Bola Sepak : Calon Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia Penggal 2017 – 2021

Pemilihan tampuk kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Football Association of Malaysia (FAM) bagi penggal 2017 – 2021 (5 Tahun) akan berlangsung pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 dijadualkan 25 Mac 2017 (Khamis) akan datang di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM untuk Penggal 2017 – 2021 ini bakal menyaksikan 38 calon merebut 17 tempat dalam pemilihan barisan kepimpinan baru. Paling mencuri tumpuan pastinya pertarungan merebut kerusi paling hangat selaku Presiden FAM yang bakal menyaksikan pertarungan 1 lawan 1 di antara 2 tokoh bola sepak tempatan iaitu calon pilihan ramai yang juga penaung pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang bakal ditentang oleh Tan Sri Haji Annuar Haji Musa bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang kini merupakan Penasihat KAFA.

Jawatanlain turut menyaksikan calon-calon bersaing merebut jawatan Timbalan Presiden (2 jawatan/3 Calon), Naib Presiden (4 Jawatan/9 Calon), Exco Lelaki (8 Jawatan/17 Calon) serta Exco Wanita (2 Jawatan/7 Calon). Bual Sukan percaya, ahli gabungan akan memilih calon-calon yang mampu bekerjasama secara satu pasukan yang jitu bagi mengangkat semula martabat bola sepak negara di tahun-tahun mendatang. Sudah pastilah mereka yang terpilih menggalas tanggungjawab ini akan melaksanakan tugasan mereka mengikut mandat yang ditetapkan. Peminat bola sepak tempatan pastinya mengharapkan kepimpinan baru mampu membawa sinar harapan ke atas sukan bolasepak negara dalam pelbagai aspek pengurusan sukan bola sepak.

Berikut adalah senarai calon Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2017 – 2021 akan datang : 

Presidem FAM (2 Calon)
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tan Sri Hj. Annuar Bin Hj. Musa

Timbalan Presiden FAM (3 Calon)
Datuk Wira Mohd Yusoff Bin Mahadi
Dato’ Sri Hj Afandi Bin Hamzah
Dato’ Sri Subahan Kamal

Naib Presiden FAM (9 Calon)
Dato’ Zainol Fadzi Paharudin
Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Encik Mohd Joehari Mohd Ayob
Dato’ Ab. Ghani Bin Hassan
Dato’ Takiyuddin Hj Hassan
Datuk Hj Rosmadi Bin Ismail
Dato’ Dr Hj Shamsul Anwar Bin Sulaiman
Datuk Astaman Hj Abdul Aziz
Encik Marzuki Sulong
Exco FAM – Lelaki (17 Calon)
Tn Hj Abdul Aziz Yeop Jamaludin
Supt Mohd Dali Wahid
Dato’ Azril Bin Mat Drus
Encik Subkhiddin Hj Mohd Salleh
Encik Mohd Firdaus Mohamed
Encik Christopher Raj Aralanthu
Dato’ Jefferey Low Han Chau
Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Dato’ Azisman Alias
Dato’ Aminuddin Omar
Dato’ Muhammad Yadzan Mohammad
Tn Hj Ishsam Bin Shahrudin
Encik Nik Ahmad Yaakub
Dato’ Gary Vasudevan Nair
Encik Mohd Jamil Zakaria
Encik Nokman Mustafa
Mej. Jen. (B) Datuk Mazelan Bin Kasap

Exco FAM – Perempuan
Cik Shafizah Umamah Bt Abdul Mutalib
Puan Roselina Binti Idrus
Brig Jen Dato’ Norhuda Bt Ahmad
Tuan Nah Bt Nik Him
Puan Normala Bt Yusoff
Dato’ Suraya Yaacob
Puan Isfarina Binti Mohd Bali

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Calon Penjaga Gol Terbaik Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab bakal bersaing merebut kejuaraan musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang merekakecapi musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini pastinya lebih mencabar dengan setiap pasukan menandatangani pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, beberapa kelab telah merombak barisan pengurusan kelab ekoran prestasi mengecewakan musim lalu. Dengan musim liga yang panjang, pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan terbaik ke atas pasukan bagi memastikan pasukan mampu bersaing merebut kejuaraan selain mengelakkan pasukan terperosok di kedudukan terbawah carta liga.

Antara pemain yang dijangka menjadi tumpuan utama adalah penjaga gol pasukan masing-masing. Kemampuan mereka mengawal dan menyelamatkan gawang daripada dibolosi lawan mampu menaikkan semangat pasukan selain membantu pasukan mencatatkan keputusan yang terbaik. Namun begitu, kerjasama padu setiap pemain adalah amat penting bagi memastikan benteng terakhir mereka iaitu penjaga gol mampu melaksanakan tugasan terbaik bagi memastikan gawang tidak dibolosi lawan. Pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah antara calon penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

David de Gea (Manchester United)
Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Petr Cech (Arsenal)
Joe Hart (Manchester City)
Kasper Schmeichel (Leicester City)
Thibaut Courtois (Chelsea)
Fraser Foster (Southampton)
Adrian (West Ham)  

Simon Mignolet (Liverpool)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab bakal bersaing merebut kejuaraan liga musim ini selain tiket ke saingan eropah musim 2017/18 akan datang serta mengelakkan pasukan daripada terperosok di 3 tangga terbawah seterusnya membawa kepada relegasi ke Liga Kejuaraan 2017/18. Pasukan penuh kejutan musim lalu yang juga merupakan juara saingan Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu, Leicester City pastinya sekali lagi sedaya upaya mengekalkan konsistensi permainan musim lalu seterusnya berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini dilihat sangat menarik di mana pasukan-pasukan melantik barisan pengurusan baru serta menandatangani pemain-pemain berkualiti memantapkan pasukan masing-masing.
Dengan musim dan jadual liga yang panjang serta jadual domestik dan saingan kelab-kelab eropah yang padat, setiap pasukan pastinya akan memastikan pemain-pemain mereka dapat mengelak daripada mengalami kecederaan serta mengekalkan tahap kecergasan tertinggi bagi memastikan kelab mereka mampu terus bersaing pada edisi kali ini. Setiap pengurus pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menentang pasukan lawan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Keupayaan pasukan menyudahkan setiap gerakan dan peluang menjaringkan gol adalah antara faktor yang penting memastikan kejayaan pasukan masing-masing. Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan adalah pemain penyerang pasukan. 

Musim 2015/16 menyaksikan bagaimana ketajaman penyudah penyerang kebangsaan England, Jamie Vardy yang mewakili Leicester City membantu pasukannya mencatatkan keputusan-keputusan penting dengan jaringan beliau seterusnya membantu pasukan muncul juara buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka. Musim 2016/17 bakal menyaksikan saingan penyerang kelab masing-masing bersaing merebut gelaran kasut emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17. Berikut adalah calon yang Bual Sukan jangkakan mampu bersaing menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

Harry Kane (Tottenham Hotspur)
Jamie Vardy (Leicester City)
Sergio Aguero (Manchester City)
Romelu Lukaku (Everton)
Olivier Giroud (Arsenal)
Alexis Sanchez (Arsenal)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Diego Costa (Chelsea)
Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Calon Pemain Terbaik Eropah 2015/16

Anugerah pemain terbaik Eropah 2015/16 mengiktiraf pemain yang mempamerkan permainan terbaik untuk kelab masing-masing untuk musim 2015/16 yang lalu. Pemain terbaik eropah musim lalu, Lionel Messi yang mewakili kelab FC Barcelona sekali lagi tercalon antara 10 pemain yang bakal merebut gelaran kali ini. UEFA telah mengeluarkan senarai 10 pemain yang bakal merebut anugerah pemain terbaik tahunan. Senarai pendek 10 pemain terbaik menyaksikan 4 pemain dari kelab Real Madrid, masing-masing 2 pemain dari kelab FC Barcelona dan FC Bayern Munich serta masing-masing 1 pemain dari kelab Atletico Madrid dan Juventus telah tercalon untuk anugerah berprestij ini. 

Pengumuman pemain terbaik UEFA akan diadakan pada 25 Ogos 2016 akan datang di Monaco bersekali dengan undian kumpulan Liga Juara-Juara Eropah 2016/17. Bual Sukan percaya, setiap pemain yang tersenarai ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merangkul anugerah selaku pemain terbaik eropah 2015/16 akan datang. Berikut adalah senarai 10 pemain yang bakal merebut gelaran selaku pemain terbaik Eropah 2015/16 :





Manuel Neuer (FC Bayern Munich/Jerman)
Luis Suarez (FC Barcelona/Uruguay)
Toni Kroos (Real Madrid/Jerman)
Thomas Muller (FC Bayern Munich/Jerman)
Lionel Messi (FC Barcelona/Argentina)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid/Perancis)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal)
Gianluigi Buffon (Juventus/Itali)
Gareth Bale (Real Madrid/Wales)
Pepe (Real Madrid/Portugal)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Calon Inggeris vs Calon Asing: Siapa Yang Perlu England FA Lantik Ganti Hodgson?

Selepas rakyat England disajikan dengan persembahan buruk oleh skuad bola sepaknya ketika Piala Eropah 2016, ketua jurulatih England Roy Hodgson mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatannya.

Perletakan jawatan Hodgson dilakukan sejurus selepas kekalahan 1-2 England kepada Iceland dalam perlawanan 16 pasukan terbaik, ketika sidang media.

Media menyifatkan kekalahan ini adalah yang terburuk dalam sejarah bola sepak Inggeris sejak kalah kepada pemain-pemain amatur Amerika Syarikat semasa Piala Dunia 1950.

Kini FA England sedang giat mencari pengganti Hodgson. Persoalannya: siapa calon-calonnya?

Jawatan impian ramai

Disebalik tekanan yang bakal dihadapi oleh pengganti Hodgson, pengerusi FA England, Greg Dykes tetap mempertahankan premis bahawa jawatan ketua jurulatih England adalah antara jawatan impian ramai jurulatih di dunia.

Namun Dykes memberitahu The Guardian, calon-calon pengganti Hogdson perlulah benar-benar faham dengan bola sepak Inggeris.

“Kami berjanji akan melantik orang yang terbaik pada kali ini,” tambah Dykes lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif FA England, Glenn Martin (gambar bawah), memberitahu apa yang pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berani beritahu di media:

“Saya bukan pakar bola sepak. Oleh sebab itu dalam hal memilih ketua jurulatih England yang baru ini, saya akan dibantu oleh orang yang lebih pakar.”

‘Orang yang lebih pakar’ yang dimaksudkan oleh Martin adalah Dan Ashworth dan David Gill.

Dan Ashworth merupakan Pengarah Teknikal FA dan bekas pemain profesional.

David Gill (gambar bawah) pula wajib dikenali oleh setiap peminat Manchester United.

Kini berkhidmat sebagai Naib Pengerusi FA dan ahli lembaga pengarah FIFA Council, Gill pernah berkhidmat untuk Manchester United ketika era keemasan Sir Alex Ferguson sebagai Pengarah Kewangan dan Ketua Pengarah Eksekutif.

35C1C7C800000578-0-image-a-2_1467143278433

Sam Allardyce dahului calon lain

Bercakap mengenai calon pengganti Hodgson, akhbar Independent melaporkan Sunderland sudahpun menghubungi David Moyes sebagai calon untuk mengemudi pasukan tersebut pada musim baru.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan bahawa Sam Allaryce (gambar bawah) hampir pasti menjadi ketua jurulatih baru skuad the Three Lions.

Plot sama FA England?

Jika berita Sam Allardyce bakal menjadi ketua jurulatih baru England menjadi kenyataan, jawatankuasa pemilihan yang dianggotai Martin, Ashworth dan Gill boleh dianggap gagal mengubah trend FA England sebelum ini.

Beberapa minggu lalu, mereka dikaitkan dengan Jurgen Klinsmann. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Klinsmann menawarkan diri untuk ditemuduga oleh FA England.

FA England juga dilaporkan oleh media telah bersetuju untuk menemuduga Klinsmann.

Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan tentang berita ini.

Selain Klinsmann dan Allardyce, Gary Southgate, Steve Bruce dan Arsene Wenger turut berada dalam radar FA England.

Southgate yang kini mengurus skuad bawah-21 England dilaporkan hanya berminat dengan jawatan ini atas kapasiti interim sahaja.

Pengurus Arsenal, Wenger pula hanya berminat selepas kontraknya bersama Arsenal tamat.

Berdasarkan senarai calon, FA England mungkin boleh dituduh bersikap ego kerana masih kurangnya calon bukan Inggeris.

Mungkin kata-kata Martin Glenn yang menetapkan bahawa FA England mahukan jurulatih yang ‘faham akan bolasepak Inggeris’ adalah isyarat jurulatih seterusnya adalah orang Inggeris ataupun pengurus yang pernah atau sedang berkhidmat dalam Liga Inggeris.

England pernah melantik Fabio Capello sebagai jurulatih asing kedua dalam sejarah bola sepak England.

Namun selepas Capello melepaskan jawatan, mereka kembali dengan sentimen Inggeris untuk melantik Roy Hodgson.

Apa pencapaian Hodgson yang membuatkan beliau dilantik?

Hodgson mungkin dilantik oleh FA England kerana pencapaian hebatnya bersama Fulham dalam kempen Europa League pada musim 2009/2010. T

Tetapi perlu diingat, Liverpool juga pernah melantik Hodgson atas sebab yang sama (kebolehannya mengemudi Fulham hingga ke final Europa League 2009/2010).

Dan beliau gagal.

Liga Inggeris Adalah Paltform Lebih Baik Musim Hadapan

Lihat sendiri Premier League. Dalam liga yang penuh glamor ini, pengurus-pengurus berbangsa Inggeris merupakan nama paling banyak mengisi berita-berita perlantikan dan pemecatan yang tiada kesudahannya.

Mereka juga ibarat menjadi kitaran dalam dunia pecat dan lantik.

England memerlukan jurulatih yang ada falsafah bolasepak yang utuh. Ini kerana mereka memiliki gedung bakat muda yang sangat besar dengan struktur liga bolasepak mereka.

Jurulatih muda Inggeris yang sentiasa membawa idea baru seperti Eddie Howe perlu disokong.

Lihatlah apa yang beliau lakukan di Bournemouth jika kita mengambil kira falsafah bola sepaknya yang menarik dan limitasi bajet tahunannya, ia sesuatu yang sangat mengagumkan.

 

Tetapi untuk jangka masa pendek, England perlu lebih berani menerima idea bola sepak dari jurulatih asing.

Ketiadaan idea taktikal untuk memecah benteng Iceland adalah antara kelemahan ketara Hodgson dan majoriti ketua jurulatih keluaran FA England.

Buat masa ini, Engalnd tak perlu terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih baru.

Jadi jika anda berada di kerusi jawatankuasa pemilihan seperti Glenn Martin, David Gill dan Dan Ashworth, siapa pula calon yang anda pilih dan mengapa?

Baca juga: 5 Sebab Kegagalan England Dalam Piala Eropah 2016

The post Calon Inggeris vs Calon Asing: Siapa Yang Perlu England FA Lantik Ganti Hodgson? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Calon Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan diadakan pada hari Jumaat 18 Disember 2015 di Sunway Convention Centre. Anugerah ini mengiktiraf pencapaian persatuan, pasukan, pemain serta jurulatih pasukan Liga Malaysia 2015 yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang Liga Malaysia 2015 berlangsung. Selain itu juga, anugerah turut mengiktiraf penyokong pasukan yang mempamerkan sokongan jitu tanpa berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Bual Sukan percaya, mereka yang tercalon ini sememangnya layak dan barisan panel pastinya akan menilai sebaiknya dalam memilih pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 ini. Berikut adalah senarai calon untuk Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : 3 Calon Akhir FIFA Ballon d’Or 2015

Anugerah pemain bola sepak terbaik tahunan FIFA 2015 atau FIFA Ballon d’Or 2015 bakal berlangsung pada 11 Januari 2016 akan datang di Kongrresshaus di Zurich, Switzerland. Daripada 25 senarai pemain yang telah disenaraikan, 3 pemain telah dipilih sebagai calon akhir merebut gelaran berprestij ini. Pemenang Anugerah tahun lalu, Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid), Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona) serta Neymar (Brazil/FC Barcelona) adalah 3 calon finalis yang bakal merebut gelaran tahunan ini. Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing untuk merebut gelaran ini di mana mereka mempamerkan permainan terbaik untuk negara serta kelab yang diwakili mereka.

Bual Sukan percaya, calon pilihan ramai sudah tentunya pemain Argentina yang mewakili FC Barcelona iaitu Lionel Messi yang berjaya membantu pasukan Argentina muncul naib juara Copa America 2015 selain membantu kelabnya FC Barcelona merangkul gelaran treble musim 2014/15. Namun 2 lagi pesaing terdekat beliau iaitu Cristiano Ronaldo dan Neymar juga mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk dinobatkan selaku pemain bola sepak terbaik dunia 2015. Apapun sama-samalah kita menanti pengumuman pemain terbaik dunia 2015 akan datang.
Composite image of Lionel Messi, Cristiano Ronaldo and Neymar
Sumber : Getty Images

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : 3 Calon Finalis Jurulatih Terbaik 2015

Anugerah tahunan FIFA 2015 akan berlangsung pada 11 Januari 2016 akan datang. Malam gala FIFA ini mengiktiraf pencapaian penggiat bola sepak sepanjang tahun 2015. Bagi Anugerah Jurulatih Terbaik 2015, 3 jurulatih telah terpilih dalam senarai akhir merebut anugerah ini daripada 10 jurulatih yang telah disenaraikan. 3 jurulatih tersebut ialah Pep Guardiola (Sepanyol/FC Bayern Munich), Luis Enrique (Sepanyol/FC Barcelona) dan Jorge Sampaoli (Argentina/Jurulatih Kebangsaan Chile). Ketiga-tiga mereka ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing di mana mereka berjaya membawa pasukan negara atau kelab yang mereka wakili ke tahap yang terbaik sepanjang tahun 2015.

Bual Sukan percaya, ketiga-tiga jurulatih ini mempunyai peluang yang seimbang untuk muncul selaku pemenang anugerah Jurulatih Terbaik Tahunan 2015 akan datang berdasarkan kepada pencapaian masing-masing pada tahun 2015. Pengumuman rasmi pemenang akan diadakan di Kongresshaus di Zurich, Switzerland pada 11 Januari 2016 akan datang.   

Pep Guardiola (Sepanyol/FC Bayern Munich)
Luis Enrique (Sepanyol/FC Barcelona)
Jorge Sampaoli (Argentina/Pasukan Kebangsaan Chile)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : 3 Calon Finalis Anugerah Puskas 2015

Anugerah Puskas 2015 atau FIFA Puskas Award 2015 mengiktiraf pemain yang menjaringkan gol terbaik sepanjang tahun 2015. Daripada 10 pencalonan, 3 jaringan setah disenaraikan untuk merebut anugerah ini. 3 gol yang telah disenaraikan ialah jaringan Alessandro Florenzi (Itali/AS Roma), jaringan Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona) serta jaringan Wendell Lima (Brazil/Goianesia). Ketiga-tiga jaringan ini adalah antara jaringan terbaik sepanjang tahun 2015 menerusi gerakan menarik, jaringan jarak jauh serta jaringan gaya akrobatik.

Bual Sukan percaya, ketiga-tiga jaringan ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing untuk dinobatkan selaku pemenang Anugerah Puskas 2015 akan datang. Pemenang Anugerah Puskas 2015 ini akan diumumkan pada malam gala FIFA pada 11 Januari 2015 akan datang.
  
Alessandro Florenzi (Itali/AS Roma)

Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona)

Wendell Lima (Brazil/Goianesia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Calon Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2015

Anugerah Pemain Terbaik Afrika 2015 atau 2015 African Footballer of The Year mengiktiraf pemain terbaik Benua Afrika atau Zon CAF. 10 pemain telah disenarai pendekkan bagi merebut gelaran tersebut di mana pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah pada 7 Januari 2016 di Abuja, Nigeria. Pemenang Anugerah Pemain Terbaik Tahun 2014, Yaya Toure dari Ivory Coast yang mewakili kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City turut tercalon sekali lagi merebut gelaran ini. Beliau juga merupakan pemenang anugerah ini untuk 4 tahun berturut-turut sejak tahun 2011 hingga 2014. Pemain-pemain yang tersenarai ini merupakan pemain yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sama ada untuk negara serta kelab yang mereka wakili.

Bual Sukan percaya, semua pemain yang tercalon ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing untuk merebut gelaran pemain terbaik tahunan ini. Berikut adalah senarai 10 pemain yang bakal merebut Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika 2015 akan datang :

Andre Ayew (Ghana/Swansea)
Aymen Abdennour (Tunisia/Valencia)
Mudather Eltaib Ibrahim “Karika” (Sudan/El-Hilal)
Mohamed Salah (Mesir/AS Roma)
Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon/Borussia Dortmund)
Sadio Mane (Senegal/Southampton)
Serge Aurier (Ivory Coast/PSG)
Sofiane Feghouli (Algeria/Valencia)
Yacine Brahimi (Algeria/FC Porto) 
Yaya Toure (Ivory Coast/Manchester City)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa