Video: David Villa Baru Sahaja Catat Rekod Jaringan Paling Jauh Di MLS

Ingatkah anda dengan lagenda Sepanyol David Vila? Sudah pasti ya!

David Villa baru sahaja melakukan jaringan dari bulatan tengah padang dengan melakukan sepakan lob dari jarak jauh.

Bercakap kepada ESPN selepas perlawanan itu, Villa meyatakan dia sudah terlalu letih untuk berlari. Jadi beliau mengambil keputusan untuk melakukan cubaan gol terus.

Ini kerana Villa tahu, jika beliau meneruskan 2 atau 3 langkah larian lagi, beliau tetap akan kehilangan bola kepada pertahanan lawan. Lebih baik mencuba katanya.

Villa tidak menyangka ia akan menghasilkan gol. Daripada reaksi pada wajah beliau, jelas sekali beliau pun terkejut dengan cubaan beliau ‘mengena’.

Villa telah melakukan cubaan dengan lob dari tengah padang. Penjaga gol, Andre Blak tidak mampu menghentikan jaringan Jom saksikan.

Ia direkodkan sebagai jaringan dari jarak paling jauh pernah dilakukan dalam sejarah MLS. Ia adalah dari 53.5 ela atauun 49 meter.

Gol itu adalah jaringan ke-2 New York City FC dalam perlawanan menentang Philadelphia. NYCFC memang 2-0 dan menjadi pendahulu di Eastern Conference.

Rasanya jaringan antara yang akan tercalon dalam Puskas 2017!

Baca juga: Statistik: 5 Penjaring Terbanyak EPL Dari Brazil Setakat Ini

The post Video: David Villa Baru Sahaja Catat Rekod Jaringan Paling Jauh Di MLS appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : B.Sathianathan Ketua Jurulatih Baru Felda United

Bekas Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaysia, pasukan Kelantan dan paukan ATM FA B.Sathianathan sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan Felda United menggantikan Azmi Mohamed yang meletak jawatan baru-baru ini. Pasukan yang diberi gelaran The Fighters ini sebelum ini dikendalikan oleh Mohd bin Nik selaku Ketua Jurulatih sementara. Beliau sempat mengendalikan 3 perlawanan iaitu 2 perlawanan Liga Super serta 1 perlawanan Piala FA Pusingan Kedua. Dalam 3 perlawanan tersebut, Felda United tewas ketiga-tiga perlawanan iaitu kepada pasukan Kelantan (1-2), Selangor (1-3) dan Johor Darul Ta’zim FC (0-2). Sebagai rekod, pasukan Felda United merupakan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu.

Perlawanan pertama B.Sathianathan sebagai Ketua Jurulatih baru Felda United adalah bertemu dengan pasukan Tampines Rovers pada 21 Februari 2017 dalam saingan Piala AFC 2017. Manakala perlawanan pertama Liga Super 2017 bagi beliau selaku Ketua Jurulatih adalah bertemu dengan pasukan Perak TBG pada 25 Februari 2017 akan datang. Dengan cabaran Felda United dalam saingan Piala FA 2017 telahpun berakhir, fokus kini pastilah kepada saingan Liga Super 2017 selain membawa cabaran kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2017 yang akan bermula 21 Februari 2017 akan datang. Selain itu juga, cabaran untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2017 juga pastinya akan diberi perhatian oleh pasukan Felda United. Bual Sukan percaya, B.Sathianathan akan menggunakan segala kepakaran serta pengalaman beliau membantu pasukan The Fighters untuk kembali bangkit dan berjuang memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Beliau juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan menghadapi setiap perlawanan yang mendatang. 

Dengan barisan pemain-pemain berpengalaman serta gandingan pemain-pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi B.Sathianathan mampu membawa pasukan kembali ke landasan terbaik dalam kancah saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Selamat maju jaya kepada B.Sathianathan Ketua Jurulatih baru serta pasukan Felda United.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

FIFA Mahu Tambah Peraturan Baru, Benarkan Kapten Sahaja Bercakap Dengan Pengadil Ketika Perlawanan

Bola sepak terkenal sebagai sukan yang penuh intensiti tinggi, emosi dan juga drama.

Namun dalam bola sepak moden, sesetengah peminat sudah merasakan nilai drama dan di dalam sukan bola sepak sudah semakin hilang.

Hal ini kerana terdapat beberapa peraturan yang telah ‘membunuh’ bola sepak dari segi nilai drama. Sebagai contoh, teknologi garisan gol.

Terdahulu, Marco Van Basten pernah mencadangkan agar FIFA memansuhkan peraturan ofsaid. Kini FIFA mencadangkan satu lagi peraturan baru.

Adaptasi sukan ragbi

Pembaharuan yang dimaksudkan oleh Van Basten adalah peraturan menghadkan jumlah pemain yang boleh bercakap dengan pengadil ketika perlawanan.

Van Basten berkata, FIFA dalam proses pembincangan untuk membenarkan hanya kapten pasukan sahaja bercakap dengan pengadil ketika perlawanan sedang berlangsung.

Menurut Van Basten, peraturan tersebut diadaptasi dari peraturan sukan ragbi yang membenarkan hanya kapten sahaja yang bercakap dengan pengadil.

Tujuan perlaksanaan peraturan ini adalah kerana ingin mengawal sikap pemain yang kadang kala keterlaluan ketika perlawanan.

“Para pemain terlalu kerap mengadu ketika perlawanan berlangsung.”

“Kami mahu mencipta suasana yang dimana sikap pemain menjadi lebih baik dan lebih menghormati pengadil. Dan pengadil lebih terlindung ketika perlawanan.”

Apabila ditanya mengapa FIFA cuba mengadaptasi peraturan dari sukan ragbi, Van Basten berkata sukan bola sepak perlu belajar dengan semua sukan.

“Bola sepak perlu belajar dengan semua sukan. Dan sukan lain juga bole belajar dengan bola sepak juga.”

Menyeronokkan dan jujur

Terdapat beberapa sebab mengapa FIFA memperkenalkan beberapa peraturan seperti teknologi garisan gol dan teknologi video pembantu pengadil.

Antaranya kerana FIFA mahu mewujudkan suasana permainan bola sepak yang dinamik, berkualiti dan juga jujur.

Van Basten bagaimanapun sedar permainan yang bola sepak merupakan permainaan yang beremosi tinggi.

Namun begitu, menjadi tanggungjawab FIFA untuk memastikan setiap emosi itu terkawal. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk kepada permainan.

Di Premier League, terdapat peraturan yang membolehkan pengadil memberikan kad merah kepada pemain yang menggunakan bahasa dan isyarat kesat kepada pengadil.

Selain itu, terdapat juga peraturan di Premier League yang menghadkan 2-3 pemain sahaja yang bercakap dengan pengadil ketika perlawanan.

Apa komen anda mengenai perkara ini? Wajarkan peraturan ini dilaksanakan? Tinggalkan pendapat kalian di ruangan komen!

Baca juga: Marco Van Basten Mahu Peraturan Ofsaid Dihapuskan, Perkenalkan Kad Hijau Dalam Bola Sepak

The post FIFA Mahu Tambah Peraturan Baru, Benarkan Kapten Sahaja Bercakap Dengan Pengadil Ketika Perlawanan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Memasuki era baru Skuad Kebangsaan

Warna kuning-hitam memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil
apabila Malaysia mencabar Thailand dalam perlawanan akhir
kedua Piala Suzuki AFF pada tahun 2014 yang lalu.
(kredit: www.kwiknews.my)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, duniabolasepak.blogspot.com (DBS) percaya dan tahu bahawa Malaysia masih belum ketandusan pemain-pemain bolasepak yang berbakat. Akan tetapi, pada masa yang sama juga boleh diperhatikan bahawa semakin ramai peminat bolasepak tempatan seakan-akan tidak lagi ambil peduli tentang perkembangan bolasepak tanahair kerana kebanyakannya lebih menyokong pasukan-pasukan luar negara terutamanya dari Liga Perdana Inggeris (English Premier League). Bercakap mengenai bolasepak Malaysia itu merepek sahaja melainkan pasukan negeri kesayangan mereka mara ke perlawanan akhir piala berprestij, Piala Malaysia. Itulah yang terjadi hampir saban tahun.

Segerombolan berwarna merah dikesan di Bukit Jalil selepas
menularnya demam Manchester United Asia Tour 2009.
(kredit: che-cheh.com)

Walau bagaimanapun, pengecualian khusus perlu diberikan kepada kelab dari selatan tanahair iaitu Johor Darul Ta’zim yang baru sahaja melakar sejarah sebagai pasukan pertama yang memenangi divisyen utama Liga-M tiga kali berturut-turut yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan sebelum ini. Penghargaan istimewa juga harus diberikan kepada negeri Melaka, yang pasukannya kini dikenali sebagai Melaka United telah memperbaharui iltizam, komitmen mereka apabila bakal bersaing dalam Liga Super Malaysia pada musim hadapan setelah sekian lama sekadar menjadi pasukan bawahan yang sering menjadi mangsa belasahan.

Di sebalik cemuhan orang ramai apatah lagi tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kemampuan para pemain bolasepak profesional di dalam negara, Liga-M (atau M-League) lantas turut dikecam kerana dilihat akan menjadi tidak releven sebagaimana anggapan bahawa tidak relevannya pencetakan surat khabar dek kemajuan Internet serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat. Namun begitu, apa yang berlaku adalah sebaliknya yakni Liga-M yang membawa nama Malaysia nampaknya menjadi lebih relevan apabila bukan sahaja sudah mulai mendapat tempatnya semula di rantau Asia Tenggara tetapi juga mula disegani di benua Asia.

Pengulas sukan terkemuka negara, Zainal Abidin Rawop semasa
 zaman kerancakan bolasepak tempatan pada suatu ketika dahulu.
(sumber: youtube.com)

Sekiranya dahulu Liga-M gah dengan tajaan lumayan syarikat produk tembakau di samping pasukan Red Giants iaitu Selangor mendominasi peringkat nasional sehingga sangat dicemburui oleh semua pasukan lain, kini Liga-M kembali gah dengan menumpang hasil pelaburan kerabat diraja yang berperanan besar dalam merintis Johor Darul Ta’zim sebagai satu-satunya pasukan kelab yang boleh mengatasi malah mengetuai pasukan-pasukan negeri ke arena antarabangsa.

Menyedari hal ini, ingin ditegaskan berkali-kali bahawa Liga-M sebagai liga kebangsaan adalah berkait rapat secara langsung dengan pembentukan skuad kebangsaan. Tanpa adanya pengurusan liga kebangsaan yang baik ibarat menempah kegagalan untuk skuad kebangsaan sebelum menyertai sebarang pertandingan. Lebih-lebih lagi apabila pada saat ini tiada seorang pun pemain tonggak kebangsaan yang berkelana di tempat orang atau bermain di perantauan. Selagi mana istilah ‘pemain eksport’ kurang digunakan berbanding pemain import, selagi itulah liga kebangsaan kita menjadi lebih kritikal.

Kelihatan Zainal Abidin Hassan sewaktu Malaysia menentang
Indonesia pada 1984 dalam Pesta Bola Merdeka, satu
pertandingan yang patut dianjurkan kembali.
(visual: Arkib RTM)

Liga-M dan Harimau Malaya (atau “Harimau Malaysia” menurut golongan tertentu), Harimau Malaya dan Liga-M, memang berpisah tiada. Kedua-duanya diikat oleh satu perkara, iaitu para pemain bolasepak tempatan. Sungguhpun para pemain naturalisasi juga mempunyai hak mewakili negara mengikut undang-undang yang termaktub, anak watan pula tidak seharusnya diketepikan memandangkan mereka adalah tulang belakang yang sentiasa menjadi tunjang buat pasukan negara sejak zaman-berzaman. Oleh itu, skuad kebangsaan selaku pengibar panji negara hanya boleh maju ke hadapan sekiranya pemain tempatan diletakkan pada tempat yang selayaknya.

Pemilihan pemain veteran, Amri Yahyah sebagai kapten negara
yang baharu adalah yang terbaik pada waktu ini tetapi jurulatih
Malaysia perlu meneliti siapa penggantinya mulai sekarang.
(gambar: goal.com)

Maka, hanya ada satu cara untuk memasuki era baru skuad kebangsaan dengan jayanya, yakni bersedia untuk melakukan perubahan dari atas hinggalah ke bawah. Jalannya mungkin berliku, tetapi ianya bukan menjadi penghalang bagi kita semua untuk memastikan cita-cita kegemilangan yang diimpikan selama ini mampu dicapai dengan usaha yang sedaya upaya. Setakat mana yang termampu, marilah menggembleng tenaga untuk menjana kekuatan dan memacu kejayaan demi negara yang dicintai.

#Merdeka   #BerjayaMalaysia   #MalaysiaBoleh   #Wawasan2020

DUNIA BOLA SEPAK

Rekaan Baru Jersi Bola Sepak Pasukan Kebangsaan Malaysia 2016/2017 Terdedah Kepada Umum

Dalam masa terdekat, Nike akan memperkenalkan rekaan baru jersi yang akan digunakan oleh psukan bola sepak kebangsaan yang akan digunakan untuk tempoh 2 tahun akan datang.

Belum pun ada sebarang berita tentang jersi baru ini, rekaannya sudah pun terdedah kepada umum beberapa minggu lepas.

Jersi tuan rumah

Jersi tuan rumah (home) pasukan kebangsaan menampilkan warna kuning sebagai warna utama sambil dipadankan dengan warna hitam pada bahagian bahu dan lengan.

Jalur hitam pada bahagian sisi ini adalah rekaan yang digunakan mengikut templat jersi Vapour dengan teknologi terbaru AeroSwift.

screen-shot-2016-09-12-at-10-5

Rekaan baru ini konsisten seperti kebanyakan jersi Nike pada musim 2016/2017.

Jersi tersebut akan dipadankan dengan seluar kuning berjalur hitam dan stokin hitam yang lengkap dengan motif garis-garis kuning.

Jersi pelawat

Jersi pelawat (away) pasukan kebangsaan turut menggunakan templat jersi Vapour yang sama.

Kali ini jersi pelawat pasukan kebangsaan akan menampilkan kelainan. Warna putih digunakan sebagai asas, berbeza dengan warna biru yang digunakan pada tahun-tahun sebelum ini.

Jersi putih kali ini digandingkan dengan warna biru gelap ‘navy’ pada bahagian bahu dan lengan. Jersi itu turut diserikan dengan jalur berwarna merah pada bahagian kolar dan sisi baju.

Seluar untuk jersi pelawat akan berwarna putih, lengkap dengan jalur merah. Away kit ini turut dipasangkan dengan stokin merah yang mempunyai corak perincian berwarna putih.

screen-shot-2016-09-12-at-10-5-1

Seperti rekaan jersi Malaysia sebelum ini, Jalur Gemilang disematkan di bahagian dada untuk membangkitkan semangat patriotik pemain (dikhuatiri kalau letak logo FAM, semangat pemain akan luntur).

Jersi tersebut juga dijangka akan dilengkapi dengan perincian kata-kata keramat ‘Tanah Tumpahnya Darahku’ di bahagian dalam kolar.

Apa pendapat anda pada tentang rekaan jersi terbaru pasukan kebangsaan ini? Berikan pendapat anda di bahagian komen.

Baca juga: Siapa 6 Penyokong Yang Pakai Jersi Bola Sepak Malaysia Di Gelanggang Badminton Sukan Olimpik Rio 2016?

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Joule. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke semuanyabola@gmail.com.

The post Rekaan Baru Jersi Bola Sepak Pasukan Kebangsaan Malaysia 2016/2017 Terdedah Kepada Umum appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Format Baru Piala Eropah 2016 Dikritik: Kurang Gol Dan Galak Pasukan Bermain Defensif

24 pasukan dan bolasepak pasif

UEFA menerima pelbagai kritikan kerana perubahan format kepada 24 pasukan dan memberikan kelayakan kepada 4 lagi pasukan terbaik dari tempat ke-3.

Kejohanan yang menyaksikan cuma 8 pasukan gagal mara ke pusingan seterusnya dengan peratusan pasukan yang mara adalah 67% berbanding 50% sebelum ini.

Ada yang lantang mengkritik UEFA telah memberikan talian hayat kepada ‘si gagal’ yang berada di tempat ke-3 dalam saingan kumpulan.

Berikut adalah 2 isu utama yang dikiritik oleh pemerhati dan pundit bolasepak Eropah.

1. Menang bukan misi utama

Antara impak format ini menyaksikan banyak pasukan bermain negatif dan selesa dengan keputusan seri.

Format ini lebih kepada mengelakkan daripada kalah bukannya cuba untuk menang. Sebagai contoh Slovakia menentang England, dimana mereka bermain terlalu pasif untuk seri daripada berusaha untuk menang.

052434

Ia memperlihatkan, jika sesebuah pasukan sudah mengutip 3 mata, bermakna mereka perlu mencari seri.

Ia amat berbeza dengan intensiti persaingan sebelum ini yang menyaksikan pasukan akan cuba untuk menang walaupun sudah menang sekali.

Format ini langsung tidak menggalakkan pasukan untuk mengejar kemenangan. Ia hanya menggalakkan pasukan untuk berusaha tidak kalah.

Sebagai contoh, Portugal hanya mengutip 3 mata hasil daripada 3 keputusan seri, tetapi tetap layak kerana mereka ada perbezaan jaringan 0.

Dalam contoh lain, Portugal dan Hungary pula selesa tidak mengejar kemenangan pada kedudukan 3-3 dalam perlawanan terakhir mereka. Dengan keputusan seri ini, Portugal berjaya mengelak untuk bertemu England.

052421

Jika UEFA mengikut format lama, Cristiano Ronaldo dan rakan rakannya sudah lama mengemaskan beg pakaian mereka dan meninggalkan Paris ketika ini.

2. Purata jumlah gol merudum

Piala Eropah kali ini berhak digelar kejohanan yang paling membosankan dari segi purata gol.

Ini kerana, setelah tamat peringkat kumpulan, purata gol untuk setiap perlawanan cuma 1.92 gol.

Ia adalah kali pertama selepas edisi 1992 (purata 1.75 gol), purata gol di bawah purata 2.00 gol untuk saingan peringkat kumpulan.

Gary Lineker dalam tweet beliau jelas kecewa dengan impak negatif format ini.

052304

Pada pandangan kami, format ini sepatutnya menghasilkan purata gol lebih banyak kerana lebih banyak pasukan terlibat.

Namun sikap sesebuah pasukan itu sendiri yang menjadikan purata gol merosot secara lebih langsung.

UEFA yakin lebih banyak yang positif.

UEFA dalam kenyataan mereka yakin format ini telah membawa kepada episod ala dongeng klasik pasukan seperti Albania, Iceland,Wales, dan Ireland Utara berjaya beraksi di pentas Eropah.

Dalam beberapa hari lagi negara Iceland yang hanya memiliki populasi sekitar 330,000 akan berdepan pasukan besar seperti England dan akan disaksikan seluruh dunia.

Difahamkan kini jumlah rakyat Iceland ke Paris meningkat sehingga 50% daripada populasi keseluruhan mereka.

UEFA juga menjangkakan akan lebih banyak drama dalam pusingan kalah mati kali ini.

Bagaimanana dengan pandangan anda pula? Wajarkah UEFA kembali dengan format 16 pasukan dan cuma 2 pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati.

Baca juga: Rekod UEFA Dalam Piala Eropah 2016 Dedah Coman Paling Laju, Parolo Paling Berstamina

Semuanya BOLA

700 Komen Negatif Dalam Masa 30 Minit, Perlantikan Presiden Baru KFA Diprotes Penyokong Kedah

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang baru, YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mempunyai tugas berat untuk memenangi hati penyokong Kedah.

Ini kerana rata-rata penyokong Kedah memberikan reaksi negatif kepada berita perlantikan rasminya sebagai presiden KFA di laman Facebook rasmi Kedah FA.

Mengikut tinjauan kami, gambar YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang sedang memakai blazer KFA menerima lebih 700 komen negatif hanya dalam masa 30 minit.

Selain meluahkan protes mereka dengan emoji ‘muntah’, penyokong Kedah juga membangkitkan isu Ahmad Bashah yang tidur ketika ucapan Sultan Kedah dan sokongan mereka kepada mantan presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

bashah1

Selain itu, ada juga beberapa penyokong Kedah yang memuat naik semula status Ultras Kedah 2009 yang mendedahkan cubaan gagal Ahmad Bashah untuk berdamai dengan penyokong Kedah.

bashah2

Dalam laman Facebook rasmi mereka, Ultras Kedah menjelaskan mereka ‘tak pandai berdamai’ dengan presiden KFA baru, sambil menyuruh beliau untuk ‘berdamai dengan orang lain’.

Kalau bak berdamai, berdamai lah dgn org lain, kami tak pandai nak berdamai. Yg kami tau kami syg negeri kami ja. Kalau…

Posted by Ultras Kedah 2009 – UK09 on Wednesday, March 23, 2016

Sebagai rekod, Ahmad Bashah dilantik sebagai presiden baru KFA selepas perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pada 3 Februari 2016 yang lepas.

Dengan perletakan jawatan Mukhriz sebagai menteri besar, kerusi presiden KFA telah dikosongkan untuk diisi oleh menteri besar baru, iaitu Ahmad Bashah.

Dalam Liga Super, Kedah sedang berada di tangga ke-6 liga, 5 mata di belakang JDT selaku pendahulu liga.

Baca juga: Pemain Import Kedah Ini Melakukan Apa Yang Tak Mampu Dilakukan Oleh Pengadil

The post 700 Komen Negatif Dalam Masa 30 Minit, Perlantikan Presiden Baru KFA Diprotes Penyokong Kedah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Badge Baru Manchester City Didedah, Dikutuk Oleh Penyokong Kerana ‘Nampak Boring’

Pada mulanya, Manchester City bercadang untuk mengumumkan rekaan badge baru kelab kepada penyokong pada Boxing Day.

Tetapi terima kasih kepada Pejabat Harta Intelek UK, penyokong City dapat melihat badge baru kelab mereka lebih awal.

Rekaan badge baru Manchester City itu didedahkan oleh laman web Pejabat Harta Intelek UK secara tak sengaja. Dan ia turut mendedahkan tarikh City memohon badge mereka dijadikan harta intelek.

GB50110000003141842

Sebelum badge baru kelab direka, Manchester City melancarkan konsultansi dengan penyokong kelab pada bulan September berhubung cadangan untuk mengubah rekaan badge kelab.

Dalam konsultansi tersebut, ramai penyokong mahukan rekaan badge City beralih ke rekaan retro; badge bulat yang mengandungi simbol kapal Mancunian dan ros merah Lancashire.



Reaksi penyokong Manchester City

Reaksi penyokong City tentang rekaan terbaru badge kelab mereka agak bercampur-baur.

Ada yang sukakannya. Tetapi ramai yang mempertikaikan ketiadaan perkataan ‘football club’ atau ‘FC’ di badge terbaru kelab mereka.

Ada juga penyokong yang mengesan keseragaman (uniformity) antara badge City dengan badge kelab-kelab yang dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed al Nahyan.

perbandingan-logo-manchester-city

Sebahagian kecil penyokong City tak mahukan bunga rose merah Lancashire diletakkan dalam badge terbaru.

Baca juga: Penyokong Vietnam Membakar Tiket Kerana Layanan Buruk Manchester City

The post Badge Baru Manchester City Didedah, Dikutuk Oleh Penyokong Kerana ‘Nampak Boring’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Remi Garde Pengurus Baru Aston Villa

Teka-teki mengenai siapakah yang bakal membimbing serta menguruskan pasukan Aston Villa terjawab apabila bekas pemain Arsenal serta bekas pengurus Lyon, Remi Garde dilantik sebagai pengurus baru menggantikan Tim Sherwood yang dipecat baru-baru ini. Beliau merupakan pengurus baru ketiga dilantik selepas Jurgen Klopp dan Sam Allardyde dilantik sebagai pengurus baru pasukan Liverpool dan Sunderland. Aston Villa yang kini menghuni tangga tercorot Liga Perdana Inggeris musim ini sekadar mengumpul 4 mata daripada 11 perlawanan yang telah diharungi. 

Tugasan pertama Remi Garde pastinya memulihkan semula semangat pemain selain menyusun perancangan strategi dan taktikal terbaik bagi mengharungi baki 27 lagi perlawanan Liga musim ini selain mengelakkan tersingkir ke Liga Kejuaraan musim 2016/17 akan datang. Perlawanan pertama beliau adalah menghadapi pasukan pendahulu liga, Manchester City di laman sendiri. Bual Sukan percaya beliau akan menggunakan segala pengalaman serta kemahiran beliau untuk memulihkan kembali prestasi pasukan Aston Villa musim ini.  
  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa