5 Cerita Menarik Daripada Buku Terbaru ‘Jose Mourinho: Up Close And Personal’

Macam-macam cerita telah keluar sejak buku Jose Mourinho: Up Close and Personal tulisan Robert Beasley telah keluar di pasaran.

Dalam buku tersebut, Jose Mourinho menceritakan kisah-kisah peribadi dan hubungannnya dengan pemain dan pengurus pasukan lain; sesuatu yang tak pernah didedahkan di media sebelum ini.

Antara cerita menarik dalam buku tersebut adalah:

1. Hanya 2 orang datang ke parti hari jadi ke-30 Michael Essien

Akhbar MARCA semalam melaporkan bahawa dalam buku Jose Mourinho: Up Close and Personal, terdapat satu cerita tentang kurangnya keharmonian hubungan pemain-pemain Real Madrid ketika era pengurusan Jose Mourinho.

Dalam buku tersebut, Jose Mourinho memberitahu beliau terpaksa memujuk Essien yang merajuk selepas hanya 2 rakan sepasukannya – Luka Modric dan Ricardo Carvalho – datang ke parti hari jadi ke-30 beliau.

14747151173224

Mourinho memberitahu situasi ini sahaja sudah menjelaskan keharmonian pasukan yang agak kurang di Real Madrid. Menurut Mourinho:

“Semua pemain merasakan urusan peribadi mereka jauh lebih penting daripada parti hari jadi Essien.”

2. Mahu ‘pecahkan’ muka Wenger

0cc0b0e400000514-0-image-m-9_1474567272001

Dalam artikel khas yang ditulis oleh penulis buku Robert Beasley kepada Daily Mail, Mourinho turut menceritakan kebencian melampaunya kepada pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Ketika mengulas tentang komen Wenger yang mengkritiknya kerana menjual Juan Mata kepada Manchester United, Mourinho membuat komen terkenal ini:

“Beliau (Wenger) adalah pakar dalam kegagalan. Lapan tahun tanpa trofi, itu kegagalan. Jika saya buat perkara sama di Chelsea, dah lama saya tinggalkan London. Dan saya takkan balik.”

Tak cukup dengan komen itu, Mourinho menyambung kebenciannya kepada Wenger. Tetapi kali ini secara peribadi kepada Beasley.

“Kalau Wenger kritik Chelsea dan Manchester United lagi pasal urusan penjualan Mata, aku akan carinya di luar padang dan pecahkan mukanya.”

3. Jose Mourinho hampir jadi pengurus England

Apabila Steve McClaren dipecat dari tugasnya sebagai pengurus pasukan bola sepak England, Jose Mourinho pernah menyatakan minatnya untuk menggantikkan McClaren melalui SMS dengan Robert Beasley.

“Adakah England FA mahukan saya?” tulis Mourinho.

Ketika itu Mourinho juga baru dipecat dari Chelsea (pada September 2007). Beasley kemudiannya menunjukkan SMS tersebut kepada pegawai England FA, Adrian Bevington dan Brian Barwick. Mereka jadi teruja dan sangat berminat.

104b219400000514-3804592-image-a-34_1474657198308

Melihat respons pegawai England FA, Mourinho turut rasa teruja. Beliau sudah membayangkan Tony Adams atau Alan Shearer akan menjadi pembantunya.

Bagaimanapun, England FA mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan. Mourinho jadi tak sabar lalu mengambil tawaran menjadi pengurus Internazionale di Serie A.

4. Pernah mahu beli Rooney ketika urus Chelsea dan Real Madrid

Apabila Wayne Rooney mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya di Manchester United pada Oktober 2010, Mourinho yang pada ketika itu sedang mengurus Real Madrid memberitahu media:

“Jika Rooney mahu keluar, sila telefon saya.”

Tetapi tiada siapa menghubungi Mourinho. Tidak lama selepas itu pula, Rooney membuat pusingan U untuk menyambung kontraknya selama 5 tahun.

Kemudian pada tahun 2013, selepas Sir Alex Ferguson bersara dan Jose Mourinho kembali mengurus Chelsea, Rooney menarik minat Mourinho sekali lagi.

Agen Rooney, Paul Stretford berminat. Tetapi untuk Chelsea memulakan bidaan, Mourinho mahu Rooney berkata ‘saya mahu keluar’ di media.

Rooney tidak mahu keluar. Secara automatiknya, minat Mourinho kepada Rooney terbatal.

5. Mourinho tak pernah senyap, kecuali di depan Jennifer Aniston

Bila anda minta pendapat dari Jose Mourinho, anda takkan kecewa kerana Mourinho berpengalaman luas dan boleh bercakap dalam 5 bahasa.

Tetapi di depan Jennifer Aniston, Jose Mourinho langsung tak mampu bercakap apa-apa kerana terpukau dengan kecantikan aktres Hollywood tersebut.

jennifer-aniston-height-weight-bra-size

Pada satu hari ketika Chelsea mengadakan jelajah pra-musim mereka di California, Mourinho dan pemain-pemainnya sedang menunggu bas untuk membawa mereka ke sesi latihan di lobi hotel.

Ketika sedang menunggu, Mourinho dan anak-anak buahnya ternampak Jennifer Aniston. Masing-masing terpaku melihat kecantikan bintang siri TV Friends tersebut.

Baca juga: Pepe Tuduh Mourinho Punca Orang Lebih Benci Real Madrid, Gembira Dengan Pengurusan Zidane

The post 5 Cerita Menarik Daripada Buku Terbaru ‘Jose Mourinho: Up Close And Personal’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Perubahan Buku Peraturan FIFA Yang Perlu Anda Tahu

Buku peraturan FIFA yang asal sudah diperkemaskan kepada edisi yang terbaru. Ini adalah 10 perubahan paling signifikan yang wajib anda ketahui.

Kemas kini 2 tahun

Sejak dari pertengahan tahun 2014, pihak FIFA sedaya upaya cuba memperkemaskan peraturan bola sepak yang baru supaya ia lebih mesra pengguna dan sesuai dengan kehendak industri.

Dari teks asal yang mempunyai lebih 22,000 patah perkataan, kini hanya tinggal lebih kurang 12,000 patah perkataan sahaja.

Buku peraturan FIFA edisi terbaru ini telah diluluskan oleh FIFA pada bulan Januari 2016 sebelum dinilai semula pada Mac.

Ia akan berkuat kuasa sepenuhnya di dalam temasya Piala Eropah 2016 yang sedang berlangsung.

Diterajui bekas pengadil Premier League 

adasadwaff

David Elleray adalah antara watak penting dalam usaha kemas kini buku peraturan FIFA yang baru ini.

Elleray yang merupakan bekas pengadil di Premier League berharap agar peraturan FIFA baru ini tidak lagi mengelirukan dan lebih jelas. Menurut Elleray:

“Kami cuba menggunakan bahasa yang lebih mudah. Kami cuba untuk tidak membuatkan ayat menjadi berulang-ulang. Kami mengemas kininya kerana bola sepak telah berevolusi.”

“Sebelum ini, tiada siapa yang melakukan penilaian (terhadap peraturan lama) jadi terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak konsisten yang berlaku dalam bola sepak.”

Berikut adalah 9 perubahan terbesar dalam peraturan FIFA selepas 135 tahun ia diperkenalkan:

1. Sepak mula semakin bebas

kickoff1

Peraturan yang terdahulu mengatakan bola harus disepak ke hadapan apabila berlakunya sepak mula dan pemain mesti berada di kawasan half sendiri.

Peraturan baru mengatakan ia bebas untuk digerakkan ke mana-mana arah sekalipun sewaktu sepak mula – asalkan ia bergerak.

2. Kad merah boleh dilayangkan sebelum mula perlawanan

fifanewrule1

Mengimbau kembali peristiwa pergaduhan Roy Keane dan Patrick Vieira di dalam terowong Highbury sebelum perlawanan liga pada tahun 2005, mereka berdua tidak dihukum oleh pengadil perlawanan.

Bagaimanapun melalui peraturan baru ini, pengadil boleh melayangkan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan sama selepas pre-match inspection.

Jadi, sebarang kesalahan yang melibatkan kesalahan kad merah kini boleh dikenakan hukuman walaupun sebelum sepak mula.

Jika seorang pemain dikenakan kad merah sebelum bermulanya perlawanan, pasukan tersebut masih bermula dengan 11 orang pemain.

Cuma bezanya, pemain yang dikenakan kad merah tersebut bakal digantikan dengan salah seorang pemain simpanan.

Jadi, pasukan mereka akan rugi seorang pemain simpanan.

3. Mangsa kecederaan boleh dapatkan rawatan segera

dolce

Berbeza dengan peraturan sebelum ini dimana pemain yang tercedera akibat kekasaran kad kuning dan merah perlu meninggalkan padang sebelum mendapatkan rawatan, kali ini mereka tak perlu berbuat demikian.

Menurut Elleray:

“Jika seorang pemain tercedera disebabkan kekasaran kad merah atau kad kuning, beliau boleh mendapat rawatan segera tanpa perlu meninggalkan padang.”

“Adalah tidak adil jika pasukan yang melakukan kesalahan bermain dengan 11 orang, manakala pasukan yang dikasari pula perlu bermain dengan 10 orang.”

4.Keluar masuk pemain ke dalam padang boleh dilakukan oleh pembantu pengadil

fifarule3

Jika seorang pemain keluar dari padang, contohnya untuk menukar but, dia perlu menunggu permainan dihentikan terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk bermain semula.

Mengikut peraturan sedia ada, pengadil perlu memeriksa but tersebut sebelum dia boleh menyambung permainan.

Mengikut peraturan baru, pemeriksaan tersebut boleh dilakukan oleh pengadil ke-4 perlawanan ataupun pembantu pengadil.

Jika tiada masalah, dia boleh terus masuk ke padang tanpa perlu menunggu permainan dihentikan.

5. Hukuman lebih keras untuk kesalahan menarik pakaian pemain lawan

fifarule4

Bayangkan senario ini:

2 pemain yang berebut bola kedua-duanya terkeluar dari padang.

Apabila salah seorang pemain tersebut menarik jersi atau menghalang pemain lain daripada masuk padang kembali, pengadil akan menghadiahkan kad kuning atau merah kepada pesalah mengikut peraturan lama.

Pengadil juga akan memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

Namun mengikut peraturan baru, pasukan yang dikasari akan diberikan freekick di atas touchline. Jika ia berlaku di dalam kawasan penalti, maka sepakan penalti akan diberikan.

6. Menghalang gol akan dihukum

Jika pemain simpanan (yang tak bermain) masuk padang dan menghalang gol, pengadil perlu memberikan indirect free-kick kepada pasukan lawan jika mengikut peraturan lama.

Kemudian menurut peraturan lama lagi, jika doktor masuk padang ketika permainan sedang berlangsung, pengadil perlu memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

“Ini tidak adil bagi pasukan yang menjadi mangsa. Pasukan yang membuat kesalahan mendapat faedah apabila membuat kesalahan ini,” kata Elleray.

Jadi peraturan lama ini diubah.

Dalam peraturan baru, jika pemain gantian (yang tak bermain) dan doktor pasukan melakukan kesalahan ini, pasukan mereka akan dihukum dengan direct free-kicks atau sepakan penalti.

7. Penentuan sepakan penalti lebih adil

fifarule52

Jika sebuah pasukan 10 orang (kurang 1 pemain kerana kad merah) masuk penentuan penalti menentang pasukan 11 orang, salah seorang pemain dari pasukan 10 pemain bakal mengambil sepakan penalti sebanyak 2 kali mengikut peraturan lama.

Menurut Ellaray:

“Jika penentuan penalti ini berterusan, ia bermakna pengambil sepakan penalti terbaik dari pasukan 10 orang dapat mengambil penalti 2 kali. Ini tidak adil bagi pasukan 11 orang.”

Jadi mengikut peraturan baru, jika pasukan 10 orang masuk ke penentuan sepakan penalti dengan pasukan 11 orang, pasukan 11 juga bakal menghantar hanya 10 wakil terbaik untuk mengambil sepakan penalti tersebut.

8. Peraturan ofsaid semakin konsisten

fifarule6

Sebelum ini dalam peraturan lama FIFA, ada berlakunya percanggahan.

Dalam satu bahagian, FIFA mengatakan apabila seorang pemain ofsaid, free kick akan diberikan di kawasan hantaran ofsaid tersebut dilakukan.

Tetapi dalam satu bahagian lain, FIFA mengatakan free kick perlu diberikan di kawasan permain ofsaid menerima bola.

Ia sememangnya mengelirukan dan boleh dimanipulasikan oleh pasukan yang melakukan kesalahan.

Dalam peraturan baru, free kick akan diberikan di kawasan hantaran ofsaid tersebut dilakukan. Bukannya kawasan pemain ofsaid menerima bola.

9. Logo kelab boleh digunakan di bendera sepakan sudut

fifarule7

Mengikut peraturan lama FIFA, bendera sepakan sudut (corner flag) haruslah formal dan tidak boleh mempunyai sebarang logo kelab seperti yang biasa berlaku di Premier League sekarang.

Tetapi dalam peraturan baru, FIFA telah memansuhkan peraturan tersebut.

10. Menggunakan common sense

fifarule8

Elleray turut menggalakkan pengadil-pengadilnya untuk mengadili perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi dan lebih banyak menggunakan common sense.

“Jika mereka mengadili perlawanan dan terdapat beberapa kesalahan kecil dalam undang-undang FIFA, mereka tak perlu terlalu tegas dan skema.”

“Mereka hanya perlu melaporkan dan menyelesaikannya selepas perlawanan tamat.”

Ini bermakna, sebagai contoh, pengadil tak perlulah membatalkan perlawanan peringkat akar umbi hanya kerana satu tiang bendera sepakan sudut telah patah.

Baca juga: Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

The post 10 Perubahan Buku Peraturan FIFA Yang Perlu Anda Tahu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Buku bertemu ruas, Lewandowski bertemu Cech.

Hnssssssss

Dah lama tak tulis pakai nombor.

1. Saya menonton perlawanan Arsenal dan Bayern Munich di rumah. Tidak perlu rasanya untuk keluar menonton di kedai-kedai mamak bagi sebuah perlawanan yang sudah pasti menang. Cukuplah kegembiraan yang sedikit itu diraikan sorang-sorang.

2. Wenger menurunkan sebelas pemain yang rata-rata menunjukkan wajah yang ceria, tanpa tekanan, dan tenang sahaja sepanjang perlawanan. Saya difahamkan mereka sudah 3 hari tidak training dan bersikap acuh tak acuh sahaja menjelang hari perlawanan ini. Malah, ada antara pemain yang pergi masat, main snuker, dan main motor sahaja seolah-olah kerja mereka bukanlah pemain bolasepak.

3. Ulasan perlawanan. Arsenal bermain dengan sangat baik memandangkan Bayern Munich ialah satu kelab yang senang-senang saja Arsenal boleh makan. Pada separuh masa pertama, Arsenal kekadang membiarkan sahaja Bayern main passing sesama sendiri. Kekadang Arsenal test keeper. Tindakan itu diulangi sehinggalah tamat separuh masa pertama.

4. Sebenarnya, tiada yang menarik pun dalam perlawanan ini. Keputusan mengeluarkan Walcott lalu digantikan dengan Giroud adalah dijangka. Menjaringkan satu lagi gol di saat akhir bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi Arsenal. Juga sudah dijangka. Tambah-tambah saya kurang memberi perhatian kepada perlawanan tetapi lebih banyak meluangkan masa untuk mengenalpasti mana satukah pemain yang bernama Lewandowski.

5. Hal ini adalah demikian kerana ramai yang memberi amaran pemain yang bernama Lewandowski itu sangat berbahaya. Kononnya mampu merobek jaring lebih dari 3 gol dalam satu perlawanan dan tidak mengenal erti kasihan. Ini menjadikan drama luar padang begitu menarik apabila majoriti peminat bola menjangka pemain yang bernama Lewandowski akan melayan Arsenal seperti kelab-kelab lain. Mereka silap. Saya ulangi di sini, mereka silap.

6. Kesudahannya, pemain yang saya tidak kenal itu gagal memaksa saya untuk mengenalinya kerana dia gagal membuat saya memberi perhatian kepadanya. Tengok sorang player Bayern, nampak bodoh. Tengok sorang lagi, pun sama bodoh. Tiada beza dah Lewandowski ke, Xabi ke, Lahm ke.

7. Sebelum perlawanan, tanyalah kepada peminat-peminat bola, siapa yang akan menang. 9 dari 10 menjangkakan Bayern Munich termasuklah sesetengah peminat Arsenal sendiri. Macam bangsat. Pengecut. Tapi bukan saya.

8. Tidak dilupa, antara yang seronok masa menonton perlawanan ini ialah penonton lebih berdebar semasa Arsenal membuat cubaan berbanding semasa Bayern membuat percubaan. Kerana apa? Ya, kerana mereka memiliki piala tetapi Arsenal lebih menjadi perhatian mereka.

Full time : Arsenal 2-0 Bayern Munich

********

Lewandowski who? Ni awal-awal lagi aku payung Giroud.
Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia