Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

Sering diperdebatkan oleh para peminat bola sepak mengenai liga mana yang lebih hebat di Eropah?

Statisitik yang dikeluarkan oleh EastBridge dari 4 liga utama Eropah iaitu Bundesliga, La Liga, Premier League dan Serie A. Bundesliga merupakan liga terbaik di Eropah dari segi perkiraan tahap intensiti liga.

Tekanan (pressing)

Berdasarkan statistik, La Liga mempunyai tahap tekanan (pressing) yang paling tinggi dalam kalangan 4 liga utama di Eropah.

Perkiraannya adalah seperti berikut. Makin rendah peratus, makin tinggi pasukan di liga tersebut suka melakukan tekanan. Jika peratus tinggi, pasukan di liga tersebut lebih gemar untuk melakukan tekanan terhadap pasukan lawan ketika di zon mereka sendiri:

  1. La Liga – 8.80%
  2. Bundesliga – 9.47%
  3. Premier League – 11.16%
  4. Serie A – 11.89%

Walaupun La Liga mempunyai tahap tekanan paling tinggi antara 4 liga utama Eropah. Bundesliga merupakan peneraju bagi liga yang paling kerap melakukan tekanan tinggi (high intense pressing).

Auba-Reus-Dortmund

Perkiraannya tetap sama. Liga dengan peratus yang lebih rendah adalah liga yang lebih baik:

  1. Bundesliga – 75.09%
  2. La Liga – 76.41%
  3. Premier League – 77.89%
  4. Serie A – 80.09%

Apa yang kita boleh simpulkan disini, pasukan-pasukan di Serie A lebih kerap untuk berkampung di tempat sendiri berbanding pergi melakukan tekanan di kawasan lawan.

Permainan secara terus (Directness)

Di Eropah, Bundesliga merupakan liga yang paling kerap bermain secara terus (direct) ketika menyerang.

Hal ini dikira ketika berada di bahagian serang (attacking third) dimana bola dihantar secara terus kepada penyerang:

  1. Bundesliga: 57.38%
  2. La Liga: 56.33%
  3. Serie A: 55.75%
  4. Premier League: 54.94%

Intensiti menerusi kesilapan

Tahap intensiti liga juga boleh dijana menerusi perkara-perkara yang tidak dijangka dalam perlawanan seperti kesilapan hantaran, rembatan dan tindakan bertahan seperti terjahan yang dilakukan oleh pemain lain.

Hasil daripada ini menyaksikan Bundesliga juga menguasai kategori ini manakala Premier League dan La Liga bertukar posisi di tangga kedua dan ketiga:

  1. Bundesliga: 353.78
  2. Premier League: 335.36
  3. La Liga: 330.87
  4. Serie A: 308.19

Perkiraan dalam kategori ini menunjukkan pemain di bahagian pertahanan juga menyumbang kepada tahap intensiti sesebuah liga.

Sumbangan terbesar oleh bahagian pertahanan kita boleh lihat di Premier League. Barisan pertahan di Premier League paling aktif dalam mengubah serangan yang berada di kawasan mereka ke kawasan lawan:

  1. Premier League: 100.98
  2. Serie A: 90.89
  3. Bundesliga: 90.60
  4. La Liga: 87.24

AFC Bournemouth v Manchester United - Premier League

Tahap kompetitif

Alvaro Negredo yang pernah bermain untuk Manchester City pernah berkata mengenai tahap kompetitif sesebuah liga:

“Bagi saya, Premier League mempunyai tahap kompetitif liga yang sangat tinggi. Banyak pasukan yang bersaing untuk memperoleh gelaran liga.”

“Tetapi di Sepanyol. Hanya Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid sahaja yang bersaing untuk gelaran liga.”

Berdasarkan rajah di bawah, kita boleh lihat perbezaan percubaan tepat ke pintu yang dihasil oleh pasukan di 4 liga ini.

Apa yang mengejutkan, RB Leipzig berada ditangga kedua di belakang Bayern Munich. Maka tidak hairan mengapa mereka ditangga kedua liga ketika ini.

Pola yang dihasilkan oleh Bundesliga juga kita boleh saksikan sama di La Liga. Cuma kali ini, Real Madrid jauh mendahului 19 pasukan yang lain yang dari segi perbezaan percubaan tepat ke arah gol yang mereka hasilkan.

Sementara pasukan-pasukan di Premier League dan Serie A mempunyai pola yang lebih kurang sama antara 2 liga ini.

euro-leagues-sot-diff-500x484

Kesimpulan

Secara statistiknya, Bundesliga merupakan liga yang paling kompetitif dari segi permainan tekanan tinggi dan kecenderungan untuk melakukan hantaran terus di bahagian serangan.

Tetapi jika dibandingkan dari segi kepantasan tempo permainan, Premier League mempunyai sedikit kelebihan di kategori itu.

Jadi, liga mana yang paling kompetitf bagi anda?

Baca juga: Peak Pemain Bola Sepak, Bilakah Purata Umur Pemain Berada Di Usia Kemuncak?

The post Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kelab Bundesliga Jerman 2016/17

Musim baru Liga Jerman 2016/17 atau Bundesliga 2016/17 akan bermula pada bulan Ogos 2016 akan datang. Musin 2016/17 ini merupakan musim ke 54 Bundesliga sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1963. 18 kelab akan bersaing merebut gelaran kejuaraan musim ini dengan pasukan FC Bayern Munich selaku juara bertahan pastinya sekali lagi bakal mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. FC Bayern Munich kini dilatih oleh Ketua Jurulatih baru iaitu Carlo Ancellotti yang menggantikan Ketua Jurulatih dari Sepanyol, Pep Guardiola yang kini bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Namun begitu, saingan musim baru ini pastinya sengit dengan setiap pasukan kini sedang giat membuat perancangan mengukuhkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain baru untuk digabungkan bersama pemain-pemain sedia ada serta pemain-pemain muda berpotensi bagi menghadapi musim penuh mencabar 2016/17 akan datang. Bual Sukan percaya, tiada laluan mudah buat FC Bayern Munich mempertahankan gelaran mereka musim ini dan setiap perlawanan yang dihadapi adalah penting untuk mencapai keputusan yang baik untuk terus bersaing merebut kejuaraan Bundesliga 2016/17. 2 kelab baru yang bakal bersaing pada musim 2016/17 ialah SC Freiburg dan RB Leipzig menggantikan 2 pasukan tangga tercorot musim lalu iaitu VfB Stuttgart dan Hannnover 96 manakala pasukan Eintracht Frankfurt yang berada di kedudukan ke 16 Bundesliga 2015/16 pula berjaya kekal dalam Bundesliga 2016/17 apabila memenangi perlawanan play-off ke atas pasukan FC Nurnberg.

Berikut adalah senarai 18 kelab yang bakal bersaing merebut kejuaraan Bundesliga 2016/17 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms: