Ditangguhkan Lagi, Penganjuran ASEAN Super League Alami Masa Depan Tak Menentu

ASEAN Super League (ASL) sekali lagi mengalami masalah dari segi penganjuran selepas jawatan kuasa ASL membuat keputusan untuk menangguhkan sekali lagi liga terbabit.

Ia terhasil daripada mesyuarat khas ahli jawatan kuasa AFF yang dilangsungkan di Singapura baru-baru ini.

Tertangguh lagi

Memurut bekas presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Zainudin Nordin, beliau berkata pelan untuk melaksanakan ASL sekali lagi terpaksa ditangguhkan walaupun ia sebenarnya dalam ia dalam proses untuk dilaksanakan.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut berkata ASL belum berjaya mendapatkan komitmen dari semua pihak. Jadi beliau memberikan bayangan liga tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.

Apa itu ASL?

ASEAN Super League akan dijadikan sebagai liga antara kelab-kelab ASEAN melibatkan 10 pasukan.

Ia melibatkan 5 buat negara ahli AFF dimana Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina akan menghantar 2 wakil dari liga masing-masing ke liga tersebut.

Pada pelan awal, wakil ASL dari Malaysia dijangka akan dipilih dari pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-3 dan ke-4.

ASEAN Super League dilangsungkan dalam format seperti Indian Super League (ISL) dimana selepas saingan liga, akan wujud peringkat play-offs.

Dalam masa yang sama, pasukan yang bermain di ASL akan beroperasi secara francais seperti pasukan-pasukan di Major League Soccer.

Tak diundang

Namun begitu, cadangan mewujudkan ASL ini tidaklah diterima oleh semua pihak.

Pemain Liverpool yang pernah bermain di Tampines Rovers iaitu Jermaine Pennant berkata ASL ini hanya akan merugikan bola sepak Singapura.

“Saya tak rasa ASL ini akan memberikan manfaat kepada Singapura jika pemain-pemain terbaik di liga ini terpaksa bermain di liga lain. Saya dapat bayangkan peminat tak dapat terima keputusan itu.”

Tengku Mahkota Johor (TMJ) juga memberikan pandangan yang sama iaitu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Saya tak bersetuju dengan cadangan ASL ini. Hal ini kerana bola sepak Asia Tenggara masih lagi mentah, jadi lagi elok kita fokus sahaja untuk jadi sehebat bola sepak Eropah.”

“Sasaran kita yang tertinggi adalah AFC Champions League, jadi ASL ini bukan dalam radar saya.”

Baca juga: Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Layak Jadi Presiden FAM

The post Ditangguhkan Lagi, Penganjuran ASEAN Super League Alami Masa Depan Tak Menentu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Peminat Ditembak Pengedar Dadah Dalam Stadium, Perlawanan Liga Uruguay Ditangguhkan

Perkara ini adalah satu perkara yang kami tidak mahu dengar dan lihat.

Tidak kiralah sama ada di Malaysia ataupun di luar negara. Perkara sebegini tidak patut berlaku.

Dalam satu aksi di Uruguay, seorang peminat bola sepak telah ditembak oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika perlawanan melibatkan pasukan Penarol dan Rampla Juniors di Estadio Centenario.

Ditembak dalam tandas

Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan sedang rancak berlangsung pada separuh masa pertama.

Lelaki tersebut ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali ketika berada di tandas berhampiran dengan Pagar 10, Estadio Centenario.

Lelaki yang ditembak itu cedera parah dilengan dan kakinya. Mangsa terpaksa dibawa ke Hospital Montevideo serta-merta agar diberikan rawatan.

Oleh disebabkan kejadian itu, perlawanan terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan pemeriksaan dilakukan oleh pihak polis.

penatol-rampla

Namun begitu, perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini ditangguhkan atas faktor keselamatan selepas pihak polis memberi nasihat agar perlawanan perlu diberhentikan.

Para penonton yang hadir kemudiannya diarahkan untuk meninggalkan stadium dengan serta-merta.

evacuacion-estadio-20161023211720358722

Ketika perlawanan ditangguhkan, Penarol sedang ketinggalan 0-1 ditangan Rampla Juniors.

Menurut Ignacio Charlo yang merupakan salah satu pegawai keselamatan yang bertugas di stadium itu berkata, terdapat kebocoran pada pemeriksaan keselamatan stadium.

Hal ini kerana Pintu 7, Pintu 9 dan Pintu 10 yang dikhaskan untuk penyokong Penarol serta Pintu 24 yang dikhas untuk penyokong Ramplas Juniors.

Beliau berkata walaupun di pintu-pintu tersebut terdapat pemeriksaan bahan-bahan terlarang, masih ada yang berjaya membawa masuk bahan-bahan terlarang ini ke dalam stadium.

Masalah kembali berulang

Siri keganasan yang berlaku di Uruguay ini adalah perkara yang biasa dalam bola sepak Uruguay. Pada bulan September, penyokong-penyokong Penarol telah ditembak oleh hooligan Nacional menyebabkan 3 cedera.

FA Uruguay juga pernah menagguhkan tarikh permulaan liga sehingga ke tarikh yang diberitahu akibat masalah pergaduhan penyokong yang tidak menentu ini.

Menurut Charlo, hal pergaduhan yang berlaku ini ada kaitan mengenai sindiket pengedaran dadah yang terlibat di Uruguay.

Dipercayai mangsa tembakan tersebut ada terlibat dengan gerakan hooligan Penarol yang berebut untuk menjadi tokan dadah di kawasan mereka.

Baca juga: Pemain Turki Sepak Muka Pemain Lawan Selepas Dibuang Padang

The post Peminat Ditembak Pengedar Dadah Dalam Stadium, Perlawanan Liga Uruguay Ditangguhkan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA