Bola Sepak : Rekod Johor Darul Ta’zim FC Lebur

Tarikh 18 Februari 2017 pastinya menjadi saksi apabila pasukan Juara Liga Super tiga tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) gagal meneruskan rekod tanpa kalah mereka dalam 25 perlawanan berturut-turut selepas tewas kepada pasukan Perak The Bos Gaurus (Perak TBG) di bawah kendalian Ketua Jurulatih paling tua Liga Super 2017, Karl-Heinz Weigang dari Jerman dengan keputusan 1-2 dalam perlawanan di Stadium Ipoh, Perak. Jaringan 2 pemain import Perak TBG iaitu Yashir Pinto dan Vladislav Mirchev meranapkan rekod mereka setelah kali terakhir tewas adalah pada musim Liga Super 2015 iaitu kepada pasukan Felda United juga dengan keputusan 1-2 pada 22 Ogos 2015. Gol saguhati pasukan Harimau Selatan dijaringkan oleh penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri. Pada musim lalu, pasukan Harimau Selatan unggul apabila mencatat rekod baru yang pastinya sukar disaingi oleh pasukan-pasukan lain iaitu tidak tewas dalam 22 perlawanan Liga Super 2016 (18 Kemenangan & 4 Seri)

Walaupun rekod tanpa kalah mereka telah berakhir, pasukan JDT FC tetap merupakan antara pasukan terkuat saingan Liga Super 2017. Pasukan Harimau Selatan di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru dari Mexico, Benjamin Mora masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah di stadium keramat mereka Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos. Dengan saingan Liga Super 2017 yang masih panjang, pasukan Harimau Selatan tetap menjadi pilihan edisi kali ini. Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya akan bangkit semula dan memberikan fokus kepada satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain. Apapun tahniah kepada pasukan Perak TBG dan JDTFC kerana berjaya mempamerkan permainan terpuji dan beraksi dengan penuh semangat kesukanan walaupun bermain di atas padang yang becak. Saingan Liga Super 2017 pastinya akan menyajikan aksi-aksi menarik 12 pasukan yang bertanding.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC sekali lagi membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 akan datang. Ini merupakan kali keempat berturut-turut pasukan Harimau Selatan ini membawa cabaran ke saingan Piala AFC. Pasukan JDTFC yang kini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih bersal dari Mexico, Benjamin Mora merupakan Juara Piala AFC 2015 selain menjadi semifinalis pada edisi Piala AFC 2016.

Pada saingan Piala AFC 2017 ini, pasukan Harimau Selatan telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Kemboja). Dengan perubahan format pertandingan, pasukan juara kumpulan akan melangkah ke peringkat seterusnya manakala pasukan naib juara terbaik Kumpulan F, G atau H merebut satu slot pasukan ke peringkat seterusnya. Dengan perubahan format pertandingan ini, saingan pastinya akan lebih menarik dengan setiap pasukan akan memberikan permainan terbaik masing-masing merebut slot ke pusingan berikutnya. Bual Sukan percaya, dengan barisan pemain-pemain berpengalaman digabungkan dengan barisan pemain import dan pemain muda berkualiti, pasukan Harimau selatan mampu mencapai keputusan yang baik pada edisi kali ini. Namun begitu, saingan 3 lagi pasukan tidak boleh dipandang mudah kerana kecuaian mampu meranapkan impian pasukan JDTFC mara ke pusingan berikutnya. 
Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2017 pasukan Johor Darul Ta’zim FC :

21 Februari 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) Menang 3-0
(Gabriel Guerra, Nazmi Faiz, Safiq Rahim)

7 Mac 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Kedah Berada Di Puncak Liga Selepas Menewaskan Pahang 4-1 Di Darul Aman

Kedah menewaskan Pahang di Darul Aman. Mengakhiri rekod tanpa kalah Pahang musim ini. Berikut adalah laporan perlawanan.

Separuh masa pertama

Perlawanan bermula dengan pantas. Kedah memberikan tekanan kepada pasukan pelawat. Minit pertama lagi Baddrol Bakhtiar menguji Azraie menerusi cubaan jarak jauh.

Keywords:
Kedah vs Pahang ,Baddrol Bakhtiar (7),Jaewon Heo (15),Photo by Muhammad Syamil Naim / www.asiana.my,

Pada minit ke-6 Sumareh dilayangkan kad kuning pertama dalam perlawanan ini.

10 minit pertama dikuasai oleh pasukan Kedah namun Pahang berjaya meneutralkan ancaman pasukan Kedah yang banyak hadir dari sebelah kiri.

Minit ke-11 Pahang mendapat peluang menerusi set piece menarik daripada Syamim Yahya. Namun tandukan Kiko Insa liar. Ianya free header.

Minit ke-15, Ken Ilso menerima bola di dalam kotak penalti namun beliau gagal melakukan sesuatu ke atas bola tersebut. Ia disusuli sepakan liar daripada luar kotak penalti oleh Sandro.

Perlawanan berlangsung dalam tempo sederhana selepas itu. Pahang cuba untuk mendapatkan rentak mereka di dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-27, Matheus Alves melakukan cubaan yang terkena pada Khairul Helmi. Ianya selepas pemain Kedah gugup melakukan hantaran.

Selang 10 minit, Syazwan Zainon berjaya menewaskan Davies untuk masuk ke dalam kotak penalti. Namun cubaan beliau dihadang.

Serangan balas dilakukan Pahang menerusi Sumareh. Namun, hantaran lintang beliau ditepis oleh Iftwat.

Pada minit ke-39, berpunca daripada kelemahan pertahanan Kedah, Pahang menyerang dan mendapat peluang keemasan menerusi Sumareh. Namun cubaan beliau dipatahkan oleh Ifwat.

Pada minit ke-43, giliran Wan Azraei pula menyelamatkan pintu gol Pahang selepas menepis sepakan percuma Sandro.

Rizal Ghazali dilayangkan kad kuning pada akhir babak kerana kekasaran profesional ke atas Wan Zaharulnizam.

Sebelum wisel penamat separuh masa pertama. Kedah menyudahkan team goal menerusi cubaan leret deras Baddrol Bakhtiar. Satu gol berpasukan yang cantik!

Tidak lupa juga, The Sniper meraikan gol dengan gaya seorang sniper!

Wan Zaharulnizam cuba membalas jaringan tersebut pada cubaan terakhir di separuh masa pertama. Namun cubaan beliau sedikit liar.

Separuh masa kedua

Bersambung separuh masa ke-2, Ken Ilso mendapat peluang keemasan, namun cubaan beliau agak tinggi. Ianya dilakukan dari dalam kotak penalti.

Pada minit ke-49 Amirul Hisyam dibawa masuk menggantikan Akram Mahinan.

Ilso sekali lagi menguji Azraei. Namun ia mudah diselamatkan oleh penjaga gol Pahang tersebut. Tan Cheng Hoe melakukan pertukaran kedua.

Tan Cheng Hoe memasukkan Farhan Roslan menggantikan Syazwan Zainon.

Minit ke-65, Sandro mensia-siakan peluang di hadapan gol. Namun 2 minit selepas itu Ken Ilso menambah gol untuk Kedah.

Kedah player (Ken Ilso Larsen) and Pahang pgoalkeeper (Wan Muhammad Azree) in action during Super League match between Kedah FA and Pahang at Darulaman Stadium on 11th February 2017. Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my

Ianya selepas lorongan cantik daripada Liridon Krasniqi. Assist ke-2 Liridon dalam perlawanan ini dan ke-5 musim ini.

Kedah players and Pahang player (Wan Zaharulnizam) in action during Super League match between Kedah FA and Pahang at Darulaman Stadium on 11th February 2017. Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my

Minit ke-73, Ashaari dimasukkan menggantikan Wan Zaharulnizam.

Minit ke-75, Farhan Roslan membunuh perlawanan dengan gol ke-3 selepas idea menarik Zac Anderson dari situasi sepakan penjuru.

Minit ke-78, Ifwat sekali lagi melakukan aksi menyelamat selepas kelekaan pertahanan pasukan Kedah.

Fakri Saarani dimasukkan menggantikan Baddrol Bakhtiar. Kedah mahu menambahkan bantuan ketika bertahan di kawasan sayap.

Kelekaan pertahanan Kedah yang mungkin agak terbuat-buai dengan kedudukan 3-0 akhirnya dihukum oleh Matheus Alves. Satu jaringan yang cantik pada minit ke-89.

Pada masa kecederaan Ken Ilso menjarakkan kedudukan kepada 3 gol sekali lagi.

Ia adalah jaringan terakhir malam ini. Kedah menang 4-1.

Baca juga:Melaka United Dikecewakan T-Team, Terus Gagal Mencari Kemenangan Di Liga Super

The post Kedah Berada Di Puncak Liga Selepas Menewaskan Pahang 4-1 Di Darul Aman appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Cabaran Johor Darul Ta’zim FC di Piala AFC 2017

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) selaku Juara Liga Super Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2016 sekali lagi akan bersaing di Kejohanan Piala AFC 2017 akan datang bersama-sama dengan Naib Juara Liga Super Malaysia 2016, Felda United FC. Saingan Piala AFC 2017 ini merupakan edisi ke 14 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2004. Pasukan Harimau Selatan merupakan juara Piala AFC 2015 sekaligus memecah dominasi kelab-kelab Asia Barat yang sentiasa menjadi juara setiap edisi kejohanan Piala AFC. Pada saingan Piala AFC 2016 yang lalu, pasukan JDTFC terkandas di pusingan separuh akhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh kelab India, Bengaluru FC. Bagi saingan Piala AFC 2017, format pertandingan telah dipinda supaya saingan dilihat lebih kompetitif.

Pasukan JDTFC di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Mexico, Benjamin Mora diundi dalam kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Cambodia). Perlawanan pertama akan berlangsung pada 21 Februari 2017 manakala perlawanan terakhir kumpulan akan berlangsung pada 3 Mei 2017. Setiap kelab dilihat berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya di mana pasukan juara akan ke peringkat separuh akhir zon masing-masing. Setipa kelab ini mempunyai barisan pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan dengan pemain import serta barisan pemain muda berpotensi masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya mempunyai peluang yang lebih cerah ke saingan peringkat berikutnya. Ketua Jurulatih masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing.
Bual Sukan menjangkakan saingan menarik akan dipamerkan oleh JDTFC bagi mencerahkan peluang merangkul kejuaraan edisi Piala AFC 2017 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Kumpulan F Piala AFC 2017 akan datang :

21 Februari 2017
Global FC (Filipina) lwn Magwe FC (Myanmar)
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

7 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Global FC (Filipina)
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Magwe FC (Myanmar), 
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 
Magwe FC (Myanmar) lwn Global FC (Filipina)

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)
Global FC (Filipina) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda?

Semalam dalam satu status facebook yang dimuat naik oleh ALOR SETAR – Better City for Better Life menyebut tapak Stadium Darul Aman yang ada sekarang bakal digunakan untuk pembangunan urbanisasi.

Ianya sebahagian daripada program dalam Draf Perancangan Majlis Bandaraya Aor Setar (MBAS) 2035.

Untuk pengetahuan semua, Stadium Darul Aman telah beroperasi sejak 1962.

Tapak stadium yang sedia ada sekarang telah dikenalpasti sebagai kawasan strategik untuk pusat pelbagai pembangunan.

MBAS juga mencadangkan agar stadium baru untuk pasukan bola sepak Kedah akan dibina di Stargate yang merupakan tanah bendang.

Berdasarkan tinjauan kami, rata-rata penyokong Kedah kurang bersetuju dengan cadangan ini.

Mereka lebih memilih untuk kekal di tapak yang ada sekarang kerana ia lebih mudah untuk diakses.

Tambahan pula, jika benar tapak baru itu adalah tanah bendang, ianya dikhuatiri tidak sesuai.

Selain itu, pihak MBAS perlu mengambil kira isu kos yang lebih tinggi untuk membina stadium baru.

Jadi, pilihan yang lebih baik seperti menggunakan duit yang ada untuk penambahbaikan stadium.

Ini termasuk penambahan kapasiti stadium yang sedia ada sekarang.

Mereka turut mengambil contoh kelab seperti Chelsea dan Liverpool yang hanya perbesarkan lagi stadium mereka.

Ini kerana, sentimen penyokong ke atas stadium juga harus diambil kira.

Ianya nampak remeh, namun sebagai peyokong bola sepak sejati, hanya mereka yang tahu akan rasa sayang dengan stadium yang sudah lama menjadi rumah mereka.

Apa pula kata anda? Ia mungkin ada pro dan kontra. Pihak yang melakukan perancangan ini harus ada kajian sedalam-dalamnya.

Pembinaan stadium bola sepak perlu mengambil kira pelbagai faktor.

Baca juga: Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig

The post Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Gamba Osaka lawan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim FC akan berkunjung ke Jepun bertemu kelab Liga Divisyen 1 Jepun (J-League 1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada 7 Februari 2017 di Stadium Bola Sepak Bandar Suita. Pemenang perlawanan ini akan melangkah ke pusingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dalam Kumpulan H bersama-sama dengan pasukan Adelaide United (Australia), Jiangsu Suning (China) dan Jeju United (Korea Selatan). Pasukan JDTFC sebelum itu berjaya menewaskan pasukan Bangkok United FC dari Thailand dengan penentuan sepakan penalti 5-4 setelah kedudukan terikat dengan keputusan 1-1. Pasukan Gamba Osaka merupakan pasukan yang berada di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (J1) pada musim 2016.
Selain itu juga, pasukan Gamba Osaka yang dibimbing oleh Ketua Jurulatih berasal dari Jepun, Kenta Hasegawa yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Jepun adalah antara pasukan yang berjaya muncul juara AFC Liga Juara-Juara Asia iaitu pada edisi 2008 menewaskan pasukan Adelaide United dengan agregat 5-0. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora pastinya akan berdepan tugas getir berdepan pasukan lawan yang dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan, bekas pemain kebangsaan serta pemain import berkualiti. Antara pemain yang perlu diberikan perhatian adalah Ketua Pasukan mereka, Yasuhito Endo yang amat berpengalaman di peringkat kelab dan antarabangsa. JDTFC juga akan beraksi tanpa penyerang import dari Argentina iaitu Jeronimo Barrales yang dilayangkan kad merah pada pertemuan bertemu Bangkok United FC pada 31 Januari yang lalu.

Bual Sukan percaya, kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal untuk memerangkap lawan masing-masing. Dengan disiplin menyerang dan bertahan yang baik pastinya akan membuahkan hasil. Walauapapun keputusan perlawanan ini, JDTFC wajar diberikan pujian kerana berjaya melangkah ke pusingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 dan tidak mustahil mereka mampu melangkah lebih jauh di masa akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Bangkok United FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDTFC) atau nama gelaran mereka Harimau Selatan sekali lagi akan turun ke saingan pusingan kelayakan kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 atau 2017 AFC Champions League menentang pasukan Bangkok United FC (BUFC) di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand pada 31 Januari 2017 akan datang. Ini adalah kali ketiga berturut-turut pasukan JDTFC yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih Mexico, Benjamin Mora bersaing pada pusingan kelayakan AFC Liga Juara-Juara Asia. Musim lalu mereka tewas melalui penentuan penalti dengan kelab Thailand Muangthong United FC setelah terikat 0-0 sepanjang perlawanan 120 minit berlangsung. Manakala pada musim 2015, pasukan JDTFC tewas kepada kelab Thailand, Bangkok Glass dengan keputusan 3-0. Pasukan BUFC atau nama gelaran mereka Bangkok Angels di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Brazil, Alexandre Polking merupakan naib juara Liga Premier Thailand 2016 manakala JDTFC adalah juara Liga Super Malaysia 2016.

Pemenang pusingan kelayakan kedua AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 antara JDTFC dan Bangkok United FC akan bertemu dengan kelab di tangga keempat Liga Divisyen 1 Jepun (Liga J1), Gamba Osaka pada saingan playoff AFC Liga Juara-Juara Asia 2017 yang dijadualkan pada 7 Februari 2017 di Stadium Bolasepak Bandar Suita, Jepun. Pasukan BUFC pastinya mempunyai kelebihan apatah lagi mereka beraksi di gelanggang sendiri. Namun begitu, wakil negara JDTFC pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada pasukan BUFC sekaligus melangkah ke pusingan playoff bertemu Gamba Osaka.  

Bual Sukan percaya, perlawanan kedua-dua pasukan ini pastinya akan berlangsung sengit apatah lagi kedua-dua pasukan ini dibarisi oleh beberapa pemain kebangsaan serta bekas pemain kebangsaan negara masing-masing digandingkan bersama barisan pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi dalam satu pasukan. Kedua-dua Ketua Jurulatih pasukan pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal yang diharapkan mampu memerangkap pasukan lawan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu ke pusingan seterusnya. Semoga berjaya kepada pasukan JDTFC dalam misi melakar sejarah sebagai kelab Malaysia pertama ke saingan peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara Asia.    

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan Johor Darul Ta’zim FC

Juara bertahan Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan sekali lagi akan beraksi mewakili kelab Malaysia bersama-sama dengan Juara Piala Malaysia 2015, Selangor ke saingan Piala AFC 2016. JDT FC yang juga Juara Liga Super 2015 pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan saingan kali ini. Pasukan Harimau Selatan di bawah bimbingan Ketua Jurulatih daripada Argentina, Mario Gomez telah diundi dalam Kumpulan H bersama-sama dengan kelab Bengaluru FC dari India, Lao Toyota FC (Laos) dan Ayeyawady United (Myanmar). Setiap pasukan pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk merebut 2 tempat teratas kumpulan seterusnya melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik pada saingan kali ini.
Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan pastinya mempunyai strategi serta perancangan taktikal dan formasi terbaik untuk menghadapi 3 kelab ini sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Dengan jadual perlawanan yang padat di sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa sudah tentulah memerlukan setiap pemain mengekalkan kecergasan terbaik masing-masing selain mengelakkan kecederaan berlaku. Ketua Jurulatih mereka juga pastinya akan membariskan pemain-pemain terbaik setipa perlawanan bagi memastikan pasukan JDT FC mampu melangkah ke pusingan seterusnya dengan memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain.

Kekentalan barisan pertahanan serta kemampuan menyudahkan peluang terhidang pastinya akan membawa kejayaan kepada pasukan Harimau Selatan. Berikut adalah keputusan perlawanan Piala AFC 2016 Pasukan JDT FC : 

24 Februari 2015
Johor Darul Ta’zim FC lwn Ayeyawady United (menang 8-1)
(Safiq Rahim (3), Jorge Pareyra Diaz, Marcos Antonio, Juan Martin Lucero (2), Aidil Zafuan)

9 Mac 2016
Bengaluru FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

16 Mac 2016
Johor Darul Ta’zim FC lwn Lao Toyota FC

13 April 2016
Lao Toyota FC lwn Johor Darul Ta’zim FC

27 April 2016
Ayeyawady United lwn Johor Darul Ta’zim FC

11 Mei 2016
Johor Darul Ta’zim FC lwn Bengaluru FC

* Kemaskini pada 24 Februari 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Senarai Pemain Pasukan Johor Darul Ta’zim FC 2016

Juara bertahan Liga Super 2015 serta juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim FC atau JDT FC pastinya sekali lagi menjadi pasukan pilihan untuk saingan Liga Malaysia 2016 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain bintang, pasukan yang mendapat gelaran Harimau Selatan atau The Southern Tigers ini pastinya akan turun mempertahankan gelaran serta menambah koleksi kejuaraan yang mereka miliki. Masih mengekalkan kebanyakan pemain-pemain musim lalu, JDT FC yang dilatih oleh Ketua Jurulatih berpengalaman dari Argentina iaitu Mario Gomez pastinya akan memastikan pasukan mereka mencatat kejayaan membanggakan pasukan JDT FC.


Musim 2016, pasukan JDT FC bakal diperkuatkan dengan kehadirang penyerang berbisa dari Brazil iaitu Paulo Rangel yang pernah mewakili pasukan Perak, Selangor dan Terengganu selain kehadiran semula penyerang Argentina iaitu Jose Pareyra Diaz. Selain itu, turut menyertai JDT FC ialah pemain sayap dari Pahang iaitu Azamuddin Akil. Bual Sukan percaya, laluan JDT FC untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki pastinya lebih mencabar di mana setiap pasukan pastinya akan memberikan cabaran getir antara satu sama lain bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan masing-masing. Dengan saingan Liga Malaysia 2016 yang akan dijalankan secara penswastaan, saingan musim 2016 pastinya akan lebih sengit dan mencabar. Dengan perancangan strategi, taktikal dan formasi yang menjadi, tidak mustahil pasukan Harimau selatan ini mampu sekali lagi mencatat kejayaan memberangsangkan bagi musim Liga Malaysia 2016 akan datang. 

Berikut adalah senarai pemain pasukan Johor Darul Ta’zim FC atau Harimau Selatan pada saingan Liga Malaysia 2016 akan datang :

PENJAGA GOL
Farizal Marlias, Samuel Sommerville, Mohd. Izham Tarmizi

PERTAHANAN
Mohd. Fazly Mazlan, Asraruddin Putra Omar, Marcos Antonio (Brazil), Aidil Zafuan Abdul Razak, Mahali Jasuli, Mohd. Amer Saidin, Fadhli Shas
TENGAH
Amirul Hadi Zainal, Safiq Rahim (Ketua Pasukan), S.Kunalan, Gary Steven Robbat, Hariss Harun (Singapura), Mohd. Shakir Shaari, Azamuddin Akil, Mohd. Nazrin Nawi, Jasazrin Jamaluddin, S.Chanturu, Junior Eldstal, Muhammad Akram Mahinan

PENYERANG 
Paulo Rangel (Brazil), Safee Sali, Jorge Pareyra Diaz (Argentina), Mohd. Azinee Taib, Mohd. Amri Yahyah

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Johor Darul Takzim vs Felda United: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Suku akhir kedua Piala Malaysia akan berlangsung pada malam esok, Sabtu 28 November 2015.

SemuanyaBOLA dengan kerjasama Media Prima membawakan kepada anda previu perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia 2015.

Untuk bahagian kedua ini, kami bawakan kepada anda previu perlawanan di antara Johor Darul Takzim dan juga Felda United.

Baca: Selangor Vs Sarawak: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia

Keputusan Suku Akhir Pertama:

Johor Darul Takzim 1-1 Felda United

Rekod Pertemuan 6 Perlawanan Terakhir

6JD

Prestasi Semasa: 6 Perlawanan Terakhir

Johor Darul Takzim – S S M M M M

6JDT

Felda United – S M K S S S

FEL

Analisis Corak Permainan Semasa:

Johor Darul Takzim

  • serangan sayap kanan
  • efektif dengan sistem ‘target man’ klasik
  • menguasai kawasan tengah
  • counter attacking football

Felda United

  • Serangan melalui 2 sayap / flank
  • Bolasepak pantas dan bertenaga
  • ‘counter attacking’ football
  • sistem pertahanan yang agresif

Kekuatan

Johor Darul Takzim

  • memiliki kekuatan dalam (depth) yang bagus di bangku simpanan
  • mencipta peluang melalui hantaran silang
  • sistem pertahanan yang kuat
  • keupayaan mengekalkan clean sheet

Felda United

  • Sistem serangan balas yang efektif
  • Kuat dalam menewaskan perangkap ofsaid
  • ramai pemain lincah

Kelemahan

Johor Darul Takzim

  • kerap lambat untuk mendapat rentak (settle down)
  • Kurang ‘depth’ di kawasan no.9

Felda United

  • Mematikan counter attack dari sayap
  • Berdepan pemain lincah

Pemain Tumpuan

S. Chanturu

s chanturu

Dalam perlawanan sebelum ini, beliau adalah antara pengubah tempo dan perlawanan bersama-sama dengan Luciano Figueroa.

Antara pemain yang mungkin akan mengubah keputusan daripada bangku simpanan. Variasi permainan serta ada kelajuan dan tenaga yang tinggi.

Sangat susah untuk merantai pergerakan beliau apabila beliau berkasi dengan cemerlang.

Christie Jayaseelan

christie jayaseelan

Selepas aksi cemerlang pada pertemuan pertama, beliau berpeluang membawa Felda United ke separuh akhir Piala Malaysia.

Pemain ini memberikan masalah besar kepada S. Kunanlan dalam perlawanan pertama.

Beliau amat menggemari perlawanan ini dan kerapkali menjadi pemain yang efektif dalam pertembungan sebelum ini.

Sebelum Wisel

Ini mungkin suku akhir kedua yang paling terbuka setelah Felda United gagal mendapat gol kedua semasa aksi suku akhir pertama Piala Malaysia.

Felda United juga perlu meyalahkan diri sendiri kerana membenarkan Johor Darul Takzim membawa 1 gol tempat lawan yang berharga semasa Johor Darul Takzim beraksi di bawah prestasi sebenar mereka.

Johor Darul Takzim jelas sekali pasukan pilihan dan Felda United sebagai ‘pengejar’ dalam perlawanan ini.

Johor darul Takzim perlu mengelakkan Felda United menjaringkan 2 gol pendahuluan. Namun ia nampak berat untuk Felda United sekiranya pertahanan Johor Darul Takzim berada dalam prestasi terbaik mereka.

Johor Darul Takzim tetap harus waspada kerana Felda United merupakan antara pasukan yang banyak menembusi pintu gol mereka berbanding pasukan lain.

Tempoh hari, Felda United membuktikan, fleksibiliti dan kepantasan mereka adalah sukar dibendung jika mereka berada dalam gear utama.

Cuma Irfan Bakti terpaksa bedepan dengan isu stamina dan kecergasan pemain yang menyaksikan prestasi Felda United agak merudum pada separuh masa kedua.

24 gol daripada 6 pertemuan terakhir daripada kedua dua pasukan memastikan ini adalah perlawanan yang bakal menyaksikan aksi serang-menyerang kedua-dua pasukan.

Siaran Langsung

Saksikan PKNS FC menentang Kedah SIARAN LANGSUNG pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV9 dan secara ‘global live streaming’ menerusi www.tonton.com.my/liveList.

Anda juga boleh saksikan SIARAN TERTUNDA antara Lions XII dan Pahang pada 28 November (Sabtu) ini jam 8.30 malam di TV3 dan secara ‘global live streaming’ menerusiwww.tonton.com.my/liveList.

*Perlawanan di antara Lions XII menentang Pahang merupakan SIARAN TERTUNDA kerana perlawanan bermula awal di Stadium Jalan Besar.

Insta Suku 2

The post Johor Darul Takzim vs Felda United: Previu Suku Akhir Kedua Piala Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA