Negeri Sembilan rekod hanya 2 kali sahaja bolos dalam 5 perlawanan melibatkan pasukan tersebut sepanjang bulan April.

Tahniah buat Nasriq Baharom dari kami di Semuanya BOLA. Semoga terus cemerlang!

Baca juga: Ghaddar Terpilih Pemenang Sebagai Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Bagi Bulan April

The post Nasriq Baharom Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Bagi Liga Perdana appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Anugerah Faiz Subri, Cadangan Yang Hanya Impian

Kami sekali lagi merakamkan jutaan tahniah kepada Faiz Subri di atas kejayaan beliau merangkul Anugerah Puskas 2016.

Selepas memenangi Anugerah Puskas 2016, kami terus terfikir akan idea untuk menamakan Anugerah Faiz Subri dalam Anugerah bola sepak kebangsaan.

Ia adalah simbolik kepada kejayaan orang Malaysia dan juga orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Puskas ini. Alangkah bagus kalau ada simbolik ini dibawa dan dijenamakan di dalam anugerah bola sepak di negara kita.

Ini bukanlah kenyataan untuk terlalu menjulang Faiz Subri. Sebaliknya ia lebih kepada penjenamaan sesuatu kepada satu peristiwa penting.

Kami berbincang dengan wakil PFAM tentang potensi anugerah ini. Untuk pengetahuan semua, PFAM adalah badan yang bertanngungjawab untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia.

Anugerah jaringan tercantik bulanan mahupun tahunan adalah tidak wujud buat masa ini. Jadi kami terus mencadangkan agar ia diwujudkan.

Mereka menjelaskan, halangan terbesar adalah kesamarataan dan keadilan berdasarkan prinsip fair-play. Adakah adil untuk hanya pemain yang ada siaran langsung sahaja yang akan dicalonkan dalam anugerah ini?

Bagaimana dengan perlawanan yang tidak ada siaran langsung? Bagaimana dengan liga lain seperti Liga Premier dan Liga FAM?

Kami cuba mencadangkan idea, kita hanya menerima pencalonan yang dihantar sama ada ia footage dari siaran langsung ataupun rakaman daripada kamera amatur dalam perlawanan.

Isu lain akan muncul adalah hak penyiaran. Badan yang memenangi hak penyiaran sudah pasti tidak membenarkan rakaman dari footage lain berbentuk video perlawanan.

Isu ini mungkin hanya dapat direalisasikan jika setiap perlawanan ada rakaman penuh ataupun highlight, sama ada siaran langsung ataupun tidak.

Maksudnya di sini, badan yang mendapat hak penyiaran menyediakan laporan perlawanan yang tidak disiarkan secara langsung di arkib laporan perlawanan mereka.

Jadi, buat masa ini Anugerah Faiz Subri hanyalah impian semua namun realitinya masih terlalu banyak halangan.

Selamat kembali ke tanah air Faiz Subri!

Baca juga: Demi Selamatkan Bola Sepak Selangor, Jamal Yunos Tawar Diri Jadi Presiden FAS

The post Anugerah Faiz Subri, Cadangan Yang Hanya Impian appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

2 Hari Terakhir Anugerah Puskas, Harapan Anak Malaysia Menang Anugerah Beprestij

Faiz Subri sudah pun terbang ke Zurich. Beliau membawa harapan yang sangat besar untuk menjadi orang Malaysia dan Asia yang pertama memenangi Anugerah Puskas.

Jaringan mencabar hukum Fizik beliau di Stadium Darul Makmur menjadi bualan seluruh dunia. Ramai juga meletakkan ia calon utama untuk memenangi Anugerah Puskas.

Kepada yang masih belum mengundi, adalah lebih baik untuk anda klik pautan di bawah untuk mengundi.

Caranya sangat mudah, cuma klik undi pada salah seorang finalis Anugerah Puskas. Kami menyarankan anda undi Faiz Subri.

Anugerah Puskas FIFA 2016

Tarikh tutup untuk undian ini adalah 9 Januari 2017. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2017 pada malam gala Anugerah FIFA Best.

Mungkin atas sentimen Malaysia satu hal, namun dari segi kualiti ia tetap jaringan yang tercantik pada pandangan kami. Kepada yang terlupa atau tidak tahu bagaimana visual gol Faiz Subri, ini sedutannya.

Faiz Subri (Pulau Pinang vs. Pahang – MSL ) Sepakan Percuma Mencabar Hukum Fizik

Ini pula 2 lagi finalis untuk Anugerah ini, untuk rujukan anda.

Marlone (Corinthians vs Corbresal – Copa Libertadores) Sepakan Gunting

Daniuska Rodriguez (Colombia vs.Paraguay – Piala Dunia(W) B-17) Jaringan Solo

Cepat Undi!

Ketepikan apa jua sentimen dan rasa malas untuk mengundi. Jika anda berpendapat ini adalah jaringan nasib. Boleh dikatakan majoriti pemenang Anugerah Puskas ada elemen nasib.

Jika ia clear cut chance yang bukan ‘nasib’ maka tidak mungkin akan tercalon ke sini kecualilah ia dilakukan dengan skil individu yang memukau dan permainan kombinasi yang luar biasa.

Ini adalah pencapaian sekali dalam seumur hidup. Perkara yang sama berlaku ketika Roberto Carlos melakukan sepakan UFO beliau suatu ketika dahulu.

Kami di semuanyaBOLA mendoakan yang terbaik untuk Faiz Subri. Jom kongsikan artikel ini. Sebarkan agar ia dibaca oleh mereka yang masih belum mengundi lagi!

Baca juga: Faiz Subri Dalam Senarai 3 Terakhir Anugerah Puskas 2016, Cepat Undi Sekarang!

The post 2 Hari Terakhir Anugerah Puskas, Harapan Anak Malaysia Menang Anugerah Beprestij appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016: Apa Reaksi Kami?

Semalam, saya dan rakan saya di Semuanya BOLA telah memenuhi jemputan untuk ke Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 (ABK2016) yang berlangsung di Geno Hotel, Shah Alam.

Jangkaan saya sebelum tiba di lokasi adalah malam anugerah ini pasti akan diacarakan secara gilang gemilang.

Mana tidaknya sebaik saja saya mendapat tahu yang kami perlu memakai secara formal, kami tahu majlis ini pasti dilangsungkan dengan secara teliti.

Suasana gilang gemilang

Acara bermula pada jam 7 malam untuk sesi pendaftaran di lobi hotel, namun dek kerana kesesakan lalu lintas di sekitar Shah Alam menyebabkan saya dan rakan tiba sedikit lewat.

Ketika sesi pendaftaran, saya memperoleh tentatif program untuk malam ABK2016. Namun, saya merasakan tentatif tersebut boleh dihasilkan dengan lebih baik lagi.

Hal ini kerana tentatif yang dihasilkan hanya ditaip di kertas A4 dan rupanya hanya sekadar mahu bagi ada sahaja.

Selepas mendaftarkan diri di lobi hotel, saya menuju ke surau di tingkat 5 untuk menunaikan solat Maghrib sebelum ke lokasi anugerah di tingkat 3.

Di luar dewan, suasana anugerah dilaksanakan dengan cukup cemerlang.

Ia ibarat malam gala apabila ketika majlis belum lagi berlangsung, terdapat pelayan yang akan bergerak menawarkan minuman dan makanan kepada kami semua yang hadir di luar dewan.

Sebelum majlis berlangsung, terdapat sebuah kumpulan muzik yang berada di hadapan pintu masuk dewan yang memainkan lagu-lagu bertemakan bola sepak.

Mereka memainkan lagu seperti Arena Cahaya yang merupakan lagu tema filem Ola Bola dan lagu tema untuk siri animasi Bola Kampung!

Ketika saya sedang asyik melayan persembahan kumpulan muzik ini, CEO FMLLP Encik Kevin Ramalingam kebetulan berada di sebelah saya.

Saya kemudiannya menyapa beliau untuk bertanya beberapa soalan, antara soalan yang saya tanya adalah “apa pendapat beliau mengenai majlis ini?”

Beliau pun berkata, “Saya rasa majlis ini akan berjaya. Kami mahu mengubah bola sepak sebagai perkara utama di dalam kehidupan setiap rakyat Malaysia dan bukannya sekadar acara sampingan rakyat Malaysia ketika hujung minggu.”

“Kami juga ingin mengubah persepsi terhadap pemain bola sepak. Mereka bukan saja pakai seluar sukan dan jersi, tetapi mereka juga pakai sut dan tali leher.”

Dari jawapan Kevin, saya berpendapat yang beliau tetap optimis untuk menjadikan Liga Malaysia sebagai seperti satu budaya kepada rakyat Malaysia seperti di England ataupun Jerman.

Kelewatan

Acara yang dijangka berlangsung pada jam 8 malam berlangsung agak lewat pada sekitar 8.30 malam akibat para tetamu lewat tiba di lokasi anugerah.

Hal ini menyebabkan majlis dilangsungkan dalam keadaan terkejar-kejar.

Dan saya perasan yang Hafizal Hamad dan Hasnida Hanim yang merupakan pengacara majlis pada malam tersebut sedikit berhempas pulas di awal majlis untuk memastikan majlis berlangsung mengikut waktu.

Beberapa kali saya mendengar Hafizal meminta agar para tetamu untuk segara ke tempat duduk mereka, namun masalah itu kemudiannya berjaya diatasi pengacara majlis.

Majlis berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah teknikal berlaku, malah persembahan selingan dari artis-artis tempatan seperti Salamusik, Altimet dan Radhi OAG berjaya menghiburkan para hadirin yang hadir.

Melihat para artis yang melakukan persembahan, saya mula terasa malam anugerah ini ibarat konsert indie. Mana tidaknya, kesemua artis-artis ini bermula dari dunia indie sebelum ke arena arus perdana.

Persembahan Radhi OAG ternyata berjaya membangkitkan memori lama para hadirin yang hadir menerusi lagu Name of the Game, 60’s TV dan Generasiku.

Suasana ketika majlis menjadi sedikit duka apabila sesi penyampaian anugerah khas dilangsungkan.

Anugerah khas yang diberikan kepada mendiang Ah Wa telah menimbulkan sedikit emosi kepada para hadirin ketika di dalam dewan.

Ketika wakil dari keluarga mendiang naik ke atas pentas untuk menerima anugerah, seluruh dewan telah berdiri untuk memberikan tepukan gemuruh diatas jasa yang telah diberikan oleh mendiang ketika beliau masih lagi hidup.

ABK pada 2015 pernah mendapat kritikan kerana acara tersebut seolah-olah mengasingkan para peminat terlalu jauh dengan para pemain pada malam anugerah tersebut.

Namun begitu, pada malam ABK2016  menyaksi sedikit peningkatkan apabila para peminat tidak terlalu dipinggirkan dan terpaksa duduk di belakang dewan ketika majlis berlangsung.

Malah lebih menarik, Baddrol Bakhtiar sendiri pergi duduk bersama-sama para peminat di zon peminat ketika majlis masih lagi berlangsung!

Apa padangan kami?

Keseluruhannya, saya merasakan acara majlis ini berlangsung dengan baik. Dari segi tema, makanan dan suasana majlis, ia cukup membuatkan anda berasa di majlis berprestij.

Keputusan pihak penganjur untuk meletakkan Hafizal Hamad dan Hasnida Hanim sebagai pengerusi majlis adalah satu tindakan tepat kerana mereka berjaya mengendalikan majlis dengan baik.

Pemilihan artis untuk persembahan juga bagus. Artis-artis yang hadir melakukan persembahan berjaya menghiburkan hadirin yang hadir ke malam ABK2016.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh ditingkatkan di masa akan datang.

Sebagai contoh tentatif program yang saya sebutkan di awal artikel, saya berharap tentatif dapat dilakukan dengan lebih baik di masa akan datang selepas ini.

Selain itu, timing ketika penyampaian anugerah juga perlu ditingkatkan.

Hal ini kerana ada beberapa kali ketika sesi penyampaian anugerah, belum lagi nama pemenang diumumkan tetapi di skrin besar sudah ditayangkan nama mereka.

Diharap untuk siri ABK akan datang pihak penganjur boleh memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil ini. Apa pun, tahniah kepada FMLPP dan FAM diatas penganjuran majlis yang gilang-gemilang ini.

Dan tak lupa, tahniah juga kepada para pemenang ABK2016. Semoga terus cemerlang di dalam karier bola sepak anda!

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Bagaimana Caranya Pengulas Perlawanan Bola Sepak Berkerja? Ini Pengalaman Saya!

The post Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016: Apa Reaksi Kami? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Rasmi! Chapecoense Juara Copa Sudamericana 2016, Atletico Menang Anugerah Fair Play

Setelah banyak cerita berlegar tentang permohonan rasmi Atletico Nacional agar kejuaraan Copa Sudamericana 2016 dianugerahkan kepada Chapecoense, pihak CONMEBOL akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi.

CONMEBOL sebelum ini mahu menghormati pihak yang tengah bersedih dan mengambil sedikit masa untuk membuat pengumuman rasmi tersebut.

Pengisytiharkan Chapecoense juara Copa Sudamericana itu dibuat berasaskan kuasa khas oleh CONMEBOL dengan mengambil kira 4 pertimbangan berikut:

1. Pada Rabu – 30 November, CONMEBOL melalui Presidennya telah menerima surat rasmi daripada Atletico Nacional agar kejuaraan Copa Sudamericana kepada lawan mereka Chapecoense.

Ia adalah respon kepada tragedi yang menimpa lawan mereka yang kehilangan pasukan mereka dalam nahas pesawat di Medellin. Masyarakat dunia terutama peminat bola sepak turut ‘berkabung’.

chapecoense-families

2. Pihak kesatuan telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan Chapecoense sebagai juara Copa Sudamericana 2016. Mereka berhak menerima pengiktirafan sukan dan ekonomi (habuan) seperti biasa.

Maksudnya di sini, mereka berhak untuk menerima segala hadiah dan kelayakan sebagai juara seperti mana juara lain sebelum ini.

3. Bagi CONMEBOL, tidak ada apa boleh mengatasi semangat keamanan, persefahaman dan fair play. Ia selaras dengan prinsip CONEMBOL yang mementingkan solidariti, timbang rasa dan hormat-menghormati sesama mereka.

Ia bukan satu retorik, malah baru dibuktikan oleh Atelico Nacional dari Colombia untuk saudara mereka dalam CONEMBOL iaitu Chapecoense dari Brazil.

4. Pendirian dan sikap Atletico Nacional sanggup mengenepikan isu seperti kepentingan ‘title’ dan komersial. Mereka tidak mahu hal lain mengatasi semangat perpaduan.

Oleh itu mereka tidak teragak-agak untuk memohon agar juara Copa Sudamericana diberikan terus kepada Chapecoense.

Dengan itu, pihak CONMEBOL berbesar hati menganugerahkan mereka dengan Anugerah Fair Play Centanario Conmebol. Jadi mereka akan menerima $ 1,000,000.00.

Bola Sepak Adalah Sukan Yang Menyatupadukan!

Kami di semuanyaBOLA berbangga dengan semangat kesukanan yang sangat tinggi ditunjukkan oleh Atletico Nacional. Bukan mudah untuk mereka sampai ke final seperti ini.

Mereka sanggup untuk memberikan kejuaraan kali ini kepada Chapecoense tanpa perlu memikirkan kepentingan diri sendiri. Ini soal solidariti, fair play dan semangat kesukanan.

Sebelum itu puluhan ribu penyokong Atletico membanjiri stadium Atanasio Girardot Sports Complex untuk majlis khas penghormatan kepada Chapecoense.

atletico-nacional-vigil-chapecoense

Tahniah Chapecoense dan tabik hormat untuk Atletico Nacional. Semoga anda beroleh kejayaan dalam masa akan mendatang.

Baca juga : Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

The post Rasmi! Chapecoense Juara Copa Sudamericana 2016, Atletico Menang Anugerah Fair Play appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Senarai Pilihan Peminat Yang Untuk Memenangi Anugerah Puskas

Anugerah Puskas adalah anugerah tahunan yang memberikan peghargaan untuk gol tercantik dilakukan oleh pemain-pemain di seluruh dunia. Ia biasanya dilangsungkan pada Januari.

Anugerah ini terbuka, dengan syarat ada pencalonan daripada mana-mana pihak dengan video yang jelas.

Calon untuk anugerah Puskas 2016 adalah yang dicalonkan dari tarih 6 November 2015 sehinggalah satu tarikh yang akan diumumkan oleh FIFA pada masa teredekat ini.

Berikut adalah 10 calon yang diramal oleh peminat bola sepak seluruh dunia akan menjadi calon utama mengatasi yang lain.

1. Dele Alli (Tottenham Hotspur) vs Crystal Palace, Premier League – 23 Januari 2016

Dele Alli berusia 19 tahun ketika melakukan jaringan ini. Beliau menerima hantaran daripada Christian Eriksen.

Alli melakukan sentuhan pertama dan melepasi Mile Jedinak lalu melepaskan cubaan dari jarak 18 meter dan gol.

2. Aritz Aduriz (Athletic Bilbao) vs Marseille, UEFA Europa League – 18 Februari 2016

Usia hanya sekadar angka. Itulah Aritz Aduriz yang masih segar dengan kejayaan meledak 5 gol menentang Genk.

Untuk pencalonan anugerah Puskas, beliau pastinya akan dicalonkan kerana jaringan voli dari jarak 32 meter, menyambut clearance lemah daripada pemain Marseille.

FIFA biasanya menngemari jaringan voli jarak jauh seperti ini.

3. Quincy Amarikwa (San Jose Earthquakes) vs Portland Timbers, MLS – 13 Mac 2016

Qunict Amarikwa menjadi sensasi setelah gol ala gelecekan Mardona dari kawasan sendiri. Beliau memecut kira-kira 35 meter dan melakukan cubaan dari luar kotak penalti dengan teknik chip ke arah penjuru sebelah kiri.

Jaringan yang menggabungkan kekuatan, kepantasan, kebijaksanaan dan penyudah berteknikal tinggi.

4. Hlompho Kekana (South Africa) vs Cameroon, Kelayakan Piala Afrika – 26 Mac 2016

Kekana memang terkenal dengan gol-gol dari jarak jauh. Kali ini, ia antara yang terbaik pernah dilakukan beliau. Kekana melakukan cubaan dari kawasan beliau sendiri dan menewaskan N’dy Asembe.

5. Edgar Costa (Marítimo) vs Nacional, Primeira Liga – 2 April 2 2016

Dalam perlawanan Derbi Madeira Costa telah melakukan menguis bola yang melantun di luar kotak penalti dan melakukan satu voli yang cukup ‘kejam’ untuk diselamatkan penjaga gol

6. Javi Gómez (Socuéllamos) vs Toledo, Segunda División B – 24 April 24 2016

Ia turut menjadi antara video viral pada satu ketika. Jaringan dengan sepakan gunting dari jarak sekitar 28 meter. Jaringan yang membantu mereka untuk bersaing ke promosi namun sayangnya mereka gagal melakukannnya selepas itu.



7. Saúl Ñíguez (Atlético Madrid) vs Bayern Munich, UEFA Champions League -27 April 27 2016

Jaringan ala Messi ini sememangnya satu usaha solo yang menarik daripada Saul Niguez. Menggelecek dari tengah padang melepasi 3 pemain Bayern sebelum menewaskan Manuel Neuer.

8. Xherdan Shaqiri (Switzerland) vs Poland, UEFA Euro 2016 – 25 Jun 2016

Dianggap jaringan paling cantik dalam Piala Eropah lalu. Ia adalah libasan gunting daripada luar kotak penalti. Rasanya sukar untuk mana-mana penjaga gol menyelamatkan bola itu.

9. Kevin-Prince Boateng (Las Palmas) vs Villarreal, La Liga – 23 Oktober 2016

Sebelum ini FIFA tidak banyak memilih gol berpasukan (team goal) bebanding dengan jaringan kerana kehebatan individu.

Namun dalam beberapa edisi terakhir, beberapa gol secara berpasukan kian menjadi perhatian dengan mengambil kira cara gol dicipta.

Jaringan K-P Boateng ini adalah gabungan

10. Faiz Subri (Penang) vs Pahang, Liga Super Malaysia – 16 Februari 2016

Ini antara perkara terbaik yang berlaku dalam liga Malaysia musim ini. Jaringan sepakan percuma Faiz Subri menjadi viral dan fenomena di seluruh dunia.

Beliau melakukan sepakan percuma dengan lengkungan yang tak tercapai akal dan mencabar hukum fizik. Bahkan ia lebih sensasi daripada sepakan percuma UFO Roberto Carlos menentang Perancis.

Ramai peminat di seluruh dunia menganggap jaringan ini adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah Puskas.

Mujurlah kita ada footage yang jelas untuk gol tersebut kerana kita kekurangan siaran langsung untuk perlawanan-perlawanan bola sepak domestik.

Kami di semuanyaBOLA turut berpandangan yang sama dan berharap ia menjadi realiti.

Anda bagaimana? Ada pilihan lain?

Baca juga : Antara 10 Cerita Di Sebalik Cara Pemain Bola Sepak Meraikan Gol

The post 10 Senarai Pilihan Peminat Yang Untuk Memenangi Anugerah Puskas appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan diadakan pada hari Jumaat 18 Disember 2015 di Sunway Convention Centre. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian persatuan, pasukan, pemain serta jurulatih pasukan Liga Malaysia 2015 yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang Liga Malaysia 2015 berlangsung. Selain itu juga, anugerah turut mengiktiraf penyokong pasukan yang mempamerkan sokongan jitu tanpa berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Bual Sukan percaya, mereka yang tercalon ini sememangnya layak dan barisan panel pastinya akan menilai sebaiknya dalam memilih pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 ini. Berikut adalah senarai calon untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan berlangsung hari ini 18 Disember 2015 di Pusat Konvensyen Sunway. Anugerah tahunan ini mengiktiraf pencapaian pemain, jurulatih, pasukan serta penggiat bola sepak negara yang telah memberikan sumbang bakti terbaik sepanjang tahun 2015. Selain itu juga, anugerah ini juga turut mengiktiraf penyokong terbaik pasukan yang merupakan “pemain ke 12” di padang yang telah memberikian sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing sama ada semasa mencapai kejayaan mahupun mengalami kemerosotan.

Anugerah ini pastinya akan diberikan penjurian sebaiknya oleh juri-juri penilai yang dilantik bagi memberikan pengiktirafan kepada mereka yang benar-benar layak memenangi anugerah ini. Bual Sukan percaya, pemain-pemain yang memenangi anugerah ini pastinya akan meningkat motivasi mereka untuk membawa cabaran pasukan masing-masing pada saingan Liga Malaysia 2016 akan datang selain memberikan komitmen terbaik untuk pasukan kebangsaan sekiranya mereka terpilih. Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 (akan dikemaskini) :

Pemain Paling Bernilai
Safiq Rahim (JDT FC)

Penjaga Gol Terbaik
Farizal Marlias (JDT FC)
Khairul Azhan (Pahang)
Khairul Fahmi (Kelantan)

Pertahanan Terbaik
Shukor Adan (Felda United)
Razman Roslan (Pahang)
Aidil Zafuan (JDT FC)

Pemain Tengah Terbaik
Baddrol Bakhtiar (Kedah)
Safiq Rahim (JDT FC)
Hafiz Kamal (Pahang)

Penyerang Terbaik
Safee Sali (JDT FC)
Ahmad Hazwan Bakri (Selangor)
Amri Yahyah (JDT FC)

Pemain Import Terbaik
Dickson Nwakaeme (Pahang)
Luciano Figeroa (JDT FC)
Ali Ashfaq (PDRM FA)

Pemain Muda Terbaik
Matthew Davies (Pahang)
Farhan Roslan (Kedah)
Nazmi Faiz (Selangor)

Jurulatih Terbaik
Mario Gomez (JDT FC)
Tan Cheng Hoe (Kedah)
Zainal Abidin Hassan (Pahang)

Anugerah Fair Play
Singapore Lions XII

Pasukan Bolasepak Terbaik
Kedah

Kelab Penyokong Terbaik
Elephant Army (Pahang)

Pemain Bolasepak Wanita Terbaik
Nurul Azurin Mazlan (Sabah)

Anugerah Khas
Pasukan Bola Sepak Johor Darul Ta’zim FC

Anugerah Khas Wanita

Pemain Futsal Terbaik Lelaki
Azrul Hadee Mohd. Taufik

Pemain Futsal Terbaik Wanita
Siti Asnidah Zamri

Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
Dramane Traore (PDRM FA)

Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
Francis Forkey Doe (Negeri Sembilan Matrix)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Anthony Martial menang Anugerah Golden Boy 2015

Pemain muda Perancis yang mewakili pasukan Liga Perdana Inggeris 2015/16 Manchester United berjaya merangkul Anugerah Budak Emas 2015 atau Golden Boy 2015 selaku pemain muda terbaik Eropah 2015. Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada pemain muda bawah 21 tahun yang mempunyai potensi yang tinggi serta menunjukkan prestasi terbaik sepanjang tahun 2015. Beliau berjaya menewaskan 39 pemain yang telah disenaraikan dengan saingan terdekatnya adalah Kingsley Coman (Perancis/FC Bayern Munich) dan Hector Bellerin (Sepanyol/Arsenal). 

Bual Sukan percaya, kejayaan ini pastinya sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat beliau untuk mencapai kejayaan demi kejayaan dalam karier bola sepak beliau yang masih panjang sama ada di peringkat antarabangsa mahupun peringkat kelab. Antara pemain yang pernah memenangi anugerah ini ialah Wayne Rooney (England/Manchester United), Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona), Sergio Aguero (Argentina/Manchester City), Mario Balotelli (Itali/AC Milan) dan Raheem Sterling (England/Manchester City). Tahniah diucapkan kepada beliau atas pengiktiran ini.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : 3 Calon Finalis Anugerah Puskas 2015

Anugerah Puskas 2015 atau FIFA Puskas Award 2015 mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol terbaik sepanjang tahun 2015. Daripada 10 pencalonan, 3 jaringan setah disenaraikan untuk merebut anugerah ini. 3 gol yang telah disenaraikan ialah jaringan Alessandro Florenzi (Itali/AS Roma), jaringan Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona) serta jaringan Wendell Lima (Brazil/Goianesia). Ketiga-tiga jaringan ini adalah antara jaringan terbaik sepanjang tahun 2015 menerusi gerakan menarik, jaringan jarak jauh serta jaringan gaya akrobatik.

Bual Sukan percaya, ketiga-tiga jaringan ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing untuk dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas 2015 akan datang. Pemenang Anugerah Puskas 2015 ini akan diumumkan pada malam gala FIFA pada 11 Januari 2015 akan datang.
  
Alessandro Florenzi (Itali/AS Roma)

Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona)

Wendell Lima (Brazil/Goianesia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa