Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona

Real Madrid turun dengan reputasi 39 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan. Ia rekod yang sama dengan pencapaian Barcelona sekitar 2015-2016 di bawah Luis Enrique.

Jam di tangan pengadil sudah menunjukkan minit ke-92. Real Madrid ketinggalan 3-2 di tangan Sevilla. Ia seakan-akan reality check untuk mereka.

Kali terakhir mereka tewas adalah dalam suku akhir UCL pada April 2016 di tangan Wolfsburg.

Namun Karim Benzema menjaringkan gol penyamaan lewat untuk Real Madrid pada minit ke-93 ataupun Sergio Ramos time bagi peminat Real Madrid.

Keputusan seri ini bermakna Real Madrid mara ke suku akhir dengan aggregate 6-3.

Jadi, kini mereka adalah pemegang rekod tanpa kalah terpanjang di Sepanyol dengan 40 perlawanan. Dalam proses tersebut, Real Madrid menjuarai UCL, Piala Super UEFA dan juga Piala Kelab Dunia FIFA.

Mereka menang 31 perlawanan, seri 9 kali. Menjaringkan 115 gol dan bolos 39 kali.

Zinedine Zidane adalah pengurus yang bertanggungjawab membantu Real Madrid mencipta rekod ini. Ia lebih ironi apbila pemegang rekod sebelum ini adalah Barcelona. Mereka kekal tidak terkalah dalam Liga Sepayol.

Zidane dilantik pada Januari 2016 selepas 2 tahun mengemudi skuad remaja Real Madrid. Pada awalnya Zidane hanyalah pelan jangka pendek sementara mencari pengurus baru.

Namun Zidane membuatkan Real Madrid tidak perlu membazir untuk mencari pengurus baru yang mahal di luar sana. Zidane terus diberikan kontrak tetap oleh Real Madrid.

Lagenda Real Madrid, Juventus dan Perancis itu turut dicalonkan dalam 3 finalis Anugerah Jurulatih Terbaik FIFA 2016 dalam malam gala FIFA di Zurich yang lalu.

Tahniah Real Madrid! Adakah ini musim invincibles untuk Real Madrid?

Baca juga: Morgan Schneiderlin Sertai Everton, Dapat Nombor Jersi Pelik Dari Pihak Kelab

The post Karim Benzema Bantu Real Madrid Atasi Rekod Barcelona appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Skuad B-23 Tahun Everton Tidur Stadium Untuk Raih Duit Bantu Gelandangan

Kita punyai banyak sebab untuk menyukai bola sepak. Antaranya kerana permainan itu sendiri, taktikal serta gerakan menarik di atas padang.

Malah terdapat juga cerita seperti pemain bola sepak yang membantu orang susah dan juga anak yatim yang membuatkan kita semakin jatuh cinta dengan sukan ini.

Tidur di stadium

Di England atau lebih tepat di Mersyeside. Skuad B-23 tahun Everton telah mengambil keputusan untuk tidur di stadium mereka iaitu Goodison Park.

Ia bukan sahaja disertai oleh para pemain skuad B-23 tahun Everton itu. Malah pengurus mereka David Unsworth serta staf kejurulatihan mereka yang lain juga menyertai acara tidur stadium itu.

everton-u23-squad-sleepover-at

Selain itu, terdapat juga 50 orang penyokong Everton yang menyertai acara ini.

Acara tersebut adalah untuk membantu meraih sejumlah wang bernilai £230 ribu untuk membantu golongan gelandangan.

Jumlah tersebut akan digunakan untuk membeli sebuah rumah serta melakukan pengubah suaian pada rumah tersebut supaya boleh dijadikan sebagai tempat tinggal yang selesa untuk golongan kanak-kanak yang gelandangan.

Menariknya, acara tidur stadium yang dilakukan oleh skuad B-23 tahun Everton ini dilakukan pada malam yang boleh dikatakan antara yang tersejuk di England ketika ini.

Mereka tidur dengan suhu pada kadar -4 darjah Celcius!

Malam yang sukar

Usaha mereka mula menampakkan hasil apabila pengerusi Everton, Bill Kenwright melakukan sumbangan peribadi apabila menyumbang £23 ribu kepada kempen tersebut.

Bagi Unsworth, beliau sangat gembira dengan pencapaian yang dilakukan oleh anak-anak buahnya.

“Saya sangat gembira melihat komitmen yang dilakukan oleh anak-anak buah saya. Semua pemain yang tidak terlibat dengan skuad senior semuanya bersemangat nak sertai acara ini.”

Malam tersebut ternyata sangat sukar. Apabila semua yang terlibat dengan acara tersebut hanya tidur dengan cara bagaimana orang gelandangan tidur.

“Tiada stokin paras lutut, tiada topi dan sarung tangan pada malam itu.”

“Malah semua peserta tidak dibenarkan untuk pakai but warna merah sempena Krismas kerana ia berwarna merah. Awak tahu apa yang warna merah di Mersyeside bukan? Liverpool.”

js105899071

Bagi Unsworth, ini merupakan cara terbaik untuk merasai keperitan yang dilalui oleh gelandangan di luar sana.

“Kami hanya tidur dengan hanya sarungkan badan kami dengan beberapa lapisan pakaian. Di luar sana ramai yang berbuat sedemikian dan kita perlu hentikan semua ini.”

“Kami ingin memberikan sebanyak mana bantuan untuk orang yang berada di Liverpool. Kami tak mahu mereka tinggal di jalanan lagi kerana kami mahu mereka tinggal di tempat yang selamat.”

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Tidur Depan Stadium, Gelandangan Ini Dapat Kerja Dengan Real Sociedad

The post Skuad B-23 Tahun Everton Tidur Stadium Untuk Raih Duit Bantu Gelandangan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Baddrol Bakthiar: 2 Golnya Bantu Kedah Cemerlang Sepanjang Ogos 2016 Di Liga Super

Untuk bulan kedua berturut-turut, pemain tempatan telah menguasi anugerah pemain terbaik bulanan untuk Liga Super.

Jika pada bulan Julai Fazrul Hazli telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Pemain Terbaik Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my untuk bulan Ogos, kini Baddrol Bakthiar pula yang dipilih menjadi pemenang!

Pelengkap rekod bersih 100%

Aksi keseluruhan pasukan Kedah pada bulan Ogos yang menang semua 4 perlawanan liga cukup memberangsangkan.

Rekod kemenangan 100% ini diperoleh hasil 3 kemenangan di laman sendiri dan 1 di laman lawan:

  • Kedah 1-0 Pahang (3 Ogos 2016)
  • Kedah 1-0 Selangor (6 Ogos 2016)
  • Kedah 2-1 Sarawak (16 Ogos 2016)
  • Kelantan 1-2 Kedah (24 Ogos 2016)

Perlu diingat. Kemenangan ini dicapai ketika 2 penyerang baru Kedah, Thiago Augusto dan Shane Smeltz masih sedang dalam fasa menyesuaikan diri.

Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Ketika inilah, pemain tengah seperti Baddrol perlu meringankan beban mereka dengan menjaringkan gol.

Dalam aksi Liga Super bulan Ogos, Baddrol menjaringkan 2 daripada 6 gol yang disumbat Kedah. Paling berharga adalah gol tunggalnya ketika kemenangan 2-1 ke atas Kelantan di Kota Bharu.

Lebih menarik, gol yang hadir pada masa kecederaan separuh masa kedua itu merupakan percubaan luar kotak dan ia membuatkan Tabah Shazwan ‘menggila’ dalam ulasannya terhadap gol itu!

Prestasi cemerlang Baddrol diteruskan dalam saingan Piala Malaysia ketika menentang JDT II.

Perlawanan yang berlangsung di Pasir Gudang itu merupakan prestasi terbaik Baddrol pada bulan Ogos.

Hal ini kerana beliau terlibat dalam semua gol yang dihasilkan Kedah dalam kemenangan 3-2 terhadap pasukan tuan rumah itu.

nzm_9089-1

Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Baddrol menyumbang 2 assists untuk gol yang dihasilkan oleh Shane Smeltz dan Syazwan Zainon.

Beliau juga menjaringkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-56 untuk membantu Kedah memperoleh 3 mata di Pasir Gudang.

Saingan sengit

Baddrol menghadapi saingan sengit dari 4 pemain lain yang turut tercalon untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my untuk bulan Ogos.

Mereka adalah Adam Nor Azlin (Selangor), Hafizul Hakim (Perak), Wan Zack Haikal (Kelantan) dan Jorge Pereyra Diaz (JDT).

Hasil dari 17,022 undian yang dilakukan oleh seluruh peminat bola sepak Malaysia, 41.98% atau 7,146 jumlah undian menjadi milik Baddrol untuk membolehkan beliau menjadi pemenang.

Baddrol berjaya menewaskan pencabar terdekat iaitu Jorge Diaz yang berada ditangga ke-2 yang memperoleh 33.40% atau 5,686 undian. Wan Zack memperoleh 10.36% atau 1,764 undi untuk berada di tangga ketiga.

14352329_854855557949061_2583889814058700288_o

Anugerah yang diterima oleh Baddrol ini disampaikan dalam satu majlis ringkas di Stadium Darul Aman.

Ia disampaikan oleh Timbalan Presiden PFAM Rezal Zambry Yahya, Exco PFAM Rudie Ramli, CEO PFAM Izham Ismail dan juga wakil dari Asiana.my .

Majlis ringkas itu juga dihadiri oleh jurulatih Kedah iaitu Tan Cheng Ho, staf kejurulatihan Kedah yang lain serta pemain Kedah yang lain.

14362574_858726170895333_7590574241688710846_o

Baddrol kini menjadi pemain tempatan ke-4 yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super PFAM-Asiana.my selepas Faiz Subri (Pulau Pinang), Izham Tarmizi (JDT) dan Fazrul Hazli (Perak).

Tahniah buat Baddrol diatas kejayaan ini. Semoga prestasi cemerlang ini berjaya dikekalkan!

Baca juga: Fazrul Hazli: Prestasi Julai 2016 Bukti Penyerang Tempatan Boleh Saingi Penyerang Import

The post Baddrol Bakthiar: 2 Golnya Bantu Kedah Cemerlang Sepanjang Ogos 2016 Di Liga Super appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Sekeping Duit Syiling Bantu Itali Bina Sejarah Bola Sepaknya Bermula 1968

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) adalah antara badan bolasepak yang paling aktif melakukan perubahan dalam format bolasepak.

Dari format perlawanan, kejohanan sehinggalah format penentuan pemenang perlawanan kalah mati, UEFA sentiasa menjadi yang pertama dalam dunia untuk mengubah dan mencubanya.

Dan semasa kejohanan Piala Eropah 1968, UEFA pernah menjadi tumpuan dek perubahan format pertandingan yang diperkenalkannya.

Itali lawan USSR

Lokasi: Naples, Itali
Tarikh: 5 Jun 1968
Separuh akhir Piala Eropah 1968

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 yang menemukan tuan rumah Itali dengan Kesatuan Soviet (USSR) menarik minat kira-kira 70,000 penyokong (majoritinya penyokong Itali) untuk datang ke stadium Napoli ini.

Ini kerana semasa Piala Dunia 1966, Itali ditewaskan USSR. 2 tahun sebelum itu pula pada 1964, USSR sekali lagi menyingkirkan Itali daripada kejohanan Piala Eropah.

Lantas pasukan USSR dilihat sebagai pasukan pilihan dalam pertemuan kali ini.

Dalam usaha untuk menambah keyakinan pemain-pemainnya, ketua jurulatih Itali, Ferruccio Valcareggi cuba melancarkan perang psikologi dengan menyatakan USSR bukan pasukan yang terlalu hebat sehingga tidak boleh dikalahkan.

Walaubagaimanapun ketika perlawanan berlangsung, pemain-pemain Itali jelas dalam tekanan.

Dua-dua sama hebat

Ketika perlawanan berlangsung, ternyata kedua-dua pasukan bermain berhati-hati. Malah kedua-dua pasukan juga gagal menyempurnakan beberapa peluang gol.

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 ini berlangsung sangat sengit dan berakhir dengan kedudukan 0-0 selepas tamat 90 minit.

Pada ketika itu masih belum ada peraturan masa tambahan, silver goal, golden goal mahupun penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang dalam peringkat kalah mati.

Tamat perlawanan kedua dua pasukan menuju bilik persalinan.

Kapten kedua-dua pasukan kemudiannya dipanggil oleh pengawai pertandingan. Kapten USSR, Albert Shesternyov dan kapten Itali, Giaccinto Facchetti (gambar bawah) dibawa ke satu ruang oleh beberapa pegawai pertandingan.

Penentuan ditentukan nasib

Pengadil dari Jerman, Kurt Tschenscher, mengeluarkan syiling dari poket beliau dan memberikan taklimat. Kedua-dua kapten faham pentingya nasib baik mereka kali ini berbanding kemahiran bermain bolasepak.

Ini kerana buat pemenang perlawanan ditentukan oleh lambungan duit syiling.

coin toss

Frachetti meneka ekor (tails). Manakala Shesterynov pula mahu tidak mahu meletakkan nasib USSR kepada kepala (heads). Lambungan syiling tersebut memihak kepada Itali dan Fracchetti.

Lantas beliau berlari keluar dari terowong dan memberikan isyarat yang mereka sudah beroleh kemenangan. Sekitar 70,000 penyokong Itali di stadium bergembira.

UEFA mengeluarkan rangkuman video perlawanan di televisyen pada 2 hari kemudian untuk membuktikan prosedur balingan syiling dijalankan dengan telus.

Itali akhirnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Yugoslavia. Sebagai rekod, mereka menang 2-0 dalam perlawanan ulangan akhir selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir pertama.

Ia adalah tie breaker paling pelik pernah berlaku dalam sejarah perlawanan bolasepak.

Tetapi tuah duit syiling ini membantu Itali membina pasak sejarah bola sepak moden mereka selepas kali terakhir menang trofi semasa Piala Dunia 1938, iaitu 30 tahun sebelumnya.

Baca juga : Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

The post Bagaimana Sekeping Duit Syiling Bantu Itali Bina Sejarah Bola Sepaknya Bermula 1968 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Lionel Messi Mahu Bantu Budak Mangsa Perang Yang Pakai Jersi Messi Dari Plastik

Ini sesuatu yang menyentuh hati kami. Dan ia mengingatkan kami, mengapa kita cintakan bola sepak.

Pasukan perhubungan awam (PR) Lionel Messi sedang giat melancarkan kempen untuk mencari identiti kanak-kanak lelaki dalam gambar yang memakai ‘jersi’ Argentina yang tertera nama ‘Messi’ dan nombor ’10’, yang diperbuat daripada beg plastik.

Gambar tersebut yang tersebar viral di Twitter menunjukkan imej belakang seorang kanak-kanak lelaki yang menyarung beg plastik berwarna jalur biru dan putih – menyerupai jersi Argentina.

Nama ‘Messi’ dan nombor ’10’ tersebut ditulis dengan menggunakan pen marker berwarna biru pekat.

Akaun Twitter yang memuat naik gambar tersebut merupakan milik peminat pemain Argentina dan Barcelona, Messi10stats.

Menurut pemilik akaun tersebut, beliau telah dihubungi oleh pasukan perhubungan awam (PR) Lionel Messi untuk membantu mereka mencari dan membantu kanak-kanak dalam gambar tersebut.

Lokasi gambar tersebut diambil bagaimanapun tidak diketahui. Tetapi menurut Daily Mail, kanak-kanak tersebut mungkin diambil di Dohuk, Iraq – kawasan yang ditinggalkan oleh ribuan keluarga untuk melarikan diri dari serangan ISIS.

Pada tahun lepas, Lionel Messi menderma £315,000 (RM2 juta) kepada badan kebajikan United Nations Children’s Fund (UNICEF).

Sebiji bola yang ditandatangi oleh beliau juga telah dijual pada harga £45,000 (RM282,000) sebelum dana tersebut didermakan kepada UNICEF.

Seperti kisah bapa pelarian Syria menjual pen

Kisah ini mengingatkan kami kepada seorang pelarian Syria di Lubnan yang berubah nasibnya selepas gambarnya tersebar viral di media sosial.

Dalam gambar tersebut, Abdul Halim al-Attar dilihat sedang gigih menjual pen di jalan raya sekitar Beirut sambil memikul anak perempuan yang lena di bahunya.

Selepas gambar beliau tersebar viral, seorang wartawan Norway, Gissur Simonarson memulakan usaha kempen untuk mencari Abdul Halim al-Attar dan memulakan kempen mengumpul derma di Internet.

Kempen tersebut berjaya mengumpul dana sebanyak £120,000 (RM750,000) untuk Abdul Halim al-Attar dan keluarganya.

Abdul Halim al-Attar bagaimanapun hanya dapat mengeluarkan 40% daripada keseluruhan wang tersebut ditolak caj pemprosesan PayPal, Indiegogo dan upah mengeluarkan duit kepada kawannya yang boleh mengeluarkan duit di Dubai.

Tetapi wang tersebut masih tetap cukup untuknya menderma £16,000 kepada kawan-kawan dan keluarganya di Syria, serta membuka kedai roti, kedai kebab dan restoran yang memberi peluang pekerjaan kepada 16 pelarian Syria.

Dengan kuasa media sosial, tidak mustahil nasib budak lelaki yang memakai ‘jersi’ Messi ini bakal berubah. Semuanya kerana Lionel Messi dan bola sepak.

Baca juga: Juara Dunia FIFA 16: Messi Takut Lawan Saya, Ronaldo Langsung Tak Pandai Main

The post Lionel Messi Mahu Bantu Budak Mangsa Perang Yang Pakai Jersi Messi Dari Plastik appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA