Der Spiegel Dedahkan Ronaldo Pernah Membayar $375,000 Tutup Mulut Mangsa Rogol

Media Jerman Der Spiegel mengeluarkan kenyataan berat ke atas Cristiano Ronaldo yang dikatakan telah terlibat dalam kes rogol di Las Vegas pada tahun 2009.

Peristiwa itu dikatakan berlaku pada 13 Julai 2009. Wanita tersebut ketika itu berusia 25 tahun. Ronaldo sudah menafikan tuduhan liar itu dan menggelarnya fiksyen kewartawanan.

Laporan Der Spiegel

Der Spiegel memuat naik satu dokumen siasatan melibatkan wanita yang diperkosa itu. Dokumen itu dibocorkan oleh sekumpulan penggodam football leaks.

Ronaldo bertemu dikatakan pernah bertemu dengan wanita dengan nama samaran Susan K.

Susan dan rakannya pergi ke sebuah hotel mewah, Palm Place Hotel. Di sana Susan mendakwa Ronaldo telah merogolnya.

Selepas dirogol, Susan telah melaporkan kejadian itu di balai polis Las Vegas. Namun kes itu diselesaikan atas persetujuan bersama.

Laporan Der Spiegel menyebut satu laporan hampir enam muka surat ditulis oleh Susan K. Antara petikan laporan tersebut:

Apabila Susan K. dengan kawan wanitanya tiba di hotel, Ronaldo dan rakan-rakannya sedang menikmati jakuzi.

Ronaldo mengajak Susan untuk mandi bersama. Selepas Susan K menukar baju mandi, mereka pun bercium. Ronaldo kemudian telah membaringkan gadis itu di atas katil.

Susan cuba melindungi dirinya dengan kedua-dua tangan dan berulang kali menjerit ‘Tidak, tidak, tidak, tidak,’ dan meminta anda untuk berhenti.

Susan berkata:

“Saya tidak pernah setakut itu dalam hidup saya. Apabila ia berakhir. Saya yakin 99% Ronaldo adalah lelaki yang baik. Namun 1% lagi sukar untuk dijelaskan.”

Penyelesaian luar mahkamah

Der Spiegel mendakwa mereka ada bukti satu dokumen perjanjian secara “Memorialization” dengan perinciann terma-terma perjanjian tersebut.

Dokumen tersebut tidak menyebut nama Susan K. atau Ronaldo. Sebaliknya, dokumen itu merujuk kepada kedua-dua pihak tanpa nama: “Ms. P. “dan” Mr. D. ”

Dokumen itu telah ditandatangani oleh Susan, beberapa peguam, dan Carlos Osório de Castro (bekas peguam Ronaldo).

Penyelesaian tersebut mengandungi 11 fasal yang menggariskan syarat-syarat yang harus dipatuhi dan telah dierpsetujui kedua-dua pihak.

Antara syaratnya:

– Encik D. perlu membayar Cik P. sebanyak $ 375,000.

– Cik P. bersetuju untuk menggugurkan secara kekal semua pertuduhan dan semua dakwaan terhadap Encik D.

– Kedua-dua pihak tidak akan bercakap dengan sesiapa sahaja tentang apa sahaja yang berlaku di dalam bilik tidur, memadam mana-mana semua rekod bertulis atau elektronik berkaitan kejadian itu.

– Jika Cik P. dihubungi oleh pihak ketiga, Cik P. harus menjawab dia tidak ada apa-apa komen seperti mana yang dipersetujui dalam fasal sulit perjanjanjian/penyelesaian ini.

– Cik P. juga dilarang untuk membincangkan insiden itu dalam apa-apa jua sesi terapi berkumpulan.

– Jika sebarang syarat pernjanjian itu dilanggar, Cik P. perlu membayar balik duit yang telah dibayar oleh Encik D. kepada beliau.

Rakaman laporan polis dari telefon

Der Spiegel turut memuat naik dokumen rakaman percakapan Susan K dengan pihak polis. Panggilan ini dikategorikan sebaga Kod 426. Kod untuk kesalahan seksual.

Anggota polis, yang bercakap dengan Susan, menyatakan bahawa pemanggil dalam keadaan tertekan, menangis, dan enggan memberikan nama pelaku yang dikatakan.

Pemanggil hanya menyebut si perogol adalah seorang atlet yang menjadi public figure.

Selepas menerima laporan itu, Polis Las Vegas bergegas ke rumah Susan K. Susan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti. Susan dirawat oleh doktor dan diklasifikasikan sebagai mangsa rogol.

Peguam Susan K terus menghubungi penguam Ronaldo ketika itu. Selepas kes inilah Ronaldo dikatakan mencari peguam yang pakar dalam mengendalikan kes selebriti.

Ini antara soalan lisan adalah yang akan diajukan peguam kepada Ronaldo, dan dia menjawab mereka secara lisan:

Soalan 60: “Bagaimana keadaan pertemuan pertama adan dengan Cik C?”

Soalan 80: “Adakah Cik C sebelum bertemu anda ada mengambil sebarang dadah?”

Soalan 141: “Apa jenis sentuhan fizikal pertama di antara anda dan Cik C selepas anda meninggalkan kawasan jakuzi?”

Soalan 152: “Apakah ada berlaku ‘penembusan’ secara seksual?”

Soalan 158: “Ada sebarang kekejaman dalam tingkah laku brutal ketika tindakan seksual anda?”

Soalan 163: “Adakah Cik C menjerit atau meraung?”

Soalan 165: “Adakah Cik C mempunyai kata-kata seperti ‘hentikn’ atau ‘tidak’ atau ‘jangan’ atau sebagainya?”

Soalan 190: “Adakah anda memohon maaf kepada beliau atau selepas anda mengadakan hubungan seks itu?”

Soalan 270: “Dalam apa keadaan fizikal dan mental, Cik C meninggalkan bilik hotel?”

Der Spiegel melaporkan bahawa rundingan penyelesaian bermula pada musim luruh tahun 2009. Namun proses sangat lama sehingga 12 Januari 2010.

Kedua-dua pihak akhirnya bersetuju untuk menutup kes melalui orang tengah. Ronaldo dilaporkan tidak menghadiri sesi muktamad rundingan tersebut.

Namun begitum, Susan K dikatakan pernah berhasrat untuk menarik balik keputusan beliau. Susan menulis surat kepada Ronaldo yang diterima oleh peguam Ronaldo. Antara isu kandungan surat adalah:

“Anda ‘menerkam’ dari belakang dengan rantai rosary putih leher anda! Saya ingin bertanya dua soalan ekspresif.”

“Apakah yang Tuhan akan fikirkan !!!

“Apakah yang akan Tuhan fikirkan tentang anda !!!”

“Saya berharap saya boleh memberitahu dunia siapakah diri anda yang sebenarnya.”

“Saya tidak kisah dengan wang dari anda, saya mahukan keadilan, tetapi seperti tidak ada keadilan dalam perkara ini.”

“Dan saya sudah tidak seperti siapa diri saya sebelum ini. ”

Surat Susan kepada Ronaldo berakhir dengan ‘PS’ seperti Beliau kesal kerana telah bersetuju untuk perjanjian itu,

Susan menulis PS: “Hari ini saya akan menarik semula keputusan saya !! Setelah setahun anda merogol saya.”

Deadspin mencari kepastian

Pasukan media Deadspin kemudian menghubungi Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dalam usaha untuk mencari laporan polis yang disebut dalam laporan Der Spiegel.

Pegawai Larry Hadfield, menyatakan dalam pengkalan data mereka tidak dapat mengesan sebarang nama Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro disenaraikan sebagai suspek dalam mana-mana siasatan serangan seksual.

Laporan Der Spiegel memang ada menyatakan bahawa, setiap laporan polis itu, Susan K. tidak pernah memberikan polis nama pelaku yang dikatakan.

Der Spiegel juga menyatakan mereka juga pernah menghubungi dengan Susan dan rakan wanita yang menemaninya malam itu.

Susan K. hanya menjawab “No comment, no comment” dengan suara menggeletar di dalam telefon.

Der Spiegel kemudian pergi ke rumah Susan K. Ketika melihat ada wartawan di luar rumahnya di Las Vegas, dia melarikan diri dalam kedaan panik.

Rakan-rakan beliau juga enggan mengulas langsung tentang cerita itu.

Pihak Ronaldo kecewa dengan pembohongan Der Speigel

Peguam Ronaldo menafikan ketepatan laporan tersebut untuk Der Spiegel. Agensi sukan Gestifute mengeluarkan kenyataan berikut selepas laporan tersebut diterbitkan:

Akhbar Jerman Der Spiegel hari ini menerbitkan laporan menyeluruh mengenai dakwaan rogol yang dikatakan telah dibuat kepada Cristiano Ronaldo pada tahun 2009, iaitu kira-kira 8 tahun yang lalu.

Ia adalah hanya sekeping fiksyen kewartawanan.

Mangsa dikatakan enggan dikenal pasti dan menguatkan cerita ini.

Dan seluruh plot adalah berdasarkan kepada dokumen yang tidak ditandatangani dan di mana pihak-pihak yang dikenal pasti oleh Kod, dalam e-mel antara peguam yang tidak berkaitan Cristiano Ronaldo.

Kesahihannya yang mereka sendiri tidak tahu, dan dalam surat yang sepatutnya yang akan dihantar oleh mangsa, tetapi yang dia (Ronaldo) tidak pernah langsung menerimanya.

Laporan oleh Der Spiegel adalah palsu dan Cristiano Ronaldo akan bertindak terhadap media ini dengan apa jua cara dengan jari beliau sendiri.

Pertuduhan ini amat menjijikkan dan keterlaluan yang tidak dapat dijelaskan.

Semoga pihak yang benar beroleh keadilan. Ronaldo dikatakan akan mengambil tindakan keras ke atas akhbar tersebut.

Baca juga: Bagaimana Gentlemen’s Agreement Dalam Bola Sepak Kita Praktikkan Sejak Zaman Kanak-Kanak

The post Der Spiegel Dedahkan Ronaldo Pernah Membayar $ 375,000 Tutup Mulut Mangsa Rogol appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Isteri Shane Long Dedahkan Teknik Digunakan Suaminya Untuk Tenangkan Seamus Coleman

Walaupun aksi bola sepak antarabangsa kurang digemari oleh peminat bola sepak, namun drama yang disajikan setiap kali musim bola sepak antarabangsa cukup menarik.

Untuk aksi bola sepak antarabangsa kali ini, kecederaan Seamus Coleman sewaktu diterjah oleh Neil Taylor sewaktu perlawanan antara Ireland dan juga Wales di Aviva Stadium.

Kecederaan itu cukup teruk sehingga menyebabkan kaki Coleman patah dan perlu menjalani pembedahan segera.

Taylor pun sudah dihukum pengadil apabila dibuang padang tempoh hari akibat terjahan itu.

Namun satu perkara yang menjadi perhatian sewaktu Coleman mendapatkan rawatan adalah tindakan dari rakan sepasukan – Shane Long.

Ibu mengandung

Ketika Coleman masih lagi terkejut diterjah sebegitu teruk dari Taylor, Long datang untuk menenangkan kaptennya itu.

Isteri Long iaitu Kayleah memberitahu akhbar Irish Independent yang suaminya itu menenangkan Coleman dengan cara yang sama suaminya lakukan ketika menenangkannya sewaktu beliau melahirkan anak mereka.

“Saya ada masalah ketika melahirkan anak kami, dan doktor ketika itu mengajar suami saya untuk membantu saya bernafas ketika itu.”

“Suami saya kemudian bagitahu saya yang beliau lakukan sama seperti beliau lakukan kepada saya ketika sedang membantu Coleman.”

Long memberikan bantuan pernafasan sambil menenangkan Coleman.

Mujur dengan bantuan Long itu, Coleman berjaya bernafas dengan baik sewaktu kakinya baru patah itu.

Coleman telah pun berjaya menjalani pembedahan kakiknya dan beliau telah berikan satu mesej khas tanda terima kasih kepada Long atas bantuannya.

Pengurus Ireland, Martin O’Neill berasa sangat gembira apabila pembedahan itu telah selamat dijalankan.

“Saya yakin selepas kecederaan, Coleman akan kembali ke prestasi terbaik beliau selepas ini.”

Coleman bakal berehat selama 9 bulan selepas ini. Semoga cepat sembuh!

Baca juga: Aidil Zafuan Tegaskan Beliau Bersedia Kembali Sarung Jersi Malaysia

The post Isteri Shane Long Dedahkan Teknik Digunakan Suaminya Untuk Tenangkan Seamus Coleman appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini

Sir Alex Ferguson mendedahkan beliau sangat hampir untuk mendapatkan Paolo Maldini untuk Manchester United.

Namun hasrat itu tidak direstui oleh ayah Paolo Maldini iaitu Cesare Maldini.

Sir Alex juga menyatakan, Cesare telah menggunakan alasan kesetian keluarga mereka kepada Milan sebagai faktor terkuat untuk menghalang niat Sir Alex Ferguson.

Paolo Maldini hanya akan berhijrah jika AC Milan menyingkirkan beliau sahaja. Palo Maldini telah menjuarai 5 kejuaraan Eropah dan 7 Serie A sepanjang 25 tahun karier di AC Milan.

Bercakap di hadapan wartawan semasa majlis perlancaran International Champions Cup di New York, Sir Alex Ferguson berkata:

“Saya pernah cuba menandatangani Paolo Maldini. Tetapi ianya terhalang apabila saya bertemu ayah dia.”

“Ketika itu, Cesare siap menggelengkan kepala dan meminta saya memahami situasi. Ianya bukan sekadar bola sepak sebaliknya atas semangat kekeluargaan.”

“Dia berkata kepada saya, datuk saya Milan, ayah saya Milan, saya Milan, anak saya pun Milan. Lupakanlah niat itu.”

Sir Alex turut berkongsi kerinduan beliau kepada kawasan teknikal di tepi padang. Beliau merindui perlawanan bola sepak yang besar sebagai pengurus pasukan.

Kini, pengurus lagenda ini cuba menghadiri sebanyak mungkin perlawanan-perlawanan dan derbi yang besar di seluruh dunia.

Sir Alex Ferguson juga berbesar hati untuk terlibat dalam perlawanan testimonial Michael Carrick.

Baca juga: Kisah Bagaimana 5 Derbi Terakhir, 5 Pengurus Baru Dilantik!

The post Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005

Lagenda Juventus iaitu Mauro Camoranesi mendedahkan pasukannya itu hampir mendapatkan khidmat bintang Barcelona iaitu Lionel Messi.

Beliau berkata demikian yang bekas kelabnya itu hampir berjaya mendapatkan khidmat Messi kira-kira 12 tahun lepas pada tahun 2005.

Tak kukuh

Camoranesi berkata demikian yang pengurus Juventus ketika itu iaitu Fabio Capello pernah merancang untuk mendapatkan Messi ke dalam skuad Juventus.

Beliau berkata yang Capello hampir berjaya mendapatkan Messi sebagai pembelian beliau ketika itu.

Beliau juga menyatakan yang Capello sudah lama nampak akan potensi Messi yang akan jadi pemain terbaik dunia, namun tidak bagi skuad Juventus ketika itu.

“Capello sudah lama nampak akan potensi Messi. Namun beliau kata tunggu dulu.”

“Hal ini sebab beliau mahu tunggu Messi menjadi pemain yang matang sebelum mendapatkanya.”

Juara Eropah

Menurut Camoranesi, Capello tidak kisah untuk mendapatkan Messi dengan harga yang tinggi dan memaksa Juventus untuk berbelanja lebih.

“Waktu itu, Serie A adalah liga terbaik di dunia.”

“Liga itu cukup kompetitif ketika itu, jadi jika Messi datang ke Juventus pada waktu itu beliau pasti akan menjadi pemain terbaik di dunia.”

Camoranesi juga memberikan gambaran yang jika Messi hadir ke Juventus ketika itu, pasukannya pasti sudah mendakap gelaran UEFA Champions League.

“Saya yakin jika beliau datang ke Juventus ketika itu, kami pasti sudah jadi juara Eropah.”

“Beliau mungkin tak menang trofi seperti yang beliau dapat ketika di Barcelona. Namun kebolehan individu beliau itu boleh dapatkan anugerah-anugerah individu sebanyak mana yang beliau peroleh sekarang.”

Messi kini pemenang 5 kali Ballon d’Or – terbanyak dalam sejarah.

Baca juga: 10 Gandingan Bek Tengah Terbaik Di Eropah Pilihan Squawka

The post Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Arsenal Dedahkan Sebab Kenapa Mereka Memakai Jersi Kuning Menentang Basel Di Emirates

Arsenal memberitahu kepada ESPN bahawa penggunaan jersi kedua yang bewarna kuning pada pertembungan dengan FC Basel tidak ada kaitan dengan sebarang ritual ataupun mahu mencari tuah.

Sebaliknya ia adalah atas notis arahan yang diberikan oleh UEFA ke atas mereka untuk menggunakan jersi kedua walaupun mereka bermain di tempat sendiri.

Hal ini kerana lengan baju Arsenal berwarna putih dan warna itu sama dengan jersi tempat lawan FC. Basel.

Arsenal v FC Basel - UEFA Champions League Group Stage - Group A

Alternatif lain untuk kes seperti ini, kebiasaannya UEFA akan menghantar notis awal kepada pasukan pelawat supaya mereka memakai jersi ke-3. Namun begitu, FC Basel dilaporkan tidak memiliki jersi ketiga.

Penyokong Arsenal pasti teringat perlawanan UCL pada 1998, apabila Arsenal diarahkan untuk memakai jersi ketiga mereka yang berwarna biru. Hal ini kerana baju pertama RC Lens adalah merah dan baju kedua mereka adalah kuning dan merah.

1640250_arsenal_sport-large_transi7wjnedkpjpiaipaau_z8b_vtgynvgok_cwicvgecbc

Dalam pertemuan yang menemukan beradik Xhaka sekali lagi selepas Piala Eropah 2016, Granit Xhaka sekali lagi menang pertarungan ini.

nintchdbpict000270555144-e1475100243856

Arsenal menang 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan oleh Theo Walcott. Ia sekaligus membolehkan mereka memimpin kumpulan A dengan 4 mata berkongsi dengan Paris St. Germain selepas 2 perlawanan.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Kualiti Dan Struktur Arsenal Musnahkan Chelsea

The post Arsenal Dedahkan Sebab Kenapa Mereka Memakai Jersi Kuning Menentang Basel Di Emirates appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Aberdeen Dedahkan Sebab Mengapa Mereka Benci Rangers Lebih Daripada Celtic

The Old Firm Derby antara Celtic dengan Rangers mungkin perlawanan derby liga Scotland yang paling dikenali oleh peminat bola sepak dunia. Tetapi percayalah cakap kami bila kami kata, ia bukan satu-satunya perlawanan panas dalam kalender bola sepak Scotland.

Permusuhan Rangers-Aberdeen ini tidak berakar umbi daripada faktor geografi.

Tetapi ia tak menghalang media Scotland daripada menggelarnya ‘perlawanan yang boleh menyaingi The Old Firm Derby dari segi perangai buruk keturunan Neanderthal di luar dan dalam padang’.

Jika anda bukan peminat bola sepak Scotland seperti saya, anda perlu tahu Aberdeen – kelab Scotland yang saya sokong – terkenal dengan sorakan ‘Kami lebih benci Rangers daripada anda’ setiap kali penyokong kami melawat halaman Celtic, Celtic Park.

Malah penyokong Aberdeen kerap ‘bertekak’ dengan penyokong Celtic untuk menang pertandingan ‘siapa lebih bencikan Rangers’!

gp14472897

Kebencian kami kepada Rangers begitu kuat sehinggakan pengurus Rangers, Mark Warburton sendiri memberitahu media; beliau tak paham apa puncanya permusuhan ini.

Jika anda seperti Warburton; tak faham kenapa Aberdeen benci Rangers, teruskan membaca.

Asal-usul permusuhan Aberdeen-Rangers

Api permusuhan Aberdeen dengan Rangers mula marak pada lewat 70-an hingga awal 80-an. Anda boleh lihat sendiri dalam video bawah betapa ganasnya perlawanan antara dua pasukan ini pada ketika itu.

Di bawah pengurusan Sir Alex Ferguson, Aberdeen berjaya memecahkan dominasi Celtic dan Rangers dalam kejuaraan liga Scotland.

Oh Sir Alex Ferguson, anda tak tahu betapa sayangnya saya kepada awak.

Kejayaan Sir Alex Ferguson di Aberdeen ini bertambah manis apabila anda tahu fakta bahawa sebenarnya, Alex Ferguson merupakan penyokong Rangers dan pernah menjadi pemain Rangers!

Tetapi apabila Ferguson diturunkan ke skuad simpanan Rangers, beliau mengamuk. AKhirnya Ferguson keluar meninggalkan Rangers dengan perasaan dendam.

Apabila Ferguson menjadi pengurus Aberdeen, beliau menerapkan mentaliti dan menggalakkan penyokong untuk membenci ‘media Glasgow’ dan sistem bola sepak Scotland secara umum.

Kebencian ini berjaya memberi inspirasi kepada pemain-pemain Aberdeen untuk menang beberapa kejuaraan liga dan piala domestik.

sir-alex-ferguson

Malah Ferguson sendiri pernah memberitahu media, untuk menang liga Scotland, anda perlu menang di Glasgow.

Setiap kali Aberdeen bertemu dengan Celtic dan Rangers, intensiti di halaman kami, Pittodrie akan meningkat berganda-gandanya. Begitu juga suasananya jika kami melawat Glasgow; halaman Celtic dan Rangers.

Maka tak hairanlah Aberdeen merupakan pasukan terakhir di Scotland (sejak 1985) selain Rangers dan Celtic yang pernah menang liga.

Bentesan teruk turut menghangatkan permusuhan

Selain mentaliti ‘benci Glasgow’ yang diterapkan Sir Alex Ferguson, 2 insiden dalam padang turut menghangatkan permusuhan kami dengan Rangers.

Pada tahun 1980, pertahanan Rangers Willie Johnson ‘menapak’ leher pemain kami, John McMaster (baju merah gambar bawah) dalam perlawanan liga.

Mujurlah Tuhan memanjangkan nyawa McMaster. Jika tidak, beliau pasti mati.

screen-shot-2016-09-25-at-12-1

Pada tahun 1988, giliran kami pula membalas dendam.

Kali ini pemain kami, Neil Simpson mematahkan lutut perancang muda Rangers, Ian Durrant (gambar bawah). Durrant memerlukan 2 tahun untuk pulih dari kecederaan.

Apabila pulih, beliau bukan lagi Ian Durrant yang sama.

14233-zoom

Era hooligans memburukkan lagi keadaan

Permusuhan menjadi lebih hangat ketika puncak era hooligans di bola sepak Britain. Aberdeen Soccer Casuals terkenal dengan kelakuan ganas mereka di UK. Mereka kerap bertempur dengan hooligans dari Hibernian dan Rangers.

Anda masih ingat pertempuran hooligans kami, Aberdeen Soccer Casuals dengan hooligans Rangers, Inter City Firm di luar Stadium Ibrox pada 2012?

ibrox-subway-hooligans-image-1-977225987

Aberdeen syok sendiri?

Kalau anda tanya penyokong Rangers, mereka akan memberitahu anda permusuhan Rangers-Aberdeen hanya permusuhan syok sendiri yang dicipta oleh kami.

Mereka mungkin memberitahu anda, permusuhan Rangers-Celtic jauh lebih signifan.

Tetapi dari segi statistik, perlawanan antara Rangers-Aberdeen sudah mencatat lebih banyak kes keganasan luar padang berbanding perlawanan Rangers-Celtic.

Masakan tidak. Disebabkan Celtic dan Rangers kedua-duanya berasal dari Glasgow, kebanyakan penyokong Rangers dan Celtic berasal dari keluarga yang sama. Jadi kebarangkalian mereka untuk bergaduh sebenarnya jauh lebih kecil.

Sementara itu, Rangers dan Aberdeen bukan dari satu bandar yang sama. Jadi ia membantu mengekalkan tahap kebencian antara kedua-dua kelab.

Sambutan istimewa pada minit ke-12

Pada hari Ahad (25 September 2016) ini, kami akan menerima kunjungan Rangers.

Bersempena kehadiran semula Rangers di Scottish Premiership sejak diturunkan liga pada tahun 2012, kami telah merancang sesuatu yang istimewa.

Pada minit ke-12 perlawanan pada pukul 8 malam ini (waktu Malaysia), kami akan bertepuk tangan sebagai simbolik perli tahun 2012 – tahun mereka turun liga kerana masalah kewangan.

js86450534

Selain itu, kami juga sedang menviralkan sekeping poster yang berbunyi:

“Tiada yang kekal kecuali cukai dan kematian.”

“R.I.P Rangers (1872-2012)”

“Bagi menyambut kehadiran ‘Rangers’ buat kali pertama di Pittordrie, kami ingin memberi ‘penghormatan’ kepada bekas kelab yang dikenali sebagai Rangers.”

“Kami menyeru seluruh penyokong Aberdeen untuk tiba awal di Pittodrie dan menepuk tangan sepenuh hati pada minit ke-12 sebagai mengenang memori bersama pasukan Rangers.”

“Rangers, anda kini bersama para bidadari..”

“Rangers, nama yang selalu dibenci. Tetapi kini, dengan gembiranya, anda bukanlah Rangers lagi.”

screen-shot-2016-09-22-at-110838

Kesimpulan

Sempena perlawanan malam ini, pengurus Rangers Mark Warburton memberitahu media kebencian kami kepada pasukannya sebagai ‘sesuatu yang menyedihkan’.

Bekas kapten Rangers, Barry Ferguson pula berkata ‘hanya penyokong Aberdeen yang beria-ria menghidupkan permusuhan ini’.

“Kami baik-baik sahaja dengan pemain dan staf Aberdeen,” kata bekas kapten Rangers itu lagi.

Walau apa juga komen mereka untuk mengendurkan permusuhan ini, kami tetap akan membenci Rangers. Lebih benci daripada Celtic!

Baca juga: 6 Permusuhan Yang Berpunca Bukan Kerana Mereka Berjiran

The post Penyokong Aberdeen Dedahkan Sebab Mengapa Mereka Benci Rangers Lebih Daripada Celtic appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA