Video: Sisi Lain Cristiano Ronaldo Yang Cukup Indah

Cristiano Ronaldo seringkali dikaitkan dengan watak yang agak ego, angkuh dan individualistik di dalam padang.

Namun di satu sisi lain, Ronaldo tetap dikenali kerana sifat kemanusiaan beliau yang tinggi.

Beliau sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk melayan karenah peminat dan penyokong beliau.

Beliau juga sangat ringan tangan untuk membantu mangsa perperangan, perlarian, kanak-kanak dan bemacam lagi.

Ini adalah beberapa detik yang membuatkan sesiapa sahaja akan menghormati apa yang beliau lakukan meskipun bukan peminat beliau.

Baca juga: Ong Kim Swee Teruja Kongsi Ilmu Dari London, Sahkan Tiada Pengganti Nazirul

The post Video: Sisi Lain Cristiano Ronaldo Yang Cukup Indah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United

Selangor lawan Melaka United menyaksikan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri.

Separuh masa pertama

Perlawanan ini berlangsung dalam tempo yang agak perlahan apabila kedua-dua pasukan masing-masing seperti tidak berani untuk cuba memecah masuk ke dalam pertahanan lawan.

Namun begitu, Melaka United adalah pasukan yang lebih dominan kerana mereka lebih banyak menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola dan percubaan.

Perlawanan ini terpaksa menanti sehingga minit ke-15 untuk memperoleh percubaan tepat yang pertama apabila sepakan percuma Khuzaimi Piee dari jarak 30 meter berjaya ditepis keluar oleh Norazlan Razali.

Selepas itu kedua-dua pasukan tampak seimbang dari segi penguasaan bola dan juga percubaan apabila corak permainan kedua-dua pasukan mula bermain secara permainan terbuka.

Selangor hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 apabila percubaan S. Veenod yang ditepis oleh Badrul Zaman Halim gagal ditolak mudah oleh Forkey Doe yang percubaannya terkena pertahanan Melaka United yang mencuba menghalang.

Usaha Adam Nor Azlin untuk mencari gol hampir berhasil apabila percubaan beliau dari tepi padang hasil susulan sepakan penjuru hampir memasuki jaring Melaka United.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Adam sekali lagi hampir menjaringkan gol dari situasi yang hampir sama cuma kali ini di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir separuh masa pertama namun keputusannya tetap sama – percubaannya tersasar.

Melaka United hampir menjaringkan gol sebelum rehat apabila hantara lintang Amri Yahyah berjaya menemui Syed Sobri tetapi tandukannya sipi ke tepi gol.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Melaka United berjaya mendapat peluang untuk menjaringkan gol selepas hantaran lintang mencari Amri Yahyah di dalam kotak penalti berjaya ditangkap oleh Norazlan.

Selangor juga memperoleh peluang apabila hantaran tinggi Syahmi Safari berjaya menemui Forkey Doe namun rembatan kaki kiri beliau terus kedakapan Badrul Zaman.

Selangor dilihat pasukan yang lebih agresif apabila mengutip 3 kad kuning menerusi Adam Nor Azlin, Ugo Ukah dan Saiful Ridzwan.

Melaka United berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Khairu Azrin pada minit ke-68 selepas rembatan Khairu Azrin dari luar kotak penalti hasil satu placing shot yang menewaskan Norazlan.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Melaka United hampir menambah jaringan pada minit ke-76 apabila pertahanan import dari Korea Selatan Jeon Woo Young melakukan percubaan dari jarak dekat tetapi diselamatkan Norazlan.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas Victor Astafei yang menggantikan Halim Zainal menjaringkan gol menerusi tandukan dari sepakan penjuru Raimi Mad Nor.

Forkey Doe hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 tetapi percubaan beliau dari luar kota penalti tersasar.

Tamat perlawanan, Selangor 1-1 Melaka United.

Kesebelasan utama

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Razman Roslan (kapten), Ugo Ukah, Rizal Fahmi, Raimi Mad Nor, Saiful Ridzwan, Halim Zainal, Syahmi Safari, Adam Nor Azlin, Forkey Doe, S. Veenod

Melaka United: Badrul Zaman Halim (penjaga gol), G. Puaneswaran, Godwin Antwi, Khair Jones, Khuzaimi Piee, Khairu Azrin, Ezrie Shafizie, Syed Sobri, Amri Yahyah, Sergio Aguero, Ilija Spasojevic (kapten)

Baca juga: JDT Atasi FELDA United Di Larkin! Azammudin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol

The post Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Merasa cukup, tak ke mana.

Adakah kita patut bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita? Sudah semestinya, apatah lagi semua yang ada pada kita hanyalah suatu pinjaman yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wa taala. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya semula. Namun, adakah patut kita merasa cukup dengan apa yang telah kita berikan selama ini? Sudah tentu tidak. Sekiranya sesiapa yang merasa cukup dengan apa yang telah diberikan, memang tak akan ke mana-mana. Hebat sangatkah sumbangan kita sehingga kita “berhak” menjatuhkan air muka orang lain dengan cacian dan makian hanya disebabkan beberapa perlawanan bolasepak… perlawanan persahabatan pula tu. Cukup-cukuplah, bukankah kalah dan menang itu adat permainan. Yang lebih pelik lagi, sekiranya kejayaan yang dimiliki maka bukan main lagi bersorak meraikan kemenangan seolah-olah diri sendiri yang telah menjaringkan gol. Haru-biru dibuatnya. Entahlah, moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan seperti ini. Buat seketika, cuba hargai sumbangan orang-orang yang benar-benar menabur jasa dan bakti kepada negara.

Semangat patriotik yang harus dicontohi. Walau bagaimanapun,
penggunaan suar di dalam stadium adalah satu isu lain.

Dua persoalan di atas seakan-akan serupa tetapi sebenarnya tak sama. Bersyukur dan merasa cukup adalah dua perkara yang berbeza. Perbezaan tersebut hanya boleh disedari oleh orang-orang yang mahu berfikir. Dilahirkan sebagai rakyat Malaysia, bukan Brazil atau England maka kita patut bersyukur. Bersyukur dengan apa yang sudah ditentukan oleh Allah. Kalau tak bersyukur, sebab itulah ada yang menukar kewarganegaraannya. Terpulanglah, pilihan terletak di tangan masing-masing samada mahu bersyukur atau tidak. Berbeza dengan merasa cukup. Contoh, merasa cukup bangga menyokong kelab-kelab bolasepak ternama seperti Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea, atau Manchester City tapi memandang lekeh pasukan bolasepak kebangsaan seolah-olah semangat patriotik hanya sekali-sekala muncul itupun kalau skuad kebangsaan sudah berada di ambang kemenangan (atau pada Hari Kemerdekaan sahaja). Yang lebih perit lagi, merasa cukup dengan gelaran jaguh kampung apabila menang bersaing sesama sendiri tapi amat mudah patah semangat hanya disebabkan perlu bermain di atas padang berumput tiruan. In shaa Allah, bersyukur akan membawa kita jauh ke hadapan. Namun, berhati-hatilah dengan merasa cukup kerana sifat negatif tersebut hanya akan menyebabkan kita semakin mundur ke belakang.

Untuk memenangi mana-mana perlawanan, gol yang
dijaringkan mestilah melebihi gol yang dibolosi. Jangan
cepat putus asa kalau baru satu, dua perbezaan gol.

Oleh yang demikian, peringatan buat diri dan semua, sokonglah skuad kebangsaan seperti mana kita mahu para pemain serta jurulatih mempertahankan maruah tanah air kita. Sokongan yang tak berbelah bagi bukan sahaja sebelum sesuatu perlawanan tapi sokongan harus terus diberikan walaupun wisel penamat sudah ditiupkan. Semua pihak samada para pemain, barisan kejurulatihan, pihak pengurusan, media cetak dan elektronik, penonton, serta penyokong disaran membantu di antara satu sama lain secara positif dan bukannya membantu menjatuhkan sesama sendiri. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Tak perlu lagi menganjing orang lain. Kalau sudah sakit hati sangat, jangan ambil peduli lagi pasal bolasepak Malaysia. Tengok sajalah EPL, La Liga, Bundesliga, Serie A, UEFA Champions League atau yang lain-lain di kaca-kaca televisyen atau komputer anda. Orang Malaysia yang sejati sahaja yang berbangga dengan tanah tumpah darahnya sendiri. Kalau malu dengan negara sendiri (atau lebih teruk lagi, memalukan negara sendiri), rasanya PATI pun malu dengan orang-orang yang macam ini.

Negaraku: Tanah Tumpahnya Darahku

Jadi, bagi yang tak segan silu menyokong pasukan bolasepak kebangsaan ‘Harimau Malaya’, berikut adalah jadual perlawanan peringkat kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2014:

  • MALAYSIA lwn. Myanmar (23 November 2014, Ahad, Stadium Jalan Besar, Singapura) – 5 petang [ditunda] {keputusan: seri 0-0}
  • MALAYSIA lwn. Thailand (26 November 2014, Rabu, Stadium Jalan Besar, Singapura) – 5 petang [ditunda] {keputusan: kalah 2-3}
  • Singapura lwn. MALAYSIA (29 November 2014, Sabtu, Stadium Nasional Kallang, Singapura) – 8 malam {keputusan: menang 1-3, mara ke peringkat separuh akhir}
Yang berikut pula adalah jadual perlawanan peringkat separuh akhir, Piala Suzuki AFF 2014:
  • MALAYSIA lwn. Vietnam (7 Disember 2014, Ahad, Stadium Shah Alam, Selangor) – 8 malam {keputusan: tewas 1-2, agregat 1-2}
  • Vietnam lwn. MALAYSIA (11 Disember 2014, Khamis, Stadium Nasional Mỹ Đình, Hanoi, Vietnam) – 8 malam {keputusan: menang 2-4, agregat 4-5, mara ke perlawanan akhir}
Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2014!
  • Thailand lwn. MALAYSIA (17 Disember 2014, Rabu, Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand) – 8 malam {keputusan: tewas 2-0, agregat 2-0}
  • MALAYSIA lwn. Thailand (20 Disember 2014, Sabtu, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur) – 8 malam {keputusan: menang 3-2, agregat 3-4, muncul sebagai naib juara}
Senarai penjaring gol skuad kebangsaan:
Safiq Rahim (6 gol) {pemenang Kasut Emas, penjaring terbanyak kejohanan}
– Indra Putra Mahayuddin (2 gol)
– Mohd Amri Yahyah (1 gol)
– Safee Sali (1 gol)
– Norshahrul Idlan Talaha (1 gol)
– Mohd Shukor Adan (1 gol)

Selamat berjuang, HARIMAU MALAYA!

~ Ole, ole, ole, ole… kita juara… kitalah juara.

DUNIA BOLA SEPAK