Bola Sepak : Cabaran Felda United FC di Piala AFC 2017

Pasukan Felda United FC buat pertama kali akan bersaing pada saingan Piala AFC 2017 mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC. Pasukan The Fighters kendalian Ketua Jurulatih Azmi Mohamed merupakan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu telah diundi bersama-sama dengan Ha Noi T%T FC (Vietnam), Ceres-Negros FC (Filipina) dan Tempines Rovers FC (Singapura). Perlawanan pertama dijadualkan berlangsung pada 21 Februari 2017 manakala perlawanan akhir peringkat kumpulan dijadualkan pada 3 Mei 2017.

Setiap pasukan dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk merebut gelaran juara kumpulan seterusnya melangkah ke pusingan seterusnya pada edisi Piala AFC 2017 akan datang. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain mempunyai disilpin pertahanan yang baik dilihat berpeluang cerah merebut slot ke peringkat seterusnya. Bual Sukan percaya, pasukan Felda United pastinya akan memberikan cabaran yang sengit dengan ketiga-tiga kelab ini bagi memastikan wakil negara melangkah lebih jauh pada edisi kali ini.

Setiap perlawanan yang dihadapi pastinya amat penting untuk mencapai keputusan yang baik seterusnya mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir zon pada edisi kali ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kumpulan G Piala AFC 2017 akan datang :

21 Februari 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Ceres-Negros FC (Filipina) 
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Felda United (Malaysia) 

7 Mac 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)
Felda United (Malaysia) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)

15 Mac 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Felda United (Malaysia) 

4 April 2017
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)
Felda United (Malaysia) lwn Ceres-Negros FC (Filipina)
19 April 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)
Felda United (Malaysia) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)

3 Mei 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Felda United (Malaysia) 
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Ceres-Negros FC (Filipina) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Cabaran Johor Darul Ta’zim FC di Piala AFC 2017

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) selaku Juara Liga Super Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2016 sekali lagi akan bersaing di Kejohanan Piala AFC 2017 akan datang bersama-sama dengan Naib Juara Liga Super Malaysia 2016, Felda United FC. Saingan Piala AFC 2017 ini merupakan edisi ke 14 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2004. Pasukan Harimau Selatan merupakan juara Piala AFC 2015 sekaligus memecah dominasi kelab-kelab Asia Barat yang sentiasa menjadi juara setiap edisi kejohanan Piala AFC. Pada saingan Piala AFC 2016 yang lalu, pasukan JDTFC terkandas di pusingan separuh akhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh kelab India, Bengaluru FC. Bagi saingan Piala AFC 2017, format pertandingan telah dipinda supaya saingan dilihat lebih kompetitif.

Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Mexico, Benjamin Mora diundi dalam kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Cambodia). Perlawanan pertama akan berlangsung pada 21 Februari 2017 manakala perlawanan terakhir kumpulan akan berlangsung pada 3 Mei 2017. Setiap kelab dilihat berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya di mana pasukan juara akan ke peringkat separuh akhir zon masing-masing. Setipa kelab ini mempunyai barisan pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan dengan pemain import serta barisan pemain muda berpotensi masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya mempunyai peluang yang lebih cerah ke saingan peringkat berikutnya. Ketua Jurulatih masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing.
Bual Sukan menjangkakan saingan menarik akan dipamerkan oleh JDTFC bagi mencerahkan peluang merangkul kejuaraan edisi Piala AFC 2017 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kumpulan F Piala AFC 2017 akan datang :

21 Februari 2017
Global FC (Filipina) lwn Magwe FC (Myanmar)
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

7 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Global FC (Filipina)
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Magwe FC (Myanmar), 
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 
Magwe FC (Myanmar) lwn Global FC (Filipina)

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)
Global FC (Filipina) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Previu MSL 2017: Cabaran JDT Tanpa Lucero-Diaz

Ia adalah kehilangan yang agak besar. Namun pihak JDT menyifatkan ia keputuan berat yang terpaksa dibuat. Untuk Diaz mereka terpaksa melepaskan pemain tersebut kerana tidak mampu memenuhi permintaan gaji.

Manakala untuk Lucero, pihak JDT menyatakan ia adalah kerana tawaran yang sukar ditolak. Mereka menyatakan Lucero dibida dengan harga sekitar RM11 juta. Satu angka yang besar untuk pasukan di Malaysia.

Realitinya selepas kehilangan penjaring terbanyak Liga Super, mereka turut kehilangan penjaring kedua terbanyak Liga Super.

kredit gambar: asiana.my

2 pemain ini menghasilkan 34 gol dalam Liga Super musim lalu. Itu angka yang cukup besar. Kami gariskan 2 cabaran besar JDT selepas kehilangan 2 pemain ini.

1. Sistem Serangan Baru

Ia adalah perkara yang akan diselesaikan Gomez dalam masa terdekat. Mereka kehilangan penyerang utama dan juga ‘otak’ (brain) kepada sistem serangan mereka iaitu Diaz.

Dengan beberapa nama baru menyertai mereka. Sebelum ini Mario Gomez mengambil masa hampir 3 bulan untuk menyelesaikan pertukaran peranan Lucero dari pemain tengah menyerang kepada no.9.

Dalam proses tersebut mereka tetap ada Diaz yang sangat produktif. Selepas berjaya menjadikan Lucero sebagai no.9 berbisa, mereka sangat tajam di dengan dua penggempur gol utama.

Pada awalnya, kami melihat Diaz adalah kehilangan yang akan menjadi topik utama di padang latihan dan laporan kemajuan di atas pejabat Gomez.

Kredit foto: SafwanRozi / www.asiana.my

Kini beliau sudah kehilagan duo latin ini. Jadi, ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menjadi penggempur utama. Kami merasakan Gomez sedang memikirkan sama ada untuk kekalkan sistem 4-4-1-1 dan mencari pemain yang sesuai di atas.

Atau beliau menggunakan formasi taktikal dengan sistem serangan yang baru.

2. Membentuk Keserasian (Chemistry)

Mereka ada 4 pemain penyerang yang tidak pernah bergandingan antara satu sama lain iaitu Brian Fererra, Hazwan Bakri, Safawi Rasid dan Syahrul Azwari.

Kredit foto: Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Daripada 4 nama tersebut pemain seperti Brian Fererra agak misteri posisi dan corak permainan beliau. Manakala untuk no.9 Hanya Hazwan Bakri dan Darren Lok. Pemain lain lebih kepada penyerang sayap ataupun penyerang kedua.

Jadi, mungkin mereka akan ke pasaran perpindahan dan mendapatkan seorang lagi penyerang yang tipikal 15 gol semusim.

Kita tahu Mario Gomez seorang yang teliti dalam transisi dan pembentukan karakter pemain. Beliau lakukannya kepada Lucero, Azamuddin Akil dan Fazly Mazlan.

Namun kami merasakan impak untuk Lucero-Diaz adalah agak besar kerana mereka akan mengharungi play-off untuk ke Liga Juara-Juara Asia.

Jadi, mereka ada 3 perlawanan pra-musim yang sangat penting untuk membentuk sistem dan pasukan yang boleh dikatakan dengan komponen enjin baru.

Rumusan

Kami merasakan ia adalah kehilangan besar untuk JDT kerana Lucero-Diaz boleh dikira marquee player untuk mereka. Cabaran besar untuk Gomez membentuk pasukan dengan DNA baru.

Namun harus diingat, Mario Gomez berjaya melakukan transisi ketika kehilangan Luciano Figueroa. Ia agak mengambil masa namun ia tetap berjaya.

Cuma kali ini, kami boleh katakan tahun 2017 adalah tahun yang paling mencabar untuk Gomez berbanding sebelum ini. Beliau pernah mengubah JDT menjadi pasukan lebih baik dari tangan Bojan Hodak.

Beliau gigih membentuk falsafah bola sepak dalam masa 2 tahun pertama. Kini beliau kehilangan 2 tonggak penting dalam sistem beliau secara serentak.

Kami masih merasakan JDT masih pasukan yang kuat di peringkat domestik. Namun untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, seperti ACL, mereka akan lebih merasai kehilangan 2 pemain ini.

Dalam bola sepak benda seperti ini adalah lumrah. Pemain datang dan pergi. Dan inilah masa untuk jurulatih dan semua pemain dalam pasukan bekerja keras. Tidak lupa juga sokongan dari penyokong.

Sebelum ini mereka pernah ada pemain yang beraksi luar biasa iaitu Safiq Rahim yang membantu menampal sistem itu. Ia antara salah satu cara mereka boleh melakukan transisi dengan baik.

Jadi segalanya sangat bergantung di tangan Gomez untuk membentuk pasukan dengan sistem serangan baru dan ramai pemain muda dalam pasukan ini.

Apa yang pasti gandingan ini akan menjadi penanda aras kepada kualiti kombinasi penyerang JDT selepas ini.

Baca juga : Previu MSL 2017 : Weigang Membentuk Skuad Perak Yang Lebih Matang Dan Seimbang!

The post Previu MSL 2017: Cabaran JDT Tanpa Lucero-Diaz appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017

Football Manager (FM) 2017 telah tiba dipasaran secara rasmi beberapa hari yang lepas dan ia sudah pun digelarkan sebagai siri FM terbaik yang pernah dihasilkan Sports Interactive.

Hal ini kerana beberapa pembaharuan di bahagian grafik, gameplay, dan penambahan ciri-ciri baharu seperti social media tab telah memberi lebih banyak keseronokan terhadap permainan video ini.

Oleh itu, kami tampilkan kepada anda 5 cabaran yang mungkin susah ya amat untuk anda cuba di FM17!

5. Ayuh Bermula! – Minnesota United (Major League Soccer)

pi-mls-minnesota-united-fc-325

 

Minnesota United adalah sebahagian daripada ahli keluarga baharu dalam siri kelab francais Major League Soccer (MLS).

Apa yang menarik jika anda menguruskan kelab MLS adalah MLS draft. Sama seperti sukan-sukan di Amerika Syarikat yang lain yang menggunakan format draft, pengurus boleh memilih pemain-pemain muda yang berbakat untuk beraksi dalam pasukan mereka dan digilap menjadi pemain termasyhur di dunia.

Selain itu, MLS juga terikat dengan beberapa peraturan-peraturan yang mengelirukan seperti peraturan designated player dan wage cap. Walaupun mengelirukan, ia pasti akan memberikan cabaran yang hebat kepada anda!

Namun begitu, misi utama anda bersama Minnesota United adalah menjuarai MLS di tahun pertama penubuhan kelab mereka.

4. Kembali Ke Jalan Sebenar – Parma (Serie C)

parma-15-16-kits-3

Misi ini cukup popular dan ia masih lagi menjadi antara cabaran yang seronok untuk disertai.

Parma yang satu ketika dahulu adalah pasukan yang dianggotai Gigi Buffon, Lilian Thuram dan Fabio Cannavaro kini dalam misi kembali ke jalan mereka yang sebenar iaitu pulang semula ke Serie A.

Dengan sedikit cabaran dengan polisi perpindahan kelab tidak membenarkan pemain anda membeli pemain bukan berstatus EU dari luar negara. Jadi mungkin anda akan lebih memilih untuk menggunakan bakat-bakat tempatan?

Harus diingat, cabaran utama adalah kembali ke Serie A!

3. Serbia Takluk Eropah – (Partizan dan Serbia)

serbias-forward-aleksandar-mit

Cabaran ini memerlukan anda menjadi pengurus kelab dan negara dalam masa yang sama. Partizan merupakan kilang produk yang sentiasa mengeluarkan pemain berbakat dari negara Serbia.

Sebagai contoh, dalam skuad anda terdapat pemain muda bernama Nemanja Mihajlovic. Jadi terpulang kepada anda bagaimana anda hendak menggilap beliau.

Misi anda bersama Partizan adalah mencipta generasi emas mereka menerusi produk-produk keluaran Partizan sendiri.

Selepas itu, anda perlu menterjemah kehebatan generasi emas Partizan di dalam skuad kebangsaan Serbia. Dengan pemain-pemain hebat seperti Nemanja Matic dan Aleksandar Mitrovic sudah sedia berada di dalam skuad Serbia, jadikan Serbia kuasa besar di Eropah!

2. Aspirasi Paul Scholes (Salford City – Vanarama Conference North Side)

class-of-92

Salford City adalah kelab yang diketuai oleh generasi Class of ’92 dan salah seorang pemilik bersamanya adalah Paul Scholes.

Mereka yang masih lagi bermain dalam bola sepak amatur mempunyai impian untuk beraksi dalam bola sepak profesional satu hari nanti.

“Kami mahu bermain di tahap yang setinggi mungkin, kami berimpian mahu bermain di EFL Championship.”

Hasil dari kata-kata itu sudah jelas ke mana anda harus bawa Salford City selepas ini – beraksi EFL Championship.

1. Wawasan 2021 (Aston Villa – EFL Championship)

screen_shot_2016-05-18_at_19-0

Bagi kami ini adalah cabaran yang maha susah untuk dilakukan, semuanya kerana mereka mempunyai tempoh masa yang perlu dikejar.

Pemilik baharu Aston Villa iaitu Dr. Tony Xia menetapkan sasaran bagi Aston Villa untuk menjadi kuasa besar bola sepak Inggeris dalam masa 5 tahun sahaja!

Ini termasuklah kembali semula ke Premier League, menjuarai Premier League dan menjuarai UEFA Champions League sebelum tahun 2021.

Mereka masih mempunyai skuad yang cukup baik untuk bersaing di EFL Championship namun untuk menjadi kuasa besar Eropah sebaris Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich.

Ia mungkin mengambil sedikit masa dan pastinya memerlukan lebih dari 5 tahun.

Jika anda berjaya melengkapkan cabaran ini dalam sebelum 2021 anda adalah pemain FM yang hebat. Tetapi jika kalah jangan mula balik ya!

Baca juga: Football Manager 2017 Tampil Dengan Ciri Baharu, Brexit Akan Beri Impak Pada Permainan

The post 5 Cabaran ‘Maha Susah’ Yang Patut Anda Cuba Di Football Manager 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Cabaran Pasukan JDT FC di Piala AFC 2016

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau JDT FC akan bersama-sama dengan pasukan Selangor mewakili kelab Malaysia bagi saingan Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016 akan datang. Namun begitu, penyertaan pasukan yang mendapat gelaran Harimau Selatan ini bergantung kepada sejauh mana kemaraan mereka dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2016 atau AFC Champions League 2016 akan datang. Sekiranya mereka berjaya melangkah ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2016 slot pasukan negara bakal diisi oleh pasukan Pahang FC.
Berdasarkan undian yang telah diadakan pada 10 Disember 2015 yang lalu, pasukan Harimau Selatan yang juga merupakan juara bertahan Piala AFC 2015 telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dengan kelab Bengaluru FC dari India, Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar). Berdasarkan undian tersebut, keempat-empat kelab ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas bagi melayakkan diri ke Pusingan 16 terbaik. Perlawanan peringkat Kumpulan dijadualkan berlangsung bermula pada 24 Februari 2016 hingga 11 Mei 2016 akan datang. Bual Sukan percaya, pasukan JDT FC dengan barisan kejurulatihan serta barisan pemain sedia ada mampu untuk melepasi halangan kumpulan saingan Piala AFC 2016 akan datang. Semoga pasukan JDT FC sekali lagi mampu mengharumkan nama Malaysia dalam saingan kali ini.

Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan Harimau Selatan pada saingan Piala AFC 2016 akan datang :

24 Februari 2015
Johor Darul Ta’zim FC lwn Ayeyawady United

9 Mac 2016
Bengaluru FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

16 Mac 2016
Johor Darul Ta’zim FC lwn Lao Toyota FC

13 April 2016
Lao Toyota FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

27 April 2016
Ayeyawady United lwn Johor Darul Ta’zim FC

11 Mei 2016
Johor Darul Ta’zim FC lwn Bengaluru FC

* Jadual tertakluk kepada pindaan.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Cabaran Pasukan Selangor di Piala AFC 2016

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka Gergasi Merah (The Red Giants) akan mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC dalam cabaran Piala AFC 2016 atau AFC Cup 2016. Pasukan Selangor yang menamatkan aksi Liga Super 2015 di tangga ketiga pada mulanya nyata mendapat laluan setelah pasukan tangga kedua musim lalu, Pahang dikenakan pemotongan 6 mata akibat masalah berkaitan pemain import. Pasukan Gergasi Merah yang kini dikemudikan oleh bekas Ketua Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan pastinya akan menggunakan pengalaman beliau membawa pasukan Pahang ke suku akhir edisi 2015 yang lalu.

Pasukan Selangor diundi dalam Kumpulan E bersama-sama dengan kelab Tampines Rovers FC (Singapura), Ceres FC (Filipina) dan Sheikh Jamal Dhanmondi Club (Bangladesh). Keempat-empat pasukan ini akan bersaing merebut 2 tempat teratas sekaligus melangkah ke pusingan 16 terbaik dalam Piala AFC 2016. Bual Sukan berpendapat, pasukan Gergasi Merah mampu melepasi halangan peringkat kumpulan dengan syarat mereka berjaya memanfaatkan aksi di tempat sendiri serta memungut mata di tempat lawan. Namun begitu, cabaran 3 kelab ini tidak boleh dipandang mudah oleh pasukan Selangor kerana kelab-kelab ini juga pastinya akan memberikan tentengan sengit antara satu sama lain.

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung bermula 23 Februari 2016 sehingga 10 Mei 2016 akan datang. Berikut adalah Jadual Perlawanan pasukan Selangor dalam saingan Piala AFC 2016 akan datang :
23 Februari 2016
Ceres FC lwn Selangor
8 Mac 2016
Selangor lwn Tampines Rovers FC
15 Mac 2016
Sheikh Jamal Dhanmondi Club lwn Selangor
12 April 2016
Selangor lwn Sheikh Jamal Dhanmondi Club
26 April 2016
Selangor lwn Ceres FC
10 Mei 2016

Tampines Rovers FC lwn Selangor

* Jadual Tertakluk kepada Pindaan.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Badminton : Cabaran Pemain Malaysia ke TOTAL BWF World Championships 2015

Kejohanan TOTAL BWF World Championships 2015 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia bermula pada 10 hingga 16 Ogos 2015 akan datang. Kejohanan ini pastinya mengumpulkan pemain-pemain badminton terbaik seluruh dunia merebut gelaran bagi kategori yang dipertandingkan. Cabaran pemain Malaysia ke kejohanan kali ini akan diketuai oleh bekas pemain perseorangan nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang baru kembali beraksi pada 1 Mei 2015 yang lalu selepas digantung selama 8 bulan akibat isu doping. Beliau yang kini berusaha memperbaiki kedudukan ranking BWF bagi mencerahkan laluan ke Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil akan datang.

Selain beliau, cabaran Malaysia turut disertai oleh Zulfadli Zulkiffli (perseorangan lelaki), Tee Jing Yi dan Lydia Cheah (Perseorangan Wanita), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (Bergu Lelaki), Vivian Hoo – Woon Khe Wei, Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho, Lim Yin Loo-Lee Meng Yean dan Joyce Choong-Yap Cheng Wen (Bergu Wanita), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Wong Fai Yin-Cho Mei Kuan, Tan Chee Tean-Shevon Lai dan Tan Aik Quan-Lai Pei Jin (Bergu Campuran). Walaupun laluan dilihat sukar, Bual Sukan percaya bahawa pemain-pemain negara mampu bersaing serta memberi tentangan sengit kepada lawan masing-masing. Selamat berjuang diucapkan kepada pemain-pemain negara ke Kejohanan TOTAL BWF World Championships 2015.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa