Dmitiri Payet Keluar Dari West Ham Kerana Bosan Taktikal Bilic, Bukannya Homesick!

Payet mengkritik taktikal Bilic dalam kenyataan terbaru beliau kepada media.

Bak kata orang, apabila dah tak suka, ada-ada sahaja benda tak kena. Sedangkan sebelum ini Payet pernah memuji Bilic sebagai jurulatih yang membantu menghidupkan kembali karier beliau.

Bukan sahaja menghidupkan kembali malah, Payet menganggap Bilic orang yang telah membantu beliau berada di ‘puncak dunia’ dalam karier beliau.

Payet menandatangani kontrak lanjutan di West Ham dan memberitahu Bilic, dia tidak akan mencari pasukan lain untuk musim 2016/17 kerana mahu membalas kepercayaan penyokong dan kelab.

Beberapa bulan kemudian, Payet menyatakan dia mahu keluar dari West Ham kerana terlalu rindukan kampung halaman ataupun homesick yang teruk.

Ia adalah isu keluarga dan beliau harap kelab dan penyokong West Ham faham. Sebab itu beliau hanya mahukan Marseille.

Payet mulai disisihkan ke pasukan belia. Itupun dia hanya hadir beberapa sesi dan kemudian ponteng latihan. Payet memencilkan diri dari rakan-rakan beliau di West Ham.

Payet kali ini memberikan alasan berbeza. Beliau mahu keluar bukan kerana homesick tetapi kerana taktikal defensif West Ham United di bawah Bilic. Payet berkata:

“Saya tak ada semangat untuk bermain dengan pasukan yang lemah di EPL. Sistem permainan defensif tidak memberikan saya keseronokan untuk bermain.”

“Dengan 5-4-1 di hadapan kotak penalti, saya seperti hilang segala keseronokan di dunia, susah saya nak saya terangkan.”

“Anda nak kata saya buat hal. Saya bekerja keras dalam setiap perlawanan tetapi tidak menikmati apa-apa. Saya bosan.”

“Saya kerap berhubung dengan ramai orang di Marseille termasuk Rudi Garcia (pengurus) yang memiliki filosofi yang saya sangat tahu.”

“Saya perlu pergi segear. Jika saya menunggu 6 bulan lagi, saya akan rugi 6 bulan dalam hidup saya.”

“Ketika menang 1-0 ke atas Hull, lawan kami sebenarnya melakukan 4 cubaan terkena tiang gol.”

“Di bilik persalinan, mereka meraikan kemenangan 1-0 seperti ini. Menang penalti dan pemain terbaik perlawanan adalah tiang gol.”

“Jadi saya perlu tukar angin dan mengambil risiko untuk meluahkannya. Saya memberikan amaran kepada Slaven Bilic. Tetapi dia anggap saya bergurau.”

“Saya sudah nyatakan niat saya untuk keluar ketika Euro 2016, namun kelab telah menolak bidaan dari kelab lain dan saya hormati keputusan itu.”

“Namun saya sangat kecewa apabila kelab mengumumkan nilai saya ialah €100 juta ketika itu. Saya tidak layak semahal itu.”

“Pada Ogos, kelab (West Ham) diuruskan dengan teruk sekali. Jadi pada Januari saya nyatakan saya mahu berpindah ke Marseille bukan kelab lain.”

“Mereka jawab, tidak! Jelas mereka tidak mahu lepaskan saya. Saya pun cakap, saya tidak mahu bermain untuk West Ham lagi selepas ini.”

“Saya tidak perlu takut walaupun ramai yang marah. Saya dan keluarga saya hidup seperti biasa. Mereka melayan kami dengan baik seperti mana yang mereka lakukan sepanjang bertahun kami di sana.”

“Saya sangat berterima kasih kepada mereka untuk hal itu.”

Komen pedas Payet ini mendapat respon pedas daripada wartawan Sky Sports, Kaveh Solhekol yang banyak mengikuti isu Payet sebelum ini.

Solhekol berkata:

“Jangan kacau orang lain Payet, jaga hal sendiri. Dulu anda kata anda nak keluar sebab isu keluarga.”

Baca juga: Media Rasmi Chelsea Troll Manchester United, Ganti Conte Lancarkan Perang Saraf

 

The post Dmitiri Payet Keluar Dari West Ham Kerana Bosan Taktikal Bilic, Bukannya Homesick! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Permainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Main Jika Sudah Bosan Dengan PES & FIFA

Pasti ada satu ketika anda akan sedikit bosan dengan PES & FIFA bukan?

Jika anda ingin mencari permainan bola sepak yang sedikit santai atau sedikit lari dari norma permainan bola sepak sebenar, artikel ini untuk anda!

Kami menyenaraikan 5 permainan alternatif yang berasaskan bola sepak untuk mengubah selera anda.

1. 1 On 1 Soccer

1on12

Permainan bola sepak berasaskan satu lawan satu ini merupakan jenis permainan sesuai dimainkan ketika waktu santai.

Dibangunkan oleh pemuda bernama Adam Waddle, permainan ini merupakan permainan 1 lawan 1 dengan pemain yang berkepala lebih besar daripada badan mereka!

1on14

Permainan ini juga membolehkan anda menukar nama pemain anda kepada nama yang anda inginkan di ‘Player Menu’.

1on13

Permainan ini mudah untuk dimainkan, namun anda perlu bertindak pantas sebaik saja wisel ditiupkan. Jika tidak, anda hanya perlu mengejar lawan anda sepanjang perlawanan!

1on1

Main 1on1 Soccer di sini !

2. Soccer Physics

physics1

Ini permainan gila! Soccer Physics merupakan sebuah permainan yang hampir sama dengan 1 On 1 Soccer namun ia berlawanan dengan hukum fizik.

Permainan 2v2 ini hanya memerlukan satu butang sahaja untuk bermain memerlukan kepakaran pemain dalam menentukan masa atau ‘timing’ yang tepat untuk menekan butang tersebut.

Ini kerana jika anda menekan butang secara membabi buta, pemain anda akan terbang melayang tidak tentu hala dan lebih teruk pemain anda akan terkeluar terbang ke belakang gol!

physics12

Permainan ini juga mempunyai tema setiap kali selepas gol dihasilkan.

Seperti contoh, selepas ‘mode’ normal ia akan bertukar menjadi gawang gol menjadi lebih besar ataupun bola yang digunakan adalah bola ragbi Amerika!

physics13

Soccer Physics sangat menarik untuk dimain sendirian, malah lebih menarik untuk dimainkan bersama kawan!

Permainan ini terdapat di laman Miniclip serta di App Store bagi pengguna iPhone.

Kami janji anda akan ketawa terbahak-bahak ketika bermain permainan ini, terutamanya bila bermain dengan kawan!

Main Soccer Physics di sini !

3. Dream League Soccer 2016

dls3

Permainan ini merupakan raja bagi permainan bola sepak di telefon pintar!

Dengan jumlah muat turun 10 juta di Google Play Store dengan rating 4.5/5 permainan ini boleh dikatakan permainan bola sepak yang lengkap.

Dengan grafik yang baik, permainan ini boleh dikatakan lebih dari lengkap untuk permainan di telefon pintar kerana anda perlu membina skuad impian anda serta boleh menukar jersi mengikut jersi pasukan kegemaran anda.

dls5

Anda juga boleh membangunkan stadium anda bermula dengan stadium yang kecil sehingga ke stadium yang gah dengan puluhan ribu tempat duduk!

dls2

Satu lagi yang menarik perhatian adalah permainan ini ulasan atau ‘commentary’ dalam permainan ini yang nampak setanding dengan apa yang disajikan oleh PES dan FIFA serta sistem ulang tayang yang cukup baik.

Permainan ini wajib dicuba oleh semua pemilik telefon pintar!

dls

Dapatkan Dream League Soccer di sini !

4. SFG Soccer

SFGSoccer 2016-07-27 12-05-10-41

Permainan ini cukup menarik dan boleh buatkan anda ketagih!

Permainan yang dibangunkan oleh Stir Fry Games ini mempunyai kekuatannya terutamanya di bahagian Career Mode.

Career Mode adalah bahagian di mana pemain perlu bermula dari divisyen 4 dan berusaha untuk ke divisyen 1.

SFGSoccer 2016-07-27 12-04-40-79

Satu lagi perkara menarik mengenai SFG Soccer adalah anda boleh mengubah warna jersi, nama pemain dan rupa pemain mengikut kesukaan anda!

SFGSoccer 2016-07-27 12-04-30-84

Dan selepas perlawanan liga di Career Mode, ‘attributes’ setiap pemain boleh di’upgrade’ mengikut keperluan anda.

SFGSoccer 2016-07-27 12-04-13-59

Dapatkan SFG Soccer di sini !

5. Rocket League

rocketleague

Rocket League merupakan antara permainan video yang terlaris di Steam.

Menggabungkan bola sepak dan perlumbaan kereta, permainan ini juga mencabar pemain dengan fizik kerana anda akan saksikan banyak kereta berterbangan sepanjang perlawanan berlangsung.

rocketleague2

Permainan ini juga menarik apabila tiba di bahagian Edit Mode, ini kerana pemain dapat mengubah bentuk dan corak kereta mengikut kesukaan pemain itu sendiri.

Menariknya juga, pemain boleh meletakkan bendera di belakang kereta dan bendera Malaysia juga ada!

Rocket-League-05-Paints

Rocket League terdapat di Steam dengan harga RM 38.00, permainan ini juga terdapat di platform Xbox One.

Dapatkan Rocket League di sini !

Kesimpulan

Banyak permainan video yang berasaskan bola sepak yang selain daripada PES dan FIFA yang menarik untuk dicuba.

Walaupun mungkin permainan mereka tidaklah sehebat PES dan FIFA, namun ia tetap menyajikan keseronokan yang tersendiri kepada pemainnya.

Baca Juga : PES 2017 Dapat Hak Eksklusif Barcelona, FIFA 17 Tak Dapat Guna Nama ‘Nou Camp’

The post 5 Permainan Bola Sepak Yang Boleh Anda Main Jika Sudah Bosan Dengan PES & FIFA appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA