Cristiano Ronaldo Menang Ballon D’Or 2016! Raikan Dengan SUIII!! Tanpa Suara

Seperti sudah dijangka, Cristiano Ronaldo menang anugerah Ballon D’Or 2016. Ia adalah anugerah Ballon D’or ke-4 dalam kabinet peribadi Cristiano Ronaldo.

Anda mesti masih teringat ketika beliau menjerit, SUIIII!!!!!! ketika menerima Ballon d’Or 2014.

Real Madrid and Portugal forward Cristiano Ronaldo (R) reacts next to French former star player Thierry Henry (L) after receiving the 2014 FIFA Ballon d’Or award for player of the year during the FIFA Ballon d’Or award ceremony at the Kongresshaus in Zurich on January 12, 2015. AFP PHOTO / FABRICE COFFRINI (Photo credit should read FABRICE COFFRINI/AFP/Getty Images)

Kini beliau sedang bersama-sama skuad Real Madrid di Jepun untuk kejohanan kelab-kelab dunia. Beliau ditemani ibu dan anak beliau dan memberikan ucapan ini sambil meraikan dengan SUIII!! tanpa suara.

Betullah kata orang, anak lelaki kalau depan ibu, sopan semacam. Haha!

Sebelum ini beliau telah memenangi anugerah yang serupa pada 2008, 2013, 2014.Kali ini beliau meninggalkan 2 lagi pencabar utama iaitu Lionel Messi dan Antoine Griezmann yang masing-masing di tangga ke-2 dan ke-3.

Berikut adalah senarai 5 teratas Ballon d’Or kali ini.

Ranking Pemain Kelab Negara Undian
1. C. Ronaldo Real Madrid Portugal 745
2. L. Messi Barcelona Argentina 316
3. A. Griezmann Atletico Madrid Perancis 198
4. L.Suarez Barcelona Uruguay 91
5. Neymar Barcelona Brazil 68

“Saya tidak pernah terfikir pun akan memenangi Ballon d’Or untuk kali ke-4. Dan saya sangat sangat gembira.”

“Di kesempatan ini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya di skuad kebangsaan (Portugal), Real Madrid, semua orang dan pemain yang telah membantu saya untuk memenangi anugerah individu ini.”

“Seperti yang anda lihat, saya berasa bangga dan gembira untuk menerima bola (ballon) yang menakjubkan dan indah ini, saya amat gembira.”

Pencapaian Cristiano Ronaldo 2016

Sebagai rekod, sepanjang 2016 Cristiano Ronaldo telah membantu Real Madrid menjulang UCL ke-11 mereka. Lebih indah, 2 bulan selepas itu, beliau membantu Portugal menjurai Piala Eropah 2016 di Paris.

Beliau telah menjaringkan 48 gol daripada 52 perlawanan untuk kelab dan negara beliau sepanjang 2016.

Di peringkat kelab Ronaldo muncul dalam 42 perlawanan, menjaringkan 38 gol, dan 14 bantuan gol. Beliau telah
Terlibat secara langsung (sebagai penjaring atau pembantu gol)dalam 39 gol La Liga dalam 30 perlawanan.

Ballon d’Or 2016

Anugerah tersebut diumumkan oleh badan penganjur Ballon d’Or kali ini iaitu France Football. Anugerah kali ini diundi oleh journalis sukan dari seluruh dunia.

Ballon d’Or kali ini terpisah daripada anugerah FIFA selepas badan bola sepak dunia itu memutuskan untuk tidak terlibat dengan anugerah tersebut selepas bekerjasama sejak 2010.

Pada fasa ini, FIFA mengumumkan pemenang dalam majlis gala FIFA dengan undian melibatkan journalis, jurulatih dan kapten skuad kebangsaan.

FIFA akan mengiktiraf pemain terbaik dunia dalam Anugerah Terbaik FIFA (FIFA Best) yang akan dilangsungkan di Zurich pada Januari ini.

Tahun 2016 antara tahun terbaik untuk Cristiano Ronaldo. Selain daripada membantu Portugal mengakhiri penantian kejuaraan major, beliau turut menerima pendapatan tertinggi dalam sejarah beliau.

Tahniah Cristiano Ronaldo!

Baca juga : Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

The post Cristiano Ronaldo Menang Ballon D’Or 2016! Raikan Dengan SUIII!! Tanpa Suara appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : 3 Calon Akhir FIFA Ballon d’Or 2015

Anugerah pemain bola sepak terbaik tahunan FIFA 2015 atau FIFA Ballon d’Or 2015 bakal berlangsung pada 11 Januari 2016 akan datang di Kongrresshaus di Zurich, Switzerland. Daripada 25 senarai pemain yang telah disenaraikan, 3 pemain telah dipilih sebagai calon akhir merebut gelaran berprestij ini. Pemenang Anugerah tahun lalu, Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Madrid), Lionel Messi (Argentina/FC Barcelona) serta Neymar (Brazil/FC Barcelona) adalah 3 calon finalis yang bakal merebut gelaran tahunan ini. Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan serta kekuatan masing-masing untuk merebut gelaran ini di mana mereka mempamerkan permainan terbaik untuk negara serta kelab yang diwakili mereka.

Bual Sukan percaya, calon pilihan ramai sudah tentunya pemain Argentina yang mewakili FC Barcelona iaitu Lionel Messi yang berjaya membantu pasukan Argentina muncul naib juara Copa America 2015 selain membantu kelabnya FC Barcelona merangkul gelaran treble musim 2014/15. Namun 2 lagi pesaing terdekat beliau iaitu Cristiano Ronaldo dan Neymar juga mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk dinobatkan selaku pemain bola sepak terbaik dunia 2015. Apapun sama-samalah kita menanti pengumuman pemain terbaik dunia 2015 akan datang.
Composite image of Lionel Messi, Cristiano Ronaldo and Neymar
Sumber : Getty Images

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Cristiano Ronaldo menang Ballon D’or 2014

Pemain antarabangsa Portugal itu diundi sebagai pemain terbaik dunia yang dinilai oleh panel yang terdiri dari ketua pasukan, jurulatih dan wartawan sukan dengan Messi ditempat kedua, Manuel Neuer ketiga.

Penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo memenangi anugerah tertinggi pemain terbaik dunia, Fifa Ballon D’or mengatasi penyerang Barcelona, Messi dan penjaga gol German Manuel Neuer. Anugerah ketiga dirangkul dalam kariernya.

Ronaldo menikmati kejayaan besar pada tahun 2014 dimana beliau turut membantu Real Madrid menjuarai Champion League untuk kali ke 10 dengan menghasilkan 17 gol dalam kempen tersebut. Rekod baru jaringan terbanyak untuk satu kejohanan dan memperolehi mata undian 37.66%

Beliau juga membantu Real Madrid merangkul kejuaraan Copa Del Rey dengan menjaringkan 3 gol dalam 6 penampilan namun terlepas aksi final bertemu Barcelona akibat kecederaan.

Pencapaian individu pula, pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan 31 gol dalam 30 penampilan untuk muncul sebagai penjaring terbanyak liga dan menyaksikan beliau berkongsi anugerah kasut emas peringkat Eropah bersama Luis Suarez yang ketika itu bermain untuk Liverpool.

Ronaldo menjadi pemain ketujuh yang berjaya mempertahankan anugerah Ballon D’Or selepas Johan Cruyff, Kevin Keegan, Karl-Heinz Rummenigge, Michel Platini, Marco van Basten dan Messi.

Anugerah pertama Ballon D’or Ronaldo ialah pada tahun 2008 mengetepikan Messi dan Fernando Torres. Beliau juga muncul pemenang kedua terbaik dunia iaitu pada tahun 2009, 2011, dan 2012 sebelum menang semula pada tahun 2013 mengatasi Messi dan Ribery.

Untuk rekod, hanya Messi yang memenangi anugerah Ballon D’or sebanyak empat kali.

Dalam majlis itu Messi turut dianugerahkan penjaring terbanyak La Liga sepanjang zaman dan memecah rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara 2014 dan mendapat undian sebanyak 15.76%.

Neuer terlepas peluang untuk menjadi penjaga gol pertama merangkul anugerah berprestij itu semenjak Lev Yashin memenanginya pada tahun 1963. Beliau mendapat undi sebanyak 15.72%.

Copy of Full Text RSS Builder

Incoming search terms: