Apa yang tidak kena dengan bolasepak Malaysia?

Harapan rakyat adalah negara dibawa keluar dari masa
lampau yang gelap ke arah masa depan yang lebih cerah.
(gambar: www.rojakdaily.com)

Walaupun bekas penyerang kebangsaan awal tahun 2000an dahulu iaitu Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah pun menggantungkan butnya dan mula menjinakkan diri sebagai pengulas sukan pula, namun terdapat beberapa rakan seperjuangannya yang masih lagi bermain sehingga kini. Meskipun sudah dianggap sebagai pemain senior dan mungkin semakin jauh daripada panggilan untuk menyertai skuad negara tetapi Indra Putra Mahayuddin, Norhafiz Zamani Misbah, mahupun Mohd Shukor Adan (yang telah bersara di peringkat antarabangsa) kekal sebagai tonggak penting buat pasukan masing-masing dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Malaysia sememangnya sering dianugerahkan dengan ramai pemain bolasepak tempatan yang berbakat, namun seringkali juga bakat tersebut disia-siakan begitu sahaja. Selepas beberapa tahun sahaja, banyak sekali pemain-pemain muda berbakat mulai hilang daripada pandangan. Mereka bukannya menjadi orang halimunan atau ke luar negara tetapi telah diketepikan bagi memberi ruang kepada pemain-pemain import yang entah apa-apa. Padahal, kebanyakan awang import yang kini beraksi di Liga-M langsung tidak setaraf dengan pemain-pemain bintang yang lalu seperti Bambang Pamungkas, Elie Aiboy, Baichung Bhutia, Kiatisuk Senamuang, Worrawoot Srimaka, Mehmet Durakovic, Stephen Keshi, Felipe Melo, Dani Guiza, Pablo Aimar, Luciano Figueroa, Merzagua Abderrazak, Scott Ollerenshaw, Alistair Edwards, Abbas Saad, Zsolt Bücs, dan lain-lain. Jangan katakan Tony Cottee, skuad NFDP (Program Pembangunan Bolasepak Negara) pun nampak lebih hebat lagi berbanding awang import yang bukan sahaja tidak dikenali tetapi juga belum pun menyarung jersi kebangsaan negara mereka.

Angan-angan sahaja: Barisan kesebelasan utama negara dalam alam maya.
(kredit: eurosport.com)

Oleh sebab itu, transisi atau peralihan pemain senior kepada pemain junior sejak kebelakangan ini tidak dapat berjalan dengan lancar. Jika dahulu ada Dol Fatah, kemudian Dollah Don sebagai perintis, Abdul Ghani Minhat telah berhasil menyerahkan obor perjuangan kepada Mokhtar Dahari sebelum diberikan pula kepada Hassan Sani. Masuk tahun 1990an, gejala rasuah (bookie, kelong) yang entah mana datangnya telah dikantoikan secara berleluasa. Bukan hendak salahkan satu pihak sahaja, tetapi disebabkan sindiket menjual permainan untuk perjudian maka telah lenyaplah bakat-bakat yang istimewa seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah. Mujurlah masih terselamat beberapa pemain seperti Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Hashim Mustapha, dan Azman Adnan. Kalau tidak, bertambah pudarlah, tawar, dan malapnya kancah bolasepak negara.

Kemudian, sedikit demi sedikit, bakat bolasepak tanahair mula berputik semula. Nama-nama yang tidak kurang hebatnya mula kedengaran. Zulfakri Ashaari, Nidzam Adzha Yusoff, Che Zambil Ahmad, Rafdi Abdul Rashid, Manzoor Azwira Abdul Wahid, Rusdi Suparman, Anuar Abu Bakar, Shamsurin Abdul Rahman, S. Paidiya Rau, Liew Kim Tu, Zami Mohd Noor, Azmi Mohamad, Rusdee Sulong, Azizul Kamaluddin, Wan Rohaimi Wan Ismail, Bobby Pian, Suharmin Yusof, dan beberapa nama lagi. Elok-elok baru hendak bangun, tiba-tiba skuad senior kebangsaan dibubarkan. Gantinya, adalah sekumpulan pemain belia yang dinamakan sebagai skuad projek Olimpik 2000. Masih mentah dan kurang berpengalaman pada waktu itu telah menyebabkan bakat-bakat muda yang berpotensi tinggi seperti Khalid Jamlus, V. Saravanan, Tengku Hazman Raja Hassan, Chow Chee Weng, Gilbert Cassidy Gawing, Megat Amir Faisal, dan Jamsari Sabian terbantut di tengah jalan. Tanpa memenangi sebarang kejohanan yang melepasi peringkat nasional, mereka juga dipersalahkan sepenuhnya kerana gagal mencapai sasaran (yakni mara ke Sukan Olimpik tahun 2000 di Sydney, Australia).

Akmal Rizal Rakhli dan Khalid Jamlus,
malah Shawal Johadi pun, telah
jalankan tugas mereka.
(sumber: ww1.utusan.com.my)

Maka, yang berpengalaman diabaikan, dan yang berpotensi dirosakkan. Inilah yang dikatakan ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’. Hasilnya, zaman kegemilangan bolasepak negara berlalu begitu sahaja dan semakin sukar untuk dikembalikan. Walaupun begitu, bibit-bibit keyakinan kembali kelihatan apabila sebuah generasi baru (sebahagiannya merupakan lepasan skuad Olimpik 2000) telah membersihkan jalan yang sebelum ini begitu banyak halangan. Sekalipun kejayaan besar tidak dicapai pada zaman mereka, sekurang-kurangnya mereka membantu memberikan laluan kepada generasi-genarasi yang akan datang untuk memperoleh kejayaan yang amat ditunggu-tunggukan. Generasi yang dimaksudkan tersebut adalah generasi Akmal Rizal, termasuklah Hairuddin Omar, Liew Kit Kong, Mohd Nizaruddin Yusof, dan rakan-rakan. Dengan tunjuk ajar yang mereka kongsikanlah, maka Safee Sali, Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, serta yang lain-lainnya berjaya juga meraih kejuaraan Asia Tenggara (Piala AFF 2010) yang sangat bermakna buat negara.

Kini, tanggungjawab besar menanti di bahu pemain-pemain generasi muda masakini. Tak ‘kanlah hanya berpuas hati apabila menang menentang negara-negara Asean sahaja. Sudah tiba masanya untuk kembali menyaingi negara-negara Asia yang lain. Jepun dan Korea Selatan sudah tentulah, tetapi juga negara-negara seperti Arab Saudi, Iran, China, dan sebagainya. Selagi masih terkebelakang di benua Asia, usah bermimpilah untuk bertandang ke benua Eropah atau benua Amerika Selatan. Oleh itu, jangan lagi menyorok di belakang tirai yang lutsinar, memang tiada gunanya. Para peminat serta para penyokong bolasepak yang tertentu adakalanya tertanya-tanya ke mana perginya pemain-pemain harapan seperti Titus James Palani, Ahmad Aminuddin Shaharuddin, dan Samransak Kram. Adakah masih boleh berbakti untuk negara? Jika tidak, adakah kerana tidak mampu atau tidak mahu? Soalan yang sama akan ditanya kepada Nazmi Faiz Mansor, Irfan Fazail, Syahrul Azwari Ibrahim, Nik Shahrul Azim Abdul Halim, Rozaimi Abdul Rahman, Ashri Chuchu, Matthew Davies, Fazly Mazlan, Amer Saidin, Kogileswaran Raj, S. Kumaahran, Faisal Abdul Halim, Ariff Farhan Md Isa, Mohd Ridzuan Abdunloh, Farhan Abu Bakar, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Haziq Nadzli, Adib Zainuddin, Najmuddin Samat, dan kesemua pemain bolasepak profesional negara yang belum ingin bersara.

DUNIA BOLA SEPAK

Pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia adalah skuad Harimau Malaya!

Harimau mempunyai beberapa spesis. Bagi orang-orang Melayu, mereka kadangkala menyebut nama binatang tersebut sebagai “ghimau” atau “pak belang”. Haiwan liar yang biasanya berkeliaran di pedalaman semenanjung Tanah Melayu ini digelar sebagai Panthera tigris jacksoni dalam istilah sains untuk sejenis subspesis harimau, dan selain itu dipanggil juga Malayan tiger dalam Bahasa Inggeris. Malangnya, ia kini semakin terancam dengan ancaman kepupusan apabila hanya terdapat kira-kira 250 hingga 340 ekor dewasa sahaja mengikut kajian yang telah dibuat.

Ilustrasi oleh Maman Rosnan
(kredit: www.behance.net)

Panthera tigris tigris atau harimau Benggala merupakan subspesis harimau yang paling banyak didapati di dunia manakala subspesis yang lain-lain adalah seperti harimau Indochina (Panthera tigris corbetti), harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae), dan harimau Siberia (Panthera tigris altaica). Dahulu terdapat juga harimau Jawa dan harimau Bali, namun kedua-duanya telah pun pupus.

Apa yang pelik, menurut persetujuan umum para pengkaji saintifik semasa, tidak pernah diketemui sebarang harimau di kepulauan Borneo (selain yang diambil oleh pihak zoo), tidak kiralah samada di Brunei, Kalimantan (Indonesia), Sarawak, Sabah, mahupun Labuan. Adakah ia telah pupus atau memang tidak wujud di situ, sedangkan suku asli Dayak Ngaju di Kalimantan Tengah ada menyebut “haramaung” untuk nama harimau? Oleh itu, siapa sahaja yang menjumpai spesis harimau di Borneo sudah tentu akan mencipta sejarah yang tersendiri memandangkan belum ada sesiapa pun lagi yang mampu menemuinya hingga setakat ini.

Peta kewujudan pelbagai spesis rimau
(sumber: news.mongabay.com)

Ramai yang tersalah anggap, bahawa nama gelaran pasukan bolasepak kebangsaan Malaysia iaitu ‘Harimau Malaya‘ adalah semata-mata berdasarkan haiwan yang dinamakan sebagai Panthera tigris jacksoni tersebut. Walaupun tidak dinafikan bahawa Panthera tigris jacksoni yang disebut juga Malayan tiger benar-benar wujud (harap-harapnya tidaklah nanti menjadi pupus), gelaran ‘Harimau Malaya’ sebenarnya adalah satu pengiktirafan sempena tokoh lagenda bolasepak tanahair yang tidak lain dan tidak bukan, Dollah Don. Jika dahulu dia hampir dilupakan begitu sahaja, kini dengan kemudahan teknologi komunikasi dan maklumat yang canggih telah mengangkat semula namanya ke tempat yang sepatutnya.

Berdasarkan cerita sejarah, Dollah Don diberi nama jolokan ‘Harimau Malaya’ oleh Bung Karno, Presiden pertama Indonesia. Kisahnya, dalam satu perlawanan di Jakarta pada tahun 1953, Dollah Don menjaringkan hat-trick untuk mendapatkan keputusan seri setelah pasukannya ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama. Selepas peristiwa yang amat mengagumkan Presiden Sukarno itu, Dollah Don menjadi pemain yang asal dan yang pertama sekali dikenali sebagai ‘Harimau Malaya’. Semenjak daripada itulah, nama jolokan penyerang kelahiran Johor (yang bakatnya dicungkil oleh jurulatihnya Dol Fatah dari Singapura) tersebut turut dipinjamkan kepada setiap pemain yang menyarung jersi kebangsaan dan seterusnya terus diabadikan sebagai gelaran istimewa buat skuad kebangsaan.

Dollah Don berupaya mencatat
masa 10.60 saat dalam larian
100 meter pada masa mudanya.
(gambar: www.suara.tv)

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia di negeri Sabah dan Sarawak mahupun negeri-negeri di semenanjung tidak perlu merasa risau, gusar, atau bimbang mengenai gelaran ‘Harimau Malaya’ ini. Skuad ‘Harimau Malaya’ masih lagi mewakili negara Malaysia, malahan sejak dahulu lagi seiring dengan perkembangan zaman. Maka, keputusan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM yang baharu untuk mengembalikan semula gelaran bersejarah tersebut amatlah dialu-alukan dan perlu disambut baik oleh kesemua warganegara Malaysia yang ambil peduli tentang perkara ini.

Sewaktu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah memulakan pembinaan Stadium Merdeka dahulu, beliau tidaklah mahu golongan majoriti Muslim hanya hadir ke stadium tetapi tidak ke masjid. Begitu juga dengan pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil yang diusahakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Akan tetapi, stadium hanyalah sebagai suatu peluang bagi rakyat yang berbilang kaum untuk mengetepikan perbezaan serta merapatkan jurang yang terbina dalam bidang politik, ekonomi, dan juga sosial. Sekiranya mahukan yang positif, sukan bolasepak seharusnya menjadi alat perpaduan rakyat dan bukannya penyebab kepada perpecahan.

Semasa penjajahan Jepun sekalipun tidak menghalang
keghairahan Tunku Abdul Rahman terhadap sukan bolasepak.
(kredit: berun)

Bagi yang Muslim, sama-samalah kita menyedekahkan surah al-Fatihah buat semua telah pergi sebelum kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka dan mengampuni kita semua.

DUNIA BOLA SEPAK

5 Sebab Bolasepak Turki Yang Dahulu Dirindui Dan Dikagumi

Turki Sang ‘Giant Killer’

Pasukan Turki meningkatkan fan base mereka di seluruh dunia termasuk di Malaysia kerana magis yang mereka jelmakan ketika Piala Dunia 2002 dan juga ketika Piala Eropah 2008.

Namun hari ini, realiti bolsepak Turki amat menghampakan bagi pengikut dan peminat mereka. Longlai dan tidak ada semangat seperti yang ada pada era Rustu Recber.

1. Semangat Melawan

Pasukan Turki sebelum ini deikenali dengan pasukan yang sangat rajin dan sentiasa optimis untuk melawan sesiapa sahaja sehingga ke wisel penamat.

Ingat lagi peristiwa comeback menentang Republik Czech dalam Euro 2008?

Czech mendahului perlawanan dengan 2-0 dan Turki berjaya bangkit dengan menewaskan mereka 3-2.

Pada pusingan suku akhir berdepan Croatia. Perlawanan berlanjutan ke masa tambahan. Croatia akhirnya memecah kebuntuan pada mini ke 119 menerusi Ivan Klasnic.

Croatia berpesta meraikan gol kerana 1 minit sahaja lagi perlawanan akan tamat.

Namun semangat Turki telah membawa kepada plot twist apabila Semih Senturk menjaringkan gol pada masa kecederaan (120+2 minit). Perlawanan diheret ke penentuan penalti. Rustu Recber dan pemain Turki lain menamatkan saingan dengan kemenangan 3-1.

 

Pada separuh akhir mereka bertemu gergasi Jerman. Turki mendahului menerusi Ugur Boral. Namun Jerman menjaringkan 2 gol selepas itu menerusi Schweinsteiger dan Miroslav Klose.

4 minit sebelum perlawanan tamat, Semih Senturk sekali lagi menghidupkan kembali nyawa pasukan ini. Namun mereka akur dengan jaringan minit akhir oleh Phillip Lahm dan tewas 3-2.

Berbeza pada Euro kali ini. Pasukan ini tak ada semangat seperti itu. Pemain terlalu ‘hormat’ kepada lawan yang lebih besar.

2. Berani Menyerang

Setiap pasukan istimewa akan mampu menghadirkan magis yang tersendiri namun dengan syarat mesti berani untuk menyerang pada masa masa tertentu.

Pada Piala Dunia 2002 mereka pernah menewaskan Brazil di peringkat kumpulan dan mara sehingga 4 pasukan terakhir. Namun mereka ditewaskan pasukan yang sama pada separuh akhir.

Mereka berjaya menewaskan Korea Selatan untuk menduduki tempat ke-3. Ia pencapaian tertinggi dalam sejarah bolasepak Turki.

2 peristiwa penting daripada perlawanan play 0ff tempat ketiga ini. Pertamanya, jaringan 11 saat oleh Hakan Sukur yang menjadi jaringan terpantas dalam Piala Dunia.

Kedua adalah 2 gol Ilhan Mansiz diiktiraf sebagai jaringan terpenting dalam sejarah bolasepak Turki.

 

Pada pasukan yang ada hari ini, saya tak melihat ada kemampuan untuk menghadirkan magis sebegitu. Ini kerana, untuk melakukannya, Hakan Sukur dan rakan rakannya bermain bolasepak yang cuba untuk menyerang dan bukannya takut serta gugup.

Fatih Terim sendiri penuh kecewa di kerusi simpanan pemain apabila pemain tidak ada keyakinan untuk melakukan sesuatu apabila di final third.

3. Kualiti Bakat

Turki pada kali ini cuba bergantung kepada 3 pemain yang bermain di Liga utama Eropah,iaitu Arda Turan (Barcelona), Nuri Sahin (BvB), dan Hakan Calhanoglu (Bayern Leverkusen) untuk menjadi tulang belakang pasukan ini.

Namun, cuma Calhanoglu yang benar benar bermain banyak perlawanan kompetitif dengan kelab. Arda Turan cuma bermain 9 perlawanan sahaja untuk Barcelona musim ini. Manakala Nuri Sahin adalah pemain kedua atau ketiga di Dortmund.

Dahulu, walaupun jumlah pemain dari Liga Turki juga ramai namun, pada 2008 kelab kelab dari Turki berada dalam prestasi jauh lebih baik daripada hari ini.

Ini adalah senarai pemain Turki dalam skuad Eropah 2008

turkey

Manakala, sebelum itu, pada tahun 2002 pula mereka memiliki kualiti bakat yang lebih tinggi kerana lebih ramai pemain bermain di Liga seperti Liga Itali yang dalam kemuncak pada ketika itu. Antara pemain yang ada pada kem Piala Dunia 2002 ;

turkey2

Jauh bezanya bukan ?

4. Prospek Yang Tidak Memenuhi Harapan

Arda Turan dan Hakan Calhanoglu diberikan harapan besar untuk menjadi pemain yang akan mampu memimpin Turki untuk pergi lebih jauh.

Hakan Calhanoglu jelas bukan material yang seperti digembar gemburkan. Pemain yang dilabel pemain istimewa ini dengan gelaran pakar bola mati ini terlalu jauh bezanya mahu dibandingkan dengan Emre Belozoglu mahupun watak inspirasi seperti Nihat Kahveci.

 

Calhanoglu telah mencatatkan Statistik mengecewakan setakat ini dengan ;

Appearances: 2 (136 minit)
Gol : 0
Assist : 0
Keypasses : 1
Passes Per Game  : 23.5
Completed Passes  : 70.5%
Through Passes : 0
Dribble : 0.5

 

Pemain lain seperti Emre Mor pula tidak diberikan peluang lebih banyak walaupun Fatih Terim sedar akan tahap kompetensi rendah pemain beliau di padang.

Arda Turan jelas bukan pemain yang seperti kita lihat seperti sebelum ini. Mungkin faktor terlalu kurang minit perlawanan.

Dalam edisi 2008, pasukan Turkey lebih kepada pasukan yang penuh kejutan dan pemain mereka berjaya memikul harapan peminat mereka.

5. Taktikal 

Berbicara soal taktikal. Pada era Piala Dunia 2002, dan 2008, Turki adalah pasukan yang bermain dengan taktikal penuh disiplin ketika bertahan.

Ia disuntik dengan bolasepak yang bertenaga dan ‘tireless’. Aspek ini yang menjadikan pasukan ini sentiasa ada potensi melakukan sesuatu. Dalam erti kata lain mereka sentiasa ‘keep going’.

Peristiwa menewaskan Croatia pada minit ke-122 adalah testimoni terbaik. Mereka memiliki kualiti skil individu mahupun keinginan yang jauh lebih baik berbanding apa yang mereka miliki hari ini.

Di mana silapnya ? Mungkin Turki harus mengkaji aspek pembangunan bolasepak mereka yang gagal menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain pemain terdahulu.

Dala Euro kali ini, Fatih Terim ada masalah dengan ketandusan penyerang dan juga kekurangan kualiti tambahan untuk menjaringkan gol melalui pemain bukan penyerang.

Akhir sekali, ia adalah kegemilangan bolasepak Turki yang harus dikembalikan oleh generasi baru. Mereka sudah pernah sampai ke satu tahap di mana mereka adalah tempat ketiga di Piala Dunia.

Dahulu pasukan ini penuh dengan watak inspirasi seperti Rustu Recber, Hassan Sas, Alpay, Emre, Nihat dan ramai lagi.

The post 5 Sebab Bolasepak Turki Yang Dahulu Dirindui Dan Dikagumi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pakaian Sukan Bolasepak

Apabila menyebut tentang sukan bolasepak, boleh dikatakan hampir semua orang di seluruh dunia akan mengaitkannya dengan bangsa Inggeris samada secara sedar atau tidak sedar. Sebab itulah walaupun terdapat beberapa variasi perkataan “bolasepak” mengikut bahasa setempat, umumnya semua orang tahu apa itu “football” atau “soccer“. Football atau soccer sebenarnya adalah istilah yang diringkaskan daripada perkataannya yang asal yakni “association football“. Perkataan “football” itu sendiri pula sudah pun dijumpai bertulis buat pertama kalinya sejak tahun 1486 lagi.

Dari sudut sejarah, association football datangnya daripada sebuah permainan pada Zaman Pertengahan (Medieval atau Middle Ages) di Britain iaitu “mob football” yang muncul sempena sambutan Shrove Tuesday atau disebut juga sebagai Pancake Day. Bermula daripada mob football atau folk football inilah lahirnya sukan bolasepak moden yang dikenali pada hari ini. Sekiranya sebelum ini anda pernah tertanya-tanya kenapa “American football” turut dipanggil “football“, jawapannya adalah kerana ia dan juga sukan ragbi turut mempunyai asal-usul daripada mob football seperti mana bolasepak.

Mob football
(gambar: matthewclarksmith.com)

Mob football adalah satu permainan yang agak ganas, bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan teruk bahkan lebih teruk lagi hingga mendatangkan kematian. Ia masih ada dimainkan sehingga ke hari ini walaupun sudah berubah wajah serta tidak lagi meluas. Pada waktu dahulu, pernah diwujudkan buku panduan lama (old rulebook) bagi mengekang kekasaran yang melampau namun pada tahun 1314, Lord Mayor (datuk bandar) di London telah bertindak melarangnya daripada terus dimainkan secara terbuka. Kemudian, pada tahun 1331 pula, King Edward III menjadi raja England yang pertama yang mengharamkan permainan tersebut atas perintah diraja.

Pada tahun 1848, Universiti Cambridge pernah merangka sebuah undang-undang bolasepak tetapi hanya digunapakai di universiti tersebut. Meskipun kelab yang pertama dan masih lagi yang tertua yakni Sheffield FC (jangan dikelirukan dengan kelab Sheffield United atau Sheffield Wednesday) yang diasaskan pada tahun 1857 turut mengkanunkan undang-undang bolasepak Sheffield, tetapi hanya pada tahun 1863 barulah ‘Laws of the Game‘ diluluskan serta dianggap sebagai permulaan bolasepak moden. Undang-undang pada tahun 1863 yang dirangka oleh Ebenezer Cobb Morley bagi pihak The Football Association (FA) memanglah agak jauh berbeza dengan permainan moden, tetapi kini telah diadaptasi oleh FIFA dengan menerima pakai undang-undang yang dikawal selia oleh International Football Association Board (IFAB).

Kelab bolasepak paling tua di dunia,
Sheffield Football Club

Pakaian yang tertakluk kepada undang-undang bolasepak

Terdapat 17 perkara di dalam Laws of the Game dan kelengkapan para pemain merupakan undang-undang yang ke-4. Selain daripada uniform, pakaian seragam pemain turut disebut sebagai kit (bermaksud berkotak-kotak) atau strip (maksudnya berjalur atau berbelang). Undang-undang telah menetapkan apa yang sekurang-kurangnya perlu dipakai dan telah menggariskan juga larangan untuk menggunakan apa-apa yang boleh membahayakan diri atau pemain lain. Undang-undang lain yang berkaitan termasuklah penggunaan logo, warna pakaian, nombor pemain, dan beberapa lagi. Sekiranya barisan pemain bolasepak profesional dilihat lengkap berpakaian dengan baju jersinya, seluar pendek, stockings (sarung kaki), shin pads (decker), dan kasut but, sebiji bola dan sepasang selipar (dijadikan gol dan main berkaki ayam) mungkin sudah cukup buat sekumpulan kanak-kanak yang bebas bermain di mana-mana (di jalanan bukan di atas jalan raya).

Selain itu, para pemain dikehendaki memakai baju yang berlengan samada pendek atau panjang, baju yang tidak berlengan tidak lagi dibenarkan walaupun dahulu pernah ada pasukan yang sempat berbuat demikian. Penjaga gawang (yang dibenarkan menggunakan tangannya dalam permainan) pula perlulah memakai pakaian yang boleh membezakannya dengan pemain-pemain lain dan juga para pegawai (pengadil dan penjaga garisan). Posisi penjaga gol memang agak unik kerana di samping harus memakai gloves (sarung tangan), mereka juga dibolehkan memakai cap (topi) sekiranya perlu. Untuk jenis sukan bolasepak daripada cabang-cabang yang lain, umpamanya bolasepak pantai (beach soccer), bolasepak jalanan (street soccer), futsal atau indoor soccer, maka lainlah keperluannya.

Evolusi pakaian pemain bolasepak

1870an – Di Britain, para pemain memakai ‘knickerbockers‘ yakni seluar panjang yang diselitkan ke dalam stokin. Pada tahun 1874, Sam Weller Widdowson telah merekacipta shin pads atau disebut juga sebagai shin guards apabila memakai cricket pads yang telah dipotong serta diikat pada bahagian luar stokin.

Perlawanan bolasepak antarabangsa yang rasmi pertama kali
diadakan pada 30 November 1872 di Hamilton Crescent, Partick
antara pasukan tuan rumah Scotland melawan England.
(gambar: thefa.com)

1890an – Seluar menjadi sedikit singkat, tetapi ‘knickers‘ masih berada di bawah paras lutut.

Gambaran perlawanan akhir FA Cup tahun 1891 antara
Blackburn Rovers dengan Notts County.
(kredit: gottfriedfuchs.blogspot.my)

1900an – Seorang pemain Manchester United iaitu Charlie Roberts memulakan trend baru yang mana pemain-pemain lain tidak pernah buat dengan mengenakan knickers yang singkat dan kurang daripada paras lutut.

Charles “Charlie” Roberts
(gambar: bbc.com)

1940an – Penjaga gawang antarabangsa Argentina, Amadeo Carrizo yang pernah bermain untuk kelab River Plate diiktiraf sebagai perintis bagi banyak perkara antaranya, penjaga gol yang pertama memakai sarung tangan, yang pertama sering keluar daripada kawasan kotak penaltinya, dan juga yang pertama memperkenalkan sepakan gol (goal kicks) sebagai satu strategi untuk memulakan serangan balas (counterattacks).

Amadeo ‘Tarzán’ Carrizo

1970an – Para pemain memakai pakaian yang bersaiz kecil dan seluar kelihatan agak singkat.

Johan Cruyff dan Franz Beckenbauer dalam
perlawanan akhir Piala Dunia 1974.
(gambar: theguardian.com)

1990an – Pakaian yang dipakai oleh para pemain adalah lebih longgar tetapi seluarnya masih berada di atas paras lutut.

David Beckham dan Michael Owen turut meraikan gol Alan Shearer
untuk England ketika menentang pasukan Argentina di
peringkat suku akhir Piala Dunia 1998.
(gambar: soccer.nbcsports.com)

2002 – Pasukan bolasepak kebangsaan Cameroon memakai jersi tidak berlengan atau ‘sleeveless‘. Berbeza dengan pasukan Cameroon, pasukan bolasepak Itali pula menggayakan baju jersi yang mengikut bentuk tubuh badan serta boleh meregang.

Cameroon muncul juara African Cup of Nations tahun 2002.
(gambar: puma.resn.co.nz)

2004 – Pasukan Cameroon sekali lagi membuat kejutan dengan memakai ‘unitards‘, sejenis pakaian yang melekat pada tubuh dan bercantum baju dengan seluarnya.

Pasukan Cameroon di African Cup of Nations tahun 2004.
(gambar: whoateallthepies.tv)

2014 – Baju para pemain biasanya bersaiz sederhana namun seluar pendek masih lagi tidak menutup bahagian lutut.

David Luiz, Neymar Jr., dan Thiago Silva memperagakan jersi
rasmi pasukan kebangsaan Brazil untuk Piala Dunia 2014.
(gambar: footballfashion.org)

Susah sangatkah untuk menutup aurat?

Sebelum diberi definisi tentang hijab, adalah diingatkan kepada semua supaya merujuk semula apa sahaja yang berkaitan dengan ajaran Islam. Rujukan yang terbaik sudah pastilah kitab suci al-Quran yang mana individu-individu yang mempunyai ilmu pengetahuan boleh menerangkannya. Apa yang disampaikan di sini hanyalah secara umum dan sekadar yang asas sahaja. Baiklah, bila bercakap mengenai hijab, tidak diketahui berapa ramai yang tersalah faham bahawa memakai tudung dan/atau jilbab itulah hijab. Yang sebenarnya (dan juga yang sebetulnya), hijab bukan dinilai atau dilihat dengan secebis kain sahaja. Hijab merujuk kepada tingkah laku, percakapan, raut wajah, dan pemakaian seseorang. Ia adalah amalan harian yang terpakai untuk kedua-dua jantina, baik lelaki mahupun perempuan. Maka, pakaian yang tidak terdedah, tidak terlalu singkat, tidak jarang, tidak ketat, serta tidak menjolok mata hanyalah sebahagian daripada tuntutan hijab yang memelihara kehormatan dan keindahan.

Menurut undang-undang ‘antarabangsa’, penjaga gawang dibenarkan untuk memakai seluar panjang (tracksuit bottoms) namun sejak akhir-akhir ini, semakin ramai pula penjaga gol yang dilihat lebih gemar untuk memilih memakai seluar pendek seperti pemain-pemain di posisi lain. Sekalipun pemain-pemain Muslim ‘dipaksa’ atau ‘terpaksa’ untuk mengikut peraturan seperti memakai seluar pendek yang mendedahkan lutut, tiadakah jalan penyelesaian alternatif? Bukankah sudah ada contoh yang mana terdapat beberapa pemain yang cuba juga berusaha menutup bahagian lutut dengan memakai tights (seluar ketat) atau thermal undershorts? Mungkinkah sudah tiba masanya untuk siapa-siapa yang mampu di kalangan Muslim untuk menghasilkan sendiri jenama pakaian sukan yang berkualiti? Setakat yang kita semua tahu, tidaklah berdosa jika tidak mengharapkan lagi kepada jenama-jenama luar, tetapi tidakkah kita takut berdosa andai tiada seorang pun yang melaksanakan fardu kifayah bagi memenuhi keperluan pakaian untuk beriadah?

Bekas pemain sayap kiri negara, Indra Putra Mahayuddin
beraksi tanpa menampakkan lututnya.
(gambar: news.zing.vn)

Ingin dinyatakan juga di sini, isu wanita bermain bolasepak tidaklah menjadi masalah yang besar sekiranya adab-adab yang tertentu dijaga. Cuma, beberapa pesanan mungkin boleh memberi faedah sekiranya mahu diambil manfaatnya. Yang pertama, semua orang perlu diingatkan bahawa Allah itu Maha Adil. Allah sebagai Pencipta seluruh alam sudah tentulah adil seadil-adilnya tetapi persoalan yang perlu ditanya adalah, adakah kita berlaku adil terhadap diri kita sendiri dan juga kepada makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain? Jadi, ketahuilah bahawa aurat lelaki dan aurat wanita yang berbeza itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Malah, ketentuan Ilahi dalam menetapkan jantina masing-masing itu pun adalah tertakluk di bawah kebijaksanaan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu, duniabolasepak.blogspot.com (DBS) menyarankan semua pihak agar tidak melakukan apa-apa yang melampaui batas. Jikalau wanita mahu bermain bolasepak dan ianya baik bagi mereka, maka tiada halangan buat mereka asalkan tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, adalah kurang sopan sekiranya aurat dijadikan bahan tontonan awam.

Muhasabah diri

Oleh itu, marilah sama-sama menyesal akan kesilapan yang lalu, berhenti melakukan kesilapan yang sama, serta berazam dengan sungguh-sungguh untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang telah dipelajari. Di samping itu, sekiranya terdapat salah silap yang berlaku sesama kita maka adalah dituntut supaya saling bermaafan. Bermaaf-maafan ertinya memohon maaf apabila melakukan kesalahan dan di samping itu memaafkan juga kesalahan orang lain. Semoga Allah memberi kita kesempatan untuk bertaubat dan juga mengampuni dosa-dosa kita semua.

Allah sahajalah yang Maha Mengetahui.

#VivaHarimauMalaya   #KempenMenutupAurat

DUNIA BOLA SEPAK

Incoming search terms:

Bolasepak sebagai sukan bukannya politik

Baru-baru ini sebuah pasukan kelab dari Liga Malaysia (Liga-M) yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC telah menempatkan nama Malaysia kembali gah di pentas Asia. Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) yang dibarisi ramai pemain bintang tempatan telah menjuarai Piala AFC tahun 2015 dengan menewaskan FC Istiklol dari Tajikistan di tempat lawan. Sekalipun bernasib baik apabila mara ke perlawanan akhir selepas juara bertahan Qadsia SC (Al Qadsia) ditendang keluar akibat penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas campur tangan kerajaan Kuwait, ternyata tuah menyebelahi pasukan JDT apabila jaringan tunggal Leandro Velazquez pada minit ke-23 kekal hingga ke wisel penamat walaupun terdapat tiga gol yang dijaringkan Istiklol tidak dikira. Dengan kejayaan ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melangkah setapak lagi berbanding tokoh-tokoh bolasepak Malaysia yang lain seperti Tan Sri Annuar Musa (Kelantan), Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Perak), dan Allahyarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil (Kedah).

Sebelum pasukan JDT melakar kemenangan yang bersejarah ini, pasukan Selangor FA sudah pun mengecapi pencapaian yang agak membanggakan apabila muncul naib juara Kejohanan Kelab Asia pada 19 Disember 1967. Hapoel Tel Aviv FC adalah pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan edisi pertama pertandingan tersebut yang kini dikenali sebagai Liga Juara-juara AFC dengan menewaskan pasukan Abdul Ghani Minhat dan rakan-rakan 2-1 di Bangkok, Thailand hasil jaringan Danny Bursuk dan Yaakov Rachminovich. Namun, agak malang pula bagi pasukan kebangsaan Malaysia, kekalahan demi kekalahan turut dirasai dalam dua pertemuan pada tahun 1973 dan 1974 menentang pasukan rejim Zionis yang kini sudah berada dalam Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Di sebalik polisi antarabangsa yang diketahui umum, pentadbiran Malaysia nampaknya seperti bersedia untuk mengetepikan masalah politik dan bersaing secara sihat. Samada perkara tersebut menimbulkan tanda tanya orang ramai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya.

Selangor FA dalam Kejohanan Kelab Asia 1967

Berhubung permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak tiga kali agar perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Dora, Hebron, Palestin pada 12 November 2015 dipindahkan ke lokasi yang neutral, perkara tersebut harus diteliti dengan sebaiknya. Kegusaran yang ditimbulkan mengenai isu keselamatan memang ada asasnya memandangkan ketegangan di Tebing Barat dilaporkan kian memuncak. Meminta pengesahan rasmi tentang jaminan keselamatan daripada pihak FIFA adalah tindakan yang bijak daripada FAM dan wajar dipuji. Walaupun begitu, FAM masih belum terlepas daripada tanggungjawabnya untuk memastikan segala persiapan menjelang perlawanan tersebut benar-benar tersedia dan mencukupi. Seluruh skuad yakni para pemain dan juga para pegawai perlu dibekalkan dengan maklumat terkini dari masa ke semasa supaya mereka sentiasa peka tentang keselamatan dan tidak lalai daripadanya. Perancangan yang rapi bukan sahaja untuk menghadapi perlawanan, tetapi juga untuk sebelum dan selepasnya.

FC Barcelona melawat Stadium Dora, Hebron pada 3 Ogos 2013
(gambar: Mahmoud illean)

Berita terbaru mengenai Arab Saudi menarik diri daripada perlawanan kelayakan menentang Palestin yang sepatutnya berlangsung pada hari Khamis (5 November 2015) selepas tertangguh tidak semestinya mempengaruhi Malaysia. Ini kerana Arab Saudi bakal berdepan hukuman, berkemungkinan besar Palestin diberi kemenangan percuma 3-0 manakala Arab Saudi didenda dengan jumlah yang besar malah boleh juga dibatalkan terus penyertaannya. Malaysia sudah pun menerima hukuman yang akan dijalankan selepas kejadian segelintir penyokong membuat kacau di Stadium Shah Alam tempoh hari (8 September 2015) dan sudah pasti tidak mampu lagi menerima sebarang hukuman tambahan. Dalam perlawanan Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu di tempat sendiri pada 17 November 2015 kelak bakal berlangsung secara tertutup dan tanpa penonton. Di samping itu, FAM akan didenda sebanyak 40,000 Swiss francs dan turut diberikan amaran. Arab Saudi mungkin sudah mengira bahawa 12 mata penuh yang terkumpul daripada empat perlawanan sudah memadai untuk mendahului Kumpulan A berbanding Emiriah Arab Bersatu di tempat kedua dengan 7 mata, 5 mata bagi Palestin, 4 mata bagi Malaysia, dan hanya 2 mata buat Timor Leste pada waktu ini.

Harimau Malaya pernah diiringi dengan kereta perisai di Jakarta

Keengganan Arab Saudi bermain di Tebing Barat yang diduduki rejim Zionis dipercayai atas sebab kebimbangan mereka tentang isu diplomatik yang turut dirasakan berhubung kait dengan isu keselamatan. Sekiranya Arab Saudi agak risau apabila bermain di Palestin nanti seolah-olah semacam mengiktiraf pendudukan rejim Zionis, bagi Palestin pula adalah sebaliknya. Palestin khuatir jika tiada lagi perlawanan bolasepak yang diadakan di Tebing Barat dan Genting Gaza, maka hilanglah peluang bagi rakyat Palestin khasnya dan peminat bolasepak seluruh dunia amnya untuk menikmati sukan bolasepak tanpa sekatan yang membebankan. Apabila semua orang merendah diri dan benar-benar ikhlas mengidamkan keamanan, apa jua bentuk penindasan mahupun perkauman mudah sahaja diketepikan. Hanya dengan keamanan yang dipupuk barulah manusia sejagat tidak lagi terancam nyawanya, manakala fikiran dan emosi juga menjadi tenteram.

Pada dasarnya, Malaysia tidak seharusnya cepat terpengaruh dengan apa yang berlaku di negara-negara lain. Menyedari bahawa Malaysia mempunyai keadaan serta situasi yang berbeza, pihak-pihak yang berwajib hendaklah berupaya membuat keputusan sendiri tanpa terikut-ikut secara membabi buta sebarang cara atau gaya yang kurang sesuai. Ambillah langkah berjaga-jaga dan sentiasa membuat pemantauan yang bersesuaian. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat. Oleh itu, sama-sama berdoa agar Allah melindungi kita semua. Semoga berjaya!

#TutupAurat #HarimauMalaya #MalaysiaBoleh

DUNIA BOLA SEPAK

Dunia Bolasepak Malaysia

THE NATIONAL FOOTBALL TEAM OF MALAYSIA (MAS)

Harimau Malaya (The Malayan Tigers)

Achievements
Asian Games:
– Bronze medal (1962, 1974)

ASEAN Football Championship:
– Winners (2010)
– Runners-up (1996, 2014)
– Third place (2000, 2004)

SEA Games:
– Gold medal (1961, 1977, 1979, 1989; 2009, 2011)
– Silver medal (1971, 1975, 1981, 1987; 2001)
– Bronze medal (1959, 1969, 1973, 1983, 1985; 2003, 2005)

Pestabola Merdeka:
– Winners (1958, 1959, 1960*, 1968, 1973, 1974, 1976, 1979*, 1986, 1993; 2007, 2013)
– Runners-up (1960, 1961, 1969, 1972, 1975, 1980, 2000, 2008)
*co-champions

AFC Youth Championship / AFC U-19 Championship:
– Runners-up (1959, 1960, 1968)
– Third place (1965)

AFF U-19 Youth Championship:
– Runners-up (2005, 2006, 2007)
– Third place (2011)

AFF U-16 Youth Championship:
– Winners (2013)
– Third place (2008)

AFF Futsal Championship:
– Runners-up (2003, 2005, 2010)
– Third place (2001, 2007, 2008)

AFF Beach Soccer Championship:
– Winners (2014*)
*inaugural champion

Asian Schools Football (U-18) Championship:
– Winners (1971*, 1974, 1975)
*co-champions

ASEAN University Games:
– Bronze medal (2012)

Appearances
FIFA World Cup:
– Not yet qualify

Olympic Games:
– Qualify (1972, 1980*)
*boycott

AFC Asian Cup:
– Qualify (1976, 1980, 2007*)
*as host

FIFA World Youth Championship / FIFA U-20 World Cup:
– Qualify (1997*)
*as host

FIFA U-17 World Cup:
– Not yet qualify

AFC U-16 Championship:
– Qualify (2004, 2008, 2014)

FIFA Futsal World Cup:
– Qualify (1996)

AFC Futsal Championship:
– Qualify (1999*, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2014)
*as host

FIFA Beach Soccer World Cup:
– Qualify (1999)

Summer Universiade:
– Qualify (2007, 2011, 2013)

Asian Schools Football (U-15) Championship:
– Qualify (1970*, 2004*, 2009*)
*as host

Special Olympics Unified Football World Cup:
– Qualify (2014*)
*as host

Squads
Malaysia national football team (senior team)
Malaysia U-23 (Olympic team)
Harimau Muda A (under-22)
Harimau Muda B (under-19)
Harimau Muda C (under-18)
Bukit Jalil Sports School (under-17)
Malaysian Schools Sports Council (MSSM)
Malaysia XI (Malaysia League Selection)
Malaysia national futsal team
Malaysia national beach soccer team
Malaysia women’s national football team
Malaysia Special Olympics team

Malaysia Under-22: The Young Tigers

Home ground
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

The capacity of Bukit Jalil National Stadium is 87,411.

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Originally constructed for Malaya’s declaration of independence.

Hall of Fame

No longer a forgotten legendDollah Don
(the original soccer star who had been given the nickname “Harimau Malaya”)

Malaysia’s King of Football: Abdul Ghani Minhat
(currently holds the all-time Malaysia record of scoring 11 goals in a 15-1 victory over the Philippines)
Malaysia’s Top Scorer: Mokhtar Dahari (125)
Most caps for Malaysia: Soh Chin Aun (252)

Largest supporters club
Ultras Malaya

Website: www.ultrasmalaya.net/

DUNIA BOLA SEPAK

Incoming search terms:

Ciri-ciri pemain bolasepak yang hebat

Apakah kriteria atau ciri-ciri pemain bolasepak yang hebat? Seorang pemain bolasepak yang hebat sudah tentu mempunyai pengetahuan asas yang kukuh serta kemahiran yang tinggi, dilengkapi pula dengan sikap yang positif dan pengalaman yang mencukupi. Sukan bolasepak sebenarnya bukanlah sekadar menyepak, menggelecek, menanduk, mendada, atau menimang bola sahaja tetapi lebih daripada itu.

Di sini, duniabolasepak.blogspot.com hendak membincangkan tentang tiga aspek yang utama dalam permainan bolasepak iaitu teknikal, mental, dan fizikal.

[A] TEKNIKAL

A.1. Mengambil sepakan penjuru (tendangan sudut). Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan membuat keputusan untuk menghantar bola ke kawasan yang dijangka. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah David Beckham.

A.2. Membuat hantaran silang (hantaran lintang). Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan membuat keputusan untuk menghantar bola ke kawasan yang dijangka pada masa yang sesuai. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah David Beckham.

A.3. Menggelecek. Keberkesanannya bergantung kepada menjangka pergerakan pemain-pemain pasukan lawan dan kemampuan untuk memperdaya mereka. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.

A.4. Melakukan penyudah. Ketepatan tendangan ke arah pintu gol bergantung kepada membuat keputusan yang tenang dalam keadaan yang tertekan dengan memilih tempat dan masa yang sesuai untuk menggunakan teknik tendangan yang betul. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Thierry Henry.

A.5. Menampan bola (sentuhan pertama). Kecekapan mengawal bola dengan kemas apabila menerimanya bergantung kepada kreativiti (mengenal pasti pilihan yang ada) dan membuat keputusan untuk memilih jalan yang terbaik sebelum bola sampai ke kaki. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.

A.6. Mengambil sepakan percuma. Ketepatannya bergantung kepada teknik tendangan dan membuat keputusan untuk menghalakan bola ke tempat sasaran dengan bijak. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.

A.7. Menanduk. Ketepatannya bergantung kepada menjangka di mana bola akan berada dan membuat keputusan untuk memilih cara tandukan serta ke mana bola akan pergi. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.

A.8. Membuat tendangan jarak jauh. Ketepatannya bergantung kepada mengenal pasti pilihan yang ada dan membuat keputusan untuk melakukan teknik tendangan yang deras ke arah pintu gol. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Steven Gerrard.

A.9. Membaling bola (lontaran ke dalam) jarak jauh. Ketepatannya bergantung kepada jarak dan membuat keputusan untuk menghantar bola ke tempat yang hendak dituju. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Rory Delap.

A.10. Menjejaki pemain lawan. Keberkesanannya bergantung kepada kemampuan untuk mengekori serta menggasak pemain lawan apabila bertahan di samping memahami kawasan permainannya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Fabio Cannavaro.

A.11. Melakukan hantaran. Ketepatannya bergantung kepada menjangka pergerakan rakan-rakan sepasukan dan mengenal pasti pilihan yang ada serta membuat keputusan bila, bagaimana, dan kepada siapa untuk membuat hantaran. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Xavi Hernandez.

A.12. Mengambil sepakan penalti. Ketepatannya bergantung kepada membuat keputusan untuk menendang bola tepat ke sasaran selain dapat menenangkan diri dalam keadaan yang tertekan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.

A.13. Menggasak pemain lawan. Keberkesanannya bergantung kepada pemilihan waktu dan membuat keputusan untuk melakukan terjahan dengan penuh ketangkasan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Alessandro Nesta.

A.14. Mempunyai teknik tertentu. Kepelbagaiannya bergantung kepada tingkat kebolehan seseorang pemain. Lebih tinggi tekniknya maka lebih banyak perkara yang boleh dilakukan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Zinedine Zidane.

[B] MENTAL

B.1. Pelanggaran. Permainan yang agresif adalah lebih bertenaga dan banyak bertempur. Permainan yang kurang agresif adalah tidak tegas dan suka menurut. Sifat agresif tidak berkait secara langsung dengan kekerasan kerana permainan yang kasar lebih bergantung kepada kelicikan dan semangat kesukanan seseorang pemain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Patrick Vieira.

B.2. Penjangkaan. Kepandaian membaca permainan atau mengagak pergerakan pemain-pemain lain adalah sangat membantu dalam membuat keputusan sebelum berlakunya hantaran, larian, pemintasan, dan lain-lain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah John Terry.

B.3. Keberanian. Pengorbanan yang akan dilakukan untuk mendapatkan kelebihan dalam permainan seperti memenangi bola ataupun mengelak gawang sendiri dibolosi walaupun terdapat risiko kecederaan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Carles Puyol.

B.4. Ketenangan. Kehandalan beraksi di sebalik tekanan samada daripada pihak lawan mahupun semasa ingin membuat jaringan atau hantaran pada saat penting. Keputusan yang bijak adalah bergantung kepada ketenangan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Frank Lampard.

B.5. Perhatian. Kemampuan untuk membuat keputusan serta jangkaan yang betul dalam tempoh masa yang panjang. Jika tidak, penumpuan atau konsentrasi yang rendah akan menyebabkan lebih banyak kesilapan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Marcel Desailly.

B.6. Kreativiti. Kebolehan mengenal pasti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan yang bijak. Lebih kreatif bermakna lebih banyak pilihan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Ronaldinho.

B.7. Keputusan. Kemampuan untuk membuat keputusan yang baik adalah amat penting. Seorang pemain itu sentiasa disajikan dengan pelbagai pilihan, dan kemampuan itulah yang akan menentukan samada pilihan tersebut adalah yang terbaik serta bagaimana dan bila akan dilaksanakan. Keputusan adalah mengenai apa, bila, dan bagaimana. Keputusan turut bergantung kepada kreativiti dan juga teknik. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Juan Roman Riquelme.

B.8. Ketabahan. Kesungguhan pemain dalam memberikan 100% dalam perlawanan. Pemain yang tidak cukup tekad akan menyerah kalah lebih awal berbanding pemain yang berjuang habis-habisan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Michael Ballack.

B.9. Bakat. Kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang tidak diduga. Pemain berbakat mempunyai kelainan serta gaya yang luar biasa. Bakat tersebut membolehkannya mengatasi jangkaan pemain lawan melalui kreativiti, keputusan, dan apa sahaja kebolehan yang diperlukan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Rene Higuita.

B.10. Pengaruh. Kepimpinan boleh menentukan kehebatan seorang ketua pasukan. Sekiranya tiada pengaruh yang kuat, pemain-pemain lain tidak akan menghormati keputusan pemilihan kapten mahupun mendengar percakapannya semasa mesyuarat tergempar. Seorang kapten yang berpengaruh akan mewujudkan keharmonian di dalam skuad. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Gianluigi Buffon.

B.11. Tanpa bola. Kemampuan untuk memanfaatkan ruang apabila tidak memiliki bola adalah sangat mustahak. Bukan sahaja penting buat seorang pemain siap sedia untuk menerima bola, tetapi juga untuk menarik keluar pemain-pemain lawan dari kedudukan asal mereka agar dapat membuka ruang serta peluang bagi rakan-rakan sepasukan. Kemampuan ini bergantung kepada keputusan untuk menentukan bila, bagaimana, dan di mana untuk melakukan pergerakan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Francesco Totti.

B.12. Kedudukan. Kemampuan untuk meletakkan diri di posisi yang betul adalah berdasarkan keadaan yang berlaku di sekeliling pemain. Kedudukan yang baik turut bergantung kepada menjangka pergerakan pemain-pemain lain dan juga membuat keputusan ke mana mahu bergerak. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Claude Makelele.

B.13. Kerjasama. Kemampuan pemain untuk mengawal ego. Pemain yang kurang kerja berpasukan akan meletakkan kepentingan diri melebihi kepentingan bersama sebagai sebuah pasukan, seperti cuba melakukan tendangan ke arah gol daripada membuat hantaran kepada rakan sepasukan, walaupun hakikatnya rakan sepasukan berada di kedudukan yang lebih baik untuk menjaringkan gol. Pemain yang bekerja secara berpasukan akan membuat keputusan berlandaskan apa yang terbaik untuk pasukan, bukan apa yang terbaik untuk dirinya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Andres Iniesta.

B.14. Kerajinan. Ketekunan akan menentukan berapa kerap seorang pemain itu sedang giat bermain. Pemain yang pasif tidak menghabiskan terlalu banyak masa dalam membuat keputusan ketika tidak memiliki bola, sebaliknya hanya menunggu sahaja peluang untuk muncul dan tidak cuba mencipta peluang untuk diri sendiri. Pemain yang aktif selalu bersiap sedia dan akan melibatkan dirinya dalam permainan sebanyak yang mungkin. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Wayne Rooney.

[C] FIZIKAL

C.1. Pecutan. Kepantasan seorang pemain mencapai kelajuan maksimumnya adalah berhubung rapat dengan tahap kecepatan. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Gareth Bale.

C.2. Kelincahan. Pergerakan dapat dilakukan oleh seorang pemain dengan mudah. Pemain yang kurang lincah kelihatan agak lesu permainannya manakala pemain yang lincah permainannya adalah sangat tangkas. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Neymar.

C.3. Keseimbangan. Ketahanan seorang pemain untuk kekal tidak jatuh walaupun dalam tekanan. Keseimbangan sering kali berkait rapat dengan tahap kekuatan dalam situasi bahu ke bahu, dan menentukan samada pemain terus dapat bertahan di atas kakinya sendiri apabila menghadapi tekanan seperti asakan dan sebagainya. Pemain yang mempunyai keseimbangan yang baik akan bertahan lebih lama. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Lionel Messi.

C.4. Loncatan. Ketinggian maksimum yang boleh dicapai oleh seorang pemain apabila melompat. Lompatan adalah apabila kepala seorang pemain itu sejauh yang boleh dari tanah. Ketinggian pemain juga turut dikira, pertama sekali untuk menentukan samada pemain tersebut perlu melompat ataupun tidak. Umumnya, dua pemain yang boleh melompat dengan baik berupaya mencapai ketinggian yang lebih kurang sama. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.

C.5. Kecergasan semulajadi. Pemulihan setelah kemerosotan tahap fizikal. Dalam tempoh jangka masa panjang, kecergasan mengawal kadar penurunan apabila merujuk kepada tahap fizikal. Di samping itu, kecergasan membolehkan seorang pemain yang mengalami kecederaan berupaya untuk sembuh dengan lebih baik. Pada dasarnya, kecergasan yang tinggi bererti kerjaya yang lebih panjang dan kesembuhan yang lebih cepat. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Ryan Giggs.

C.6. Kecepatan. Kelajuan maksimal bersangkut paut secara longgar dengan kebolehan membuat keputusan untuk menggunakan kelajuan pada waktu yang sesuai. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Cristiano Ronaldo.

C.7. Stamina. Keuletan mengawal kadar penurunan kondisi pemain. Apabila stamina lebih tinggi, lebih lama seorang pemain itu terus bermain tanpa rasa penat atau letih. Stamina berhubung sepenuhnya dengan keadaan perlawanan seseorang pemain. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Javier Zanetti.

C.8. Kekuatan. Ketegapan pemain hanya digunakan bagi menentang pemain lawan, membantu menentukan siapa yang akan memenangi asakan, dalam situasi bahu ke bahu dan sebagainya. Salah seorang pemain contoh yang baik ialah Didier Drogba.

Sebagai rumusan, adalah sangat penting bagi tiap-tiap pemain yang ingin berjaya untuk sentiasa belajar dan memperbaiki diri dari masa ke semasa. Dalam dunia sukan bolasepak, setiap permulaan ada pengakhirannya seperti juga dalam kehidupan. Hanya segelintir yang bertuah sahaja yang diberi peluang, pilihan, dan perubahan. Oleh itu, hargailah apa jua kebaikan yang telah diperolehi dan berusaha untuk melakukan yang terbaik dengan harapan kebaikan turut hadir di penghujungnya.

DUNIA BOLA SEPAK

Liga Bolasepak Rakyat (LBR): Satu Lagi Projek Gagal FAM?

FAM_M_140414

Jika ada satu perkara yang paling pelik tentang bola sepak Malaysia, ia adalah campur tangan politik dalam bola sepak tempatan.

Sementara rakyat Malaysia faham bahawa organisasi bola sepak yang dipayungi oleh ahli politik memudahkan mereka mendapat penajaan, mereka sudah muak dengan pelbagai program bola sepak yang terheret dalam permainan politik.

Inilah yang berlaku kepada Liga Bolasepak Rakyat (LBR).

LBRpresscon

Liga berpotensi besar

LBR adalah hasil ilham Presiden FAM, KDYTM Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah, dan dipengerusikan oleh Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman.

LBR adalah idea yang bagus. Ia boleh menjadi platform kepada pemain yang lambat berkembang (late bloomers) untuk terus berkembang kerana pemainnya mestilah berumur 28 tahun ke bawah. Mana-mana pemain berbakat yang tercicir dari sistem boleh dikesan melalui LBR.

Baca: The Late Bloomers Club: Semakin Tua Semakin Hebat

Malah ia peluang bagi peminat bola sepak Malaysia untuk merasai kemeriahan yang sebelum ini hanya mampu digambarkan pabila membaca bab terakhir buku Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.

LBR diancam kegagalan?

Pada 22 Julai 2015 yang lepas, pengerusi LBR ditahan selama 5 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan kes yang turut melibatkan nama Perdana Menteri.

20150721_Ihsan_Perdana_1mdb_arrest_620_344_100

Malah berdasarkan timeline yang dibentangkan semasa pengumuman teknikal diadakan pada bulan lepas, semua pasukan sudah sepatutnya siap didaftarkan. Sehingga kini, masih ada lagi pasukan yang belum berdaftar.

Apa yang akan berlaku kepada LBR?

Inilah yang terjadi apabila politik dicampuradukkan dengan sukan.

Dengan pengerusi LBR sendiri telah ditahan oleh SPRM (dan telah dibebeaskan dari tahanan) untuk membantu siasatan kes politik yang besar ketika ini, apa yang akan terjadi kepada LBR?

Apakah perancangan jawatankuasa LBR masih terus berjalan di kala pengerusi mereka disiasat? Apakah jaminan dari FAM bahawa LBR akan berjalan dengan lancar?

Dan yang paling penting adalah; memandangkan perbelanjaan LBR ini sendiri dibiayai oleh FAM dan bukannya pihak swasta, mengapa FAM masih mahu melantik orang politik untuk menerajui program mereka?

Agak memalukan apabila program bagus seperti LBR ini kini turut dipalit busuk dari dunia politik. Sedangkan pada ketika ini, bola sepak kita sepatutnya menuju ke era profesionalisme.

Baca: Perlukah Pemain Bola Sepak Belajar Sehingga Ke Universiti?

Sumber: Dunia Sukan, Utusan Malaysia, Malay Mail Online

The post Liga Bolasepak Rakyat (LBR): Satu Lagi Projek Gagal FAM? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bolasepak Merdeka

Terlebih dahulu saya ucapkan selamat Hari Merdeka yang ke-57 dan Hari Malaysia yang ke-51.
Dua hari lepas bising sekejap tentang penyokong Sarawak yang bertindak ganas membakar harta benda awam dan trak polis. Sebelum itu ada juga keganasan melibatkan penyokong JDT dan penyokong Pahang. Baling batu, baling objek keras, baling bahan letupan. Pada 2008 dahulu penyokong Kelantan ada juga bertindak ganas apabila membakar trak polis dan merosakkan harta benda awam.
FAM sebagai badan bertanggungjawab perihal bolasepak di Malaysia peka dengan gejala ini dan tunduk pada desakan peminat agar mengatasinya. Maka, FAM duduk bermesyuarat karipap mihun seperti biasa untuk menunjukkan mereka ada buat kerja. Selepas mesyuarat demi mesyuarat, perbincangan demi perbincangan, FAM menemui satu jalan yang dianggap genius 17 petala langit. FAM berpendapat gejala ini dapat dihentikan melalui kempen. Kempen apa?
Kempen Love Football Stop Hooliganism. Namun, seperti saudara semua, saya tak terkejut pun andai ini yang terpacul keluar dari pucuk pimpinan FAM.
Malaysia terkenal dengan kempen. Kita ada kempen cintai sungai, kempen berhenti merokok, kempen anti-dadah, kempen membaca, dan pelbagai lagi kempen seperti mana yang tertulis dalam karangan sekolah menengah.
Tujuan kempen dianjurkan adalah untuk menimbulkan kesedaran, menerap sikap, dan memberikan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran. Dengan kata mudah, kempen ialah satu bentuk propaganda yang dihebahkan secara teratur dan tertib. Dalam kempen biasanya ada pameran, ada lagu khas, ada simbolik, dan beberapa lagi aspek yang berbentuk facial.

Saya tidak letakkan kesalahan ke atas FAM 100% sebenarnya berkenaan kejadian di Sarawak kerana ramai rakan dari Sarawak menjelaskan keganasan terjadi akibat tohmahan berbentuk perkauman dari penyokong Perak. Ya. Isu perkauman ketika kita menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-57 merangkap 16 hari menghampiri ulangtahun penubuhan Malaysia.
Kesimpulannya, saya rasa sangat jijik untuk mengulas lanjut kerana masalah ini telah sekian lama berterusan berlaku. Terlalu banyak masa, keringat, dan wang yang sudah dibazirkan. Jadi, saya tinggalkan dua persoalan kepada FAM dan seluruh rakyat Malaysia yang bertanggungjawab membiarkan kebodohan ini berlaku.
1. Untuk FAM, apa khabar kempen Love Football Stop Hooliganism?
2. Untuk kita, apa puncanya benda sebodoh isu perkauman boleh berlaku semasa majoriti rakyat menghormati ulangtahun kemerdekaan yang ke-57? Mindset? Mentaliti? Politik?
Merdekakan minda dan fikir.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia