Musuh No. 1 Bola Sepak Croatia, Zdarvko Mamic Akhirnya Meletakkan Jawatan

“Saya meletakkan jawatan kerana tidak mahu menjadi beban.”

Itulah komen Zdravko Mamic, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) yang juga merupakan musuh nombor satu bola sepak Croatia ketika mengumumkan perletakan jawatannya di CFF semalam.

Mengapa secara tiba-tiba?

Tindakan Mamic ini boleh dikatakan satu tindakan yang mengejutkan kerana majoriti peminat bola sepak Croatia tidak menjangkakannya walaupun berita ini merupakan impian mereka.

Mamic dikatakan meletakkan jawatan selepas menerima tekanan daripada penyokong dan media di Croatia selepas terpalit dengan isu mengelak dari membayar cukai kepada pihak berkuasa.

Kemuncak kemarahan penyokong Croatia kepada Mamic berlaku ketika kempen EURO 2016 apabila sekumpulan penyokong Croatia yang diketuai oleh ultras Dinamo Zagreb (Bad Blue Boys) dan Hajduk Split (Torcida) membuat kacau-bilau ketika perlawanan kumpulan menentang Turki.

Kekacauan ini membuatkan UEFA bertindak mendenda Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) dan mengancam untuk menyingkirkan Croatia terus daripada kejohanan tersebut.

‘Saya tidak mahu menjadi beban’

Mamic mengumumkan perletakan jawatannya serta-merta ini hanya melalui sidang akhbar yang disebarkan olehnya ke semua pihak media di Croatia.

Menurutnya, beliau meletakkan jawatan kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada ‘urusan peribadi’ serta tidak mahu menjadi beban kepada kemajuan bola sepak Croatia.

“Saya tidak lagi mahu menjadi punca mengapa setiap kejayaan yang dibawa oleh rakan-rakan saya di FC Dinamo Zagreb dan juga di Persatuan Bola Sepak Croatia (CFF) kepada rakyat untuk bertahun lamanya dipandang rendah oleh semua.”

“Saya tidak mahu nama saya digunakan sebagai alasan kepada kerosakan bola sepak Croatia yang telah memberi kita rasa bangga diatas titik peluh usaha dan hasilnya.”

Mamic turut memberitahu beliau mahu menumpukan perhatian dan tenaganya untuk membela diri dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Saya akan menghabiskan masa untuk hal peribadi saya dan saya akan buktikan yang saya tidak bersalah dengan cara bagaimanapun.”

“Persatuan Bola Sepak Croatia dan FC Dinamo Zagreb akan selalu mempunyai penyokong paling setia iaitu saya.”

Reaksi peminat bola sepak Croatia

Reaksi bercampur-baur dari peminat bola sepak Croatia dapat disaksikan berikutan berita perletakan jawatan Mamic.

Namun begitu, secara kasarnya peminat bola sepak Crotia tidaklah begitu teruja dengan perletakan jawatan tersebut.

Pada asasnya, mereka lebih terkejut diatas kesanggupan Mamic menletakkan jawatan selepas ditekan teruk oleh peminat dan media kerana bagi mereka Mamic adalah seorang yang tidak mudah untuk ditewaskan.

Selain itu, para peminat dan media sudah meramalkan perletakkan jawatan Mamic tidaklah bersifat menyeluruh.

Hal ini kerana walaupun Mamic sudah mengumumkan perletakan jawatannya di peringkat kelab sebelum ini, Mamic masih lagi bertindak sebagai ‘penasihat’ belakang tabir bagi kelab Dinamo Zagreb.

Kumpulan ultras Dinamo Zagreb, Bad Blue Boys ternyata berang dengan pengaruh belakang tabir Mamic sehinggakan mereka berhenti datang ke stadium sejak musim 2015 dan mula menyokong pasukan futsal yang ditubuhkan mereka sendiri.

Apa yang berlaku di Croatia ini hanyalah satu peringatan kepada kita sebagai peminat bola sepak Malaysia bahawa desakan supaya Presiden FAM meletakkan jawatan adalah satu desakan sia-sia.

Desakan perletakan jawatan seharusnya ditujukan kepada barisan exco FAM. Ini kerana exco FAM lah yang berkuasa melantik Presiden FAM.

Baca juga : 5 Persamaan Keganasan Ultras Croatia (Vs Rep. Czech) Dengan Ultras Malaya (Vs Arab Saudi)

The post Musuh No. 1 Bola Sepak Croatia, Zdarvko Mamic Akhirnya Meletakkan Jawatan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Persamaan Keganasan Ultras Croatia (vs Rep. Czech) Dengan Ultras Malaya (vs Arab Saudi)

Jika anda menonton perlawanan Republik Czech vs Croatia yang berlangsung di Stade Geoffroy-Guichard, Saint-Étienne pada awal pagi Sabtu lepas (18 Jun 2016), anda telah disajikan oleh dua naratif menarik:

  • kebangkitan Republik Czech untuk seri 2-2 selepas ketinggalan 0-2
  • insiden keganasan penyokong Croatia pada minit 86′ ketika Croatian masih mendahului 2-1

Insiden keganasan penyokong Croatia ini membuatkan penonton seluruh dunia tertanya-tanya:

  • mengapa penyokong Croatia cuba menghentikan perlawanan ketika pasukan mereka masih beraksi dengan baik?
  • kemudian mengapa penyokong Croatia bergaduh sesama sendiri?

Persamaan dengan penyokong Malaysia

Sejurus selepas kejadian ini berlaku, ramai peminat bola sepak ingin mencari jawapan kepada soalan di atas.

Untuk mencari jawapan yang terbaik, ia haruslah datang dari penyokong Croatia yang neutral iaitu – penyokong yang faham mengapa keganasan penyokong Croatia ini berlaku TETAPI pada masa yang sama menentang keganasan dalam bola sepak.

Selepas meluangkan sedikit masa untuk membuat kajian, akhirnya kami terjumpa jawapan neutral yang kami mahukan di Reddit. Seperti yang kami mahukan, jawapan ini ditulis oleh:

  1. rakyat dan penyokong Croatia yang memahami bahasa Croatian
  2. faham mengapa keganasan ini berlaku
  3. bersifat neutral iaitu tidak bersetuju dengan sebarang bentuk keganasan dalam bola sepak

Berdasarkan jawapannya, kami dapat melihat terlalu banyak persamaan dengan senario bola sepak Malaysia.

Terutamanya dengan insiden keganasan yang dilakukan oleh penyokong kita ketika Malaysia vs Arab Saudi pada 9 September 2015 di Stadium Shah Alam.

Berikut merupakan persamaannya:

1. Seperti insiden Stadium Shah Alam yang didalangi ultras, insiden di Saint-Etienne pula didalangi oleh ultras Croatia

Dua kumpulan ultras yang dilaporkan terlibat adalah Bad Blue Boys (ultras Dinamo Zagreb) dan Torcida (ultras Hajduk Split).

9e31be879f690b77aaa6

Dua kumpulan ultras ini selalunya bermusuhan di peringkat domestik. Tetapi kami beranggapan mereka memahami konsep – the enemy of my enemy is my friend. Jadi mereka bersatu untuk mencipta kekecohan ini.

2. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang bermotif untuk memalukan FAM, insiden di Saint-Etienne pula bermotif untuk memalukan CFF

Melalui Bad Blue Boys dan Torcida, penyokong-penyokong Croatia di Saint-Etienne ingin meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan pengurusan Croatian Football Federation (CFF) yang penuh dengan korupsi.

Mereka benci dengan pucuk kepimpinan CFF sejak lamanya.

Dan insiden keganasan di Saint-Etienne merupakan cara mereka untuk memalukan pegawai CFF, memaksa mereka meletak jawatan dan memberitahu penyokong luar negara mengenai situasi bola sepak di Croatia.

Malah mereka juga tidak kisah jika pasukan kebangsaan mereka disingkirkan dari Piala Eropah 2016. Ini kerana mereka berpendapat – hanya dengan cara ini sajalah pengurusan CFF boleh dirombak.

3. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang ditujukan kepada pemimpin FAM, insiden di Saint-Etienne pula ditujukan kepada pemimpin CFF

Bagi penyokong Croatia, dua individu yang dikehdaki oleh mereka adalah Zdravko Mamic (kanan) and Davor Suker (kiri).

61118111

Zdravko Mamic merupakan pengarah de-facto CFF dan penasihat kelab gergasi Croatia, Dinamo Zagreb. Di sini sahaja kita boleh lihat persamaannya dengan amalan tipikal bola sepak Malaysia – pemimpin yang mempunyai conflict of interest.

Bagaimana Mamic dibenarkan mentadbir bola sepak Croatia jika beliau masih memegang jawatan di peringkat kelab?

Di Croatia, ia bukan satu rahsia lagi bahawa Mamic bertanggungjawab ‘merompak’ pemain, membeli pengadil, mengelak cukai, menghalang hasrat penyokong Dinamo untuk menjadi exco kelab dan menganggu urusan pasukan kebangsaan Croatia (gambar bawah).

mamic

Mamic juga bertanggungjawab menjual pemain bintang Dinamo seperti Luka Modric, Vedran Corluka, Mario Mandzukic, Eduardo, Sammir, Alen Halilovic, Mateo Kovacic, Daniel Pranjic, Milan Badelj dan banyak lagi.

Melalui transaksi penjualan pemain-pemain yang mencecah nilai jutaan euros ini, Mamic mendapat sedikit peratusan jualan sebagai duit poket peribadinya.

Insiden Eduardo

Jika jenayah di atas belum cukup untuk menaikkan darah anda, anda perlu tahu apa yang Mamic lakukan kepada Eduardo.

Adalah menjadi kebiasaan di Dinamo, mana-mana pemain muda yang mahu bermain dalam pasukan senior Dinamo perlu menandatangani kontrak yang menetapkan pemain perlu menyerahkan 50% gaji mereka kepada Mamic.

Eduardo yang ketika itu baru berusia 16 tahun dan tidak faham bahasa Croatia, menandatangani kontrak tersebut.

Hanya selepas berpindah ke Arsenal, barulah Eduardo sedar beliau telah ditipu dan haknya dirampas oleh Mamic. Eduardo cuba mengheret Mamic ke mahkamah, tetapi individu berpengaruh seperti Mamic sentiasa terlepas dari muka pengadilan.

Suker si boneka

Davor Suker, bekas penyerang kebangsaan Croatia yang membantu negaranya menduduki tempat ke-3 semasa Piala Dunia 1998 pula dianggap oleh penyokong dan media sebagai boneka Mamic.

Kesukaran mendakwa Mamic

Sebagai individu yang dilindungi oleh kawan-kawan ahli politik, adalah sukar bagi polis untuk membuka kes terhadap Zdravko Mamic. Ini membuatkan tuduhan penyokong Croatia terhadap Mamic tak lebih sekadar daripada suara-suara yang ‘bising’ sahaja.

Walaupun Mamic kini masih disiasat polis atas beberapa kes mengelak cukai, beliau hanya diberikan hukuman ringan iaitu – tidak dibenarkan menganggu urusan rasmi kelab (sedangkan masih aktif sebagai penasihat di belakang tabir).

Di peringkat CFF pula, beliau masih bebas.

4. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang dirancang awal-awal oleh ultras, insiden di Saint-Etienne juga dirancang awal-awal oleh ultras mereka

Perancangan untuk melakukan insiden keganasan di Saint-Etienne ini telah dirancang awal-awal dan dihebohkan secara sengaja di media sosial.

931cd9b6bb21b236f3ed

d9e17c011fa44ae0ef9a

Pihak berkuasa Croatia pula sudah lama memaklumkan rancangan ultras Croatia ini kepada pihak berkuasa Perancis.

Malah ultras Croatia juga dikatakan telah dapat membeli tiket atas bantuan penyokong kelab Perancis, Saint-Etienne. Tambah memburukkan keadaan, tiada pemeriksaan ID dilakukan sebelum penyokong masuk stadium.

Jumlah mercun dan flares yang berjaya diseludup masuk oleh ultras Croatia ini merupakan peringatan keras kepada pihak berkuasa Perancis supaya mempertingkatkan tahap keselamatan stadium.

5. Seperti insiden di Stadium Shah Alam yang berniat murni tetapi dengan dilaksanakan dengan cara yang salah, insiden di Saint-Etienne juga sama

Bagi kami, matlamat tak menghalalkan cara. Jika kami bersetuju dengan prinsip ini, sudah lama kami mengagung-agungkan Niccolo Machiavelli.

Matlamat mereka mungkin untuk memperkenalkan demokrasi dan ketelusan dalam bola sepak domestik, tetapi caranya salah. Malah langsung tak berkesan jika kita menganalisis kesan keganasan Stadium Shah Alam kepada ‘perubahan’ pucuk kepimpinan FAM.

Kebencian kedua-dua ultras kepada pengurusan bola sepak negara mereka sudah mencapai tahap kritikal sehinggakan mereka sanggup mensabotaj pasukan kebangsaan dan saudara sesama penyokong yang menolak keganasan bola sepak.

f246f7b4c7b095a42e04

Apabila kita bergaduh sesama sendiri, FAM dan CFF hanya gelak sesama mereka.

Apakah kita sudah lupa siapa musuh sebenar kita?

Baca juga: Penyokong Dinamo Zagreb Boikot Pergi Stadium, Sokong Pasukan Futsal Pula

The post 5 Persamaan Keganasan Ultras Croatia (vs Rep. Czech) Dengan Ultras Malaya (vs Arab Saudi) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Croatia

sebanyak 32 pasukan bola sepak dari 32 negara yang touchdown di rio de janeiro dengan misi masing-masing. host iaitu tuan rumah, brazil sudah pastinya mengharapkan piala dunia yang berbentuk toyol botak itu stay di sana tetapi jangan haraplah, rambut serupa beruk ada hati nak menang.
dalam 32 pasukan yang bertanding kali ini, aku memperkenalkan pasukan pilihan iaitu croatia. sebuah pasukan sedap.
as long as there is heart, there will be Croatia
*************************************
Analisis pertama (brazil 3 – 1 croatia)
Perlawanan pertama sudahpun tamat dan brazil berjaya mendapat 3 point. walaupun berjaya dapat point penting tersebut namun jauh di sudut hati si gemuk phil terserlah kerisauan akan persembahan croatia yang mengejutkan. mari kita lihat satu persatu.
1. kunci utama Croatia adalah untuk “silence the crowd” kerana apabila brazil mendapat goal terlebih dahulu akan menyebabkan keadaan bertambah sukar. 1st mission accomplished. pertolongan daripada marcelo, yang juga berambut beruk.
2. separuh masa pertama Niko Kovac menetapkan untuk Croatia bermain di kawasan sendiri bagi melancarkan susunan 4-4-2 dengan kemas dan teratur. keadaan ini berjaya mengekang asakan brazil untuk penetrate dan memecahkan susunan mereka. cara yang simple iaitu “hang back and cut off passing lane forwards”. keadaan ini membenarkan Brazil control possession yang mana kita boleh lihat semasa itu (65-35). mirip kepada gaya mourinho.

3.  si gemuk phil meletakkan neymar di tengah dan membuka ruang tepi untuk alves dan oscar bermain dan mengacah acah di sana. semakin turunnya geng Croatia ke bawah. semakin membuka ruang midfield untuk Brazil.

4.  apabila masing masing fokus mengekang neymar yang kalau diikutkan bukan power mana pun, oscar dibiarkan “face to face” dengan pemain yang tidak berpengalaman, Vrsljko. mana taknya. oscar ni dah la menyerlah dekat chelsea. silap Kovac di situ.

5.  separuh masa kedua memperlihatkan Modric dan Rakitic mengemudi bahagian tengah dengan sedap. Brazil dilihat “intend to sit deeper” dan kita menyaksikan Croatia saling menyerang. walaubagaimanapun ini meninggalkan ruang di bahagian pertahanan Croatia.

6. penalti beruk.

7. keeper croatia perlu tukar dengan orang lain lepas ni.

jack murthi,
putra height

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia