Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata

Velizar Popov menembak pengurusan KAFA sekali lagi di dalam akaun twitter rasmi beliau.

Sebelum ini bekas pengendali Kelantan itu menagih gaji 2 bulan terakhir beliau di Kelantan yang masih belum dibayar oleh KAFA.

Ianya selepas Popov membalas kenyataan McKain yang melabel KAFA sebagai penipu ketika KAFA mengumumkan sudah membayar tunggakan gaji.

Beberapa minggu yang lalu, FAM telah mengumumkan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier telah menerima wang mereka.

Presiden FAM sebelum itu memberikan peringatan agar semua pasukan membayar hutang mereka secepat mungkin. Ini termasuk tunggakan gaji dan jurulatih.

Jika tidak, pasukan yang masih bermasalah dengan tunggakan gaji ini berhadapan dengan tindakan pemotongan mata.

Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden KAFA pula membidas kenyataan FAM ini dan menganggap ia terlalu drastik sambil menyalahkan FMLLP sebagai punca masalah ini.

Popov nyata kecewa apabila mendenar KAFA bercadang untuk melaburkan duit untuk pemain import yang baharu sedangkan gaji bekas pemain dan jurulatih.

Dalam status beliau di twitter, Popov merasakan tindakan KAFA itu sukar diterima.

Beliau juga merasakan KAFA sepatutnya mengutamakan isu untuk mengelak dipotong mata dan juga membayar gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak berbanding dengan perkara lain.

Popov juga menyatakan beliau sangat komited ketika menjadi jurulatih Kelantan. Namun kini sumbangan beliau seakan-akan tidak dipandang oleh KAFA. Popov mahu menuntut wang yang juga hak beliau.

FMLLP dan FAM buat masa ini masih belum mengumumkan apa-apa tindakan susulan daripada kenyataan mereka minggu lalu yang mahu memotong mata beberapa pasukan.

Ini kerana mereka gagal menjelaskan hutang gaji pemain dan jurulatih.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Liverpool, Manchester City Dan Chelsea Kongsi Bayar Bil Sewa Jet Peribadi

3 seteru dalam bola sepak Inggeris, Liverpool, Chelsea dan Manchester City menjalinkan kerjasama yang mungkin akan diteruskan pada masa akan datang.

Mereka bersetuju untuk berkongsi bayaran bil jet peribadi untuk menerbangkan pemain mereka balik ke England.

Dengan perlawanan antarabangsa terakhir Brazil menentang Peru pada malam Rabu, bermakna pemain-pemain 3 kelab ini hanya akan sampai di England pada Jumaat jika terbang dengan rakan-rakan sepasukan lain.

brazil2

Justeru, Liverpool, Chelsea dan Manchester City telah bersetuju agar masing-masing membayar £30,000 untuk jet peribadi.

Ini bagi membolehkan pemain-pemain mereka mendapat rehat yang cukup untuk menghadapi perlawanan EPL hujung minggu ini.

Liverpool dan Manchester City akan bermain pada Sabtu. Manakala Chelsea pula akan beraksi pada hari Ahad. Ketiga-tiga pasukan dalam prestasi terbaik di EPL buat masa ini.

brazil

Firmino dan Coutinho adalah pemain penting Jurgen Klopp di Anfield, mankala Willian dalam proses untuk kembali semula ke dalam pasukan utama selepas cuti khas kerana pemergian ibunya. Fernandinho pula pemain penting dalam sistem Pep Guardiola di Etihad.

Satu lagi kelab yang menyewa jet peribadi adalah Paris St. Germain yang mahu menerbangkan kapten mereka, Thiago Silva dengan segera.

Brazil melalui minggu antarabangsa yang sangat cemerlang. Mereka turut menewaskan musuh super classico Argentina dengan keputusan 3-0.

Brazil menutup kempen antarabangsa mereka untuk tahun 2016 dengan kemenangan 2-0 ke atas Peru. Ia membolehkan skuad Adenor Leonardo Bacchi ataupun Tite dalam landasan terlalu hampir untuk mara ke Piala Dunia Russia.

Baca juga : 5 Permusuhan Bola Sepak Melibatkan Pasukan Kebangsaan (Bahagian 2)

The post Liverpool, Manchester City Dan Chelsea Kongsi Bayar Bil Sewa Jet Peribadi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Arsenal Lancar Kempen Kutipan Derma Untuk Bayar Gaji Messi

Isnin lepas, akhbar Daily Star di UK melaporkan Lionel Messi ‘bersedia’ untuk berpindah ke England selepas didakwa mengelak cukai oleh kerajaan Sepanyol.

Menurut Daily Star lagi, destinasi pilihan Messi jika berpindah ke England adalah Arsenal.

Seperti biasa, majoriti penyokong Arsenal tidak mengambil kisah berita ini kerana mengetahui betapa berjimat-cermatnya pengurusan kelab mereka dalam urusan pembelian pemain.

Untuk membawa Messi ke England, Daily Star melaporkan Arsenal perlu membayar £175 juta untuk menebus klausa pelepasannya dan membayar £600,000 seminggu.

Berdasarkan struktur gaji pemain kelab-kelab Liga Perdana Inggeris ketika ini, hanya Manchester United, Manchester City dan Chelsea sahaja yang mampu membayar Messi.

Tetapi seorang penyokong Arsenal mempunyai idea lain.

Melalui tweetnya, Matt Clark mencadangkan beliau dan 599,999 penyokong Arsenal lain membuat arahan direct debit sebanyak £1 seminggu kepada akaun masing-masing.

Kami tak dapat pastikan sama ada beliau betul-betul serius atau hanya bergurau.

You may say I’m a dreamer, but I’m not the only one, menurut kata John Lennon. Kami pasti Matt Clark bersetuju dengan beliau.

Baca juga: Bagaimana Messi Dan Iniesta Hampir Berpindah Ke Rangers

The post Penyokong Arsenal Lancar Kempen Kutipan Derma Untuk Bayar Gaji Messi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Terengganu Bayar ‘Hutang’ Tiket Stadium Selepas Masuk Secara Haram

Ini sesuatu yang jarang berlaku, tetapi perlu selalu diamalkan.

Seorang penyokong Terengganu menulis surat memohon maaf secara rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu selepas mengaku masuk ke stadium tanpa tiket untuk menonton perlawanan Terengganu menentang Lions XII.

12274431_1285726234789813_8795002052223856613_n

Menurut penyokong Terengganu yang menamakan dirinya ‘Hamba ALLAH’ itu, beliau ‘tidak berfikir panjang dan hanya mengikut kawan-kawan’.

Beliau juga turut mengaku ‘takut kesalahan ini akan dibicarakan di mahkamah Allah’. Turut disertakan dalam surat itu adalah wang tunai sebanyak RM15, yang merupakan harga tiket masuk perlawanan tersebut.

Fanpage Terengganu FA memberi respon yang positif kepada surat ini melalui status di fanpage mereka.

Alhamdulillah.. Bagus!

Posted by TERENGGANU FA on Monday, November 16, 2015

Sebagai rekod, Terengganu tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut. Kekalahan itu sekaligus mengakhiri cabaran Terengganu dalam Piala Malaysia 2015.

Baca juga: Apakah Perbezaan Taktikal Terengganu Di Bawah Ahmad Yusof?

The post Penyokong Terengganu Bayar ‘Hutang’ Tiket Stadium Selepas Masuk Secara Haram appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA