Badminton : Wakil Malaysia ke YONEX All England Open Badminton Championships 2017

Kejohanan berprestij badminton dunia Kejohanan Badminton YONEX Terbuka Seluruh England 2017 atau YONEX All England Open Badminton Championships 2017 akan kembali mewarnai saingan badminton dunia. Kejohanan edisi ke 107 ini akan berlangsung pada 7 hingga 12 Mac 2017 akan datang di Arena Barclaycard, Birmingham. Kejohanan ini pastinya akan menyaksikan pemain-pemain ternama dunia beraksi merebut kejuaraan dengan nilai hadiah keseluruhan dianggarkan sebanyak USD600,000.00. Kejohanan berprestij ini pastinya bakal menyajikan aksi terbaik pemain seluruh dunia berentap sesama sendiri untuk merebut gelaran masing-masing. Setiap pemain yang layak mewakili negara masing-masing pastinya sedang giat menjalani latihan dengan gigih supaya dapat memberikan aksi terbaik menentang lawan masing-masing. 

Bagi pasukan badminton Malaysia, cabaran skuad negara bakal diketuai oleh pemain perseorangan nombor satu negara dan dunia iaitu Dato’ Lee Chong Wei. Selain itu gandingan bergu lelaki nombor satu dunia ketika ini, Goh V Shem – Tan Wee Kiong turut menggalas tanggungjawab membawa cabaran negara ke saingan kejohanan kali ini. Bual Sukan percaya, pemain-pemain negara akan memberikan aksi terbaik masing-masing dalam kejohanan ini kelak. Segala permasalahan yang berlaku sama ada di dalam atau di luar gelanggang pastinya akan cuba dielakkan bagi terus kekal fokus menghadapi kejohanan ini. Selamat berjuang kepada barisan pemain negara dalam YONEX All England Open Badminton Championships 2017 akan datang.

Berikut adalah pemain-pemain negara yang bakal beraksi di YONEX All England Open Badminton Championships 2017 pada 7 hingga 12 Mac 2017 :

Perseorangan Lelaki
Dato’ Lee Chong Wei
Zulfadli Zulkifli

Perseorangan Wanita
Tiada Wakil

Bergu Lelaki
Goh V Shem – Tan Wee Kiong
Ong Sin Yew – Teo Ee Yi
Tan Boon Heong – Hendra Setiawan (Gandingan Malaysia/Indonesia)

Bergu Wanita
Vivian Hoo – Woon Khe Wei
Lim Peiy Yee – Lim Peiy Zhean – Pusingan Kelayakan 
Saniru Sannatasah – Nadia Fankhauser (Gandingan Malaysia – Switzerland) – Pusingan Kelayakan

Bergu Campuran
Chan Peng Soon – Goh Liu Ying
Tan Kian Meng – Lai Pei Jing

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Badminton : Piala Thomas dan Piala Uber 2016

Kejohanan berprestij badminton berpasukan dunia akan berlangsung pada 15 hingga 22 Mei 2016 akan datang. Kejohanan Piala Thomas 2016 merupakan edisi ke 29 manakala Piala Uber 2016 adalah edisi ke 26. Edisi kali ini akan berlangsung di Kunshan Sports Centre, Jiangsu, China melibat saingan 16 buah negara. 16 buah negara ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan masing-masing akan meneruskan saingan ke pusingan suku akhir. Pasukan Badminton Piala Thomas Jepun pastinya akan sekali lagi memberikan permainan terbaik bagi mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi pada edisi 2014 yang lalu manakala pasukan Piala Uber tuan rumah China pastinya turut ingin mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi.

Namun begitu, saingan utama pasukan Jepun mempertahankan gelaran Piala Thomas 2016 sudah pastilah pasukan tuan rumah China, Korea Selatan, Indonesia, Denmark dan Malaysia. Manakala dalam saingan Piala Uber 2016 pula bakal menyaksikan pasukan Jepun, Thailand, Korea Selatan, Denmark dan India adalah antara saingan utama pasukan China. Saingan pasukan lain juga tidak boleh dipandang mudah kerana kejutan pasti berlaku dan setiap mata kemenangan adalah penting bagi memastikan pasukan masing-masing mencerahkan laluan ke peringkat seterusnya.

Bual Sukan menjangkakan, saingan Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2016 pastinya sengit dan mendebarkan. Dengan Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil yang semakin hampir, setiap pemain pastinya akan memastikan tahap kecergesan terbaik selain mengelakkan kecederaan berlaku. Berikut adalah kedudukan Kumpulan serta Jadual Perlawanan Piala Thomas dan Piala Uber 2016 akan datang :

PIALA THOMAS

Kumpulan A : China, Jepun, Perancis, Mexico

15 Mei 2016
China lwn Mexico
Jepun lwn Perancis

16 Mei 2016
Jepun lwn Mexico
China lwn Perancis

18 Mei 2016
Perancis lwn Mexico
China lwn Jepun

Kumpulan B : Indonesia, India, Hong Kong, Thailand

15 Mei 2016
India lwn Thailand
Indonesia lwn Hong Kong

17 Mei 2016
India lwn Hong Kong
Indonesia lwn Thailand

18 Mei 2016
Indonesia lwn India
Thailand lwn Hong Kong

Kumpulan C : Korea Selatan, Malaysia, England, Jerman

15 Mei 2016
Korea Selatan lwn Jerman
Malaysia lwn England

16 Mei 2016
Malaysia lwn Jerman
Korea Selatan lwn England

17 Mei 2016
Korea Selatan lwn Malaysia
England lwn Jepun

Kumpulan D : Denmark, Chinese Taipei, Afrika Selatan, New Zealand

16 Mei 2016
Denmark lwn Afrika Selatan
Chinese Taipei lwn New Zealand

17 Mei 2016
Denmark lwn New Zealand
Chinese Taipei lwn Afrika Selatan

18 Mei 2016
Denmark lwn Chinese Taipei
New Zealand lwn Afrika Selatan

PIALA UBER

Kumpulan A : China, Denmark, Malaysia, Sepanyol

15 Mei 2016
China lwn Malaysia
Denmark lwn Sepanyol

17 Mei 2016
Denmark lwn Malaysia
China lwn Sepanyol

18 Mei 2016
Sepanyol lwn Malaysia
China lwn Denmark

Kumpulan B : Korea Selatan, Chinese Taipei, Amerika Syarikat, Mauritius

15 Mei 2016
Chinese Taipei lwn Mauritius
Korea Selatan lwn Amerika Syarikat

16 Mei 2016
Korea Selatan lwn Mauritius
Chinese Taipei lwn Amerika Syarikat

18 Mei 2016
Mauritius lwn Amerika Syarikat
Korea Selatan lwn Chinese Taipei

Kumpulan C : Thailand, Indonesia, Hong Kong, Bulgaria

15 Mei 2016
Thailand lwn Hong Kong
Indonesia lwn Bulgaria

16 Mei 2016
Thailand lwn Bulgaria 
Indonesia lwn Hong Kong

17 Mei 2016
Bulgaria lwn Hong Kong
Thailand lwn Indonesia

Kumpulan D : Jepun, India, Jerman, Australia

16 Mei 2016
India lwn Australia
Jepun lwn Jerman

17 Mei 2016
India lwn Jerman
Jepun lwn Australia

18 Mei 2016
Jepun lwn India
Australia lwn Jerman

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka China 2015

Datuk Lee Chong Wei membuktikan beliau masih mempunyai sentuhan pemusnah apabila merangkul gelaran perseorangan lelaki BWF Badminton Terbuka China 2015 apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia Chen Long dari China pada perlawanan akhir dengan keputusan 21-15 dan 21-11. Beliau yang kini menduduki ranking ke 9 dunia merangkul kejuaraan keempat tahun 2015 setelah kembali beraksi selepas digantung akibat isu doping. Sebelum ini beliau telah merangkul gelaran Grand Prix Emas Kanada 2015, Grand Prix Emas USA dan Siri Super Terbuka Perancis.

Kejayaan ini membuktikan beliau masih mempunyai semangat yang tinggi walaupun dihimpit dengan masalah prestasi sebelum ini. Kemenangan ini nyata mencerahkan laluan beliau untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang sekaligus menjadi harapan Malaysia untuk merangkul pingat emas sulung pasukan negara dalam temasya Olimpik. Bual Sukan percaya, beliau mampu melakukannya dengan latihan serta disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh beliau yang nyata mempunyai keazaman yang tinggi meraih kejayaan. Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau merangkul kejuaraan BWF Terbuka China 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015

Pemain Badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya membuktikan sekali lagi bahawa beliau mampu menggalas misi pemburuan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil apabila berjaya merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Badminton BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015. Beliau berjaya menewaskan pemain muda China yang semakin meningkat naik iaitu Tian Houwei dengan keputusan 21-16 dan 21-15. Ini adalah kejuaraan kelima beliau bagi tahun 2015 dan yang ketiga dalam BWF Siri Super setelah menjuarai Siri Super Terbuka Perancis 2015 dan Siri Super Terbuka China 2015. Beliau juga berjaya merangkul gelaran dalam Grand Prix Emas Terbuka Kanada 2015 dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat 2015.

Lebih manis kejayaan beliau kali ini ialah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia dari China iaitu Chen Long sekali lagi dalam aksi Suku Akhir yang lalu. Bual Sukan percaya, Datuk Lee Chong Wei mampu mengorak langkah untuk merangkul emas pertama olimpik untuk Malaysia akan datang dengan disiplin serta kesungguhan yang tinggi untuk berjaya yang telah ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga seharusnya menjadi antara contoh terbaik kepada pemain-pemain muda yang bakal menjadi pelapis masa depan badminton negara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau menjuarai BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015.     

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Badminton : Goh Jin Wei Juara Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2015

Pemain perseorangan wanita berusia 15 tahun, Goh Jin Wei berjaya mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul kejuaraan kategori perseorangan wanita Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2015 atau 2015 BWF Badminton World Junior Championships yang berlangsung di Lima, Peru. Beliau berjaya menewaskan seorang lagi pemain muda negara iaitu Lee Ying Ying dengan keputusan 21-15 dan 21-16 alam perlawanan akhir perseorangan wanita. Kejayaan beliau serta rakannya melangkah ke perlawanan akhir nyata merupakan antara kejayaan manis kontijen negara untuk Kejohanan kali ini.

Bual Sukan percaya, pihak bertanggungjawab pastinya akan terus menggilap potensi beliau untuk terus maju jaya dalam arena badminton dunia di masa akan datang. Tahniah kepada Goh Jin Wei serta Lee Ying Ying atas kejayaan cemerlang pada kejohanan edisi 2015 kali ini. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus kebangkitan semula pelapis-pelapis badminton negara yang kini bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei di arena badminton dunia.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Badminton : Cabaran Pemain Malaysia ke TOTAL BWF World Championships 2015

Kejohanan TOTAL BWF World Championships 2015 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula pada 10 hingga 16 Ogos 2015 akan datang. Kejohanan ini pastinya mengumpulkan pemain-pemain badminton terbaik seluruh dunia merebut gelaran bagi kategori yang dipertandingkan. Cabaran pemain Malaysia ke kejohanan kali ini akan diketuai oleh bekas pemain perseorangan nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang baru kembali beraksi pada 1 Mei 2015 yang lalu selepas digantung selama 8 bulan akibat isu doping. Beliau yang kini berusaha memperbaiki kedudukan ranking BWF bagi mencerahkan laluan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil akan datang.

Selain beliau, cabaran Malaysia turut disertai oleh Zulfadli Zulkiffli (perseorangan lelaki), Tee Jing Yi dan Lydia Cheah (Perseorangan Wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (Bergu Lelaki), Vivian Hoo – Woon Khe Wei, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho, Lim Yin Loo-Lee Meng Yean dan Joyce Choong-Yap Cheng Wen (Bergu Wanita), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Wong Fai Yin-Cho Mei Kuan, Tan Chee Tean-Shevon Lai dan Tan Aik Quan-Lai Pei Jin (Bergu Campuran). Walaupun laluan dilihat sukar, Bual Sukan percaya bahawa pemain-pemain negara mampu bersaing serta memberi tentangan sengit kepada lawan masing-masing. Selamat berjuang diucapkan kepada pemain-pemain negara ke Kejohanan TOTAL BWF World Championships 2015.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa