Previu Final Piala Malaysia 2016: Selangor Mahukan Kejuaraan Ke-34, Kedah Mahu Balas Dendam

Pada musim lalu, Selangor menewaskan pasukan Kedah dengan jaringan 2-0 di pentas final. Namun pada ketika itu, Kedah hadir dengan status pasukan Liga Premier.

Pada hari ini, lebih ramai meletakkan pasukan Kedah sebagai pasukan pilihan berbanding dengan Selangor. Pada asasnya, kami rasa tidak boleh juga untuk melabel Selangor sebagai underdog iaitu bukan pilihan.

Kedah musim lalu digelar underdog kerana status dari liga kedua, Selangor musim ini berada dalam kelompok pasukan 5 terbaik. Jadi kami label ia perlawanan 2 pasukan yang hampir setara kekuatannya.

Prestasi Semasa

Prestasi semasa keseluruhannya agak memihak kepada pasukan Kedah. Namun dalam pertandingan Piala Malaysia, kedua-dua pasukan hanya tewas sekali setakat ini sepanjang kempen Piala Malaysia musim ini.

Kedah masih belum tewas dalam 10 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Manakala untuk tempoh yang sama Selangor sudah tewas 3 kali.

Ini adalah rekod 9 perlawanan terakhir kedua dua pasukan.

sel

sel1

Rekod 7 Pertemuan

sel2

Selangor menang: 3 (43%)
Kedah menang : 2(29%)
Seri : 2(18%)

Taktikal

Formasi

Dari segi formasi, Selangor sudah mulai menggunakan 4-4-1-1/4-4-2 dalam beberapa perlawanan terakhir mereka, dan ia nampak lebih berkesan berbanding dengan 4-1-4-1.

Namun yang pasti, K.Gunalan kerap memilih 2 formasi utama ini.

Tan Cheng Hoe lebih varian dalam isu formasi. Beliau gemar dengan 4-2-3-1. Pada masa yang sama Tan Cheng Hoe boleh menggunakan 4-3-3 jika beliau mahu menggunakan kelincahan pemain seperti Farhan di bahagian sayap.

Dalam banyak perlawanan musim ini juga, Tan Cheng Hoe gemar menggunakan 4-4-2 dan memberikan ruang kepada 2 penyerang import beliau bermain dalam satu pasukan.

Karakter Pasukan

Selangor

  • Mencipta peluang melalui hantaran lintang
  • Serangan balas yang laju

Kedah

  • Serangan dari sayap kiri
  • Mencipta peluang melalui hantaran lintang dan through passes
  • Gemar mendominasi bahagian tengah

Kekuatan

Selangor

  • Menyudahkan hantaran lintang
  • Laju dalam serangan balas
  • Menjaringkan gol melalui situasi bola mati

Kedah

  • Kreativiti di bahagian tengah dan sayap
  • Boleh mencipta peluang berterusan

Kelemahan

Selangor

  • Melepaskan foul mudah di luar kotak penalti
  • Mempertahankan kelebihan gol
  • Kreativiti

Kedah

  • Agak lemah dalam permainan yang fizikal
  • Menangani serangan balas
  • Berhadapan dengan pemain yang berteknikal di dalam kotak penalti

Apa Kata Jurulatih? 

coach

Wakil media kami berkesempatan menanyakan beberapa soalan dalam sidang media yang berlangsung semalam. Antara isu yang digariskan adalah:

Tan Cheng Hoe menyatakan mereka lebih bersedia dalam final kali ini. Selain latihan taktikal dan teknikal dalam rutin biasa, Kedah juga melakukan latihan tambahan khas.

Mereka berlatih di Bukit Jelutong untuk berhadapan dengan kemungkinan cuaca buruk yang akan mempengaruhi permukaan padang seperti musim lalu.

Ketika ditanya apakah perancangan Selangor sekiranya Kedah berjaya mendapat rentak lebih awal dan bermain dengan possession football?

K. Gunalan menyatakan mereka sudah ada plan mereka tersendiri, sebagai contoh perancangan serangan balas yang berkesan.

Gunalan menolak sebarang teori untuk terlalu menyerap asakan lawan kerana mahu mengelak terlalu terikut-ikut dengan corak permainan pasukan Kedah.

Pemain Tumpuan

Andik Vermansyah (Selangor)

Kredit gambar : Asiana.my

Kredit gambar : Asiana.my

Pemain lincah ini dijangka akan menjadi ketua pasukan untuk pasukan Selangor pada malam ini. Beliau meneruskan kisah romantik pemain dari seberang dengan Selangor selepas era Bambang-Ellie Aiboy.

Andik menjadi pemain penting sepanjang kempen Selangor musim ini walaupun pada awal musim agak sederhana prestasi beliau.

Kedah pastinya sudah ada perancangan untuk menghentikan extra attacker Selangor ini.

Liridon Krasniqi (Kedah)

Dalam final tahun lalu, Liridon memperkenalkan diri beliau kepada peminat bola sepak Malaysia dengan cara yang cukup mengagumkan.

Kredit gambar : Asiana.my

Kredit gambar : Asiana.my

Musim ini, berlaku transisi dari segi formasi dan taktikal Tan Cheng Hoe yang kerap berubah-ubah kerana adanya set baru 2 penyerang import.

Pada masa yang sama, peningkatan kepentingan peranan Syazwan Zainon membuatkan Liridon tidak perlu untuk terlalu advance di dalam padang seperti musim lalu.

Liridon agak berhempas pulas musim ini untuk memastikan dia boleh menyumbangkan yang terbaik dalam peranan yang lebih disiplin di bahagian tengah.

Namun, kami tetap merasakan pemain ini juga akan menjadi ancaman tambahan dari segi kreativiti dan kemampuan untuk menyusup ke dalam kotak penalti pada masa-masa tertentu.

Sebelum Wisel

Ini adalah final ke-49 dalam sejarah pasukan Selangor. Manakala untuk pasukan Kedah ini adalah final ke-11. 33 Piala Malaysia dalam kabinet pasukan Selangor dan 4 lagi dalam kabinet pasukan Kedah.

Kedua-dua pasukan telah bertemu 2 kali dalam perlawanan final dan masing masing menang salah satu daripadanya.

Dengan final ketiga antara Selangor dan Kedah, ini bermakna, pasukan Selangor adalah lawan yang sama banyak dengan Kuala Lumpur (3 kali) untuk ditentang oleh Kedah. Kedua-dua pasukan dari Lembah Klang.

Segalanya bergantung kepada aksi pemain berbanding dengan jurulatih. Dalam final seperti ini, taktikal kadangkala hanya memainkan peranan kurang 50%

Satu perlawanan final yang pastinya meriah kerana kedua-dua pasukan memiliki skala penyokong yang besar.

2206055shah-alam780x390

Selamat maju jya kepada kedua-dua pasukan.

Baca juga : 

The post Previu Final Piala Malaysia 2016: Selangor Mahukan Kejuaraan Ke-34, Kedah Mahu Balas Dendam appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA