Skuad B-23 Tahun Everton Tidur Stadium Untuk Raih Duit Bantu Gelandangan

Kita punyai banyak sebab untuk menyukai bola sepak. Antaranya kerana permainan itu sendiri, taktikal serta gerakan menarik di atas padang.

Malah terdapat juga cerita seperti pemain bola sepak yang membantu orang susah dan juga anak yatim yang membuatkan kita semakin jatuh cinta dengan sukan ini.

Tidur di stadium

Di England atau lebih tepat di Mersyeside. Skuad B-23 tahun Everton telah mengambil keputusan untuk tidur di stadium mereka iaitu Goodison Park.

Ia bukan sahaja disertai oleh para pemain skuad B-23 tahun Everton itu. Malah pengurus mereka David Unsworth serta staf kejurulatihan mereka yang lain juga menyertai acara tidur stadium itu.

everton-u23-squad-sleepover-at

Selain itu, terdapat juga 50 orang penyokong Everton yang menyertai acara ini.

Acara tersebut adalah untuk membantu meraih sejumlah wang bernilai £230 ribu untuk membantu golongan gelandangan.

Jumlah tersebut akan digunakan untuk membeli sebuah rumah serta melakukan pengubah suaian pada rumah tersebut supaya boleh dijadikan sebagai tempat tinggal yang selesa untuk golongan kanak-kanak yang gelandangan.

Menariknya, acara tidur stadium yang dilakukan oleh skuad B-23 tahun Everton ini dilakukan pada malam yang boleh dikatakan antara yang tersejuk di England ketika ini.

Mereka tidur dengan suhu pada kadar -4 darjah Celcius!

Malam yang sukar

Usaha mereka mula menampakkan hasil apabila pengerusi Everton, Bill Kenwright melakukan sumbangan peribadi apabila menyumbang £23 ribu kepada kempen tersebut.

Bagi Unsworth, beliau sangat gembira dengan pencapaian yang dilakukan oleh anak-anak buahnya.

“Saya sangat gembira melihat komitmen yang dilakukan oleh anak-anak buah saya. Semua pemain yang tidak terlibat dengan skuad senior semuanya bersemangat nak sertai acara ini.”

Malam tersebut ternyata sangat sukar. Apabila semua yang terlibat dengan acara tersebut hanya tidur dengan cara bagaimana orang gelandangan tidur.

“Tiada stokin paras lutut, tiada topi dan sarung tangan pada malam itu.”

“Malah semua peserta tidak dibenarkan untuk pakai but warna merah sempena Krismas kerana ia berwarna merah. Awak tahu apa yang warna merah di Mersyeside bukan? Liverpool.”

js105899071

Bagi Unsworth, ini merupakan cara terbaik untuk merasai keperitan yang dilalui oleh gelandangan di luar sana.

“Kami hanya tidur dengan hanya sarungkan badan kami dengan beberapa lapisan pakaian. Di luar sana ramai yang berbuat sedemikian dan kita perlu hentikan semua ini.”

“Kami ingin memberikan sebanyak mana bantuan untuk orang yang berada di Liverpool. Kami tak mahu mereka tinggal di jalanan lagi kerana kami mahu mereka tinggal di tempat yang selamat.”

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Tidur Depan Stadium, Gelandangan Ini Dapat Kerja Dengan Real Sociedad

The post Skuad B-23 Tahun Everton Tidur Stadium Untuk Raih Duit Bantu Gelandangan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Sekeping Duit Syiling Bantu Itali Bina Sejarah Bola Sepaknya Bermula 1968

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) adalah antara badan bolasepak yang paling aktif melakukan perubahan dalam format bolasepak.

Dari format perlawanan, kejohanan sehinggalah format penentuan pemenang perlawanan kalah mati, UEFA sentiasa menjadi yang pertama dalam dunia untuk mengubah dan mencubanya.

Dan semasa kejohanan Piala Eropah 1968, UEFA pernah menjadi tumpuan dek perubahan format pertandingan yang diperkenalkannya.

Itali lawan USSR

Lokasi: Naples, Itali
Tarikh: 5 Jun 1968
Separuh akhir Piala Eropah 1968

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 yang menemukan tuan rumah Itali dengan Kesatuan Soviet (USSR) menarik minat kira-kira 70,000 penyokong (majoritinya penyokong Itali) untuk datang ke stadium Napoli ini.

Ini kerana semasa Piala Dunia 1966, Itali ditewaskan USSR. 2 tahun sebelum itu pula pada 1964, USSR sekali lagi menyingkirkan Itali daripada kejohanan Piala Eropah.

Lantas pasukan USSR dilihat sebagai pasukan pilihan dalam pertemuan kali ini.

Dalam usaha untuk menambah keyakinan pemain-pemainnya, ketua jurulatih Itali, Ferruccio Valcareggi cuba melancarkan perang psikologi dengan menyatakan USSR bukan pasukan yang terlalu hebat sehingga tidak boleh dikalahkan.

Walaubagaimanapun ketika perlawanan berlangsung, pemain-pemain Itali jelas dalam tekanan.

Dua-dua sama hebat

Ketika perlawanan berlangsung, ternyata kedua-dua pasukan bermain berhati-hati. Malah kedua-dua pasukan juga gagal menyempurnakan beberapa peluang gol.

Perlawanan separuh akhir Piala Eropah 1968 ini berlangsung sangat sengit dan berakhir dengan kedudukan 0-0 selepas tamat 90 minit.

Pada ketika itu masih belum ada peraturan masa tambahan, silver goal, golden goal mahupun penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang dalam peringkat kalah mati.

Tamat perlawanan kedua dua pasukan menuju bilik persalinan.

Kapten kedua-dua pasukan kemudiannya dipanggil oleh pengawai pertandingan. Kapten USSR, Albert Shesternyov dan kapten Itali, Giaccinto Facchetti (gambar bawah) dibawa ke satu ruang oleh beberapa pegawai pertandingan.

Penentuan ditentukan nasib

Pengadil dari Jerman, Kurt Tschenscher, mengeluarkan syiling dari poket beliau dan memberikan taklimat. Kedua-dua kapten faham pentingya nasib baik mereka kali ini berbanding kemahiran bermain bolasepak.

Ini kerana buat pemenang perlawanan ditentukan oleh lambungan duit syiling.

coin toss

Frachetti meneka ekor (tails). Manakala Shesterynov pula mahu tidak mahu meletakkan nasib USSR kepada kepala (heads). Lambungan syiling tersebut memihak kepada Itali dan Fracchetti.

Lantas beliau berlari keluar dari terowong dan memberikan isyarat yang mereka sudah beroleh kemenangan. Sekitar 70,000 penyokong Itali di stadium bergembira.

UEFA mengeluarkan rangkuman video perlawanan di televisyen pada 2 hari kemudian untuk membuktikan prosedur balingan syiling dijalankan dengan telus.

Itali akhirnya mara ke perlawanan akhir untuk bertemu dengan Yugoslavia. Sebagai rekod, mereka menang 2-0 dalam perlawanan ulangan akhir selepas terikat 1-1 dalam perlawanan akhir pertama.

Ia adalah tie breaker paling pelik pernah berlaku dalam sejarah perlawanan bolasepak.

Tetapi tuah duit syiling ini membantu Itali membina pasak sejarah bola sepak moden mereka selepas kali terakhir menang trofi semasa Piala Dunia 1938, iaitu 30 tahun sebelumnya.

Baca juga : Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

The post Bagaimana Sekeping Duit Syiling Bantu Itali Bina Sejarah Bola Sepaknya Bermula 1968 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: