Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig

Penyokong Dortmund telah bertindak agresif dengan menyerang penyokong RB Leipzig.

Ia adalah kerana kebencian mereka ke atas kelab tersebut. Jika anda tidak tahu tentang kenapa orang Jerman bencikan RB Leipzig. Anda boleh baca di sini.

Semalam berlangsung perlawanan Bundesliga di antara Borrusia Dortmund dan RB Leipzig di Signal Iduna Park.

Pihak Borussia Dortmund telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan kekesalan mereka kepada insiden tersebut.

Borrusia Dortmund mengutuk sekeras-kerasnya keganasan seperti itu dan mengharapkan semua yang tercedera lekas sembuh.

10 orang telah dikejarkan ke hospital.

Borrusia Dortmund juga akan memberikan kerjasama yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk menyiasat insiden tersebut.

Serangan rambang tersebut turut terkena dan mecederakan wanita dan kanak-kanak. Ianya berlaku sebelum perlawanan bermula.

Pihak polis pantas bertindak untuk menghalang insiden tersebut. Polis terpaksa menggunakan cota dan semburan serbuk lada untuk menghalang penyerang.

Ianya untuk mengelakkan insiden yang lebih buruk berlaku.

Wakil daripada pihak polis berkata

“Semua dalam semua, pencerobohan yang melampau dan kesediaan mereka untuk melakukan keganasan terhadap penyokong pelawat.”

“Ini disasarkan kepada sesiapa sahaja yang dikenali sebagai penyokong RB Leipzig, tanpa mengira sama ada mereka adalah kanak-kanak kecil, wanita atau keluarga.”

Polis Dortmund memfailkan 28 pertuduhan kerana pelanggaran undang-undang berkenaan bahan letupan, serangan, kecederaan tubuh badan yang teruk, dan kerosakan harta benda.”

“Penyokong Leipzig telah dibaling dengan batu-batu dan tin oleh peminat Dortmund ketika mereka menghampiri stadium.”

“Empat pegawai polis dan anjing polis cedera.”

Sebelum perlawanan ini, banyak kain rentang anti Leipzig dinaikkan oleh penyokong-penyokong Dortmund.

Bahkan di dalam stadium kain rentang ini turut dikibarkan oleh penyokong Dortmund tanda anti RB Leipzig.

Namun ini sudah biasa bagi penyokong Leipzig musim ini. Mereka pernah dibaling dengan kepala kerbau dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Ianya agak ironi kerana pada januari lalu penyokong Dortmund telah dianugerahkan Anugerah Penyokong FIFA 2016 dalam Anugerah FIFA Best.

Perlawanan semalam berakhir dengan kemenangan 1-0 Borrusia Dortmund.

Baca juga: Penyokong Pulau Pinang Protes, Mahu “Perosak Pasukan” Undur Diri

The post Kerana Kebencian, Penyokong Dortmund Serang Penyokong RB Leipzig appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu UCL 2016/2017: Jentera Serangan Dortmund Boleh Beri Masalah Kepada Real Madrid

Wow! Itulah reaksi kami melihat jadual perlawanan yang mesti ditonton pada minggu ini. Borussia Dortmund vs Real Madrid sentiasa menjamin kualiti bola sepak yang terbaik.

Kedua-dua pasukan sedang berada dalam prestasi bagus. Kedua-dua pasukan mempunyai pemain berkualiti. Kedua-dua pasukan mempunyai pengurus muda yang berbakat. Kedua-dua pasukan gemar menyerang.

Ini adalah perlawanan yang membuatkan anda rasa berbaloi untuk hilang masa tidur.

Prestasi semasa

Jika ada satu perkataan yang boleh dikaitkan dengan jentera serangan Dortmund ketika ini, ia adalah ‘memukau’. Dan adjektif diterjemahkan dengan tepat dalam keputusan perlawanan 5 perlawanan terakhir Dortmund.

Mereka menang 4 perlawanan terakhir dengan kekalahan terakhir mereka berlaku ketika tumbang 0-1 kepada pasukan yang baru dipromosi ke Bundesliga, RB Leipzig.

Dalam 5 perlawanan ini, Dortmund sudah menjaringkan 20 gol dan hanya bolos 3 gol sahaja!

screen-shot-2016-09-27-at-10-00-56-am

Real Madrid juga tidak kurang hebatnya.

Dalam 5 perlawanan terakhir, mereka menang 3 dan seri 2 kali. Kekalahan terakhir mereka berlaku pada 5 bulan lepas (kalah 0-2 kepada Wolfsburg dalam suku akhir UCL musim lepas).

screen-shot-2016-09-27-at-10-05-11-am

Rekod pertemuan

Dalam 6 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, 3 daripadanya memihak kepada Dortmund, 2 milik Real Madrid dan 1 lagi berakhir dengan seri.

Ia sudah cukup menggambarkan betapa sukar perlawanan ini sejak akhir-akhir ini untuk Real Madrid.

screen-shot-2016-09-27-at-10-06-49-am

Perkembangan semasa pasukan

  • Marc Bartra, Erik Durm, Neven Subotic, Sven Bender dan Marco Reus kesemuanya dalam senarai kecederaan.
  • Andre Schurrle masih belum cergas sepenuhnya
  • Casemiro dijangka akan berehat panjang. Real Madrid turut kehilangan khidmat Marcelo yang turut dalam senarai kecederaan.

Fakta OPTA

  • Borussia Dortmund dan Real Madrid telah bertemu antara satu sama lain untuk kali ketujuh dalam tempoh lima musimUCL (2 kali di peringkat kumpulan, 2  kali di separuh akhir dan 2 kali di suku akhir.
  • Real Madrid tidak pernang menang dalam 5 kunjungan mereka ke Signal Iduna Park, kesemua perlawanan adalah dalam UCL (2 seri,3 kalah).
  • 6 gol terakhir Dortmund ke atas Real Madrid telah dijaringkan oleh Robert Lewandowski (4 gol pada 24 April 2013) dan Marco Reus (2 gol pada 8 April 2014), semuanya di Signal Iduna Park.
  • Borussia Dortmund menang empat perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri menentang mana-mana semua lawan dari Sepanyol dalam pertandingan Eropah, dengan purata sekurang-kurangnya 2 gol per perlawanan.
  • Dortmund telah menang 7 daripada 9 perlawanan terakhir peringkat kumpulan di tempat sendiri dalam UCL (W7 D1 L1), mereka hanya gagal menjaringkan gol sekali sahaja iaitu ketika tewas 0-2 di tangan Arsenal pada 2013.
  • Real Madrid hanya tewas sekali dalam UCL sejak awal musim lalu (10 kemenangan &  3 seri), walaubagaimanapun  kekalahan terakhir mereka adalah ketika berkunjung ke Jerman ( tewas 0-2 di tangan Wolfsburg pada April 2016).
  • Pasukan terakhir yang menewaskan Real Madrid di peringkat kumpualan UCL adalah Borussia Dortmund pada 2012.

Pemain Tumpuan

Gonzalo Castro (Borussia Dortmund)

Pemain ini dalam prestasi terbaik dalam skuad Dortmund buat masa ini. Thomas Tuchel baru sahaja menghamburkan pujian ke atas pemain tengah dinamik ini dengan menyatakan:

“Gonzalo Castro terlalu bagus untuk bermain satu peranan sahaja di dalam padang”

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Selepas menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan Zinedine Zidane yang mengeluarkannya ketika Real Madrid diikat 2-2 dengan Las Palmas dalam aksi La Liga baru-baru ini, Cristiano Ronaldo pastinya mahu ‘mengamuk’ di depan gol.

Sebelum wisel

Taktikal yang mantap dan kesempurnaan bakat teknikal pemain! Dua aspek inilah yang kami jangka bakal dihidangkan kepada penonton perlawanan ini.

Tuchel pada musim ini boleh dikatakan memiliki pasukan beliau sendiri selepas musim kedua bersama-sama dengan Dortmund.

Zinedine Zidane pula masih bergantung dengan majoriti kudrat yang sama seperti musim lalu selepas Real Madrid mengambil pendekatan agak pasif dalam pasaran perpindahan pemain.

Dortmund memiliki kekuatan dari segi kepantasan. Manakala Real Madrid sentiasa tahu cara untuk menang dalam perlawanan sebesar ini.

Baca juga: Teori Taktikal: Gegenpressing Borussia Dortmund Di Bawah Thomas Tuchel

The post Previu UCL 2016/2017: Jentera Serangan Dortmund Boleh Beri Masalah Kepada Real Madrid appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas

Penyokong Borussia Dortmund akan melalui detik déjà vu pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2016 pada 21 Mei nanti selepas laman web rasmi pasukan mengesahkan mereka akan membenarkan Mats Hummels menyertai musuh Der Klassiker, Bayern Munich.

Bagaimanapun dalam kenyataan sama, Dortmund turut menegaskan mereka hanya akan melepaskan Hummels jika Bayern membuat tawaran yang sesuai dengan status Hummels sebagai pemain kesebelasan utama.

Dortmund menulis kenyataan berikut dalam laman web rasmi mereka:

“Mats Julian Hummels telah memberitahu Borussia Dortmund GmbH & Co. KGaA bahawa beliau mahu berpindah menyertai Bayern Munchen pada musim depan.”

“Ahli-ahli lembaga pengarah telah membuat keputusan untuk membenarkan perpindahan ini berlaku dengan syarat Bayern mesti membuat tawaran yang sesuai dengan kebolehan pemain yang istimewa dan berbaloi untuk dipertimbangkan.”

“Sehingga kini, Bayern Munchen masih belum membuat sebarang tawaran langsung.”

“Kami juga mahu menambah, seperti pemain Borussia Dortmund yang lain, Hummels tiada klausa keluar dari kelab dan masih mempunyai kontrak sehingga 30 Jun 2017.”

Kembali ke Munich

Mats Hummels tidak asing dengan Bayern Munich selepas menghabiskan majoriti zaman remajanya bersama skuad Jugend akademi Bayern Munich sejak berumur 7 tahun lagi.

Bapanya, Hermann Hummels merupakan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich sebelum dipecat dan ditamatkan kontrak oleh pengurus Bayern ketika itu, Jurgen Klinsmann pada 2012.

Sejak itu, bapanya menubuhkan syarikat ejen pengurusan pemain yang bertanggungjawab mengurus karier dua anaknya sendiri, Mats Hummels di Borussia Dortmund dan adiknya, Jonas Hummels di SpVgg Unterhaching.

Ironi Hummels

Bagi penyokong Dortmund, kehilangan Hummels – seorang lagi pemain bintang mereka selepas Mario Gotze dan Robert Lewandowski – kepada Bayern Munich pastinya tidak disenangi oleh mereka.

Tambahan pula Hummels pernah dipetik membuat kenyataan berikut ketika diminta mengulas mengenai perpindahan Gotze ke Bayern:

“Menjuarai liga bukanlah segala-galanya. Sebaliknya bermain bola sepak menarik dan berjaya bersama rakan-rakan adalah segala-galanya.”

Apa yang pasti, Hummels akan menerima layanan buruk daripada penyokong Dortmund atas sikap hipokrit beliau ini.

Dan menjelang final DFB-Pokal antara Bayern dengan Dortmund pada 21 Mei nanti, perhatian pastinya terarah kepada Hummels.

Insiden ini adalah déjà vu kepada insiden Robert Lewandowski yang bermain untuk Dortmund buat kali terakhir dalam final DFB-Pokal 2014 menentang Bayern. Bayern menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Baca juga: Hummels & Weidenfeller Bersemuka Dengan Peminat Dortmund Selepas Mereka Tewas Lagi Di Gelanggang Sendiri

The post Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Reaksi Penyokong Dortmund Terhadap Berita Kepulangan Mario Götze: Sila Berambus!

Banyak boleh berlaku dalam bola sepak dalam masa setahun.

Inilah perkara yang terjadi kepada karier Mario Götze selepas menjadi hero yang menjaringkan gol kemenangan Jerman semasa final Piala Dunia 2014 menentang Argentina.

Hampir setahun selepas bergelar hero, Götze kini bergelar pemain yang tidak dikehendaki oleh Bayern Munich.

Sejak sukar masuk ke kesebelasan utama Bayern, banyak kelab yang berminat untuk membeli Götze. Antara kelab yang dilaporkan berminat adalah Liverpool dan kelab lamanya, Borussia Dortmund.

Pengarah eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengaku pintu ‘masih terbuka’ buat Götze untuk pulang ke pangkuan mereka.

Bagaimanapun belum sempat penyokong neutral melihat prospek kepulangan Götze ke Westfalonstadion, penyokong Dortmund meluahkan perasaan mereka dengan mengeluarkan kain rentang ketika kemenangan 3-2 pasukan mereka menentang Werder Bremen yang bertulis – sila berambus, Götze!

Götze merupakan pemain kelahiran akademi Dortmund yang pernah membantu bekas kelabnya itu memenangi kejuaraan liga pada 2011 dan 2012 di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Hubungan Götze dengan penyokong Dortmund rosak selepas beliau memilih untuk meninggalkan Dortmund untuk bermain bersama musuh ketat, Bayern Munich.

Paling teruk, Götze mengumumkan keputusannya untuk berpindah ke Bayern Munich 36 jam sebelum Dortmund menentang Real Madrid dalam separuh akhir Champions League musim 2012/2013.

Kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Dortmund di seksyen Yellow Wall mempunyai mesej berikut:

“Milan atau Madrid, asalkan bukan Dortmund. Sila berambus, Götze!”

eindeutige-botschaft-einiger-bvb-fans-in-richtung-mario-goetze-

Semasa Götze mengumumkan hasratnya untuk berpindah ke Bayern Munich, penyokong Dortmund pernah membuat kain rentang khas untuknya yang bertulis mesej:

“Keghairahan mengejar wang sahaja dah menunjukkan betapa anda tidak mempunyai hati. Fuck off Götze!”

gotze dortmund bannergotze dortmund banner

Satu perkara yang pasti berlaku dalam musim panas nanti adalah – Götze pasti tidak akan kembali ke Dortmund.

Baca juga: Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk

The post Reaksi Penyokong Dortmund Terhadap Berita Kepulangan Mario Götze: Sila Berambus! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk

Bola sepak Eropah sedang diancam oleh kerakusan sistem ekonomi kapitalisme jika idea UEFA Super League dipertimbangkan secara serius oleh UEFA.

Itulah kesimpulan kami selepas membaca minat Barcelona, Juventus dan Bayern Munich terhadap cadangan idea penubuhan liga berskala Eropah untuk menggantikan format Champions League dan Europa League ketika ini.

Apa itu UEFA Super League?

UEFA Super League adalah sebuah liga yang menghimpunkan kelab-kelab besar Eropah untuk bertanding merebut takhta juara Eropah.

Idea ini dikemukakan oleh Stephen Ross (gambar bawah) dan Charlie Stillitano, rakan niaga dan juga merupakan billionaire dari Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan £3 bilion.

Mereka juga merupakan pemilik kelab bola sepak Amerika di NFL, Miami Dolphins.

Menurut cadangan mereka, format liga ini bakal menggantikan format Champions League dan Europa League yang mempunyai pusingan kalah mati.

Liga ini tidak akan mempunyai sistem penyingkiran dan promosi. Jadi ia akan dianggotai secara tetap oleh kelab-kelab besar Eropah.

Dalam erti kata lain, formatnya sama seperti model liga bola sepak Amerika, NFL di Amerika Syarikat (gambar bawah) atau liga bola keranjang Eropah, FIBA Euroleague.

Kelab-kelab Eropah yang dipilih untuk masuk liga ini perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

  • mempunyai kejayaan di peringkat domestik,
  • mempunyai sejarah kelab yang unik (pernah menang banyak trofi)
  • mempunyai jumlah penyokong global yang ramai.

Ini bermakna jika Leicester City menjuarai liga England, mereka tetap tidak akan dijemput masuk ke liga ini kerana mereka tidak menepati syarat kedua dan ketiga.

Ketika ini, Stephen Ross dan Charlie Stillitano sudah berjumpa dengan ketua-ketua pengarah eksekutif Manchester United, Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool untuk mengemukakan idea ini.

Mereka masih belum berjumpa dengan bos-bos kelab Eropah lain. Tetapi akhbar Frankfurter Allgemeine Zeitung dan La Vanguardia melaporkan Barcelona, Juventus dan Bayern Munich menyokong idea liga ini.

Apa yang terjadi kepada liga domestik?

Menurut laporan Football Espana, Stephen Ross dan Charlie Stillitano mencadangkan setiap anggota UEFA Super League menyediakan pasukan ‘A’ dan ‘B’ supaya mereka dapat bertanding dalam liga domestik juga.

Mereka mencadangkan pasukan A bermain di UEFA Super League dan pasukan B bermain dalam liga domestik masing-masing.

Penyokong Dortmund mengamuk

Belum pun idea liga ini dibincangkan secara serius, ia sudah pun menerima penentang pertama iaitu penyokong Borussia Dortmund.

Ketika perlawanan Europa League menentang Tottenham Hotspur awal pagi tadi (waktu Malaysia), penyokong Dortmund mempamerkan banner protes yang bertulis:

“UEFA Super League? Shut the fuck up!”

Mengapa idea UEFA Super League perlu ditentang?

Bagi kami, idea menubuhkan liga ini untuk menggantikan format Champions League dan Europa League merupakan idea yang buruk dan perlu ditentang kerana ia merosakkan bola sepak.

Liga ini bukan saja bakal merosakkan semangat kompetitif liga domestik (kerana pasukan besar Premier League hanya akan diwakili oleh pasukan B mereka), malah ia menggalakkan sifat elitism di kalangan kelab-kelab besar.

Paling teruk, syarat masuk ke UEFA Super League tidak berdasarkan semangat meritokrasi.

Ini bermakna jika kelab ‘kecil’ seperti Leicester City menjadi juara liga domestik, mereka tetap tidak akan diajak masuk ke UEFA Super League kerana fanbase mereka masih kecil berbanding fanbase Manchester United, Menchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.

Jika liga ini dilaksanakan, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada cerita-cerita ‘David mengalahkan Goliath’ atau kisah pasukan underdog yang mengalahkan pasukan pilihan.

Dari segi kewangan, jurang kekayaan pasukan besar dengan pasukan kecil akan menjadi semakin besar.

Sedangkan dalam format sedia ada pun, polarisasi kekayaan ini sudah berlaku. Apatah lagi bila UEFA Super League menajdi kenyataan nanti.

Ketika ini UEFA menegaskan mereka masih belum membincangkan idea penubuhan UEFA Super League secara serius lagi.

Baca juga: Bagaimana Penyokong Hearts Menghalau Keluar Pengurusan Kelab Yang Bangsat

The post Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa ‘Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal’

Bromance antara penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dengan kawan baiknya, Marco Reus mungkin antara yang paling unik dalam dunia bola sepak.

Menurut laporan Bild dan laman web transfermarkt.com, kontrak Aubameyang mempunyai klausa khas yang membuatkannya berjanji ‘tidak akan tinggalkan Borussia Dortmund selagi Marco Reus kekal di Dortmund’.

Ini adalah sesuatu yang logik kerana ‘Batman’ tidak pernah meninggalkan ‘Robin’.

Pada bulan Febuari 2015 yang lepas, Marco Reus menandatangani kontrak baru 4 tahun untuk kekal di Signal Iduna Park sehingga 2019.

Ini mendorong kawan baiknya, Pierre-Emerick Aubameyang untuk turut menandatangani kontrak baru pada Julai 2015 untuk kekal memakai jersi kuning hitam Dortmund sehingga 2020.

Baru-baru ini, Aubameyang dikaitkan dengan gosip perpindahan ke FC Barcelona dan Arsenal. Akhbar Bild melaporkan Dortmund tidak akan melepaskan Aubameyang dengan bayaran kurang €60 juta.

Ketika ini, Aubameyang sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Bundesliga bersama Robert Lewandowski dengan 14 gol.

Baca juga: Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka

The post Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa ‘Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA BORUSSIA DORTMUND

Borussia Dortmund tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim atas kejayaan menjuarai Piala Liga Super Malaysia untuk musim kedua berturut-turut.

Mereka turut menghantar surat secara rasmi bertarikh 24hb Ogos 2015 kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan adalah besar harapan mereka agar kerjasama antara kedua pihak (BVB dan JDT) akan diteruskan serta diperkukuhkan.

Disini kita dapat melihat keakraban kedua-dua belah pihak dalam perkara yang melibatkan pembangunan bola sepak akar umbi. Luaskan Kuasamu Johor.

Sumber:https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my
Johor DT