Penyokong Dinamo Zagreb Boikot Pergi Stadium, Sokong Pasukan Futsal Pula

Mungkin ini sesuatu yang boleh dipraktis oleh penyokong di Malaysia sekiranya mereka tak berpuas hati kepada pengurusan bola sepak: boikot stadium dan beri sokongan kepada sukan lain pula.

Inilah yang dilakukan oleh penyokong Dinamo Zagreb, kelab gergasi liga Croatia yang pernah menewaskan Arsenal 2-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Champions League 2015/2016 pada September 2015 yang lepas.

Dalam usaha mereka memprotes pengurusan kelab yang korup, penyokong Dinamo Zagreb memboikot perlawanan liga di stadium dan mula menyokong pasukan futsal yang ditubuhkan oleh ultras mereka sendiri.

Untuk pengetahuan anda, ultras Dinamo yang dinamakan Bad Blue Boys telah mencipta kelab futsal mereka sendiri pada 2014 untuk memberi contoh kepada pengurusan Dinamo Zagreb bagaimana pasukan sepatutnya diuruskan.

zagreb2

Usaha memboikot perlawanan ini adalah kemuncak kemarahan penyokong Dinamo yang pernah menyaksikan pengurus dan pengarah kelab mereka bermalam 11 hari di penjara atas kesalahan rasuah, menyeleweng wang kelab dan mengelak membayar cukai.

Menurut laporan The Guardian, pengurus Dinamo, Zoran Mamic pernah berkejar dari penjara ke stadium untuk menyaksikan pasukannya menentang Fola Esch  kelab kecil dari Luxembourg – semasa perlawanan pertama pusingan kelayakan kedua Champion League 2015/2016.

Zoran Mamic, pengarah dan bekas pengarah kelabnya juga pernah dituduh menyeleweng wang yuran perpindahan pemain untuk dimasukkan dalam akaun peribadi mereka di luar negara.

Ketika ini, Dinamo Zagreb masih selesa mendahului liga Croatia dan sudah mencatatkan 7 kemenangan berturut-turut.

Penyokong Dinamo pula tidak kisahkan kemenangan pasukan bola sepak mereka.

Dengan memboikot stadium, mereka membuat kenyataan jelas – keutamaan mereka adalah pengurusan kelab yang bebas daripada rasuah. Bukannya sekadar menang di atas padang.

Baca juga: Mengapa Penyokong Leeds United Mengamuk Terhadap Pemilik Kelab Mereka?

The post Penyokong Dinamo Zagreb Boikot Pergi Stadium, Sokong Pasukan Futsal Pula appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bagaimana nak boikot perlawanan sarkas

Kami dah banyak bercerita tentang kenapa kita, sebagai penyokong bola sepak Malaysia, perlu boikot perlawanan-perlawanan sarkas melibatkan Tottenham dan Liverpool. Tetapi apa yang kami belum jelaskan sebenarnya adalah cara nak boikot perlawanan ini sendiri. Ada beberapa lapisan dalam usaha memboikot itu sendiri, yang mungkin tidak begitu jelas kepada kita.

Boikot perlawanan

– Ini adalah langkah yang paling jelas. Jangan beli tiket, jangan pergi ke stadium. Perlawanan ini semata-mata diadakan untuk mengayakan FAM, pihak penganjur dan kroni mereka, jadi jangan biarkan FAM dan penganjur untung melalui sarkis ini. Apa gunanya? Malaysia tak mungkin menang, dan takkan anda harap pasukan-pasukan pelawat ni akan berikan usaha mereka yang terbaik, seperti yang anda lihat mereka lakukan dalam EPL di kaca tv?

– Berkemungkinannya, tiket perlawanan tidak akan laku, atau tak terjual sama sekali. Jika ini terjadi, pihak-pihak tertentu akan mula memberikan tiket secara percuma. Mereka hanya mahu anda berada di stadium semasa perlawanan. Jika anda dapat tiket percuma ini, jangan termakan umpan untuk pergi ke perlawanan! Mungkin anda akan tanya, “Apahal? Bukannya aku beli pun, dan buat FAM dan penganjurnya kaya.” Salah satu sebabnya ialah walaupun anda mungkin telah mendapat tiket itu secara percuma, ia mungkin telah dibayar oleh beberapa pihak lain; penaja korporat, kroni, lain-lain. FAM dan penganjurnya masih akan mendapat keuntungan kewangan melalui tiket yang anda dapat secara percuma.

Kedua dan yang paling penting, apabila anda tidak pergi ke perlawanan dan stadium kosong, ia akan menunjukkan kepada penganjur dan FAM bahawa perlawanan sarkas tidak mempunyai tempat dalam bola sepak Malaysia. Mereka tidak akan mempunyai pilihan selain berhenti menganjurkannya, dan mula menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’. Selain itu, stadium yang kosong semasa perlawanan sarkas juga akan menunjukkan kepada kelab-kelab Eropah yang berminat, bahawa penyokong bola sepak Malaysia tidak berminat untuk melihat mereka melawan pasukan kebangsaan Malaysia, jadi mereka harus berfikir dua kali kalau mereka mahu berkunjung ke sini pada masa akan datang.

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda mendapat tiket percuma, adalah untuk mengambil tiket percuma ini sebanyak yang mungkin. Hah, biar betul? Ya, anda tak tersalah baca. Dapatkan sebanyak mungkin, dan kemudian KOYAKKANNYA supaya orang lain tidak boleh mendapatkannya dan pergi ke stadium. Dan jangan cuba-cuba jual pada orang lain!

Om nom nom.

– Okay, kita dah berada di rumah, dengan tiket dikoyak dalam tong sampah, agak sakit hati kerana tak dapat pergi menonton Liverpool/Tottenham. Sekurang-kurangnya kita masih dapat tonton perlawanan di TV, betul tak?

SALAH.

Jangan tonton perlawanan siaran langsung juga. Kenapa? Mari kami terangkan secara ringkas. Pada dasarnya, siaran langsung perlawanan bola sepak di tv berfungsi dengan cara, stesen-stesen tv membayar penganjur perlawanan sejumlah wang bagi mendapat kebenaran menayangkan perlawanan. Bagi perlawanan sarkas, stesen tv Malaysia kemungkinan besar akan membayar FAM dan penganjur sejumlah wang yang lumayan untuk menyiarkan perlawanan ini di tv. Ingat, kita tidak mahu FAM dan penganjur untuk mendapat keuntungan daripada perlawanan ini, dan bagi perlawanan ini menarik minat. Oleh itu, apabila perlawanan ini ditunjukkan di tv, jangan saksikannya. Ini juga terpakai kepada ‘live-streaming’ di Internet. Apabila tidak ramai orang menonton perlawanan di tv, stesen tv tidak boleh membuat keuntungan daripadanya. Lain kali apabila ada lagi perlawanan sarkas (mintak simpang), mereka akan berfikir dua kali untuk menyiarkannya, dan tidak akan membayar FAM dan penganjur sejumlah wang yang besar untuk menyiarkannya. Oleh itu, apabila perlawanan sarkas ditayangkan di tv, tonton saja rancangan lain. BoBoiBoy contohnya. #sokongkartuntempatan

Atau baca buku sekali-sekala apa salahnya?

Boikot media

Dalam pada itu, menjelang perlawanan sarkas ini, kerja promosi banyak dijalankan di media-media tempatan. Kita perlu boikot promosi ini juga. Tetapi untuk berbuat demikian, kita perlu faham bahawa ada dua pihak yang memperolehi keuntungan daripada promosi ini. Pertamanya, promosi ini memberi keuntungan kepada penganjur perlawanan dan FAM. Apabila orang ramai terlihat promosi ini dan membeli tiket, penganjur dan FAM mendapat keuntungan. Tetapi promosi di media juga menguntungkan media itu sendiri. Apabila pembaca/penonton melihat tajuk-tajuk utama (berkenaan apa-apa jua topik) dan membuat keputusan untuk membeli surat khabar, menonton berita, atau klik pautan dalam talian, media akan mendapat keuntungan.

– Jadi apa yang kita perlu lakukan adalah untuk tidak membeli surat khabar, menonton berita, atau klik pautan ke berita-berita berkenaan perlawanan sarkas, supaya pendapatan tidak boleh dihasilkan daripada berita sebegini. Sebaliknya, hanya baca berita yang berkaitan dengan kempen #saynotocircusgames. Ini mungkin memerlukan kemahiran membaca, untuk membuat kesimpulan kandungan dari tajuk-tajuk utama. Kita tidak ada apa-apa masalah dengan media tempatan, tetapi kita perlu mengajar mereka untuk memberi liputan terhadap isu-isu yang penting kepada kita, dan bola sepak tempatan.

– Kedua, sifat media sosial menjadikannya sangat mudah untuk berita-berita hari ini menjadi viral. Walaupun kita tidak Share atau retweet links, pengguna Facebook/Twitter/Myspace lain masih boleh melihatnya. Sebagai contoh, apabila anda menulis komen pada pautan promosi untuk perlawanan ini di Facebook, linknya boleh dilihat oleh rakan-rakan Facebook anda. Jadi, walaupun anda hanya menulis komen #FAMBangsat atau #saynotocircusgames, ia masih akan menyebarkan link itu kepada pengguna-pengguna lain. Jadi kawan-kawan anda yang tidak begitu meminati bola sepak dan tidak tahu tentang perlawanan sarkas sama sekali, boleh terlihat link promosi ini disebabkan oleh komen anda, dan membuat keputusan “OMG Liverpool dan Spurs! Sudah pasti saya akan beli tiket dan pergi! “Apabila ini berlaku, apa gunanya kempen ini mempunyai anda sebagai penyokong, apabila anda telah mempromosikan perlawanan ini kepada orang lain secara tidak sengaja? Jadi, dalam perkara ini, sikap berdiam diri itu adalah lebih baik. Pergilah komen di link isu politik/agama atau perkara-perkara lain.

Keyboard warrior sedia lapor diri, tuan!

Ini hanyalah beberapa cara kita boleh memboikot perlawanan sarkas. Ia bukan hanya melibatkan pembelian tiket. Anda ada apa-apa cadangan lain? Sila baca dan viralkan rencana ini. Perlawanan Tottenham akan berlangsung dalam masa kurang daripada dua minggu, mari kita pastikan stadium kosong semasa perlawanan sarkas ini. Ingat, kita mahu FAM berhenti menganjurkan perlawanan sarkas yang sia-sia, dan sebaliknya mula menganjurkan perlawanan persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ yang menawarkan mata ranking.

-L-


Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms: