Sains: Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi

Sorakan penyokong Barca ketika meraikan gol kemenangan Sergi Roberto telah menghasilkan satu gegaran yang sangat kuat dan boleh dikatakan sebagai gempa bumi skala kecil.

Semua kita tahu bunyi itu terhasil daripada getaran. Getaran yang kuat ini telah membawa kepada gegaran pada skala minor di permukaan bawah tanah Camp Nou.

Sorakan 96,000 penyokong di Camp Nou pada malam itu memang luar biasa.

Seorang pakar seismologi, Jordi Diaz telah mengemukakan laporan beliau tentang hal ini.

Satu seismometer telah dipasang di Institute of Earth Sciences Jaume Almera. Ianya kira-kira 500 meter daripada Camp Nou, tempat berlangsungnya perlawanan Barca vs PSG.

Laporan Diaz mengesahkan ia adalah gegaran terkuat yang pernah dirakamkan oleh seismometer yang berada di institut tersebut, sejak ia dipasang 5 tahun yang lalu.

Ketika gol ke-2 dan ke-3 Barca, sorakan yang dihasilkan juga telah mewujudkan gegaran yang agak kuat daripada yang biasa ataupun yang pernah berlaku sebelum ini di Camp Nou.

Untuk gol ke-4 dan ke-5, kadar gegaran itu dikatakan agak normal seperti mana yang pernah direkodkan sebelum ini. Ianya tidak seperti ketika jaringan ke-2 atau ke-3 tadi.

Kebiasannya dalam perlawanan sebegini, jaringan ke-4 dan ke-5 pastinya akan lebih gegak gempita. Ianya mungkin kerana penyokong Barca tersentak selepas gol Edinson Cavani.

Namun gol ke-6 oleh Sergi Roberto telah mewujudkan satu gegaran kecil dan boleh dikatakan menyamai gempa bumi skala kecil.

Untuk tambahan, Jordi Diaz juga kerap juga mengukur gegaran yang terhasil daripada konsert besar yang dianjurkan di Camp Nou.

Ia adalah Earthquake Celebration!

Baca juga: Analisis Taktikal UCL: Taktikal High Pressing Barcelona Hampakan Taktikal Defensif PSG

The post Sains: Sorakan Penyokong Barca Ketika Gol Sergi Roberto Hasilkan Gempa Bumi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

‘Pastikan Piala FA kekal di bumi Malaysia’

Sumber: Harian Metro & Bernama

KUALA LUMPUR: Pengendali pasukan Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut pemain skuad ‘The Red Warriors’ untuk mengekalkan prestasi cemerlang apabila berdepan wakil Singapura, Lions XII pada aksi final Piala FA 2015 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.

Pengendali berusia 62 tahun itu yakin menerusi sokongan padu yang bakal diberikan oleh puluhan ribu peminat tempatan termasuk penyokong Kelantan sendiri pada perlawanan itu nanti, Piala FA akan terus kekal di negara ini.

“Kita hendak Piala FA itu kekal di bumi Malaysia. Bagi kita yang mewakili pasukan tempatan lain, kita amat memerlukan sokongan daripada seluruh pelosok tanah air untuk menyokong (skuad) ‘The Red Warriors’ pada perlawanan malam esok,” kata Mohd Azraai.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat pengurus pasukan final Piala FA 2015 di Stadium Nasional, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Azraai turut menggesa pemain pasukan itu supaya melupakan kemenangan ke atas pasukan muda negara Republik itu, sebelum ini.

Untuk rekod, Kelantan pernah mengalahkan Lions XII 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 15 Februari lalu.

“Lions XII bukan pasukan ‘bukan pilihan’ kerana ada beberapa pemain kebangsaan Singapura yang berada dalam skuad berkenaan. Jadi kita perlu menghormati selain berhati-hati dengan pasukan ini,” kata Mohd Azraai yang mengintai trofi kejuaraan peribadi ke-10.

Beliau sebelum ini pernah membantu Kedah menjulang kejuaraan “treble”(Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Super) bagi dua musim berturut-turut iaitu 2006/07 dan 2007/08 selain turut membawa Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia pada 2011 dan Piala Sultan Ahmad Shah (perlawanan sumbangsih), setahun kemudian.

Berkongsi pandangan sama adalah Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim yang mahu pemain skuad ‘The Red Warriors’ menggunakan peluang terbaik meraih kejuaraan Piala FA selepas menempuhi episod duka tanpa sebarang piala, musim lalu.

“Saya berharap kita mewakili pasukan-pasukan lain untuk mengekalkan Piala FA di bumi Malaysia. Kita tahu keupayaan pasukan Lions XII, walaupun mereka tidak dibarisi pemain import tetapi pemain (muda) mereka amat berdislin dan mempunyai tahap kecergasan yang agak tinggi,” kata Azman.

Sementara itu, pengendali Lions XII, Fandi Ahmad menggesa anak didiknya supaya memberikan fokus sepenuhnya pada perlawanan itu termasuk mengawasi pergerakan lincah jentera serangan Kelantan yang diterajui dua pemain import, Erwin Carillo dan Gilmar Jose Da Silva selain dua pemain sayap, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Nor.

Beliau menjelaskan semangat kerja berpasukan selain serangan balas pantas menjadi tunjang kekuatan utama skuad muda Singapura itu dalam melakar sejarah meraih Piala FA buat pertama kali dalam sejarah penyertaan mereka pada kejohanan bola sepak berprestij tanah air yang mula diperkenalkan pada 1990.

“Kita akan bermain bersungguh-sungguh pada perlawanan itu walaupun kita adalah pasukan ‘bukan pilihan’ berbanding Kelantan yang pernah beraksi beberapa kali dalam pentas final.

Dari situ, kita harus berwaspada dan berjuang sehingga minit-minit terakhir perlawanan dan berharap ia tidak dibawa sehingga ke (penentuan) sepakan penalti. Kehadiran beberapa pemain utama seperti Safuwan Baharudin, Madhu (Mohanna) dan Muhammad Khairul Nizam (Mohammad Kamal) juga diharap dapat menghadirkan kejayaan kepada pasukan kita,” kata Fandi. – Bernama


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA