Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri

Dalam sesi sidang media pertama interim Leicester City, Craig Shakespeare telah ditanya soalan panas tentang punca pemecatan Ranieri dan kaitannya dengan pakatan pemain.

Tersebar berita di UK menyatakan selepas kekalahan di tangan Sevilla, kekecewaan pemain sudah sampai ke kemuncak dan mendesak pemilik kelab agar Ranieri dipecat.

Antara nama-nama pemain senior yang dikaitkan adalah Ulloa, Morgan dan Shlupp serta ada juga yang menyelitkan nama Jamie Vardy dan Robert Huth.

Pakatan pemain senior ini dikatakan telah menjadi dalang menentang Ranieri.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan taktikal Ranieri dan pemilihan pasukan utama dalam perlawanan.

Hal ini dinafikan oleh Craig Shakespear. Beliau menyatakan keputusan memecat Ranieri adalah 100% dari pemilik kelab.

Shakespear berkata:

“Saya tidak takut pemain-pemain senior pergi mengadu kepada pemilik kelab untuk menyingkirkan saya. Ia perkara baru bagi saya”

“Dari sudut pandangan bola sepak, saya nak beritahu anda semua yang pemain-pemain kami sangat profesional.”

“Mereka sangat terluka dan kecewa (dengan kekalahan) di bilik persalinan.”

“Saya tidak ada masalah dengan mereka di pusat latihan. Mereka sangat hebat dan profesional. Mereka pun turut kecewa seperti orang lain apabila pengurus dipecat.”

Shakespear mengakui dia ada berbual-bual dengan Ranieri malam semalam dan menganggap pemergian Ranieri sebagai sesuatu yang memeranjatkan.

“Saya ada berbual-bual dengan dia. Dia ucapkan terima kasih kerana sokongan daripada saya. Namun percakapan kami biarlah rahsia.”

“Hubungan kami baik seperti biasa.”

“Saya sangat sedih melihat dia kehilangan jawatan. Tapi semua kita tahu, dalam bola sepak perkara seperti ini biasa berlaku.”

“Saya tidak mendengar pihak kelab sudah ada calon untuk menggantikan beliau buat masa ini.”

“Kami akan pastikan dia sentiasa dalam ingatan kami semua. Dia pergi dengan semua orang di sini menghormati beliau.”

Tugasan pertama Shakespear adalah menentang Liverpool dalam perlawanan liga.

Baca juga: Undian Pusingan 16 Terbaik Europa League, United Bertemu Rostov!

 

The post Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bergaduh Dengan Penyokong Sendiri, Ultras Internazionale Desak Mauro Icardi Dipecat Jadi Kapten

Kita semua tahu, budaya ultras sangat berpengaruh dalam bola sepak Itali.

Mereka boleh bertindak gerila jika diperlukan. Tidak kira menentang lawan ataupun menentang mereka yang berada dalam satu pasukan dengan mereka.

Wira rakan sepasukan

Satu perkara yang tidak enak didengar di Itali apabila ultras Internazionale sedang mengalami percakaran dengan kapten mereka – Mauro Icardi.

Semuanya berpunca dari apa yang Icardi ceritakan dalam autobiografi beliau yang bertajuk, ‘Sempre Avanti, la mia storia segreta’. (Selamanya Ke Hadapan, Kisah Rahsiaku)

download-5

Dalam autobiografi tersebut, terdapat satu bab yang menceritakan situasi selepas kekalahan Internazionale kepada Sassauolo pada 2015. Mereka tewas 3-1 ketika itu.

Icardi dan rakan sepasukannya, Fredy Guarin pergi ke teres penyokong untuk bercakap dengan ultras mereka.

“Saya beranikan diri ke teres untuk bercakap dengan penyokong. Semakin dekat saya dengan teres, semakin kedengaran caci maki ultras kepada kami.”

“Mereka maki saya diatas kekalahan tersebut. Tapi mereka perlu sedar saya masuk sebagai pemain gantian pada babak akhir permainan dan saya jaringkan satu-satunya gol kami. Apa lagi yang mereka mahu?”

Icardi ketika itu nampak seorang kanak-kanak mahukan jersinya. Lalu Icardi membaling jersinya kepada kanak-kanak itu

 

Namun, seorang ultras datang ke arah kanak-kanak tersebut dan merampas jersi yang dibaling Icardi. Jersi itu kemudiannya dibaling semula ke Icardi.

Icardi berang lalu memaki semula ultras terbabit, “kau fikir kau siapa? Berlagak tak tentu pasal dengan budak-budak.”

mauro-icardi-fredy-guarin-inter

Icardi selepas itu pulang semula ke bilik persalinan dan menerima pujian dari rakan-rakan kerana berani berhadapan dengan ultras mereka.

Icardi si Penipu

Itu cerita dari pihak Icardi. Namun bagi ultras Internazionale, apa yang Icardi cerita itu adalah dusta.

“Dia boleh cerita yang dia yang diangkat sebagai wira oleh rakan sepasukan dia. Apa yang kami nak adalah kami mahu beliau jangan bongkak dengan penyokong Internazionale!”

“Bagi kami, Icardi langsung tak layak jadi kapten kami!”

Icardi juga dikatakan hanya mencipta cerita supaya nampak seperti beliau tidak bersalah dalam pergaduhan antara dua pihak ini.

“Dia reka cerita mengenai insiden pergaduhan antara dua pihak untuk nampak dia berada di pihak yang baik dan kami jahat.”

“Tapi Icardi tak pernah sedar yang kami satu-satunya ultras di Itali yang bagi ruang kepada kanak-kanak untuk ikut kami lakar tifo setiap minggu!”

Ultras Internazionale berang dengan apa yang Icardi katakan dalam autobigrafinya. Kata-kata Icardi di dalam buku tersebut persis seorang gangster.

“Dalam buku Icardi, dia cakap ‘Saya bersedia berhadapan secara depan-depan. Berapa ramai? 50 orang?100 orang? 200 orang? Dengar sini. Saya akan bawa 100 penjenayah dari Argentina untuk bunuh mereka. Tunggu dan lihat!’

Ultras Internazionale mendesak agar kelab mereka memecat Icardi dari menjadi kapten pasukan.

“Kami rasakan Icardi masih lagi muda dan masih lagi belum cukup pandai. Orang macam dia tak layak jadi kapten kami.”

“Bagi kami, karier Icardi di sini dah tamat. Cabut lilitan lengan itu wahai badut! Ini desakan kami!”

3e78606e5190601ea85e60b5eddac

Menang dalam kalah

Kemuncak kebencian ultras Internazionale terhadap Icardi adalah ketika perlawanan menentang Caligari.

Internazionale memperoleh penalti dan Icardi muncul mengambil sepakan tersebut, namun beliau diejek penyokong sendiri ketika itu.

Sepakan itu gagal disempurnakan Icardi. Penyokong Inter kemudiannya bersorak riang kerana beliau gagal menjaringkan gol.

mauro-icardi

Bagi presiden Internazionale, Javier Zanetti mereka mempertimbangkan untuk memecat Icardi sebagai kapten.

“Kami tak boleh terima sikap yang ditunjukkan oleh pekerja kami.”

“Apa-apa pun, peminat adalah keutamaan kami.”

Baca juga: Penyokong Inter Tepuk Tangan Puji Keputusan De Boer Keluarkan Kondogbia Selepas Hanya 28 Minit

The post Bergaduh Dengan Penyokong Sendiri, Ultras Internazionale Desak Mauro Icardi Dipecat Jadi Kapten appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Brendan Rodgers Dipecat Liverpool

Brendan Rodgers menjadi pengurus kedua Kelab Liga Perdana Inggeris 2015/16 atau 2015/16 Barclays Premier League selepas Dick Advocaat meninggalkan pasukan setelah beliau dipecat oleh kelabnya Liverpool. Ini berikutan prestasi The Reds yang semakin hambar sejak kebelakangan ini memaksa pihak pengurusan kelab terpaksa memecat beliau. Dengan pemecatan ini bermakna Liverpool bakal mencari pengurus baru kelab itu dengan 2 nama yang disebut-sebut bakal dilantik iaitu bekas Pengurus Borussia Dortmundiaitu Jurgen Klopp serta Carlo Ancelotti yang juga merupakan bekas pengurus Real Madrid, PSG, Chelsea dan beberapa kelab lain.

Tempoh 2 minggu Liga berehat ini pastinya akan digunakan oleh Liverpool untuk membuat pelantikan pengurus baru. Berdasarkan prestasi semasa, Liverpool berada di kedudukan ke 10 Liga hasil 3 kemenangan, 3 seri serta 2 kekalahan dengan hanya menjaringkan 8 gol serta 10 bolos. Bual Sukan percaya, musim ini bakal menyaksikan beberapa lagi pengurus kemungkinan dipecat ataupun mengundurkan diri berdasarkan prestasi pasukan masing-masing. Apa-apa pun, setiap pasukan masih mempunyai 30 perlawanan untuk dihadapi dalam musim panjang Liga Perdana Inggeris 2015/16 ini.   
  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa