Analisis Taktikal EPL 2016/17: Taktikal Bertahan United Menggagalkan Bola Sepak Fluid Liverpool

Analisis Perlawanan : Liverpool vs Manchester United (0-0)

Ia adalah perlawanan di antara pasukan yang bermain defensif dan pasukan yang lebih keinginan untuk bemain bola sepak menyerang.

Sebelum perlawanan Mourinho sudah memberikan gambaran bahawa beliau bersedia untuk bertahan dengan 11 pemain menentang pasukan berintensif tinggi Liverpool.

Permulaan

Kedua-dua pasukan bermula dengan formasi moden 4-2-3-1.  Mourinho menarik keluar no.10 dan mengunakan Pogba sebagai pemain tengah menyerang.

Klopp pula menggunakan no.9 tulen dalam perlawanan ini setelah menarik Firmino ke peranan lebih di belakang. Ia selepas kehilangan Wijnaldum dan Lallana yang tidak boleh beraksi penuh.

20 Minit Pertama

Pada fasa ini Manchester United sangat positif. Mereka mendesak dan menekan Liverpool di blok atas. 2 pemain sayap mereka merantai pergerakan Milner dan Clyne supaya tidak ada gerakan sebelah sisi dari bawah.

United berjaya merampas banyak bola di garisan tengah. Membuatkan beberapa detik panik kepada Liverpool. Orientasi serangan United adalah untuk segera melakukan hantaran lintang kepada Ibrahimovic dan Pogba.

lf4

Ini adalah laporan heatmap Liverpool dan Manchester United pada awal 30 minit oleh squawka. Anda dapat melihat bagaimana ‘sekatan’ mereka berjaya mengurangkan akses pemain Liverpool ke kotak serangan.l1-heatmap-after-30m

United menyukarkan Liverpool untuk menngerakkan bola kehadapan. Asiditi pasukan Liverpool dineutralkan di garisan tengah.

United Mengetatkan Lagi Pertahanan

Pada separuh masa kedua, United mengetatkan lagi blok pertahanan mereka dengan bermain dengan pertahanan berenam di garisan pertahanan.

Ini adalah penjelasan ringkas bagaimana 4-2-3-1 kedua-dua pasukan berubah apabila Liverpool cuba menyerang. 2 pemain defensive winger United cuba mengekang 2 bek sisi ofensif Liverpool.

Fellaini dan Hererra ada tugas yang lebih banyak untuk mengekan 2 pemain utama di zon mereka.utdtc

Ini antara visual yang anda boleh lihat dengan jelas Hererra mengawasi Coutinho secara man to man pressing.

lf5

Ini akan mengurangkan pergerakan 4 pertahanan di belakang dan mereka boleh bermain lebih statik. Taktikal United ini akhirnya membentuk pertahanan berenam atau back 6.

Mobiliti pada Hererra amat penting untuk menolak Coutinho dan Firmino ke tepi dan ke bawah.

lf6

herrera

Ia lantas membentuk formasi 6-3-1 atau 9-0-1 ketika bertahan. Di bawah ini anda akan melihat pelan pertahanan adalah melindungi dengan ketat zon half-space dan zon 14.

2 bek sisi menjadi bek tengah ke-3 dan ke-4. 2 pemain sayap menjadi bek sisi. Taktikal ini kurang berjaya ketika menyerang kerana peranan Young dan Rashford yang terlalu ke bawah.

half

lfc13

Ia menyukarkan serangan balas. Pada separuh masa pertama, mereka lebih akses untuk melakukan serangan balas kerana kedudukan Rashford dan Young yang lebih kepada bek sayap (wingback).

Kesannya, Liverpool memang memiliki akses terhad dalam perlawanan ini. Ini adalah hantaran Mane-Firmino-Coutinho dalam perlawanan ini. Sangat sedikit yang masuk ke final third.l2-manepass

Ini adalah corak hantaran Manchester United yang jelas cuba bermain mengelakkan diri daripada terkena pressing. Bailly dan Smalling boleh dikatakan hampir menjadi sweeper yang bekerja membuang bola.

Ini kerana mereka tidak terlibat langsung dalam build up serangan.

utd1

Serangan Liverpool

Dalam perlawanan ini Liverpool memulakan dengan no.9 tulen. Sturridge terputus daripada organisasi pasukan sejak dari awal.

Tidak ada komunikasi dan interaksi yang baik oleh Strurridge dengan pemain di belakang beliau. Kadangkala beliau tergerak terlalu awal. Kadangkala beliau bergerak dalam koordinasi yang tidak selaras dengan pasukan.

lf7

Ini adalah corak hantaran Liverpool dalam perlawanan ini. Mereka nampak stabil di semua sektor. Namun masalah utama adalah tidak mampu berhubung dengan Sturridge.

lfc

Pada separuh masa kedua, Liverpool lebih penetratif kerana United lebih pasif daripada separuh masa pertama. Fasa utama perubahan serangan Liverpool adalah ketika kemasukan Adam Lallana.

Lallana memiliki minit yang terhad kerana dia baru pulih. Klopp terpaksa menggunakan Lallana dengan minit yang ada.

Kesan ketara adalah, apabila Lallana masuk, dia menolak Coutinho lebih ke hadapan. Manakala Firmino bermain peranan floating attacker  ataupun false 9. Liverpool berada dalam organisasi yang lebih tajam.

Liverpool berjaya memecahkan blok rendah United namun United cemerlang untuk mematikan cubaan akhir mereka.

Liverpool banyak menyerang dari arah kiri selepas itu. Kemudian Jose Mourinho membuat pertukaran memasukkan Rooney untuk menngantikan Rashford.

Pada mulanya saya menjangkakan United akan menggunakan minit-minit akhir untuk melancarkan serangan balas namun rupa-rupanya ia adalah pertukaran langsung secara posisi.

Rooney turut bermain bek sisi.

Penilaian

Liverpool ada masalah sekali lagi dari segi kreativiti apabila berhadapan dengan pasukan yang ultra defensive. Klopp sendiri menggariskan Liverpool sukar mencari satu ruang untuk dimanipulasi.

Liverpool terlalu lama membuang masa dengan sistem serangan yang rosak pada separuh masa pertama.

Jika Firmino dimulakan sebagai false 9 dari awal, mungkin Liverpool boleh menggerakkan serangan dengan lebih cair (fluid) lebih awal seperti mana yang mereka lakukan di separuh masa kedua.

United jelas bermain negatif dan pasif sepanjang perlawanan. Ini kerana Jose Mourinho tidak mahu mengambil risiko. Ini adalah laporan posisi dominan sepanjang perlawanan ini.

stats1

Ini adalah laporan sentuhan bola dilakukan kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini. United agak terhad sentuhan di kawasan lawan.

lfc11

Mourinho masih tidak memiliki kesebelasan terbaik (recognized 11) setakat ini. Peranan Pogba sendiri pun masih belum diselesaikan oleh Mourinho.

United berjaya membawa 1 mata seperti yang mereka mahukan dalam perlawanan ini.

Pemain Terbaik

David De Gea (Manchester United)

De Gea hampir memberikan kemnangan kepada United jika Ibrahimovic menyempurnakan peluang terbuka beliau. 2 key saves dilakukan oleh De Gea. Salah satu daripadanya adalah point blank save. 

De Gea

Statistik

ststs

Baca juga : Mengenang Memori Derbi Barat Laut Bersama Gary Neville Dan Jamie Carragher

 

The post Analisis Taktikal EPL 2016/17: Taktikal Bertahan United Menggagalkan Bola Sepak Fluid Liverpool appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi

Dalam liga domestik sejak akhir akhir ini, saya sering melihat Kedah sebagai antara pasukan yang boleh memberikan masalah kepada JDT.

Namun kali ini skuad Tan Cheng Hoe serba serbi hancur dalam semua aspek.

Permulaan

JDT memulakan perlawanan dengan formasi 4-4-1-1. Manakala Kedah bermula dengan 4-4-2 dengan Amar Rohidan sebagai pemain tengah dan gandingan Shane Smeltz-Thiago Augusto sebagai pengemudi jentera serangan.

Berikut adalah beberapa isu taktikal yang saya perhatikan telah berlaku dalam perlawanan tersebut.

1. Pertahanan Kedah bocor di half-space

Kegagalan Kedah melindungi blok penting ketika bertahan adalah punca terbesar mereka bolos 5 gol dalam perlawanan ini.

Kesilapan demi kesilapan seluruh pemain Kedah ketika menguasai bola membuatkan mereka gagal untuk fokus menyerang dan cuba bangkit.

Tambah parah, kesilapan-kesilapan ini sering berlaku di kawasan paling berbahaya di padang iaitu half-space.

Kredit perlu diberikan kepada ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe yang berani mengambil risiko untuk menyuruh 4 pemain pertahanannya bermain dengan garisan defensif tinggi (high defensive line).

Bek kiri dan kanan Kedah, Azmeer Yusof dan Rizal Ghazali pula diarahkan untuk kerap mara ke atas untuk membantu serangan Kedah melalui kawasan sayap.

9

Masalah mula timbul apabila kawalan ketat (man-marking) yang dilakukan oleh 2 pertahanan tengah Kedah – Khairul Helmi dan Bang Seung Hwan – terhadap Juan Lucero dan Jorge Diaz mula mendedahkan ruang di half-space antara pertahanan tengah dan bek kiri/kanan.

Ruang inilah yang diserang dan dieksploit berkali-kali oleh JDT.

8

Kecelaruan organisasi 4 pertahanan Kedah ini bukan sahaja menghancurkan perangkap ofsaid Kedah (strategi biasa bagi pertahanan pasukan yang bermain garisan defensif tinggi), malah memberi JDT ruang selesa untuk menyerang.

10

2. Tiada komunikasi di belakang

Isu kedua adalah ketiadaaan komunikasi di bahagian pertahanan hingga menyebabkan pemain-pemain Kedah bagaikan kaku ketika bertahan (ball watching) dan kerap melakukan kesilapan-kesilapan ketika bertahan (defensive error).

Apabila tiada komunikasi dan organisasi daripada Khairul dan Bang dari belakang, maka dengan secara sendirinya Kedah ‘menembak kaki mereka sendiri’ dengan bermain garisan defensif tinggi.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Kecelaruan Kedah di belakang ini menghadiahkan ruang yang maha besar kepada penyerang-penyerang JDT yang laju dan mempunyai kualiti teknikal yang baik – terutamanya Diaz.

se

65

3. Kedah kerap salah membuat keputusan di belakang

Sudah menjadi adat pasukan yang gemar menguasai bola seperti Kedah, mereka harus tenang ketika memegang bola.

Tetapi apabila pemain-pemain Kedah terlalu kasual ketika mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dan kerap melakukan keputusan yang salah ketika ditekan, JDT kerap berjaya merampas kembali bola di kawasan padang Kedah.

5

6

4. Serangan Kedah terlalu mudah dibaca

Tampil dengan gandingan Smeltz-Thiago, Kedah ternyata berdepan dengan isu kesefahaman di bahagian serangan.

Sudahlah pelan serangan mudah dibaca, Kedah boleh dikatakan tiada kreativiti untuk menukar strategi serangan meskipun mempunyai Liridon Krasniqi untuk melakukan tugas tersebut.

Fokus Tan Cheng Ho pada awal-awal perlawanan adalah untuk memberikan servis hantaran lintang kepada Smeltz dan Thiago. Ini menjelaskan sebab mengapa posisi Rizal dan Azmeer agak jauh ke hadapan ketika Kedah menyerang.

Tetapi apabila pelan asal tidak menjadi, Tan Cheng Hoe harus mengambil pendekatan lain. Pelan B mesti ada.

Memang diakui mereka berjaya mencipta beberapa peluang bahaya dari kawasan sayap. Tapi kebanyakannya daripada Baddrol Bakhtiar di sayap kanan.

5. JDT memenuhi kotak penalti

Dalam berberapa analisis saya tentang taktikal JDT, saya kerap memberitahu tentang taktikal Mario Gomez yang gemar menghantar pemain tambahan dari tengah ke dalam kotak penalti apabila pemain sayap mereka mempunyai bola di kawasan sayap final third.

Dengan memenuhi (overloading) kawasan kotak penalti Kedah, JDT sentiasa berjaya mencipta banyak situasi kelam-kabut.

Ideanya adalah untuk mewujudkan kelebihan jumlah pemain (numerical advantage) di dalam kawasan berbahaya ketika menerima hantaran.

l

Safiq Rahim seperti biasa, antara pemain yang efektif menjadi pemain tambahan ini. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Amar Rohidan kerap gagal mengesan larian-larian Safiq ini.

111

6. JDT bertahan dengan baik

Berbeza dengan Kedah, JDT mengawal half-space dan membentuk blok defensif yang kompak ketika diserang Kedah.

Dalam rajah di bawah anda akan dapati, JDT tidak bermain garisan defensif tinggi dan sentiasa mengawal kawasan-kawasan penting,

13

Kedah bagaimanapun masih mampu mengancam JDT pada awal-awal separuh masa pertama dengan beberapa peluang keemasan (clear cut chances), tetapi JDT masih mampu mendapat clean sheet hasil aksi cemerlang Farizal Marlias.

Sebaik sahaja berjaya merampas bola, JDT segera melancarkan transisi pantas kepada fasa serangan mereka di bahagian sayap.

Transisi serangan JDT juga ada variasi kerana pada masa yang sama, Harris Harun dan Safiq Rahim ada kemampuan untuk membawa bola naik ke atas dari tengah.

7. Sistem no.6 Kedah rosak

Seorang pemain yang Kedah pasti rindui kali ini adalah pemain no.6 mereka, Amirul Hisyam.

Mempunyai kualiti seperti deep-lying playmaker, Amirul kerap menawarkan platform untuk menjadi pivot (pemain rujukan) ketika Kedah merancang serangan (build-up) dari bawah.

Kualiti Amirul ini membolehkan bek kiri/kanan Kedah untuk naik atas membantu serangan Kedah di bahagian sayap.

Amirul juga kerap membantu Kedah daripada dikerumuni (outnumbered) pemain pihak lawan apabila diserang balas ketika bek kanan, Rizal Ghazali dan bek kiri, Azmeer Yusof masih berada di kawasan middle third atau final third.

Pengganti Amirul dalam perlawanan tersebut, Amar Rohidan gagal menggalas tugas Amirul dengan baik.

Ini membuatkan Liridon kerap turun ke bawah untuk membantu rancangan serangan Kedah, sekaligus menyebabkan Smeltz dan Thiago kelihatan terasing (isolated) dari jentera tengah mereka.

15

121

Kesimpulan

Kecelaruan organisasi pertahanan Kedah adalah punca kenapa mereka gagal memberikan saingan dalam perlawanan ini. Inilah isu yang harus diperbaiki Kedah selepas ini.

Kedah boleh dikatakan hilang fokus untuk menyerang sepanjang perlawanan kerana terlalu mudah dibolosi oleh pihak lawan.

Dalam beberapa situasi, Kedah dilihat masih ada kualiti di hadapan gol.

Mereka berjaya memaksa Farizal Marlias untuk melakukan beberapa cubaan menyelamat walaupun peluang mereka terhad.

Untuk JDT, mereka berada di kelas tersendiri dalam perlawanan ini.

Mereka berjaya memanipulasi kelemahan Kedah bermain garisan defensif tinggi dengan efektif sekali.

Pemain terbaik perlawanan

Safiq Rahim (JDT)

download

Baca juga: Analisis Taktikal AFC Cup: JDT 7-2 Kaya FC

The post Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Untuk Bertahan Ketika Menentang Pasukan Yang Bermain Long Ball

Team saya selalu kena buli dengan team yang main long ball. Macam mana taktik nak defend lawan team macam ni?”
Khairul Nazrin, melalui Facebook

1. Push up setinggi yang mungkin

Ketika menentang Pahang yang gemar bermain long ball ke arah Dickson Nwakaeme, majoriti pasukan dalam Liga Super takut untuk push up setinggi yang mungkin.

nwakeme-target-man

Ini kerana mereka takut pertahanan tengah mereka kalah di udara dan tak yakin meninggalkan ruang besar di belakang pertahanan tengah (atau dihadapan penjaga gol) mereka.

Tetapi menurut Arsene Wenger, perkara paling penting ketika menentang pasukan long ball adalah: mendapat second ball.

Jika pertahanan tengah anda kalah pertarungan udara dengan penyerang mereka, pastikan pasukan anda mendapat second ball. Atau sekurang-kurangnya mencabar pemain mereka untuk mendapat second ball.

Pastikan full back dan pemain tengah anda rapat (atau compact) dengan pertahanan tengah ketika long ball dilancarkan.

Ini memudahkan mereka untuk memenangi second ball.

2. Beri tekanan kepada pembekal

Stop the source, kata Arsene Wenger. Gary Neville juga sependapat dengan Wenger.

Gary Neville mendedahkan taktikal Manchester United pada musim 1996/1997 ketika mereka menentang Wimbledon yang suka bermain long ball.

Ketika itu, Neville (177cm) bermain sebagai pertahanan tengah dengan Roy Keane (178cm).

“Jika salah seorang full back mempunyai bola, pemain sayap kami akan cepat-cepat beri tekanan kepada full back tersebut,” jelas Neville kepada Four Four Two.

“Jika kami tak beri tekanan kepada pemain mereka, mereka akan naik dan mula melancarkan long ball.”

Inilah apa yang Wenger maksudkan dengan ‘stop the source’.

3. Beri tekanan kepada penjaga gol

Salah satu pembekal long ball untuk pasukan sebegini adalah penjaga gol.

Kadang kala penjaga gol mereka gemar menggolekkan bola di luar kotak penalti sebelum melakukan long ball.

Jika penjaga gol mereka melakukan taktik ini, pastikan penyerang anda cepat-cepat beri tekanan kepada penjaga gol.

Ini adalah supaya penjaga gol mereka hanya boleh melancarkan long ball dari dalam kotak 6 ela (six yards box) sahaja.

4. Gunakan perangkap ofsaid

Offside-Trap

Jika anda menggunakan sistem 4 pertahanan, pastikan pasukan anda pasang perangkap ofsaid.

Walaupun jika penyerang pertama mereka dapat menang bola di udara (atau menang first ball) sekalipun, penyerang kedua mereka akan ofsaid jika dia mendapat second ball di belakang 4 pertahanan anda.

Serangan pasukan long ball juga senang dibaca oleh pertahanan anda.

Oleh itu, adalah lebih mudah sebenarnya untuk menggunakan perangkap ofsaid ketika menentang pasukan long ball.

Baca: Pengenalan Kepada Perangkap Ofsaid

5. Jangan amalkan deep defending

Ramai jurulatih berpendapat, jika pasukan mereka tidak memberi ruang kepada pasukan long ball, mereka tidak boleh jaringkan gol.

Apabila pasukan anda mengamalkan deep defending ketika menentang pasukan yang bermain long ball, mereka akan mudah masuk ke kawasan kubu pasukan anda (final third atau kadang kala dipanggil attacking third).

Dan di kawasan inilah pemain pertahanan anda akan dibuli oleh penyerang tinggi dan kuat. Inilah yang dilakukan oleh Dickson Nwakaeme kepada setiap pertahanan yang menentang Pahang.

Adalah lebih baik pemain anda dibuli secara fizikal JAUH dari kawasan final third anda daripada dibuli dekat dengan kawasan final third anda.

6. Hentikan cross mereka daripada masuk kotak penalti anda

Gary Neville turut menegaskan kepentingan untuk menghentikan hantaran lintang pasukan long ball.

“Wimbledon menjadi sangat bahaya bila bek kiri mereka dapat membuat hantaran lintang masuk ke kotak penalti anda dan penyerang mereka dapat tanduk bola tersebut.”

“Jadi perkara pertama yang kami buat adalah kami serang dan beri tekanan ketika pemain mereka mendapat bola di kawasan kubu mereka sendiri.”

Apa yang Gary Neville cuba terangkan adalah sebab utama mengapa pasukan anda perlu:

  • push up setinggi yang mungkin,
  • beri tekanan kepada pembekal long ball,
  • guna perangkap ofsaid dan
  • jangan amalkan deep defending.

7. Pemain sayap perlu tolong full back

Kebiasaannya, pasukan yang bermain long ball akan mempunyai 2 pemain yang mahir membuat hantaran lintang dan 2 penyerang yang kuat dan tinggi.

Oleh itu, pemain sayap anda perlu turun membantu full back apabila pasukan long ball masuk ke kawasan kubu (final third) pasukan anda.

Ini untuk mengelakkan situasi 2 lawan 1 (2v1) berlaku di kawasan sayap, sekaligus menyebabkan hantaran lintang dihantar dan diserang oleh penyerang mereka.

8. Paksa pemain sayap mereka guna kaki lemah

badstuber-1v1-defending

Ini satu lagi tips khas untuk pemain pertahanan, terutamanya full back anda.

Ketika berdepan situasi 1v1 dengan pemain sayap mereka, pastikan full back anda memaksa pemain sayap menggunakan kaki lemahnya.

Sebagai contoh, jika full back kiri anda berhadapan dengan pemain sayap kanan, pastikan full back anda boleh paksa pemain sayap kanan tersebut untuk menggunakan kaki lemahnya, iaitu kaki kiri.

Begitu juga bagi full back kanan. Paksa pemain sayap kiri untuk menggunakan kaki kanannya.

9. Berikan ruang kepada penjaga gol

ay106056496manchester-city

Jika pasukan long ball masih dapat membuat hantaran lintang, pastikan 4 pemain pertahanan anda melakukan man-to-man marking dan tinggalkan sebanyak ruang di belakang untuk penjaga gol.

Penjaga gol adalah satu-satunya pemain anda yang boleh menggunakan tangan dan menumbuk bola keluar dari kotak penalti anda.

Jika pertahanan tengah anda terlalu dekat dengan penjaga gol anda, penyerang mereka boleh menjaringkan gol dengan satu tandukan. Malah mereka boleh membuli penjaga gol anda secara fizikal juga.

Baca juga: Teori Taktikal: Mengurus Teori Taktikal: Mengurus Shape Dan Fluidity Pasukan

The post Bagaimana Untuk Bertahan Ketika Menentang Pasukan Yang Bermain Long Ball appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA