6 Cara Bagaimana Kelab Bola Sepak Bina Pendapatan Mereka

Bolasepak sememangnya sebuah permainan yang ‘gila. Dari permainan ia berevolusi menjadi sebuah perniagaan.

Hampir kebanyakkan kelab menjana wang melalui bolasepak, lebih-lebih lagi ia juga menguntungkan individu individu yang memiliki kelab bolasepak tersebut.

Sebut sahaja nama Roman Abramovich, keluarga Glazer, atau Sheikh Mansour, sudah pasti jutaan wang yang dilaburkan mereka memberi keuntungan yang berlipat kali ganda.

Kelab bolasepak juga mempunyai pelbagai cara dalam mencari & menerima dana yang mana wang ini boleh dibelanjakan untuk gaji pemain, pembelian pemain baru, akademi dan pelbagai perkara.

Berikut adalah beberapa cara yang menjadi kebiasaan kelab-kelab besar di Eropah menghasilkan wang:-

Penajaan

Wang hasil penajaan adalah salah satu sumber terbesar untuk sesetengah pasukan bolasepak. Semakin tinggi divisyen pasukan tersebut berada, maka wang penajaan yang bakal didapatkan adalah lebih banyak.

Saya sebutkan beberapa contoh kelab yang menerima tajaan besar dari syarikat-syarikat tertentu. Manchester United menerima £50 juta setahun dari Chevrolet untuk paparkan jenama mereka di jersi Manchester United.

Kelab bolasepak juga boleh menerima penajaan dari penaja sekunder atau penaja kecil untuk dipampangkan di papan iklan LED ditepi padang. Penajaan seperti ini juga boleh memberi penajaan mencecah jutaan pound.

Penaja sekunder juga adalah seperti Garuda Indonesia yang menaja baju latihan Liverpool walaupun penaja utamanya adalah Standard Chartered.

Barangan rasmi kelab

Barangan rasmi kelab atau cenderahati merupakan salah satu penghasilan terbesar dana untuk sesebuah kelab.

Merchandise ini termasuklah jersi replika kelab, skaf (mafla), sarung tangan, topi, dan seumpama dengannya.

Barangan-barangan ini merupakan barang-barang yang kerap dibeli peminat lebih-lebih lagi kelab-kelab besar seperti Barcelona, Real Madrid, dan Bayern Munich.

Jualan tiket

Sudah tentu, setiap kali pasukan bermain di rumah mereka menjual tiket dan dengan itu menjana wang.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah melihat banyak kelab-kelab di seluruh Eropah bergerak/bercadang untuk berpindah ke dalam stadium lebih besar atau membesarkan stadium semasa mereka.

Arsenal di Stadium Emirates (kapasiti 60,000) pada tahun 2006, perancangan Atlético Madrid untunkberpindah ke Estadio La Peineta (kapasiti 73,000 selepas pembinaan semula) pada 2018.

Dan Lyon bergerak ke Parc Olympique Lyonnais (59,286) pada 2016 .

Perjanjian televisyen

Negara-negara asing akan membeli hak untuk menyiarkan permainan secara langsung dari satu bahagian tertentu.

Contoh yang terbaik ialah Premier League (PL). Pada November 2016 PL bersetuju dengan perjanjian baru untuk hak-hak televisyen di China dan satu kontrak bertempoh 3 tahun bernilai kira-kira £560 juta.

Disamping itu pada bulan Februari 2015, Sky Sports dan BT Sport bersetuju rekod £5.1 bilion dengan usaha untuk menunjukkan perlawanan secara langsung antara 2016 dan 2019 (peningkatan 70% dalam hasil daripada hak penyiaran UK).

Tawaran ini telah membantu PL untuk menjadi liga terkaya di dunia dan 20 kelab dalam bahagian ini akan mendapat bahagian daripada tawaran lumayan, dalam jumlah sehingga 95% daripada hasil TV domestik pergi terus ke kelab.

Perpindahan pemain

Sudah tentu, pasukan akan mendapatkan wang dengan menjual salah seorang pemain mereka ke kelab lain.

Apabila menjual salah satu pemain terbaik mereka, kelab biasanya akan bermain tawar menawar dengan pasukan lain dalam usaha untuk mendapatkan wang sebanyak yang mungkin (seperti yang dilihat dengan hal pemindahan Gareth Bale dari Tottenham Hotspur ke Real Madrid pada tahun 2013).

Tottenham kemudian akan menggunakan wang ini untuk pergi dan membeli beberapa pemain:

  • Roberto Soldado – £26 juta,
  • Paulinho – £17 juta,
  • Nacer Chadli – £7 juta,
  • Christian Eriksen – £11.5 juta,
  • Étienne Capoue – £9 juta,
  • Erik Lamela – £26 juta
  • Vlad Chiriches- £8.5 juta)

Wang kemenangan

Sesetengah pasukan sentiasa menerima ganjaran hadiah wang atas sebab-sebab seperti memenangi liga, layak ke UEFA Champions League/Europa League dan promosi ke divisyen yang lebih tinggi.

Contoh, pasukan yang memenangi UCL dianugerahkan €15 juta tetapi naib juara dianugerahkan €10.5 juta tetapi berbeza  dengan pemenang UEL yang dianugerahkan €6.5 juta dan naib juara dianugerahkan €3.5 juta.

Yuran asas untuk peringkat kumpulan UEFA Champions League adalah €12 juta tetapi untuk Europa League pula hanyalah sekitar €2.6 juta.

Hull City telah dianugerahkan £170 juta setelah menewaskan Sheffield Wednesday dalam Championship Playoff Final beberapa musim lalu dan dengan itu dinaikkan pangkat ke Premier League.

Akhir sekali, Manchester United United mendapat £1.8 juta dengan memenangi FA Cup musim lalu tetapi di Crystal Palace yang merupakan finalis mendapat £900 juta.

Bagaimana pula sumber pendapatan kelab komuniti?

Kelab-kelab di Eropah menjana kewangan malah hampir setiap tahun, sesetengah kelab turut menjana keuntungan dalam industri bolasepak mereka.

Kelab besar menghasilkan wang dengan banyak melalui penajaan serta perjanjian hak penyiaran manakala kelab kelab kecil harus bergantung dengan penjualan tiket serta barangan cenderahati.

Tetapi bagaimana pula dengan kelab komuniti? Bagaimana mereka menjana pendapatan?

Kami ambil contoh Shah Alam Antlers. Di Shah Alam Antlers pula, pelbagai cara mereka untuk mencari dana.

Shah Alam Antlers telah menandatangani perjanjian penajaan bersama dengan Shoot & Score, 100Plus, Curva 1312, Semuanya BOLA ASIANA & Extravaganza Futsal.

Shah Alam Antlers yang juga sangat rapat dengan komuniti mereka membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk turut serta menjadi ‘anggota kelab’ dengan harga permulaan semurah RM100.

Keahlian yang mana anda turut dikurniakan jersi Shah Alam Antlers serta kad Touch & Go yang bercorakkan Shah Alam Antlers.

Komuniti penyokong juga turut mengeluarkan wang sendiri demi untuk menambah dana pasukan pada setiap kali perlawanan dengan menyumbang melalui ‘Matchday Programme’ yang mana kini turut disertakan dengan ‘sticker’ serta ‘matchday ticket’.

Jika anda pernah ke Stadium Panasonic Seksyen 21 Shah Alam, anda pasti akan ternampak sebuah stor kecil yang sebenarnya merupakan stor rasmi kelab yang menjual jersi kelab serta pelbagai lagi cenderahati kelab buat penyokong serta anggota kelab.

Stor rasmi Shah Alam Antlers di Stadium Sekyen 21 Shah Alam.

Walaupun Shah Alam Antlers merupakan kelab yang sangat muda, ditubuhkan pada Oktober 2016, namun disebabkan pengurusan yang sangat efektif serta hubungan bersama komuniti yang sangat baik.

Nota editor: Artikel ini dikarang oleh Sofwan Zulkepli dan anda boleh ikut beliau di Twitter di @wanfarlee. Jika anda ada artikel menarik dan ingin dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel dalam format MS Word ke semuanyabola@gmail.com .

Baca juga: Sudahlah Dipukul Samseng, Kontrak Pemain Ini Dibatalkan Pula Oleh Kelabnya

The post 6 Cara Bagaimana Kelab Bola Sepak Bina Pendapatan Mereka appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Antara 10 Cerita Di Sebalik Cara Pemain Bola Sepak Meraikan Gol

Meraikan gol adalah emosi yang menjadikan bola sepak itu lebih bermakna. Kami senaraikan 10 celebration dan cerita di sebaliknya.

1. Lionel Messi –  Menunjuk Ke Langit

Pemain meraikan gol sambil mendongak atau menunjuk ke arah langit sangat biasa. Cuma kepada siapa ia ditujukan pastinya berbeza-beza.

c1

Untuk antara pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman, Lionel Messi menujukan jaringan itu kepada mendiang neneknya yang sudah lama meninggal dunia.

Messi amat mengasihi neneknya kerana wanita itu orang pertama yang membawa Messi ke padang bola sepak. Beberapa kali neneknya menghantar Messi untuk diserap masuk ke pasukan ketika beliau kecil.

Sayangnya beberapa kali mereka ditolak oleh jurulatih kerana saiz badan Messi. Neneknya sentiasa memberikan kata kata semangat kepada Lionel Messi. Hari ini dia adalah sudah memiliki 5 Ballon d’Or

2. Mesut Ozil – Simbol ‘M’ Dan Menghisap Ibu Jari

Perancang kreatif ini kerap membuat simbol ‘M’, sebelah lagi Ozil menghisap ibu jarinya. Sambutan ini sebenarnya khusus untuk anak saudaranya bernama Mira.

Arsenal v Aston Villa - Premier League

Mira adalah anak saudara sedarah pertama Ozil, dan beliau memberitahu betapa Mira telah memberikan lebih keceriaan kepada keluarga mereka termasuk Ozil.

Walaupun cara meraikan gol itu kurang ‘gempak’ namun selepas tahu maksudnya, ia boleh dikatakan comel!

 3. Antoine Griezmann – Hotline Bling

Ketika beliau meraikan gol dengan cara menari dengan 2 tangan beliau dengan simbol gagang telefon ramai memberikan teori berbeza.

Germany v France - Semi Final: UEFA Euro 2016

Ada yang menganggap ia adalah aksi daripada tarian pelik Ben Stiller dalam filem Along Came Polly. Namun Griezmann menyatakan ia adalah daripada tarian Drake dalam Hotline Bling.

4. Mario Balotelli – ‘Why Always Me’

Mario Balotelli meraikan gol beliau dengan cara yang agak provokatif ketika kemenangan besar Manchester City ke atas Manchester United.

Ramai ingatkan cara meraikan gol itu sebagai lagak Balotelli yang memberitahu kenapa asyik dia yang menjaringkan gol?

SOCCER - Barclays Premier League - Manchester United v Manchester City

Namun Balotelli menyatakan ia ditujukan kepada media dan orang luar yang suka menyibuk tentang hal peribadi dan memandang sebelah mata kehebatan beliau di atas padang.

Satu lagi keraian gol Balotelli yang kita ingati adalah ketika dia berdiri kaku seperti batu  tanpa senyum sedikit pun selepas menjaringkan gol ke atas Jerman dalam Piala Eropah 2012.

Ia turut menjadi memes sensasi di internet. Balotelli menyatakan dia tidak pandai meraikan gol kerana dia tidak pernah terfikir untuk meraikan sesuatu yang memang tugas hakiki beliau.

“Saya penyerang, tugas saya menjaringkan gol. Sama juga dengan posmen, selepas meghantar surat mereka tidak meraikannya, kerana itu sudah tugasan.”

5. Gareth Bale – The Eleven Of Hearts

Gareth Bale tidak ada penjelasan terlalu spesifik tentang keraian gol beliau. Namun Bale mengakui dia akan cuba menjaringkan kerana mahu meraikannya dengan cara tersebut yang dipanggil 11 Of Hearts.

bale1

Sebelum ini pemain seperti Alexandre Pato dan Angel di Maria melakukan cara yang sama namun Bale dikatakan memiliki hak imej dengan nama 11 Of Hearts. 11 adalah nombor pilihan Gareth Bale.

Anda pasti tidak percaya, Bale telah mendaftarkan cara The 11 Of Hearts ini sebagai hak intelek beliau untuk digunakan dalam produk beliau, pakaian, headgear dan footwear. 

Anda boleh rujuk lampiran di bawah ini:

bale

Spurs dan Real Madrid perlu membayar hak imej untuk menggunakan gambar Bale melakukan The 11 Of Hearts dalam tujuan komersial kelab.

Bale dikatakan mendapat sekitar £3 juta daripada kelab beliau untuk hak imej, itu tidak termasuk dengan jualan produk beliau.

6. Luis Suarez – Mencium Tatu Dan 3 Jari

Walaupun dia dikenali dengan watak antagonis di dalam padang. Namun di satu sisi lagi dia adalah no.9 terbaik di dunia buat masa ini dan juga seorang suami dan ayah yang penyayang.

FBL-ESP-LIGA-BARCELONA-REALMADRID

Menurut Suarez:

“Saya mencuim tatu untuk anak isteri saya. Saya mencium 3 jari untuk ketiga-tiga anak saya.”

7. Fabio Borini – Pisau Di Antara Gigi

Borini agak popular dengan cara beliau menjaringkan gol di mana beliau akan metakkan tangannya di antara gigi sambil berlari bendera  di penjuru padang.

Manchester City v Sunderland - Premier League

Borini menjelaskan:

“Di Itali, kami ada perumpaan, apabila seseorang itu sangat inginkan sesuatu. Ia ibarat diletakkan pisau di antara gigi. Ia juga lambang seorang pahlawan yang tidak pernah putus asa, buat atau mati!.”

8. Bafetimbi Gomis – Black Panther

Cara beliau meraikan gol ini memang sinonim dengan beliau sehinggakan di Perancis beliau digelar The Black Panther.

Swansea City v Manchester United - Premier League

Namun cara meraikan gol itu semakin dikenali selepas aksi menentang Manchester United. Gomis berkata, ia adalah cara meraikan gol yang ditiru daripada The Black Panther sebenar iaitu Salif Keita.

Salif Keita adalah bekas pemain St. Etienne yang menjaringkan 125 gol daripada 145 penampilan.

9. Daniel Sturridge – The Sturridge Dance

Rasanya ramai kita dah tahu tarian yang kita Malaysia gelar tarian sotong Sturidge. Meraikan gol dengan cara menggerakkan tangan tanpa berlari atau berjalan.

BASEL, SWITZERLAND - MAY 18: Daniel Sturridge celebrates after scoring Liverpool's goal during the UEFA Europa League Final match between Liverpool and Sevilla at St. Jakob-Park on May 18, 2016 in Basel, Basel-Stadt. Sevilla won the match 3-1. (Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images).

Sturridge berkata, dia dulu suka meraikan gol dengan terlalu spontan untuk menarik baju ke atas kepala.

Namun selepas peraturan semakin ketat, pemain boleh dikenakan kad kuning walaupun tidak membuka baju penuh.

Jadi beliau perlu mendisiplinkan diri kerana ia boleh menjadi sesuatu yan spontan kerana mereka adalah penyerang yang memang bertugas menjaringkan gol bak kata Balotelli.

Lalu Sturridge mencipta satu cara meraikan gol paling selamat itu tarian robotik beliau. Tak apa tak cantik janji tak kad kuning.

10. Pogba Dan Jese Lingard – Dab

Tarian ini sebenarnya dipopularkan oleh Cam Newton dari pasukan American Football, Carolina Panthers. Pogba berkata:

Manchester United v Leicester City - Premier League

“Saya tak ada penjelasan lebih banyak tentang kenapa saya melakukannya, tapi sebab semua orang di dunia melakukannya, jadi saya pun ikut mereka sekali.”

Di padang bola sepak dab semakin popular dan sinonim dengan Paul Pogba.

Baca juga :  Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Di Dalam Padang

The post Antara 10 Cerita Di Sebalik Cara Pemain Bola Sepak Meraikan Gol appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Cara Meraikan Gol Yang Paling ‘Rare’ Dan Ikonik Dalam Bola Sepak Moden

Setiap pemain mempunyai cara tersendiri dalam meraikan gol yang mereka jaringkan.

Ada yang meraikan dengan cara yang biasa dan mudah, ada juga yang melakukan aksi akrobatik.

Jadi kami himpunkan 5 cara meraikan gol yang paling ikonik pernah dihasilkan dalam bola sepak.

Peraturannya mudah, cara meraikan gol ini haruslah berlaku pada tahun 2000 ke atas. Ia juga tak boleh terlalu kerap dilakukan seperti gaya ‘Right Here Right Now’ (gambar bawah) oleh Cristiano Ronaldo.

1200

1. Thierry Henry vs Toronto FC (2013)

Ketika masih bermain untuk New York Red Bulls di Major League Soccer (MLS), Henry mencipta satu trend yang dipanggil ‘Henrying’.

Sumber: KickTV

Sumber: KickTV

Trend itu berlaku selepas Henry meraikan gol dengan cara yang santai tapi penuh bergaya ketika menentang Toronto FC pada September 2013.

Henry yang menerima hantaran lintang rakan sepasukan, meraikan gol dengan hanya bersandar pada tiang gol kerana kebetulan bekas penyerang Arsenal itu betul-betul dihadapan tiang gol.

Gol itu merupakan gol ke-400 dalam kariernya, dan lebih menarik pelbagai ‘meme’ dicipta hasil dari ‘celebration’ itu.

screen-shot-2016-09-03-at-2-07

Sumber: knowyourmeme.com

2. Bafetimbi Gomis vs Manchester United (2015)

aJJWbcp

Cara meraikan gol yang dilakukan oleh Bafitimbi Gomis menjadi terkenal apabila bekas pemain Swansea City itu menjaringkan gol ketika menentang Manchester United musim lepas.

Cara Gomis menjaringkan gol yang persis seperti seekor harimau kumbang itu adalah ‘tribute’ kepada Salif Keita (gambar bawah), lagenda kelab Saint-Etienne; kelab beliau memulakan karier bola sepaknya.

21 Sep 1969, Saint-Ouen Salif Keita (asse) Red star/Asse (1-5)

Keita merupakan pemain Mali sekitar zaman 70-an. Beliau juga adalah lagenda AS Saint-Etienne. Nama gelarannya adalah ‘The Black Panther’.

Keita menjadi lagenda kelab apabila menjaringkan 125 gol daripada 149 penampilan.

Selepas era Keita, AS Saint-Etienne menjadikan harimau kumbang sebagai simbol kelab.

3. Mario Balotelli vs Manchester United (2012)

promo262455627

Tempoh masa Mario Balotelli di Premier League tidaklah begitu lama. Namun impak yang diberikan sangat besar.

Ketika beliau menjadi pemain Manchester City, Balotelli terpalit dalam pelbagai insiden kontroversi sepanjang berada disana.

Ketika menentang Manchester United yang berakhir dengan kemenangan 6-1 kepada City, Balotelli meraikan gol keduanya dengan menayangkan mesej di baju dalamnya yang bertulis: Why Always Me?

Balotelli enggan menyatakan maksud tersirat disebalik ayat tersebut. Namun ia dipercayai mesej luahan hatinya yang letih dikaitkan dengan berita-berita kontroversi oleh media Inggeris.

Sehari sebelum perlawanan ikonik itu, media melaporkan bilik air banglo mewahnya terbakar selepas dipercayai menjadi tempat kawan-kawannya bermain mercun. Media menyalahkan Balotelli atas kejadian tersebut.

4. Lionel Messi vs Real Mallorca (2011)

maxresdefault (3)

Lionel Messi meraikan hatriknya ketika menentang Real Mallorca dengan menunjukan siapakah ‘bos’ di atas padang!

Dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 5-0 memihak Barcelona itu, Messi yang menjaringkan 3 gol meraikan jaringannya dengan cara biasanya – menunjukkan dua jari telunjuk ke langit.

Namun, ia tidak berakhir di situ.

Messi kemudiannya ternampak kamera yang sedang fokus ke arahnya, membilang jumlah jaringannya dengan mengunakan jari sebelum mengenyitkan matanya di hadapan kamera tersebut.

5. Nicklas Bendtner vs Portugal (2012)

slide_233296_1108042_free

Ketika di EURO 2012, penyerang Denmark ini mencipta kontroversi dengan meraikan gol dengan cara menunjukkan seluar dalamnya!

Bendtner yang meraikan gol keduanya dalam perlawanan itu menunjukkan seluar dalamnya yang tertera nama syarikat perjudian, Paddy Power.

Tindakannya itu menjadi sensasi di Internet. Tetapi ia juga salah di sisi undang-undang UEFA kerana Bendtner memaparkan jenama yang bukan menjadi pengiklan EURO 2012.

Akibatnya Bendtner didenda oleh UEFA sebanyak £80 ribu serta digantung satu perlawanan kerana kesalahan itu.

Baca juga: 10 Cara Meraikan Gol Yang Membuatkan Anda Tertanya: Berbaloikah?

The post 5 Cara Meraikan Gol Yang Paling ‘Rare’ Dan Ikonik Dalam Bola Sepak Moden appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Cara Bagaimana Pemain Eropah Mencegah Sakit Lutut

Ketika penyanyi kumpulan One Direction, Louis Tomlinson, berlanggar dengan Gabriel Agbonlahor dalam perlawanan testimonial Stiliyan Petrov pada 2013, perhatian kamera di padang tertumpu kepada Tomlinson yang terbaring kesakitan sambil memegang kuat lututnya.

Louis-Tomlinsonceltic2

Sambil berjalan terhincut-hincut, Tomlinson terpaksa keluar padang untuk digantikan dengan pemain lain. Peminat Tomlinson yang rata-ratanya terdiri daripada remaja perempuan nyata marah dengan tindakan Agbonlahor sehingga mereka mengeluarkan ancaman untuk membunuh penyerang Aston Villa tersebut di Twitter.

Tomlinson bukanlah pemain pertama yang sakit lutut ketika bermain bola sepak. Malah pemain profesional sendiri kerap mengalami kecederaan lutut semasa latihan atau perlawanan. Sergio Aguero, Aaron Ramsey, Robin van Persie, Cristiano Ronaldo dan Arjen Robben adalah antara yang pernah sakit lutut.

Tetapi bagaimana mereka mencegah sakit lutut ini daripada berulang? Berikut adalah cara-cara yang mereka gunakan:

1. Menghentikan pengambilan pil suplemen

Kecederaan Aaron Ramsey, Theo Walcott, Mesut Ozil, Jack Wilshere dan Laurent Koscielny ketika Arsenal sedang mendahului Liga Perdana Inggeris 2013/2014 menyebabkan prestasi Arsenal merudum. Mendahului liga pada musim Krismas, Arsenal terpaksa bersaing dengan Everton untuk tempat-4 dan ke-5 liga.

Apa yang membingungkan pengurus Arsenal, Arsene Wenger; semua kecederaan pemain-pemain ini adalah kecederaan otot di kaki. Lalu Wenger mengarahkan penubuhan satu jawatankuasa untuk menyiasat punca krisis kecederaan ini.

Hasil siasatan jawatankuasa ini mencadangkan kepada Wenger bahawa kecederaan pemain-pemain ini berpunca daripada pengambilan pil suplemen. Menurut Wenger:

“Sesetengah pil suplemen ini akan mempengaruhi fungsi hati. Lebihan nutrien daripada pil ini perlu dikeluarkan daripada badan secepat mungkin, dan apabila lambat, ia akan menjadi toksin. Itulah sebab mereka mudah menjadi penat dan akibatnya mudah cedera.”

Sejak daripada penemuan itu, doktor-doktor Arsenal ditugaskan untuk mengawasi pengambilan pil suplemen pemain-pemain skuad utama Arsenal.

2. Criosauna

Sakit lutut paling kerap dialami oleh pemain yang kerap menggunakan larian pecutan untuk membawa bola lari dari pihak lawan dan mengejar peihak lawan yang mempunyai bola.

Maka tak hairanlah pemain-pemain laju seperti Franck Ribery dan Cristiano Ronaldo mempunyai criosauna di rumah mereka sendiri untuk merawat otot-otot kaki mereka selepas latihan dan perlawanan.

ribery-criosauna

Criosauna adalah mesin ais yang menggunakan terapi cryogenic untuk membekukan otot pada suhu -200°C untuk mempercepatkan penyembuhan otot-otot atlet. Mesin ini dikhabarkan berharga RM290,000 seunit.

3. BodyHelix

Robin van Persie – seorang lagi pemain yang kerap dibelenggu sakit lutut dan pergelangan kaki – secara tiba-tiba melalui satu musim prolifik tanpa kecederaan bersama Arsenal pada musim 2011/2012 apabila menjaringkan 37 gol daripada 48 penampilan.

Apabila beliau berpindah ke Manchester United, beliau meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menjaringkan 30 gol daripada 48 penampilan. Sekali lagi, tanpa kecederaan.

Semua ini bermula selepas van Persie mula memakai BodyHelix (produk berwarna coklat di pehanya dalam gambar) – produk compression sleeve elastik daripada syarikat USA – yang menyokong otot peha dan bawah lututnya.

article-2333189-1A104D84000005DC-639_634x480

Media Inggeris mengesan van Persie mula memakai BodyHelix sejak Februari 2012, ketika musim terakhir prolifiknya di Arsenal.

4. Kurangkan daging merah

Antara 6 Disember hingga 10 Januari pada musim Liga Perdana Inggeris 2014/2015 yang lepas, Sergio Aguero terpaksa berehat selepas mengalami sakit lutut. Pada akhir musim, beliau muncul penjaring terbanyak liga dengan 26 gol, lebih 5 gol daripada Harry Kane yang bebas kecederaan.

Apa rahsianya beliau mengelak kecederaan lutut yang berulang?

“Saya mengubah banyak perkara, bermula dengan makanan. Saya berjumpa doktor di Italy yang merawat kecederaan saya. Beliau menyuruh saya mengubah diet. Tiada lagi pasta, gula dan daging merah – makanan yang saya suka kerana daging Argentina memang sedap.”

Perubahan dietnya membuahkan hasil seperti yang diberitahu Aguero:

“Jika dulu, lepas 3 sesi latihan saya perlu berhenti. Sekarang saya tiada masalah. Lepas latihan juga saya banyak buat rawatan susulan untuk mengelak kecederaan lutut saya.”

5. Meringankan latihan pasukan

Masih ingat lagi apabila Pep Guardiola memecat doktor pasukan, Dr. Hans-Wilhelm Muller-Wohlfahrt, kerana krisis kecederaan Bayern Munich sebelum suku akhir Champions League 2014/2015 yang lepas?

Dalam usahanya untuk mengelak krisis sama berulang pada musim baru ini, Guardiola membuat keputusan untuk meringankan intensiti latihan pasukannya – atas nasihat bekas pekerja yang dipecatnya sendiri, Dr. Hans-Wilhelm Muller-Wohlfahrt, seperti yang diberitahu sendiri Guardiola di laman web rasmi Bayern.

Musim lepas, Franck Ribery, Dante, Arjen Robben, David Alaba dan Javi Martinez terpaksa berehat panjang, semuanya gara-gara kecederaan otot lutut.

Criosauna? BodyHelix? Semua ini mahal. Apa alternatif untuk pemain-pemain bola sepak tempatan kita untuk mencegah sakit lutut?

Berita baik untuk anda. PROKas adalah jawapan bagi pemain-pemain bola sepak tempatan untuk melegakan sakit lutut, sakit otot dan sakit sendi yang dialami selepas latihan dan perlawanan.

prokasproduk

Antara pemain pro tempatan yang menggunakan PROKas adalah:

1. Zubir Azmi (Terengganu)

zubirazmiprokas

2. Nuraliff Zainal Abidin (T-Team)

nuraliffprokas

3. Mohd Syafuan (JDT II)

syafuanprokas

4. Isma Aliff (PDRM)

ismaaliffprokas

5. Reeshafiq Alwi (Melaka United)

reeshafiqprokas

Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang PROKas?

Senang saja. Klik sahaja link ini: PROKAS dan semua maklumat tentang kandungan, kebaikan, maklumat produk dan maklumat pembelian ada di sana.

Untuk lebih senang, anda boleh terus Whatsapp ‘PK’ ke 016 400 9863. Staf PROKas yang pakar akan bersedia menjawab sebarang soalan anda.

Whatsapp mereka sekarang dan main bola tanpa rasa sakit-sakit lagi!

The post 5 Cara Bagaimana Pemain Eropah Mencegah Sakit Lutut appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: