Francesco Totti Beri Bayangan Masih Belum Lagi Mahu Bersara

Siapakah pemain bola sepak yang di era moden ini yang setia dengan satu kelab sahaja? Namakan kepada kami.

Generasi yang setia sebegini nampaknya semakin terhakis dalam bola sepak moden, hal ini kerana kebanyakan pemain masa kini akan cenderung untuk berpindah apabila mendapat tawaran baharu.

Salah satu daripada hanya beberapa nama pemain yang masih lagi setia dengan satu kelab ini adalah lagenda AS Roma – Francesco Totti.

Tempoh hari, pengarah AS Roma telah pun mengumumkan yang Totti bakal menamatkan legasinya sebagai pemain AS Roma pada akhir musim ini.

Beliau bakal dijadikan sebagai pengarah di AS Roma.

Namun begitu, situasi di AS Roma sepertinya tidak begitu positif apabila topik berkenaan Totti.

Pengurus mereka, Luciano Spalletti memberi pendapat yang nombor 10 yang sinonim dengan Totti tidak perlu dibersarakan seperti nombor 3 di AC Milan yang pernah disarung oleh Paulo Maldini.

Akan tetapi, Totti sebenarnya memberikan isyarat yang beliau tidak mahu lagi bersara dari bermain bola sepak.

Ketika di sebuah acara melibatkan kontijen Paralimpik Itali, Totti ditanya sama adakah perlawanan terakhir musim ini adalah perlawanan terakhir dalam karier beliau.

“Adakah perlawanan saya akan dilangsungkan pada 28 Mei? Saya tak tahu.”

Jawapan yang diberikan Totti itu boleh menjadi dua maksud sama ada beliau tidak akan bermain langsung pada tarikh tersebut atau beliau akan bermain untuk tempoh lama lagi.

Adakah anda mahu beliau terus bermain atau kini sudah tiba masa untuk bersara?

Baca juga: Presiden FAM Tak Setuju Dengan AFC, Tetap Mahu Gelanggang Berkecuali Digunakan

The post Francesco Totti Beri Bayangan Masih Belum Lagi Mahu Bersara appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA