Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi”

Pada tahun 1994, Singapura mengumumkan yang mereka akan keluar dari Liga Malaysia.

Dan pada 1996, mereka menubuhkan liga mereka sendiri iaitu S-League.

Mereka bermula dengan hanya 8 pasukan sahaja ketika musim sulung mereka mengambil tempat. Selepas 20 tahun kewujudan liga, S-League hanya mampu mempunyai maksima 11 pasukan sahaja.

Tak akan berkembang

Bekas pemain Arsenal dan Liverpool Jermaine Pennat, mengejutkan dunia bola sepak apabila beliau berkeputusan untuk menyertai S-League.

Pennant

Beliau memilih untuk menyertai Tampines Rovers dengan nilai gaji rekod tertinggi dalam sejarah S-League iaitu £11,500. (RM 60,000)

Namun begitu, pengalaman Pennant di Singapura tidaklah seindah yang disangkakan.

Beliau merasakan S-League tidak akan berkembang, dan mereka hanya akan duduk di dalam zon selesa mereka sendiri.

Pennant juga merasakan S-League tak akan berkembang kerana walaupun mereka membawa Lionel Messi sekali pun ke liga mereka.

“Buatlah apa saja pun. Kalau mereka bawa Lionel Messi pun tiada masalah. Mereka mampu menarik minat peminat bola sepak di Singapura untuk menonton S-League.”

“Tetapi mereka tidak ada duit. Dan jika liga mereka berterusan dibantu oleh kerajaan seperti liga yang mereka lakukan pada sukan lain. Mereka tak akan berkembang.”

Bagi Pennant, jika S-League tidak melakukan sesuatu. Liga mereka tidak akan kemana.

Tetap berdegil

Sejak penubuhan S-League pada 1996, mereka mengalami kesukaran untuk menarik peminat bola sepak di Singapura untuk datang menyokong liga tempatan.

Hal ini kerana mereka gagal untuk menarik penaja untuk menaja liga mereka dan dalam masa yang sama peminat bola sepak di Singapura lebih memilih untuk menonton aksi liga bola sepak dari Eropah di kaca televisyen.

01_19114155_0ee916_2647618a

Selepas 9 bulan bersama Tampines Rovers, Pennant akhirnya pergi meninggalkan kelab tersebut kerana tidak mahu menerima potongan gaji diatas gaji besar yang diterima beliau.

Beliau tidak berpuas hati kerana Tampines Rovers mengamalkan polisi gaji yang menghadkan nilai gaji untuk sesetengah pemain.

Bagi pengerusi Tampines Rovers Krishna Ramachandra, kelab beliau buat sedemikian untuk demi keadian setiap pemain di kelabnya.

“Adalah tidak adil untuk pemain yang lain kerana mereka semua mengambil potongan gaji tetapi beliau dapat gaji yang amat besar.”

“Ia akan beri suasana yang tidak seronok dibilik persalinan.”

Baca juga: 

The post Jermaine Pennant: “Liga Singapura Tak Akan Maju Walaupun Mereka Bawa Lionel Messi” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Sam Allardyce Cuba Bawa Steven N’Zonzi Ke Skuad England, Dakwa Tiada Defensive Midfielder Inggeris

Setiap ketua jurulatih atau pengurus pasukan pasti mempunyai beberapa pemain yang dipercayai dan dibawanya ke mana-mana pasukan yang diuruskannya.

Hal ini berlaku kerana pemain yang dipercayai mereka itu sesuai digunakan dengan falsafah dan taktikal yang digunakan oleh pengurus atau ketua jurulatih tersebut.

Dan inilah yang berlaku baru-baru ini kepada Steven N’zonzi (gambar bawah).

Tetapi apa yang mengejutkan media adalah pengurus yang mahu memanggil N’zonzi bermain bukanlah pengurus kelab. Sebaliknya pengurus England, Sam Allardyce!

Kekurangan pemain tengah defensif

Sebab utama Allardyce ingin membawa N’zonzi ke skuad England adalah kerana N’zonzi belum lagi melakukan penampilan bersama negara kelahirannya di peringkat senior iaitu Perancis.

Dalam pada masa yang sama, N’zonzi juga telah bermain di England selama 5 tahun sejak 2009.

Syarat untuk mendapatkan kerakyatan di United Kingdom adalah perlu bermastautin selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menyedari kekurangan defensive midfielder yang sesuai untuk pasukannya dari bangsa Inggeris, Allardyce mula mencari pemain yang sesuai dengan taktikal beliau.

(Kami boleh fikirkan 5 calon defensive midfielder berbangsa Inggeris untuk skuad England kendalian Allardyce: Eric Dier, Danny Drinkwater, Isaac Hayden, Tom Huddlestone, Michael Carrick)

Lalu Allardyce mula memikirkan yang beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan N’zonzi sebagai pemain England. Menurut Allardyce:

“Steven (N’zonzi) merupakan pemain yang sangat bagus. Tetapi beliau tidak pernah dapat penghargaan yang sepatutnya disebabkan saiz badan yang terlalu besar.”

“Bila pemain tersebut terlalu besar, orang akan mula berfikir yang kaki mereka tidak akan setangkas minda mereka berfikir bila bermain.”

“Dan mereka juga akan rasa pemain tersebut tidak tajam dan tangkas dalam pergerakan mereka.

Dihalang FIFA

Namun begitu, usaha Allardyce untuk membawa N’zonzi ke skuad England dihalang oleh FIFA.

Walaupun beliau belum pernah melakukan penampilan bersama skuad senior Perancis, FIFA menghalang percubaan Allardyce tersebut kerana N’zonzi pernah bermain bersama skuad bawah-21 tahun Perancis pada 7 tahun yang lalu.

Namun FIFA difahamkan yang pihak Football Association (FA), akan merayu mengenai hal ini walaupun peratusan untuk berjaya dalam proses rayuan ini tipis.

“Kami sudah mencuba untuk dapatkan N’zonzi untuk skuad England, dan saya jelas berminat dengan pemain tersebut.”

“Namun setelah FIFA menghalang usaha kami, saya rasakan ianya mustahil untuk rayuan itu berjaya. Dan saya rasakan perkara ini tiada gunanya lagi.”

Allardyce adalah orang yang bertanggungjawab membawa N’zonzi ke England pada 2009, ketika itu beliau menjadi pengurus di Blackburn Rovers.

Selepas 3 tahun di Blackburn Rovers, N’zonzi ke Stoke City pada 2012 dan ke Sevilla selepas 3 tahun berada di sana.

Baca juga: Sam Allardyce: Diego Simeone Akan Dipanggil ‘Boring’Jika Beliau Mengurus Di Premier League

The post Sam Allardyce Cuba Bawa Steven N’Zonzi Ke Skuad England, Dakwa Tiada Defensive Midfielder Inggeris appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Dato’ Dr. Noordin Mahu Bawa Pemain Muda Malaysia Ke Akademi FC Bari

Pemilik baru FC Bari 1908, Dato’ Dr. Noordin Ahmad beraspirasi untuk membawa pemain muda Malaysia yang berbakat ke akademi kelab miliknya sebagai inisiatif untuk memperbaiki mutu bola sepak negara.

Bercakap ketika sidang media pertamanya sebagai pemilik baru kelab, Dato’ Dr. Noordin turut mendedahkan visinya untuk menjadikan FC Bari sebagai ‘yang terbaik antara terbaik’ dalam masa 5 tahun.

noordin3

Terhutang budi dengan Itali

Ketika memperkenalkan dirinya buat kali pertama di depan media Itali, Dato’ Dr. Noordin menceritakan pengalamannya yang diserang sakit jantung ketika bercuti di Itali.

“Saya betul-betul ingat saya akan meninggal dunia di Rom. Situasi saya (sakit jantung) sangat serius tapi doktor Itali menyelamatkan saya.”

“Sekembalinya saya di Kuala Lumpur selepas pulih, saya tertanya-tanya apa yang saya boleh lakukan untuk membalas masa Itali.”

Langkah pertama beliau untuk membalas budi Itali adalah dengan membuat pelaburan di sebuah butik fesyen milik mereka fesyen muda Itali bernama Louis de Bourbon – dianggap sebagai pengganti pereka fesyen terkemuka Christian Dior.

Situasi di Malaysia ubah fikiran

Pada ketika itu, Dato’ Dr. Noordin masih tidak memikirkan tentang pelaburan dalam bola sepak. Tetapi situasi di Malaysia membuatkannya berubah fikiran.

“Pada satu hari saya terbaca artikel tentang bola sepak Malaysia (Malaysia seri 0-0 dengan Macau). Masing-masing menuding jadi sesama sendiri.”

Jelas Dato’ Dr. Noordin depan media Itali lagi, 30 tahun lepas Malaysia setaraf dengan Jepun dan Korea Selatan. Jadi apabila bola sepak Malaysia merudum, semua orang bercakap mengenai cara untuk memperbaikinya.

“Saya berpendapat jika kita beri pemain muda Malaysia peluang bermain di akademi Eropah, mereka akan mempunyai masa depan dalam bola sepak.”

“Jika mereka gagal sekalipun, sekurang-kurangnya mereka memperolehi pengalaman beraksi dalam suasana profesional Eropah. Ini sahaja akan meningkatkan mutu bola sepak Malaysia.”

Bagaimana memilih FC Bari?

Dato’ Dr. Noordin kemudiannya menceritakan proses bagaimana beliau memilih FC Bari sebagai kelab yang mahu dimilikinya.

“Mula-mula saya melawat kelab bola sepak sekitar Rom untuk mencari calon kerjasama dengan bola sepak Malaysia. Akademi Lazio adalah antara salah satunya.”

“Kemudian saya fikir, kalau kelab Rom menang Serie A, ia tidaklah menghairankan.”

“Tetapi jika FC Bari menjadi juara Serie A, ia lebih membanggakan.”

Dato’ Dr. Noordin mahukan akademi FC Bari memberi peluang kepada pemain muda Malaysia. Beliau berjanji sebuah kompleks pusat sukan akan dibina untuk memenuhi tujuan tersebut.

Beliau juga turut menyasarkan FC Bari untuk menjadi salah satu kelab terbaik di Itali dalam masa 5 tahun.

noordin2

Duit pelaburan akan masuk

Ketika ditanya mengenai nilai pelaburannya, Dato’ Dr. Noordin yakin beliau mampu membawa beberapa pelabur dari Malaysia untuk melabur di FC Bari.

“Kita ada Petronas, beberapa tabung kekayaan berdaulat (sovereign funds) yang melabur di London, India dan China. Tabung EPF adalah antara salah satunya.”

Peguam dan penterjemah Dato’ Dr. Noordin, Grazia Iannarelli pula menjelaskan urusan perpindahan saham kelab akan lengkap pada akhir Mei 2016 nanti.

Nilai pembelian saham pula bakal diberitahu kemudian. Tetapi menurut calcioefinanza, nilai jualan 50% saham milik Gianluca Paparesta itu berjumlah €12 juta.

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan untuk membeli lebih banyak syer kelab, Dato’ Dr. Noordin menjawab beliau ‘sangat berpuas hati dengan hanya 50%’.

Dato’ Dr. Noordin turut ditanya sama ada beliau akan membeli pemain asing untuk pasukan. Beliau menjawab:

“Saya mahu jadi seperti Simon Cowell dalam rancangan British Got Talent. Saya lebih berminat dengan bakat-bakat pemain kelahiran Bari dan Malaysia.”

Baca juga: Pelabur Malaysia, Dató Dr. Noordin Ahmad Sah Beli Kelab Itali, FC Bari

The post Dato’ Dr. Noordin Mahu Bawa Pemain Muda Malaysia Ke Akademi FC Bari appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA