Courtois Memberikan Hujah Kenapa Conte Lebih ‘Taktikal’ Berbanding Simeone Dan Mourinho

Dalam usia muda, Thibaut Courtois sudah bermain di bawah 3 jurulatih yang hebat di peringkat kelab. Di peringkat kebangsaan beliau bermain di bawah Wilmots dan kini Roberto Martinez.

Bercerita tentang taktikal dalam perlawanan, Courtois berpendapat, Antonio Conte adalah jurulatih yang lebih fanatik dalam soal tersebut berbanding dengan Simeone dan Mourinho.

conte

“Antonio Conte adalah jurulatih yang lebih banyak bekerja secara taktikal. Selepas itu barulah Simeone. Kemudiannya Mourinho dan akhir sekali Wilmots.”

Tidak hairan untuk melihat Wilmots di kedudukan terakhir kerana terlalu banyak perdebatan tentang konsistensi pasukan di bawah kendalian beliau walaupun memiliki generasi emas Belgium dalam 2 edisi major.

Wilmots kerap dipersoalkan ramai pihak dari segi pemilihan taktikal dan kesebelasan utama di dalam perlawanan.

Roberto Martinez masih terlalu baru dan beliau sudah pun melantik Thiery Henry sebagai pembantu beliau untuk membantu isu-isu taktikal.

Courtois turut menceritakan bagaimana Antonio Conte telah mencuba dan mempertimbangkan banyak aspek dalam pemilihan taktikal beliau.

Menurut Courtois:

“Kami memulakan musim 4-3-3 itu. Kami bermula dengan baik dengan tiga kemenangan tetapi kemudiannya kami seri 2-2 di Swansea dan tewas kepada Liverpool dan Arsenal dengan permainan yang buruk.”

“Kemudian Conte berkata, ‘kami akan berubah’. Pada perlawanan menentang Hull prestasi kami agak terumbang ambing.”

“Selepas itu kami bangkit menentang Leicester, Manchester United, Southampton. Paling penting adalah aksi menentang Everton di mana kami benar-benar menunjukkan kualiti pasukan.”

cfc

“Dalam pra-musim, beliau (Conte) mencuba 4-2-4 tetapi beliau mendapati ia tidak berfungsi dengan baik.”

“Kemudian beliau mengarahkan kami bermain 4-3-3 kerana beliau tahu pemain seperti Willian dan Hazard gemarkan sistem itu.”

“Tetapi beliau mendapati terlalu banyak bolos yang sukar dielakkan. Lalu beliau memutuskan untuk bermain dengan lebih selamat iaitu dengan sistem bek bertiga.”

Baca juga : ‘The Godfather’ Dan Revolusi 3-4-3 Luar Biasa Di Chelsea

The post Courtois Memberikan Hujah Kenapa Conte Lebih ‘Taktikal’ Berbanding Simeone Dan Mourinho appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Courtois: Saya Takkan Tamatkan Karier Di Chelsea, Ia Takkan Berlaku

Pepatah Inggeris ada mengatakan honesty is the best policy (kejujuran adalah amalan yang paling baik). Tetapi kejujuran Thibaut Courtois mungkin akan membuatkan beliau akan ada masalah dengan penyokong Chelsea.

Dalam temuramah penjaga gol Chelsea dan Belgium itu bersama Sporza (akhbar sama yang mendedahkan pengakuan Wilmots yang membenarkan Nainggolan merokok), Cortouis dengan jujur memberitahu:

“Saya tidak akan menamatkan karier saya di Chelsea.”

Tak setia di Chelsea?

Ketika ditemuramah oleh wartawan Sporza, Courtois turut mendedahkan beliau tidak mempunyai kelab kegemaran sejak kecil.

“Saya tak mempunyai kelab kegemaran semasa kecil. Kalau di Sepanyol, saya banyak menonton perlawanan Madrid dan Barcelona. Di Jerman, saya tengok Bayern dan Dortmund.”

“Di England, saya tengok Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Di Itali, Juventus dan Milan.”

“Saya tak gemar mana-mana kelab ini pun. Tapi saya tahu saya sentiasa mahu bermain di kelab-kelab besar seperti ini.”

Wartawan Sporza tersebut kemudiannya cuba merungkai cita-cita sebenar Courtois sama ada beliau masih menyimpan niat untuk bermain di kelab-kelab yang disebutnya. Courtois menjawab:

“Tak semestinya bermain di sana. Saya sudah pun berada di kelab yang bagus, Chelsea. Kita tengok sahajalah macam mana nanti.”

“Jadi anda akan kekal bermain di Chelsea sehingga penghujung karier anda?” soal wartawan Sporza lagi.

“Susah saya nak cakap. (Termenung seketika) Itu takkan berlaku. Saya tak rasa saya akan bersara di Chelsea,” balas Courtois jujur.

Impak Brexit

Courtois juga memberikan pandangan beliau berkenaan impak referendum Kesatuan Eropah (EU) yang menyaksikan kemenangan kem Brexit – sekaligus menyaksikan Britain akan meninggalkan EU.

Courtois khuatir perkara ini akan membawa kepada kurangnya minat pemain dari negara lain untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Pound telah jatuh nilai. Ia akan memberi impak yang besar kepada ekonomi semua pemain yang sudah bermain di England atau yang mahu bermain di England.”

“Terdapat juga peraturan bahawa anda perlu bermain 70-75% daripada perlawanan untuk pasukan kebangsaan untuk mendapatkan permit kerja di England.”

“Jika peraturan ini tidak diubah suai, Liga Perdana Inggeris akan berdepan dengan kesukaran.”

Pada musim lepas, Courtois mencatat 5 clean sheets bersama Chelsea untuk menamatkan musim sukar bagi Chelsea di 10 kedudukan liga teratas.

Beliau kini dalam persiapan rapi bersama Belgium untuk menghadapi pusingan peringkat 16 pasukan dalam Piala Eropah 2016 menentang Hungary.

Baca juga: Panduan Memilih Sarung Tangan Penjaga Gol

The post Courtois: Saya Takkan Tamatkan Karier Di Chelsea, Ia Takkan Berlaku appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA