Olahraga : Badrul Hisham Manap Lebur Rekod Lari 100 Meter

Pelari pecut negara yang sedang meningkat naik, Badrul Hisham Manap berjaya meleburkan rekod 17 tahun yang dipegang Watson Nyambek iaitu 10.30 saat apabila berlaja mencatatkan masa 10.29 saat iaitu 0.01 saat lebih pantas. Beliau mencatatkan masa tersebut dalam Kejohanan Sukan sekolah-sekolah ASEAN 2015 yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, Brunei. Beliau nyata memberikan harapan kepada pasukan negara yang kini ketandusan pelari pecut berkualiti.

Bual Sukan percaya, pihak bertanggungjawab wajar menggilap potensi beliau untuk dijadikan antara pelapis olahraga negara di masa akan datang. Dengan disiplin serta latihan yang konsisten tidak mustahil beliau mampu untuk melangkah lebih jauh di pentas yang lebih tinggi di masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada pelari muda negara Badrul Hisham Manap atas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 100 Meter. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa