Analisis Taktikal Piala Eropah 2016; Belgium v Wales (1-3)

Wales mendapat 3 gol daripada kanan !

Dalam bolasepak, jika anda bermain sebagai satu pasukan, anda akan menjadi lebih kuat. Ambil iktibar daripada Leicester dan Greece.

Tidak kira apa taktikal digunakan, yang penting pemain dan pengurus tahu apa yang mereka perlu mainkan di atas padang.

Permulaan

Belgium menggunakan formasi 4-2-3-1. Di belakang Lukaku mereka ada trio yang memiliki kualiti yang tinggi, Hazard- De Bruyne dan Carrasco.

Wales memulakan perlawanan dengan 3-5-2. Kapten Ashley Willian turut diturunkan walaupun menjalani rawatan sebelum ini.

Belgium bermula dengan baik

Belgium mencipta lebih banyak peluang pada awal 25 minit perlawanan. Mereka juga memiliki peluang besar apabila 3 cubaan susulan dalam satu masa dilakukan namun Hennesey dan Neil Taylor menyelamatkan Wales.

Gol petama Belgium hadir pada minit ke-12 melalui Radja Nainggolan. Ia adalah satu anatomi taktikal yang lemah oleh Wales apabila terlalu memberikan ruang di luar kotak penalti.

Pertahanan Wales terlalu ke dalam dalam platform chain of 5 ditambah dengan  3 midfield yang menggunakan garisan yang hampir sama.

gol

Dalam rajah di atas, ia jelas poor defensive organization secara teknikal dan taktikal. Wales bertahan lebih baik daripada ini sepanjang perlawanan.

Belgium agak kejam dengan menghukum mereka kerana satu situasi tak terurus. Potensi pemain seperti Radja Nainggolan memang tidak boleh diberikan ruang seperti ini.

Analisis Welsh’s Triangles

Triangles atau square ? Terpulang kepada anda untuk menilai. Namun ini adalah penjelasan saya tentang bagaimana mereka menggunakan pivot mereka untuk memulakan gerakan dari bawah.

Joe Allen, Ramsey dan Ledley antara 3 pemain yang memainkan peranan penting untuk membentuk segitiga segitiga ini.

Apabila pemain pertahanan sama ada center back kanan atau kiri memulakan gerakan, pivot akan cepat menjadi pusat kepada square untuk membentuk 4 segitiga.

Ini memudahkan mereka untuk menentukan fasa kedua gerakan mereka. Sama ada bola akan melalui, kawasan sayap, half space ataupun tengah.

a11

walesss

1121

wales

Kaedah ini akan menarik seorang daripada flat 5 midfielders untuk ke bawah dan 4 lagi akan membentuk support dan gerakan serangan. Ia juga memudahkan mereka untuk melakukan transisi.

Pada separuh masa kedua, method ini sukar dibentuk kerana tekanan Belgium yang lebih tinggi berbanding pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa pertama, pada satu ketika Wales menguasai perlawanan sehingga 68%. Ini adalah salah satu contoh Wales masih cuba membentuk triangles itu sekali lagi tetapi tidak mampu melakukannya kerana pressuring yang tinggi oleh Belgium.

55

led

Analisis kebuntuan Belgium memecahkan pertahanan Wales

Belgium pada separuh masa kedua meningkatkan intensiti, namun mereka masih gagal untuk memecahkan pertahanan Wales dengan lebih berkesan.

Dalam perlawanan ini, mereka sekali lagi mengulangi kenaifan mereka seperti ketika menentang Itali iaitu tidak ada pelan lebih baik untuk memecahkan platform pertahanan chain of 5 / rantaian berlima + 3 (midfelder).

Kesannya , ini yang berlaku. Dalam rajah dibawah menjelaskan bagaimana jaringan / network hantaran Belgium pada separuh masa kedua.

belgium

Mereka memiliki ratio hantaran tepat yang tinggi namun terlalu sedikit yang berjaya di kawasan lebih deep di final third. (biru – tepat, merah – gagal)

Ini adalah map hantaran mereka di final third. (biru – tepat, merah – gagal)

att

Wales ‘mengeringkan’ bahagian sayap Belgium

Seterusnya kita akan melihat bagiamana Wales cuba untuk mengeringkan / vacuuming serangan Belgium daripada bahagian sayap.

Pemain wingback akan keluar daripada posisi lebih awal apabila ada build up oleh Belgium di bahagian sayap. Dalam keadaan ini, Wales akan berada dalam back 4.

Apa yang mereka lakukan ini adalah untuk mematikan serangan Belgium lebih awal kerana mereka tahu Hazar dan De Bruyne mahupun Carrasco berpotensi memanipulasi bahagian ruang diantara wingback dan center back.

Jika dibiarkan, amat sukar untuk mengekang mereka daripda melakukan sesuatu. Idea ini adalah untuk mengurangkan impak. Ini adalah penjelasan ringkas dalam 2 rajah melibatkan 2 bahagian sayap.

dry

5

Analisis Gol pertama Wales

Ia lebih kepada konflik pendekatan Belgium ketika bertahan dalam situasi bola mati. Mereka seakan akan menggabungkan zonal marking dengan tight man marking.

Lihat rajah ini.

qe

Dalam gambar di atas, jelas Belgium menggabungkan 2 sistem pertahan dengan serentak. Lihat berapa banyak ruang diberikan mereka jika ada pemain Wales keluar daripada blok tersebut.

Semua ada di sana, zonal marking, tight man marking dan kawalan di near post. Paling naif, mereka tidak sedar akan cara man marking mereka sangat tidak sesuai untuk bertahan dalam keadaan pemain Wales yang berkumpul di satu tempat.

Pemain akan sukar untuk memastikan pemain yang mereka kawal dalam visi mereka. Sepatutnya, ada arahan sama ada daripada Wilmots ataupun daripada mana mana jeneral pertahanan mereka untuk menukar pendekatan itu.

Fokus mereka terlalu kuat kepada Gareth Bale dan Ashley Williams diberikan ruang yang besar.

ba;e

Wales menyerang weakest link Belgium dan taktik berorientasikan sayap

Serangan Wales banyak bertumpu di sebelah kanan. Aaron Ramsey, Bale dan Kanu banyak melakukan larian ke arah ini dan

Assist untuk gol ketiga Wales adalah dari kawasa ini. Di bawah ini adalah laporan hantaran Wales di final third.

aa

 

Jordan Lukaku diberikan hari yang sangat sukar oleh Wales dalam perlawanan ini. Lihat bagaimana Heatmap 4 pemain yang menjadi perancang utama serangan Wales, Allen-Ramsey-Bale dan Kanu.

waess

Ini adalah bagaimana gol ketiga Wales dihasilkan. Ramsey berlari secara diagonal ke kanan. Ruang yang besar dan fokus yang lemah oleh Belgium menjadikan tugas mereka lebih mudah.

Nainggolan mungkin cuma tahu untuk melakukan cubaan roket seperti dalam perlawanan menentang Itali dan juga sebelum sebelum ini.

Namun beliau sangat lemah untuk melindungi atau membantu back 4 untuk menutup ruang. Banyak kali Wales mencipta peluang melalui pelan ini.

Mereka akan cuba melancarkan vertical atau diagonal passes ke kawasan pertahanan kiri Belgium dan mencipta peluang.

Ini adalah contoh gol kedua Wales, bagaimana Ramsey dan Kanu sudah memulakan gerakan aktif. Pemain Belgium sangat pasif dan dalam walking pace terutama midfielder mereka.

ra

Pada penjelasan di bawah, anda akan dapati, ia memang serba tak kena. Jordan Lukaku sedang dalam keadaan khayal?

11111

1212

Gol ketiga Wales juga daripada arah yang sama dengan komitmen yang turut rendah oleh pertahanan Belgium ketika bertahan.

iy

Verdict

Ia adalah kemenangan Wales secara taktikal. Mereka ada pasukan manakala Belgium ada pemain bintang.

Jelas kali ini Wales bukanlah terlalu ‘Gareth Bale’.  Fokal taktikal mereka kali ini tidak terarah kepada Bale seorang.

Manakal Belgium, Wilmots menyatakan merekan cuma memilkki 50% daripada kualiti pertahanan mereka sebenar kerana masalah kecederaan.

Ia memang cabaran untuk bermain dengan back 4 muda di peringkat sebesar ini. Namun, Wilmots juga berdepan masalah tactical error ketika bertahan.

Ketika menyerang Belgium agak naif dan buntu walaupun mencipta berberapa peluaang gol. Mereka tak ada pelan taktikal yang lebih varian dengan kekuatan teknikal yang ada.

Wales pula memiliki disiplin yang lebih baik untuk bermain dalam taktikal. Mereka tidak panik dan kekal fokus ketika ketinggalan.

Man of the Match

Hal Robson Kanu – Ia pemilihan yang sukar kerana Aaron Ramsey dan Ashley William juga antara yang berhak untuk mendapat MOTM. Boleh dikatakan kesemua pmeian mereka berhak mendapat MOTM.

fff

Namun saya memilih Kanu kerana aksi world class goal beliau.

_90197457_tv033835865

_90196323_tv033835655

Statistik

sa

Tahniah Wales kerana mencipta sejarah baru dalam bolasepak anda. Mara buat pertama kali ke separuh akhir kejohanan utama. Seterusnya Wales akan bertemu dengan Portugal !

Baca juga:Post Mortem: 5 Aspek Yang Perlu Diperbaiki Belgium

The post Analisis Taktikal Piala Eropah 2016; Belgium v Wales (1-3) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Apa Yang Akan Terjadi Kepada Skuad Bola Sepak Belgium Jika Negara Mereka Berpecah?

Ya, anda tak tersalah baca – sudah ada cakap-cakap dari rakyat Belgium sendiri untuk berpecah.

Belgium adalah sebuah negara yang dibentuk hasil penyatuan dua wilayah yang berlainan bahasa – Flanders dan Wallonia.

Flanders adalah sebuah wilayah di Belgium yang menggunakan bahasa Belanda sebagai bahasa rasmi dan pertuturan seharian. Wallonia pula merupakan wilayah yang menggunakan bahasa Perancis.

flanders-wallonia-82

Cakap-cakap untuk berpecah ini bukan satu isu kedai kopi. Ketika ini Flanders dan Wallonia ibarat pasangan suami isteri yang hidup di bawah satu bumbung rumah yang dinamakan Belgium, tetapi sudah tidak bercakap antara satu sama lain.

Mereka jarang bergaduh di depan orang ramai tetapi di rumah, mereka sering bertelagah di rumah sendiri.

Pertelagahan antara dua wilayah Belgium ini begitu serius sehinggakan pemimpin wilayah Flanders mahukan perpecahan ini berlaku selewat-lewatnya pada 2025.

Latar belakang konflik Flanders vs Wallonia

Belgium sebenarnya merupakan sebuah ‘perkahwinan’ antara dua buah negara – Flanders dan Wallonia – yang didorong oleh sejarah dan penjajahan.

Seawal abad ke-13, wilayah Flanders dan Wallonia sebenarnya berada di bawah satu kawasan jajahan yang bernama Low Countries yang turut mengandungi lebih 20 wilayah kecil lain yang berlainan bahasa.

Hampir semua wilayah ini berada di bawah penguasaan Empayar Roman Suci yang bertapak di tengah Eropah (kawasan terletaknya Jerman dan Austria pada zaman moden).

Kemudian pada abad ke-14, seorang pembesar kerajaan Perancis, Duke of Burgundy, menguasai sebahagian besar Low Countries pula tanpa pengetahuan empayar Rom.

Pada 1477, Duke of Burgundy mati tanpa meninggalkan waris. Memandangkan beliau taat kepada kerajaan Perancis, Perancis mahu mewarisi penguasaan Low Countries. Empayar Roman Suci yang baru menyedari kehilangan wilayah mereka mahukan penguasaan Low Countries mereka dikembalikan semula.

Untuk mencapai keamanan, kerajaan Perancis dan Empayar Roman Suci bersetuju untuk membahagi-bahagikan wilayah Low Countries sesama mereka. Ini menyebabkan wilayah Flanders dan Wallonia berada di bawah penguasaan Empayar Roman Suci semula.

Belgium di bawah pemerintahan Sepanyol

Apabila Charles V, mengambil alih Empayar Roman Suci sebagai maharaja baru, beliau menyerahkan Low Countries kepada Sepanyol yang diperintah oleh anaknya, Phillip II (gambar bawah).

Sumber: Philip Mould, Historical Portraits Ltd, London, UK Spanish

Sumber: Philip Mould, Historical Portraits Ltd, London, UK
Spanish

Dalam pada masa yang sama, kelahiran mazhab Protestan di Eropah pada abad ke-15 menyebabkan bahagian utara Low Countries bertukar mazhab – dari Roman Katolik kepada Protestan. Bahagian selatan pula kekal dengan mazhab Roman Katolik.

Penat dijajah oleh Sepanyol, warga Low Countries yang bermazhab Protestan melancarkan gerakan kemerdekaan terhadap pemerintah Sepanyol yang bermazhab Katolik. Sepanyol cuba melawan kembali gerakan kemerdekaan ini tetapi akhirnya menyerah kalah pada 1648.

Pada 1648 inilah, Sepanyol memerdekakan wilayah utara Low Countries yang kini dikenali sebagai Belanda. Sepanyol hanya mengekalkan jajahan mereka di wilayah Low Countries di selatan (Flanders dan Wallonia).

Roman Katolik vs Protestan

Kemerdekaan Belanda menyebabkan orang Flanders dan Wallonia yang bermazhab Protestan berhijrah ke sana untuk mengamalkan mazhab mereka dengan tenang. Manakala orang Belanda yang bermazhab Katolik berhijrah ke Flanders dan Wallonia.

Pada abad ke-17 dan 18, Flanders dan Wallonia dan Belanda berada bertukar milik kepada Perancis hasil serangan Napoleon Bonaparte (gambar bawah) dalam siri-siri Perang Revolusi Perancis.

Pada 1815, apabila kekalahan Napoleon membentuk sempadan moden negara-negara Eropah, Low Countries (Flanders, Wallonia dan Belanda) disatukan di bawah satu pemerintahan yang bernama United Kingdom of Netherlands.

Penyatuan ini merupakan idea buruk. Ketika ini bahagian utara Low Countries (Belanda) sudah hampir semuanya bermazhab Protestan. Di selatan (Flanders dan Wallonia), hampir semuanya bermazhab Katolik.

Bahasa Belanda vs Bahasa Perancis

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila United Kingdom of Netherlands menjadikan bahasa Belanda sebagai bahasa rasmi. Pada ketika itu pula, sistem pendidikan awam Eropah sedang bertambah baik dan diseragamkan.

Jadi semua sekolah di United Kingdom of Netherlands mula mengajar dalam bahasa Belanda. Ini membuatkan penduduk yang berbahasa Perancis di Flanders dan Wallonia mengamuk.

Jika dulu konflik di Low Countries ini lebih berkisarkan perbezaan mazhab agama, kini ia berkisar kepada perbezaan bahasa pula.

Amukan penduduk yang berbahasa Perancis ini menyebabkan United Kingdom of Netherlands tiada pilihan lain selain memerdekakan Flanders dan Wallonia – lalu tertubuhnya Belgium pada 1830 seperti yang dikenali sehingga kini.

Wappers_belgian_revolution

Selepas merdeka, pemerintah Belgium mengharamkan bahasa Belanda dalam urusan rasmi negara mereka. Belgium hidup aman damai selama hampir 100 tahun. Tetapi wujud jurang kaya dan miskin yang sangat besar di kalangan rakyat mereka.

Golongan bangsawan dan bourgeois kaya di Belgium (rata-ratanya duduk di wilayah Wallonia) kebanyakannya menggunakan bahasa Perancis dalam pertuturan seharian dan rasmi.

Manakala golongan miskin (rata-ratanya duduk di wilayah Flanders) lebih banyak bercakap dalam bahasa Belanda.

Ini menyebabkan ibu negara Belgium, Brussels yang terletak di wilayah Flanders yang berbahasa Belanda, menjadi bandar yang berbahasa Perancis.

Flanders vs Wallonia

Untuk maju dalam kehidupan, banyak rakyat Belgium yang berbahasa Belanda terpaksa melupakan bahasa warisan mereka.

Di mahkamah, bahasa Belanda hanya dibenarkan pada tahun 1898 – 68 tahun selepas kemeredekaan Belgium. Di Universiti Gent yang terletak di wilayah Flanders yang berbahasa Belanda, bahasa Belanda hanya mula digunakan pada tahun 1930!

Jadi pada tahun 1962, orang-orang wilayah Flanders mula memberontak. Mereka mahu Brussels, ibu negara Belgium yang terletak di wilayah mereka menjadi bandar berbahasa Belanda semula.

Sudah pastilah permintaan mereka ditolak oleh orang-orang wilayah Wallonia yang berbahasa Perancis. Akhirnya sebuah kompromasi dibuat. Hasilnya Brussels menjadi bandar dua bahasa – Belanda dan Perancis.

Kemudian apabila bandar Antwerp – sebuah lagi bandar di wilayah Flanders yang berbahasa Belanda – mula maju dengan kemajuan pelabuhannya pada lewat 1980-an, orang-orang wilayah Wallonia pula mengamuk.

Orang-orang Flanders mengabaikan kemajuan ekonomi Wallonia, kata mereka.

Belgium di ambang perpecahan?

Ketika ini di Belgium, seperti yang kami kata, ‘perkahwinan’ wilayah Flanders dan Wallonia hanya menunggu masa ‘perceraian’ jika kedua-dua wilayah ini dibiarkan bergaduh demi kepentingan bangsa, bahasa dan kekayaan ekonomi.

Kedua-duanya berebut Brussels. Orang wilayah Flanders pula lebih bangga mengaku diri mereka rakyat Flanders, bukannya rakyat Belgium.

Jika wilayah Flanders dan Wallonia berpisah, skuad bola sepak Belgium akan terbahagi kepada dua kumpulan berikut (mengikut tempat kelahiran):

Pemain berbahasa Perancis (dilahirkan di Wallonia):

  • Eden Hazard
  • Axel Witsel
  • Kevin Mirallas
  • Nacer Chadli

Pemain berbahasa Belanda (dilahirkan di Flanders):

  • Romelu Lukaku
  • Kevin de Bruyne
  • Thibaut Courtois
  • Adnan Januzaj
  • Dries Mertens
  • Radja Nainggolan
  • Jan Vertonghen
  • Toby Alderweireld
  • Simon Mignolet
  • Thomas Vermaelen
  • Mousa Dembele
  • Divock Origi
  • Youri Tielemans

Manakala Vincent Kompany, Marouane Fellaini, Yannick Carrasco yang dilahirkan di Brussels, perlu mengambil keputusan sama ada mahu menyertai wilayah Flanders atau Wallonia. Begitu juga dengan Christian Benteke yang dilahirkan di Congo.

Ketika ini selain golongan muda Belgium yang berpandangan liberal, satu-satunya aspek yang menyatukan orang-orang wilayah Flanders dan Wallonia adalah sukan – contohnya bola sepak.

Apatah lagi selepas Belgium cemerlang berada di tangga ke-2 ranking dunia FIFA.

Baca juga: Puasa Ketika Piala Eropah 2016: Pendirian Pemain Muslim Perancis, Jerman, Belgium, Turki & Albania

The post Apa Yang Akan Terjadi Kepada Skuad Bola Sepak Belgium Jika Negara Mereka Berpecah? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Post Mortem : 5 Aspek Yang Perlu Diperbaiki Belgium

Belgium menamatkan kempen kumpulan E dengan kemenangan ke atas Sweden. Namun pasukan di ranking ke-2 dunia ini dilihat ada berberapa isu yang harus diperbaiki.

1. Taktikal

Mark Wilmots ada satu pasukan yang dipenuhi bintang namun setakat ini mereka sangat struggle untuk meyakinkan pemerhati bolasepak tentang kekuatan sebenar pasukan ini.

Mark Wilmots perlu memikirkan cara terbaik untuk menguruskan taktikal pasukan. Dalam perlawanan menentang Sweden dan perlawanan pertama mereka menentang Itali, Wilmot tidak melakukan sebarang pertukaran taktikal.

Kebanyakan pertukaran Wilmots adalah pertukaran teknikal yang bersifat direct subtitution. Belgium tidak ada taktikal yang benar benar signifikan dengan mereka.

Selepas tewas di tangan Itali, ada media melaporkan berberapa pemain agak tidak berpuas hati dengan taktikal Wilmot.

 

2. Sistem Serangan Belgium

Wilmot gemar menggunakan Romelu Lukaku Sebagai No.9. Beliau mungkin pilihan terbaik dalam kem Belgium kali ini dengan rekod 2 gol setakat ini. Namun Lukaku perlu lebih tajam di hadapan gol.

Masih ada masalah dari segi decision making dan juga kegagalan menjaringkan gol dalam situasi 1v1 dan juga masalah first touch.

Namun terdapat isu dari segi pengendalian taktikal di bahagian serangan. Wilmots gemar menggunakan attacking 3. Namun beliau kerap gagal mengendalikannya lebih cekap.

Dalam perlawanan menentang Sweden, Trio Hazard-Lukaku-Carrasco sangat lemah interaksi di antara mereka. 3 pemain ini ada kualiti yang sudah dibuktikan di peringkat kelab.

Justeru amat naif untuk menyatakan mereka bukan pemain berkualiti. Ia lebih berkait kepada cara sistem itu dikendalikan termasuk ketika persediaan perlawanan.

 

3. Pengurusan Pasukan Dalam Perlawanan (In Game Management)

Eden Hazard dan Kevin De Bruyne antara nama yang dianggap marquee player dalam kancah bolasepak dunia. Namun setakat ini, Wilmots masih gagal mendapatkan output terbaik daripada 2 pemain ini.

Dalam berberapa perlawanan Belgium, Dries Merten dilihat lebih memberikan spektrum kepada serangan pasukan.

Dalam perlawanan menentang Belgium, Mertens telah memperbaiki kualiti dari segi urgencies dan teamplay yang mencetuskan peluang gol kemenangan Belgium.

Namun berdasarkan pemerhatian, Belgium lebih efektif dengan midfielder atau flanker yang memberikan servis kepada target man seperti De Bruyne dan Mertens.

Jadi, Wilmots perlu menentukan peranan pemain seperti Eden Hazard, sama ada mahukan Hazard bermain sebagai inside forward, free role no.10 ataupun sebagai side midfielder ?

Ini kerana pemain seperti Hazard kini bermain untuk pasukan beliau bukannya Chelsea. Amatlah perlu untuk Wilmot tahu cara menggunakan dan menyesuaikan Hazard dengan 9 lagi pemain outfield lain.

Ia adalah keputusan penting untuk Wilmots dalam memastikan pasukan ini di dalam kawalan beliau secara teknikalnya.

4. Isu Kualiti Hantaran

Pasukan ini pasti mengejutkan kita semua apabila selepas 3 perlawanan mereka adalah pasukan yang ke-16 daripada 24 pasukan dari segi jumlah hantaran.

Mereka sebelum ini diwar-warkan sebagai pasukan yang possession football namun statistik tersebut adalah cukup kontras.

Mereka memang pasukan yang memiliki penguasaan bola yang banyak dengan purata 55% untuk setiap perlawanan. Ia perkadaran yang pelik untuk mana mana pasukan yang menggemari possession football.

Masalah kekurangan jumlah hantaran ini wujud mungkin kerana tempo hantaran mereka. Ini kerana pemain Belgium agak ‘overplay‘ dan terlalu suka menyimpan bola lama.

Justeru isu hantaran ini harus diperbaiki oleh Belgium.

5. Leadership

Ini adalah aspek yang jelas berlaku dalam kem Belgium. Tidak ada pemain yang benar benar ada karakter sebagai seorang pemimpin di dalam padang.

Pemimpin tak semestinya seorang kapten. Namun seorang kapten haruslah menjadi pemimpin. Pasukan Belgium kali ini adalah seperti pasukan yang rosak fungsi volume suara.

Adakah Belgium merindui pemain seperti Vincent Kompany ? Atau, kenapa Vermaelen kali ini tidak seperti beliau 2 tahun yang lalu ketika beliau menjadi antara pemimpin di dalam pasukan ini.

Kesimpulannya, isu isu di atas haruslah diperbaiki Wilmots sebelum bermulanya pusingan kalah mati. Ini adalah peluang kedua Wilmots untuk mendapatkan sesuatu daripada generasi emas Belgium ini selepas Piala Dunia Brazil yang lalu.

Sekiranya gagal, Adakah Wilmots akan mendapat peluang ketiga mengendalikan generasi emas ini di Piala Dunia Russia kelak ?

 

The post Post Mortem : 5 Aspek Yang Perlu Diperbaiki Belgium appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu EURO 2016: Itali, Sweden, Ireland Pertaruh Kuda Tua Lawan Belgium Dalam Kumpulan E

Kumpulan E adalah antara kumpulan yang paling menarik dalam kempen EURO 2016 kali ini. Ia menghimpunkan Itali, Belgium, Republik Ireland dan Sweden.

Kumpulan ini juga mengimpunkan beberapa nama lagenda untuk negara masing-masing (kecuali Belgium yang mempunyai purata umur 26.4 tahun, ke-4 paling muda dalam EURO 2016 selepas England dan Jerman) seperti:

  • Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
  • Robbie Keane (Republik Ireland)
  • Gianluigi Buffon (Itali)

Jangan disangka semakin tua, semakin kurang bisa lagenda-lagenda ini. Bak kata Zlatan:

“Saya ibarat wain, semakin berusia semakin bagus.”

Belgium mungkin akan berdepan kesukaran dengan ketiadaan Vincent Kompany.

Tetapi buat kali pertamanya mereka nampak sudah menyelesaikan masalah kemarau bek kiri dan kanan yang dihadapi semasa Piala Dunia 2014 dengan kehadiran Jordan Lukaku (bek kiri) dan Thomas Meunier (bek kanan).

Finalis EURO 2012, Itali pula mungkin turun dengan barisan pemain yang kurang terkenal di luar Itali. Tetapi mereka sentiasa mempamerkan aksi cemerlang ketika ramai peminat tak menyangka.

Turut menghuni kumpulan ini adalah Republik Ireland dan Sweden yang dikritik sebagai ‘one-man team’. Robbie Keane dan Ibrahimovic akan terus menggalas beban sebagai ayam tambatan pasukan mereka masing-masing.

Bagaimana mereka layak?

1. Itali

Itali mara apabila menjuarai kumpulan H dengan beza 4 mata di atas Croatia yang berada di tangga kedua.

Sebelum ini bermain dalam sistem back four, Antonio Conte beralih kepada sistem back three untuk memanfaatkan kekebalan dan keserasian back three Juventus – Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

Hasilnya Itali menamatkan kempen kelayakan tanpa kalah. 5 daripada 7 kemenangan mereka adalah menang dengan beza 1 gol (termasuk kemenangan 1-0 menentang Malta); menandakan kemarau penyerang berkualiti dalam skuad Itali.

Isu ini jelas apabila penyerang utama mereka, Graziano Pelle hanya mampu menjaringkan 3 gol sepanjang pusingan kelayakan.

2. Belgium

Selepas hanya mampu mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2014, Belgium ada misi lebih besar dalam EURO 2016 untuk menepati status mereka sebagai pasukan Eropah yang menduduki ranking paling tinggi (Jerman di ranking ke-5 dunia, Sepanyol ke-6).

Belgium bermula dengan goyah ketika peringkat awal pusingan kelayakan apabila hanya menang 3 daripada 6 perlawanan awal. Itupun ketika menentang Cyprus, Andorra dan Israel.

Ketika menentang Wales, Belgium hanya mampu seri 0-0 di halaman sendiri sebelum kalah 0-1 di halaman Wales. Tetapi di akhir saingan, mereka masih mampu layak ke EURO 2016 sebagai juara kumpulan.

3. Sweden

Selepas hanya mampu menduduki tangga ke-3 kumpulan (di belakang Austria dan Russia) dalam pusingan kelayakan, Sweden dipaksa menentang jiran dan musuh tradisi Scandivania mereka, Denmark dalam perlawanan play-off.

Mujurlah mereka mempunyai Zlatan Ibrahimovic. Pemain PSG ini menjaringkan 3 daripada 4 gol yang diperlukan Sweden untuk menewaskan Denmark 4-3 secara agregat.

Malah Ibrahimovic bertanggungjawab menjaringkan 8 gol dalam peringkat kumpulan; 53.3% daripada 15 gol yang dijaringkan Sweden secara keseluruhannya.

4. Republik Ireland

Menghuni kumpulan kelayakan sama dengan Jerman, Poland dan jiran Kepulauan British mereka, Scotland, Republik Ireland melakukan usaha ‘cukup-cukup makan’ untuk layak ke EURO 2016.

Kualiti pemain-pemain Jerman dan Poland yang tinggi bermakna Republik Ireland dan Scotland terpaksa berebut tangga ke-3 kumpulan untuk mendapat slot play-off.

Scotland bermula dengan baik apabila menang 1-0 ke atas Republik Ireland di halaman sendiri dan mengikat jiran mereka 1-1 di Dublin. Tangga ke-3 kumpulan nampak menjadi milik mereka.

Namun entah mengapa, tiba-tiba Scotland tewas mengejut 0-1 kepada Georgia. Republik Ireland pula tiba-tiba menang mengejut 1-0 ke atas Jerman sebulan kemudian!

2 keputusan mengejutkan ini nyata memberi faedah kepada Republik Ireland. Mereka meneruskan kecemerlangan di peringkat play-off untuk menewaskan Bosnia Herzegovina 3-1 secara agregat; sekaligus layak ke EURO 2016.

Siapa pemain tumpuan?

Itali – Gianluigi Buffon (Juventus)

Ian Rush pernah menjelaskan kepentingan penjaga gol hebat seperti Gianluigi Buffon:

“Bermain sebagai penyerang lebih baik daripada bermian sebagai penjaga gol. Jika anda mensia-siakan 5 peluang dan menjaringkan 1 gol kemenangan, andalah hero pasukan. Tetapi bila penjaga gol buat 1 kesilapan, anda terus jadi mangsa.”

Perkara yang anda perlu ingat tentang Buffon adalah beliau jarang membuat kesilapan. Masakan tidak, beliau pernah menulis surat cinta kepada pintu gol untuk melindunginya sampai bila-bila.

Belgium – Kevin De Bruyne (Manchester City)

Dengan 5 gol dan 3 assists, Kevin De Bruyne merupakan pemain yang paling produktif untuk Belgium pada pusingan kelayakan.

Agresif, berstamina tinggi, direct dan bijak membuat keputusan di atas padang, De Bruyne merupakan pemain yang bakal diharap penyokong Belgium untuk menyerlah jika Eden Hazard mengulangi persembahan mengecewakan beliau semasa Piala Dunia 2014.

Sweden – Zlatan Ibrahimovic (ejen bebas)

Dengan 11 gol dalam 10 perlawanan iaitu purata 1 gol setiap 74 minit, Zlatan Ibrahimovic merupakan penjaring kedua terbanyak pusingan kelayakan EURO 2016 di belakang Robert Lewandowski (13 gol).

Ketua jurulatih Sweden, Erik Hamrén pernah dikutuk oleh media kerana memberikan Ibrahimovic terlalu banyak kebebasan di dalam dan luar padang.

Tetapi media Sweden perlu ingat, Sweden takkan berada dalam EURO 2016 kalau bukan kerana gol-gol Ibrahimovic.

Republik Ireland – Shane Long (Southampton)

Kebangkitan karier Shane Long di Southampton bermakna Robbie Keane – kapten dan lagenda Republik Ireland – mungkin hanya akan mempengaruhi perlawanan dari bangku simpanan sahaja. Tetapi ia akan memanfaatkan Ireland secara keseluruhannya.

Kebolehannya memenangi pertarungan fizikal dan berlari lebih laju daripada pemain pertahanan bermakna Long akan sangat cocok dengan corak taktikal defensif Ireland.

Gol tunggalnya ketika menewaskan Jerman 1-0 adalah testimoni kepentingan gaya permainannya kepada strategi Ireland.

Siapa bakal mara?

Belgium dan Itali adalah pilihan kami walaupun keteguhan pertahanan Republik Ireland dan kegeniusan Ibrahimovic mungkin boleh membuktikan sebaliknya.

Pertemuan Itali dengan Belgium akan menentukan siapa yang akan menjadi juara kumpulan. Sementara itu, Republik Ireland dan Sweden perlu mendapat keputusan positif menentang Belgium jika mahu membuat kejutan.

Baca juga: Previu EURO 2016: Kumpulan ‘Maut’ D Temukan 4 Pasukan Top 30 Ranking Dunia FIFA

The post Previu EURO 2016: Itali, Sweden, Ireland Pertaruh Kuda Tua Lawan Belgium Dalam Kumpulan E appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Hungry Eleven: Rancangan Mirip MyTeam Di Korea Selatan Lahirkan Pemain Liga Belgium

Salah satu masalah bola sepak Korea Selatan ketika ini adalah penurunan jumlah kedatangan penyokong ke stadium dalam perlawanan K-League.

Tetapi ketika sebuah pasukan amatur, Cheongchun FC membuat perlawanan persahabatan menentang barisan simpanan pasukan divisyen ke-2, Seoul E-Land, tiba-tiba saja tiket perlawanan habis dijual.

11222452_1700892066807353_3937865927142862696_o

Orang ramai yang tak dapat membeli tiket terpaksa menonton perlawanan dari bukit berhampiran dengan menggunakan binokular.

Inilah penangan Cheongchun FC – sebuah pasukan amatur yang dibentuk melalui rancangan realiti TV Hungry Eleven yang sedang popular di Korea Selatan.

Latar belakang Hungry Eleven

Hungry Eleven adalah sebuah rancangan realiti TV yang memberi peluang kedua kepada pemain amatur untuk merealisasikan impian mereka menjadi pemain bola sepak profesional.

Pemain-pemain amatur yang terlibat dalam rancangan realiti TV ini merupakan pemain yang dinafikan peluangnya kerana masalah kecederaan.

Ada juga pemain yang mempunyai masalah keluarga.

Naratif rancangan yang berkisarkan peluang kedua sememangnya popular. Semua orang sukakan cerita underdog yang bangkit daripada debu runtuhan seperti burung cenderawasih.

Rancangan ini lahir selepas produser rancangan, Choi Jae-hyeong diberi tawaran menghasilkan rancangan ini oleh Sportizen. Pada ketika itu, Sportizen baru saja mengambil alih pasukan divisyen ke-2 Belgium, AFC Tubize.

Seramai 2,000 pemain amatur memohon untuk menyertai rancangan ini. Hanya 500 dipilih sebelum ditapis lagi kepada 23 pemain terakhir.

23 pemain ini kemudiannya akan bergelar anggota pasukan Cheongchun FC.

Diketuai oleh hero Piala Dunia 2002

Mengetuai sesi pemilihan adalah ketua jurulatih Cheongchun FC sendiri, Ahn Jung-hwan.

ahn jung hwan

Jika anda pernah menonton Piala Dunia 2002, anda tahu Ahn Jung-Hwan merupakan penyerang lagenda Korea Selatan yang menyingkirkan Itali dalam masa tambahan ketika peringkat suku akhir.

Beliau juga pernah bermain di Itali, Jerman, Perancis, China dan Jepun sepanjang kariernya.

Turut membantunya mengurus Cheongchun FC adalah rakan sepasukannya dari skuad Piala Dunia 2002, Lee Eul-yong (pemain tengah) dan Lee Woon-jae (penjaga gol).

Bekas pemain terbaik Asia, Lee Geun-ho yang kini sedang melatih Jeonbuk Motors juga sering muncul sebagai jurulatih jemputan dalam rancangan ini.

Tak pentingkan kemenangan

Apa yang bagusnya tentang rancangan ini adalah pendekatannya yang lebih fokus kepada aspek pembangunan bakat dan sahsiah pemain. Bukannya aspek kemenangan dan kekalahan.

Pada awal episod, tahap kecergasan pemain-pemain Cheongchun FC jelas tidak memuaskan ketika menentang pasukan-pasukan universiti dan sekolah menengah.

Ahn Jung-hwan kemudiannya mengatur latihan kecergasan dan fizikal untuk memperbaiki aspek ini. Ketika inilah penonton di rumah akan diajar mengenai diet dan nutrisi pemain bola sepak.

Apabila Cheongchun FC dibawa pergi ke Belgium dan Perancis untuk bermain dalam 6 perlawanan persahabatan, Ahn Jung-hwan mengajar penonton di rumah:

  • mengapa pemain skil sederhana tetapi berdisiplin lebih disukai jurulatih berbanding pemain skil tinggi tapi tak berdisiplin.
  • mengapa dalam pasukan bola sepak tidak boleh ada 11 pemain bintang.
  • mengapa pentingnya scouting dalam liga. Walaupun dalam liga divisyen ke-3.

12095014_1698448843718342_9039541009270301954_o

Selepas jelajah Eropah, pemain-pemain Cheongchun FC diuji pula dengan pasukan-pasukan K-League divisyen ke-2.

Di akhir episod, penonton di rumah dapat melihat hasil rancangan ini. Salah seorang pemain Cheongchun FC, Park Chan-gil (gambar bawah) kini sedang bermain untuk AFC Tubize di divisyen ke-2 Belgium.

12009808_1689788854584341_2056322397415150059_n

Ada juga yang beberapa pemain yang ditawarkan kontrak oleh pasukan-pasukan K-League divisyen ke-3.

Rancangan MyTeam

Program ini tak dinafikan hampir sama formatnya dengan program MyTeam yang pernah ditayangkan di TV3 sekitar tahun 2006-2007 dahulu.

MyTeam diketuai dan dilatih oleh Serbegeth Singh, sambil dibantu oleh Bojan Hodak. Kemuncak rancangan ini adalah apabila MyTeam menentang Malaysia bawah-20 pada Mei 2006.

Antara bekas graduan rancangan MyTeam yang bermain pada malam itu dan masih bermain sehingga kini adalah Azmi Muslim dan Hasmizan Kamarodin.

Di Singapura, rancangan realiti TV First XI melahirkan Christopher van Huizen – bekas atlet skateboard Singapura – yang bermain bersama Lions XII di Liga Super 2015.

Seperti rancangan MyTeam dan First XI, Hungry Eleven mempunyai potensi impak untuk melahirkan pemain-pemain profesional di K-League.

Tetapi bagi kami, impak sebenar rancangan ini adalah mendidik penonton tentang realiti bola sepak. Seperti Hungry Eleven yang mendedahkan realiti perlunya ada sistem scouting dalam liga divisyen ke-3 Korea Selatan.

Apa pula yang kita pelajari daripada rancangan MyTeam?

Baca juga: 5 Perkara Menarik Yang Berlaku Di Liga Korea Selatan Pada Musim 2015

The post Hungry Eleven: Rancangan Mirip MyTeam Di Korea Selatan Lahirkan Pemain Liga Belgium appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Senarai Kelab Belgium Jupiler Pro League 2015/16

Sepak mula Liga Jupiler Belgium 2015/16 atau Belgium Jupiler Pro League 2015/16 akan bermula penghujung bulan Julai ini. 16 kelab akan bersaing merebut gelaran musim ini. Pasukan juara bertahan yang juga pasukan penuh kejutan, KAA Gent pastinya sekali lagi akan turun bagi mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi musim lalu. Namun begitu, pasukan bimbingan Pengurus Hein Vanhaenzebrouck ini pastinya akan ditentang sengit oleh 15 kelab lain dan tiada jalan mudah untuk mereka mengulangi pencapaian musim lalu.

Bual Sukan percaya, Liga Jupiler Belgium 2015/16 pastinya antara liga yang akan menjadi tumpuan terutamanya pencari-pencari bakat sekitar eropah kerana banyak menghasilkan pemain-pemain berpotensi untuk melangkah lebih jauh ke Liga-Liga Utama Eropah. Berikut adalah senarai kelab Liga Jupiler Belgium musim 2015/16 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa