Video: Jauhnya Jordi Alba Berlari Demi Menghalang Gol Ke-3 Deportivo

Ketika pasukan beliau ketinggalan 1-2, pada minit akhir perlawanan, Deportivo melancarkan serangan balas.

Apa yang menarik adalah semangat Jordi Alba untuk cuba menghalang pihak lawan melakukan gol ke-3.

Tidak ramai pemain pertahanan berjiwa kental seperti ini. Ramai pemain yang kita tengok akan berputus asa dan membiarkan penjaga gol di belakang.

Perlawanan hanya berbaki kira-kira 35 saat pada saat serangan balas itu dilancarkan.

Alba telah berlari dari kawasan berdekatan kotak penalti lawan ke kawasan kotak penalti mereka sendiri.

Semangat yang terpuji!

Beliau mahu memastikan perlawanan ini tidak dibunuh dengan gol ke-3 sehingga ke saat akhir. Ini baru betul-betul berjuang sehingga saat terakhir.

Teringat pula dekat larian Joe Hart suatu ketika dahulu.

Baca juga: Sistem Mirror Tactic United Rosak Di Kiri, ‘Isolating’ Hazard Realisitik Tetapi Berisiko

The post Video: Jauhnya Jordi Alba Berlari Demi Menghalang Gol Ke-3 Deportivo appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Andrea Pirlo: Pemain MLS Banyak Berlari Tapi Tak Pandai Guna Bola

Kepada pemain bola sepak Amerika Syarikat, apabila Andrea Pirlo – pemain yang jarang bercakap dengan media – bercakap, anda perlu dengar.

“MLS adalah sebuah liga bola sepak yang sukar. Ia sangat fizikal bagi saya kerana ada banyak larian. Tapi pemain-pemain di sini tak pandai guna bola.”

Pirlo, 37, membuat kenyataan ini ketika ditemubual oleh Reuters di kem bola sepak musim panas yang dianjurkan kelabnya, New York City FC pada 20 Mei 2016 lepas, 2 hari sebelum kelabnya dibelasah 0-7 oleh New York Red Bulls.

Pemain Amerika Syarikat tidak diajar skil teknikal

Menurut Pirlo, banyak perubahan yang perlu dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Amerika Syarikat (USSF) di peringkat akar umbi untuk merapatkan jurang kualiti pemain muda Amerika Syarikat dengan Eropah.

“Apa yang saya cakap adalah mengenai sistem atau budaya bola sepak di sini. Saya tak cakap tahap skil teknikal pemain di sini rendah. Maksud saya, budaya bola sepak di sini ada kekosongan yang perlu diisi.”

Sumber: REUTERS/Mike Segar

Sumber: REUTERS/Mike Segar

Pirlo turut memberitahu, USSF perlu mempromosikan budaya bola sepak kepada kanak-kanak sejak kecil lagi.

Ini kerana bola sepak perlu bersaing dengan sukan besbol, American football dan bola keranjang untuk mendapat perhatian kanak-kanak Amerika Syarikat.

Pirlo memberitahu contoh kekosongan budaya bola sepak di Amerika Syarikat dengan Eropah:

“Sebagai contoh di FC Barcelona, mereka mempunyai program di mana mereka sudah mampu mengesan bakat pemain seawal 5 tahun untuk diberikan latihan oleh jurulatih kelab.”

“Pemain muda di sana dilatih bukan dalam aspek larian sahaja. Mereka dilatih untuk memperbaiki cara menghentikan bola. Perkara ini tak berlaku di sini.”

“Jadi bila pemain muda tersebut membesar, dia masih ada jurang kualiti yang jelas kelihatan bila bermain di atas padang.”

Bukan isu baru di Malaysia

Suka atau tidak, kita juga perlu mengaku masalah sama sedang berlaku dalam struktur pembangunan pemain akar umbi di Malaysia.

Pasukan bola sepak kita bukan sahaja jarang menganjurkan program akar umbi kepada pemain seawal umur 5 tahun, malah sebilangan besar pasukan langsung tidak mempunyai program akar umbi langsung.

Majoriti pemain muda kita hanya mula bermain bola sepak pada usia 7 tahun, apabila sesi persekolahan bermula. Di sini sahaja kita sudah ketinggalan 2 tahun (malah lebih!) di belakang Eropah.

Maka tak hairanlah kualiti permainan liga bola sepak kita memang hampir sama dengan komen Pirlo mengenai MLS – ianya sangat fizikal, pemain banyak berlari, tetapi tak pandai menggunakan bola.

Baca juga: Penyokong NY Red Bulls Mengutuk Lampard Dan Pirlo Dengan Kain Rentang Ini

The post Andrea Pirlo: Pemain MLS Banyak Berlari Tapi Tak Pandai Guna Bola appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA