8 Perkara Asas Yang Anda Harus Tahu Ketika Menggelecek Bola

Menggelecek adalah satu aktiviti di mana pemain bola sepak menguasai bola di kaki mereka dan menggerakkannya melepasi pertahanan.

Ketika menggelecek, pemain perlu menyudahkan gelecekan mereka dengan hantaran ataupun rembatan. Barulah ia dikira gelecekan yang berjaya dan dimasukkan dalam data opta (jika ada).

Gelecekan memerlukan pemain untuk berada dalam kedudukan yang seimbang dan stabil ketika melarikan bola.

Sehebat mana seorang pemain itu menggelecek, jika terlampau menggelecek ia akan mempengaruhi ketajaman sesebuah pasukan.

Jadi, menggelecek tu biarlah berpada-pada dan atas tujuan untuk mencipta gol sama ada mencetuskan peluang ataupun cubaan gol secara berpasukan.

1. Fokus

Ketika menggelecek pastikan anda ada visi yang baik dan sentiasa fokus kepada halangan dari semua arah termasuk dari belakang.

Penggelecek yang hebat akan boleh mengurangkan perhatian kepada bola berbanding dengan pemain yang di sekitar mereka.

2. Mengekalkan penguasaan bola

Anda perlu memastikan anda ada kawalan ke atas bola daripada dirampas pihak lawan dan hilang penguasaan.

Misi utama anda menggelecek adalah untuk mengekalkan penguasaan bola. Antara cara yang anda boleh lakukan ialah:

i. Melindungi bola (Shielding the Ball)

Ia adalah satu cara pemain melindungi bola dengan badan mereka. Pemain lawan tidak ada akses kepada bola ketika anda menggerakkan bola.

Jadi, amda perlu melatih fizikal anda supaya menjadi lebih kuat dan stabil. Semakin kuat anda melidungi bola, semakin tinggi kemampuan anda menggelecek.

ii. Kekal dekat dengan bola (Keeping the Ball Close)

Salah satu cara pertahanan mematikan gelecekan lawan adalah dengan bentesan dan terjahan.

Jadi, seorang peggelecek harus ada kemampuan tinggi dalam menyentuh ataupun menggentel bola dengan kaki.

Kemahiran seperti melakukan depth touch dan close control ala Iniesta antara yang menjadi impian semua dribbler.

Jadi, banyakkan latihan untuk menggelecek dan mengawal bola dalam keadaan yang sangat dekat dengan kaki.

3. Segera masuk ke dalam ruang

Anda perlu berlatih untuk segera masuk ke dalam ruang yang terbuka dengan segera.

Semakin baik seorang itu menggelecek, semakin tinggi kemampuan mereka untuk masuk ke dalam ruang kecil.

Sekiranya anda terkepung, pastikan anda cepat membuat keputusan yang tepat, sama ada untuk meneruskan gelecekan ataupun melepaskan hantaran.

4. Tewaskan pertahanan

Anda perlu tahu kemampuan pertahanan yang akan anda tentang.

Antara aspek yang kerap diambil kira adalah kelajuan pertahanan yang bakal anda tentang. Jika anda lebih laju mungkin anda ada kelebihan.

Tetapi jika pertahanan tersebut lebih laju daripada anda, anda memerlukan kemampuan teknikal untuk mengatasi mereka.

Cuba buat kajian, kelemahan pemain pertahanan termasuk kekuatan fizikal mereka ketika mencabar anda secara fizikal.

Ada sesetengah pertahanan terlalu agresif dan cepat melancarkan bentesan. Anda perlu ada plan untuk memanipulasi keadaan ini.

4 di atas ini adalah asas. Manakala 4 lagi aspek selepas ini berkaitan dengan bakat dan latihan.

5. Teknik gelecekan

Walaupun anda tidak berbakat tinggi, namun anda harus ingat, kemahiran itu boleh diasah dengan latihan.

Banyakkan latihan menyentuh bola menggunakan kaki dalam, kaki luar, instep dan tapak kaki.

Penggelecek profesional biasanya boleh melakukan sentuhan dengan 4 bahagian tersebut. Itu yang menjadikan gerakan mereka lebih semulajadi.

6. Menggelecek dengan kelajuan

Anda boleh menajamkan skil gelecekan dengan menggelecek dalam keadaan yang laju.

Semakin tinggi kadar kelajuan dengan kemampuan anda mengawal bola, anda akan semakin baik menggelecek.

Kadangkala, anda perlu bertindak sendiri tanpa perlu menunggu rakan untuk menuju ke kawasan gol dan meyudahkan bola tersebut.

7. Menukar arah (Changing Direction)

Ini adalah rutin yang paling berkesan untuk menewaskan pertahanan. Anda lihat sahaja Eden Hazard, Robben, Ronaldo dan Lionel Messi.

Ia membuatkan pertahanan terperangkap sehingga ada yang terjatuh. Anda perlu melatih fizikal dan teknik kawalan bola anda supaya tangkas untuk menukar arah dengan berkesan.

8. Gunakan kedua-dua kaki

Tidak ramai yang boleh menggelecek secara efektif dengan kedua-dua kaki. Untuk pemain yang tipikal ini, mereka digelar complete dribbler.

Contohnya Neymar, Adam Lallana, dan Ronldinho.

Anda tidak perlu menjadi complete dribbler, sebaliknya anda perlu ada kemampuan untuk menggunakan kedua-dua belah kaki untuk menyentuh bola.

Penting juga untuk anda tajamkan kaki dominan anda dengan secukupnya. Pemain seperti Messi, Mata dan juga Hazard, mereka lebih dominan dengan satu kaki tetapi sangat berkesan.

Rumusan

Menggelecek adalah satu aktiviti yang nampak hebat apabila seseorang pemain itu efektif. Namun ia akan menyakitkan hati semua orang jika ia kerap gagal dan tidak efektif.

Anda perlu menajamkan aspek sentuhan dan juga visi di dalam padang. Teknikal yang tinggi ditambah dengan kelajuan yang baik adalah ramuan terbaik untuk seorang penggelecek.

Baca juga: Kelayakan Piala Asia B-23 2018, Malaysia Diundi Bersama-Sama Thailand

The post 8 Perkara Asas Yang Anda Harus Tahu Ketika Menggelecek Bola appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Kriteria Asas Dan Fungsi Seorang Pemain Defensive Midfielder Di Dalam Pasukan Bola Sepak

Defensive midfielder atau pemain tengah bertahan adalah antara posisi yang sangat penting dalam sesebuah pasukan.

Memiliki defensive midfielder yang terbaik adalah antara keutamaan bagi ramai pengurus dan jurulatih bola sepak di seluruh dunia.

Kadangkala, ia juga dikenali sebagai “stopper”. Peranan utama anda mereka adalah untuk bermain di hadapan garisan pertahanan dan cuba untuk melindungi garisan tersebut.

maxresdefault

Berikut  adalah penerangan tetang posisi ini.

Apakah Tugas-Tugas Defensive Midfielder

Istilah defensive itu sendiri merujuk kepada sifat mereka yang lebih kepada bertahan.

Defensive midfielder adalah pemain yang akan melindungi barisan pertahanan ketika diserang. Mereka akan cuba untuk mematahkan ancaman lebih awal dan mengeluarkan bola daripada tekanan pihak lawan.

Oleh itu, eorang pemain defensive midfielder  perlu menguasai sentuhan pertama yang berkesan untuk mengalihkan bola daripada tekanan pihak lawan.

main-qimg-0dade30171d349de09f988dc5a774405-c

Selain itu defensive midfielder juga bertanggungjawab untuk mencipta ruang (creating space) kepada pemain serangan ketika dalam proses transisi daripada bertahan kepada menyerang.

Pemain defensive midfielder perlu ada komunikasi dan perhubungan yang berkesan dengan pemain-pemain di sektitar beliau ketika di dalam padang.

Apakah Kriteria Yang Perlu Ada Dalam Seorang Defensive Midfielder

Pemain defesive midfielder hendaklah:

1. Kecerdasan taktikal (tactical awarness) yang tinggi. Ini kerana mereka terlibat dalam bertahan, menyerang dan juga ketika transisi taktikal.

Real Madrid v Club Atletico de Madrid - UEFA Champions League Final

2. Kemampuan untuk melindungi pemain pertahanan sama ada secara taktikal dan teknikal.

3. Kemampuan mengawal bola, menggelecek, menghantar bola dan juga menerima bola menggunakan pelbagai jenis anggota badan, bukan sahaja dengan kaki.

56d75c7901199d516f000001

4. kebolehan untuk melakukan aksi bertahan seperti membentes dan juga memintas bola.

5. Dari segi posisi mereka perlulah ada kemampuan untuk mengawal garisan di hadapan pertahanan dengan bijak dan efektif.

6. Memiliki kualiti hantaran akhir yang baik membolehkan mereka menjadi perancang dari bahagian bawah (deep lying) yang berkesan. Ia juga antara nilai tambahan sangat bermakna untuk dimiliki.

Ini kerana sifatnya yang menjadi pivot kepada taktikal dan formasi pasukan.

7. Dari segi visi, hendaklah memiliki visi yang tajam  serta awareness yang tinggi untuk mengenalpasti potensi ancaman dan juga siapakah yang berada di sekeliling termasuk rakan dan juga pihak lawan.

Ramai jurulatih di dunia menjadikan defensive midfielder sebagai penentu atau asas kepada taktikal dan formasi ketika bertahan mahupun menyerang.

8. Perlu ada work rate yang tinggi di dalam padang dan juga seorang pemain yang mengutamakan pasukan (team player). Ini bukan posisi yang sesuai untuk pemain yang individualistik.

Apakah Ciri-ciri Fizikal Yang Sesuai Untuk Bermain Defensive Midfielder

Kebiasaannya, saiz bukan masalah utama. Ramai jurulatih selesa dengan defensive midfielder yang berpusat graviti rendah berbanding dengan pemain yang tinggi dan besar.

Ini kerana mereka perlu lebih tangkas daripada bek tengah ketika berada di dalam padang.

Aspek yang paling penting adalah kecergasan fizikal dan stamina yang optimum. Ini kerana mereka posisi ini banyak terlibat dengan transisi taktikal.

Secara tidak langsung mereka antara pemain yang paling banyak berlari di dalam padang. Mereka juga perlu aktif dalam transisi pasukan termasuk melakukan tugas tugas pertahanan seperti membentes dan memintas bola.

Kegagalan untuk mengekalkan tahap fizikal dan stamina di paras optimum membuatkan mereka berisiko hilang karier lebih awal.

Seboleh-bolehnya seorang defensive midfielder hendaklah berupaya menggunakan kedua-dua belah kaki dan pelbagai anggota badan mereka dalam permainan terutamanya untuk melakukan aksi bertahan,  dan juga menerima bola.

Penggunaan kedua-dua belah kaki yang aktif juga penting untuk melancarkan hantaran dengan kadar segera.

Selain itu, seseorang yang bermain posisi ini perlu ada ketangkasan dan juga kecerdasan mental. Contohnya N’golo Kante yang agak rendah, mereka perlu ada kemampuan untuk bermain lebih bijak dalam menangani situasi duel di udara.

Kesimpulan

Jelas ia bukan satu posisi yang mudah untuk dimainkan. Pemahaman ke atas keperluan posisi ini secara teknikal dan taktikal oleh jurulatih di peringkat usia awal amat penting untuk membantu pembangunan pemain-pemain muda untuk menjadi produk yang baik di masa hadapan.

p1060647

Dalam bola sepak, ada bermacam-macam jenis dan karakter defensive midfielder. Ada yang jenis destroyer, ada yang jenis keras, ada juga yang jenis terlalu agresif.

Apa sahaja jenis mereka, tugasan mereka apabila bertahana adalah untuk memenangi bola dan mematikan ancaman lawan secepat mungkin.

Ia antara posisi yang paling dikehendaki dalam bola sepak global kerana kepentingannya di dalam organisasi pasukan.

Baca juga : Bagaimana Arsenal Guna Sistem False 9 & Deep Lying Playmaker Dengan Alexis & Xhaka

The post Kriteria Asas Dan Fungsi Seorang Pemain Defensive Midfielder Di Dalam Pasukan Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA