Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara Badminton Terbuka China 2015

Datuk Lee Chong Wei membuktikan beliau masih mempunyai sentuhan pemusnah apabila merangkul gelaran perseorangan lelaki BWF Badminton Terbuka China 2015 apabila berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia Chen Long dari China pada perlawanan akhir dengan keputusan 21-15 dan 21-11. Beliau yang kini menduduki ranking ke 9 dunia merangkul kejuaraan keempat tahun 2015 setelah kembali beraksi selepas digantung akibat isu doping. Sebelum ini beliau telah merangkul gelaran Grand Prix Emas Kanada 2015, Grand Prix Emas USA dan Siri Super Terbuka Perancis.

Kejayaan ini membuktikan beliau masih mempunyai semangat yang tinggi walaupun dihimpit dengan masalah prestasi sebelum ini. Kemenangan ini nyata mencerahkan laluan beliau untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil akan datang sekaligus menjadi harapan Malaysia untuk merangkul pingat emas sulung pasukan negara dalam temasya Olimpik. Bual Sukan percaya, beliau mampu melakukannya dengan latihan serta disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh beliau yang nyata mempunyai keazaman yang tinggi meraih kejayaan. Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau merangkul kejuaraan BWF Terbuka China 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Badminton : Datuk Lee Chong Wei Juara BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015

Pemain Badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya membuktikan sekali lagi bahawa beliau mampu menggalas misi pemburuan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Sukan Olimpik 2016 Rio, Brazil apabila berjaya merangkul kejuaraan perseorangan lelaki Badminton BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015. Beliau berjaya menewaskan pemain muda China yang semakin meningkat naik iaitu Tian Houwei dengan keputusan 21-16 dan 21-15. Ini adalah kejuaraan kelima beliau bagi tahun 2015 dan yang ketiga dalam BWF Siri Super setelah menjuarai Siri Super Terbuka Perancis 2015 dan Siri Super Terbuka China 2015. Beliau juga berjaya merangkul gelaran dalam Grand Prix Emas Terbuka Kanada 2015 dan Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat 2015.

Lebih manis kejayaan beliau kali ini ialah berjaya menewaskan pemain nombor satu dunia dari China iaitu Chen Long sekali lagi dalam aksi Suku Akhir yang lalu. Bual Sukan percaya, Datuk Lee Chong Wei mampu mengorak langkah untuk merangkul emas pertama olimpik untuk Malaysia akan datang dengan disiplin serta kesungguhan yang tinggi untuk berjaya yang telah ditunjukkan oleh beliau. Beliau juga seharusnya menjadi antara contoh terbaik kepada pemain-pemain muda yang bakal menjadi pelapis masa depan badminton negara. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan beliau menjuarai BWF Siri Super Terbuka Hong Kong 2015.     

Sukan Malaysia dan Antarabangsa