Video: Jauhnya Jordi Alba Berlari Demi Menghalang Gol Ke-3 Deportivo

Ketika pasukan beliau ketinggalan 1-2, pada minit akhir perlawanan, Deportivo melancarkan serangan balas.

Apa yang menarik adalah semangat Jordi Alba untuk cuba menghalang pihak lawan melakukan gol ke-3.

Tidak ramai pemain pertahanan berjiwa kental seperti ini. Ramai pemain yang kita tengok akan berputus asa dan membiarkan penjaga gol di belakang.

Perlawanan hanya berbaki kira-kira 35 saat pada saat serangan balas itu dilancarkan.

Alba telah berlari dari kawasan berdekatan kotak penalti lawan ke kawasan kotak penalti mereka sendiri.

Semangat yang terpuji!

Beliau mahu memastikan perlawanan ini tidak dibunuh dengan gol ke-3 sehingga ke saat akhir. Ini baru betul-betul berjuang sehingga saat terakhir.

Teringat pula dekat larian Joe Hart suatu ketika dahulu.

Baca juga: Sistem Mirror Tactic United Rosak Di Kiri, ‘Isolating’ Hazard Realisitik Tetapi Berisiko

The post Video: Jauhnya Jordi Alba Berlari Demi Menghalang Gol Ke-3 Deportivo appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pique: Kami Sanggup Mati Demi Luis Enrique, Sebelum Dia Datang Kami ‘Sampah’

Gerard Pique tampil memberikan sokongan kepada pengurus yang sedang dalam tekanan Luis  Enrique.

Barcelona dikritik hebat sejak akhir-akhir ini dengan prestasi kurang konsisten. Mereka juga dibelasah PSG dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan.

Dalam perlawanan menentang Leganes minggu lalu mereka bergelut untuk menang. Mujurlah mereka menang kerana penalti saat-saat akhir Lionel Messi.

Di kala semua orang bercerita tentang siapa bakal pengganti Luis Enrique, Gerard Pique tegas bersuara, beliau dan rakan-rakan sanggup berjuang sehingga mati untuk pengurus mereka itu.

Ini kerana, Enrique telah menyelamatkan Barcelona daripada kejatuhan sebelum ini. Sebelum kedatangan Luis Enrique, Barcelona diuruskan oleh Tata Martino.

Pique berkata:

“Kami sanggup berjuang sehingga mati untuk Luis Enrique. Sebelum beliau datang ke sini, kami seperti sampah.”

“Enrique telah membantu kami memenangi triplet (treble).”

“Saya nak semua orang ingat kembali, apa yang pengurus kami telah lakukan. Kami di sini untuk berdiri di belakang beliau.”

“Kami akan bersama-sama cuba keluar daripada prestasi hambar ini. Ya, kami memang tidak bermain bola sepak terbaik buat masa ini.”

“Sudah sebulan setengah kami gagal bermain bola sepak yang kami kehendaki. Kami akan cuba kembalikan cara kami bermain bola sepak.”

“Pengurus dan pemain-pemain sedangn mencari solusi kepada masalah ini.”

“Kami masih bersaing dalam 3 pertandingan. Walaupun ia tugas sukar di UCL.”

“Kami pernah melalui situasi lebih teruk daripada ini sebelum ini dan kami sentiasa berusaha sehingga ke garisan penamat.”

Ditanya, komen beliau tentang suara-suara penyokong yang mahukan Enrique dipecat. Pique berkata:

“Saya faham mereka kecewa. Tetapi saya tidak setuju dengan cara mereka meluahkannya.”

“Pasukan ini telah memenangi 8 trofi dengan pengurus ini. Saya rasa macam tak percaya, ramai orang ada masalah memori jangka pendek.”

“Jadi, saya menyeru agar mereka (yang bising) ini datang ke Camp Nou (perlawanan vs PSG) nanti, bukannya duduk di rumah.”

“Takut nanti mereka kecewa pula kerana miss melihat kebangkitan kami nanti.”

Baca juga: Chan Yuen Ting, Jurulatih Wanita Pertama Terlibat Kejohanan Elit, Akan Lawan Scolari Di ACL

The post Pique: Kami Sanggup Mati Demi Luis Enrique, Sebelum Dia Datang Kami ‘Sampah’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Cristiano Ronaldo Sanggup Jadi ‘Budak Milo’ Demi Anak

Kerap dilabel dengan gelaran angkuh dan ego sebagai pemain, reputasi Ronaldo sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak.

Beliau adalah antara manusia yang paling ramai pengikut di muka bumi ini. Populariti dan kejayaan beliau menjadikan beliau sentiasa di dalam lensa kamera.

Di atas padang beliau adalah pemain yang penuh kesungguhan dan masih kekal antara pemain terbaik di dunia buat masa ini.

Namun demi anaknya, beliau sanggup menjadi budak milo ataupun ball boy dalam perlawanan bola sepak pertama anaknya, Cristiano Jr.

Nilai kebapaan Ronaldo memang tinggi dan diketahui umum. Bagi beliau keluarga adalah segala-galanya.

Beliau hadir ke perlawanan debut anaknya walaupun 2 hari selepas itu beliau sendiri ada perlawanan bersama Real Madrid.

Cristiano Jr menyertai Pazuelo dan bermain dalam perlawanan bawah 8 tahun yang berlangsung di Valle de las Canas Sports complex.

Dalam perlawanan 7 sebelah tersebut, Cristiano Jr. berjaya menjaringkan gol untuk membantu Pazuelo menang tipis 4-3. Cristiano Jr. dilihat meraikan gol dengan gaya ayahnya walaupun dia adalah peminat Lionel Messi.

Cristiano Ronaldo dilihat berpanas dan berdiri di belakang tiang gol bersama-sama dengan ibu bapa budak lain.

Beliau menunggu bola yang dirembat liar dan membantu untuk mengutipnya.

ron

Di bawah ini, gambar Ronaldo bergegas kembali ke belakang gol selepas mengembalikan bola yang dikutip beliau. Cergas juga budak milo ni!.

rona

Merasa jugalah Ronaldo rasa menangkap bola kerana sebelum ini dia memang bercita-cita menjadi penjaga gol.

Perlawanan ini amat bermakna bagi Cristiano Ronaldo sebagai sokongan kepada minat anaknya yang sama dengan minat beliau ketika kecil.

Sekaya dan segah mana populariti beliau, ia bukan alasan untuk tidak menjadi seperti bapa-bapa yang lain di dunia.

Selain Ronaldo, tahun ini juga menyaksikan debut untuk anak Messi, Suarez dan Gerrard Pique.

Baca juga :  Cristiano Ronaldo Membawa Peminatnya Melawat Rumah RM33 Jutanya Di Madrid

The post Cristiano Ronaldo Sanggup Jadi ‘Budak Milo’ Demi Anak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

BANGSA JOHOR BERSATU DEMI JOHOR

Ikuti pandangan sebahagian Bangsa Johor berkenaan isu semasa mengenai teguran DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkaitan sistem politik masakini.
Mohd Roy Fadzli Bin Jamil

DYAM Tunku Mahkota Johor adalah perantaraan antara pemimpin dan rakyat. Datuk Seri Nazri Aziz tidak berhak menghalang baginda dari memberi teguran terhadap apa yang dilihat oleh baginda tentang senario politik masakini.

Francis Liew

– Saya menyokong tindakan DYAM Tunku Mahkota Johor menegur mengenai sistem politik semasa yang semakin teruk. Sepatutnya negara kita mengutamakan rakyat dalam segala segi, menteri sepatutnya bekerja untuk rakyat dan bukan sebaliknya. Teguran baginda adalah tepat pada masanya.
Lim Poo Chu

– Datuk Seri Nazri Aziz tidak sepatutnya berlaku biadap terhadap seorang kerabat raja yang juga merupakan pewaris takhta kerajaan negeri Johor. Saya mahu dia meminta maaf atas perbuatan tersebut.
Sudhakar A/L Subbaiah

– Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengeluarkan kenyataan supaya DYAM Tunku Mahkota Johor agar tidak masuk campur urusan politik negara adalah seumpama tindakan orang penakut. Pada saya, tidak ada salahnya pun seorang pemerintah menegur mana-mana yang dirasakan perlu demi masa depan negara.

BANGSA JOHOR BERSATU DEMI JOHORIkuti pandangan sebahagian Bangsa Johor berkenaan isu semasa mengenai teguran DYAM…
Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, June 13, 2015

Johor Darul Ta’zim