Pingat emas Olimpik paling bermakna buat Brazil

Neymar Jr., anak emas pasukan bolasepak Brazil.
(kredit: google.com)

Walaupun telah muncul juara dunia sebanyak 5 kali dan merupakan satu-satunya negara yang sentiasa layak ke Piala Dunia, Brazil belum pernah memenangi pingat emas Sukan Olimpik sehinggalah mereka menewaskan Jerman di Stadium Maracanã menerusi sepakan penalti pada kali ini.

Selepas terikat 1-1 yang membawa kepada melepasi masa tambahan, ayam tambatan Brazil yakni Neymar dijulang sebagai salah satu wira negaranya apabila bukan sahaja menjaringkan gol pembukaan dengan sepakan percuma yang menarik tetapi juga menjadi penjaring gol penalti yang menentukan kemenangan. Sekaligus, kehampaan dalam episod duka apabila disingkirkan oleh Jerman dengan sungguh memalukan (tewas 7-1) di Piala Dunia dua tahun lalu dapat juga ditebus oleh Neymar dan rakan-rakannya.

Nigeria berjaya menumpaskan Honduras 3-2 untuk meraih pingat gangsa manakala pasukan wanita Brazil pula terlepas pingat gangsa apabila ditewaskan 2-1 oleh Kanada. Pingat emas wanita dimenangi oleh pasukan Jerman yang mengatasi Sweden (pingat perak) juga dengan jaringan 2-1.

Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kontinjen Malaysia yang telah berhempas pulas untuk membawa pulang pencapaian Olimpik terbaik setakat ini. Terima kasih kepada semua atlet yang sudi menjadi contoh ikutan yang baik kepada generasi ahli sukan pada masa hadapan.

#olympicgames #rio2016 #malaysiaboleh

DUNIA BOLA SEPAK

Bola Sepak : Piala Emas Raja-Raja 2015

Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja merupakan antara pertandingan bola sepak tertua di negara ini. Kejohanan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) yang mana kejohanan ini telah banyak mencungkil bakat-bakat baru bola sepak di kalangan orang Melayu untuk ditampilkan dalam peringkat yang lebih tinggi. Kejohanan Edisi Piala Emas Raja-Raja 2015 akan melibatkan penyertaan 16 buah pasukan terdiri daripada pasukan negeri, kelab serta pasukan jemputan iaitu Singapura. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan tangga teratas akan melangkah ke pusingan suku akhir yang akan diadakan secara timbal balas. 

Juara bertahan Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2014 iaitu pasukan Perlis pastinya sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu. Namun begitu, saingan pastinya sukar dengan setiap pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik merebut kejuaraan edisi kali ini. Bual Sukan percaya Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2015 ini akan menonjolkan bakat-bakat baru bola sepak tempatan yang wajar diberi peluang untuk mewakili ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. 

Perlawanan peringkat kumpulan akan berlangsung pada 20 hingga 22 November 2015 akan datang. Pusingan Suku Akhir akan berlangsung pada 29 November 2015 dan 5 Disember 2015, Pusingan Separuh Akhir akan berlangsung pada 12 dan 19 Disember 2015 manakala Perlawanan Akhir dijadualkan berlangsung pada 25 Disember 2015 akan datang. Berikut adalah Kedudukan Kumpulan serta Jadual Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2015 akan datang : 

20 November 2015 (Jumaat)
Negeri Sembilan lwn Melaka
Perlis lwn Pulau Pinang

Proton lwn PDRM 
Kuala Lumpur lwn Singapura

Putrajaya lwn ATM
Pahang lwn Perak

Selangor lwn Terengganu
Kelantan lwn Kedah

21 November 2015 (Sabtu)
Pulau Pinang lwn Negeri Sembilan 
Melaka lwn Perlis

Kuala Lumpur lwn Proton
Singapura lwn PDRM 

Putrajaya lwn Pahang
Perak lwn ATM
Kedah lwn Selangor
Terengganu lwn Kelantan

22 November 2015 (Ahad)
Negeri Sembilan lwn Perlis
Melaka lwn Pulau Pinang

Proton lwn Singapura
PDRM lwn Kuala Lumpur

Perak lwn Putrajaya
ATM lwn Pahang

Selangor lwn Kelantan
Kedah lwn Terengganu

SUKU AKHIR
Perlis lwn PDRM
Kuala Lumpur lwn Negeri Sembilan
Pahang lwn Kelantan
Terengganu lwn ATM

(Suku Akhir akan diadakan pada 29 November dan 5 Disember 2015)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2015

Sepak mula Kejohanan Piala Emas Raja-Raja 2015 akan bermula 20 hingga 22 November 2015 ini bagi saingan peringkat kumpulan. 16 buah pasukan terdiri daripada persatuan bola sepak melayu negeri, kelab serta pasukan jemputan iaitu Singapura mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan yang muncul sebagai Juara serta Naib Juara Kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir yang akan diadakan secara timbal balas. 

Pasukan juara bertahan edisi 2014, Perlis pastinya sekali lagi akan turun selaku pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu, cabaran pasukan lain juga pastinya sengit dan mencabar. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan berusaha mencapai keputusan terbaik masing-masing bagi memastikan laluan ke suku akhir lebih cerah. Berikut adalah keputusan perlawanan Kejohanan Piala emas Raja-Raja 2015 :

20 November 2015 (Jumaat)

Negeri Sembilan lwn Melaka (2-0)
Perlis lwn Pulau Pinang (5-0)

Proton lwn PDRM (0-0) 
Kuala Lumpur lwn Singapura (3-1)

Putrajaya lwn ATM
Pahang lwn Perak (5-1)

Selangor lwn Terengganu (2-1)
Kelantan lwn Kedah (1-0)

21 November 2015 (Sabtu)
Pulau Pinang lwn Negeri Sembilan 
Melaka lwn Perlis

Kuala Lumpur lwn Proton
Singapura lwn PDRM 

Putrajaya lwn Pahang
Perak lwn ATM
Kedah lwn Selangor
Terengganu lwn Kelantan

22 November 2015 (Ahad)
Negeri Sembilan lwn Perlis
Melaka lwn Pulau Pinang

Proton lwn Singapura
PDRM lwn Kuala Lumpur

Perak lwn Putrajaya
ATM lwn Pahang

Selangor lwn Kelantan

Kedah lwn Terengganu

* Kemaskini pada 20 November 2015. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Nama Gelaran 12 Pasukan Piala Emas CONCACAF 2015

Kejohanan berprestij bola sepak zon CONCACAF, Piala Emas CONCACAF 2015 atau 2015 CONCACAF Gold Cup akan berlangsung pada 7 hingga 26 Julai 2015 akan datang dengan pasukan Amerika Syarikat dan Kanada menjadi tuan rumah bersama pada kali ini. Kejohanan edisi kali ini disertai oleh 12 Pasukan di mana Amerika Syarikat selaku juara bertahan pastinya akan berusaha mempertahankan gelaran yang mereka menangi pada edisi 2013 yang lalu. Juara edisi ini akan mewakili Zon CONCACAF ke Kejohanan FIFA Piala Konfederasi 2017 di Russia atau 2017 FIFA Confederations Cup akan datang.

Bual Sukan menjangkakan aksi kejohanan edisi kali ini pastinya menarik apatah lagi kesemua 12 pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang keemasan yang dicipta pastinya berjaya mencatat keputusan yang cemerlang. Berikut adalah nama gelaran 12 pasukan yang bersaing pada kejohanan kali ini :

KUMPULAN A
USA : The Stars and Stripes, The Yank, Team USA

Panama : Los Canaleros (The Canal Men), La Marea Roja (The Red Tide)

Haiti : Les Grenadiers, Le Rouge et Bleu, Les Bicolores, La Sélection Nationale

Honduras : Los Catrachos, La Bicolor, La H, La Garra Catracha
KUMPULAN B
Costa Rica : La Sele, La Tricolor, Los Ticos, Los Mata Campeones

El Salvador : La Selecta, Los Cuscatlecos, La Azul y Blanco

Jamaica : The Reggae Boyz

Canada : The Canucks, Les Rouges (The Reds)

KUMPULAN C 
Mexico : El Tri (The Tri), El Tricolor (The Tri-color), La Verde (The Green)

Guatemala : La Azul y Blanco, Los Chapines, La Bicolor, La Furia Azul

Trinidad and Tobago : The Soca Warriors

Cuba : Leones del Caribe (Lions of the Caribbean)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pemenang Anugerah Piala Emas CONCACAF 2015

Kejohanan berprestij bola sepak zon CONCACAF iaitu Piala Emas CONCACAF 2015 atau 2015 Gold Cup telahpun melabuhkan tirainya dengan pasukan Mexico berjaya merangkul gelaran bual kali kelima. Kejayaan ini berjaya membuktikan bahawa pasukan Mexico adalah antara kuasa besar bola sepak CONCACAF selain pasukan USA. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, pelbagai aksi telah dipamerkan oleh pasukan masing-masing. 

Berikut adalah senarai pemenang anugerah di kejohanan Piala Emas CONCACAF 2015 ini :

Anugerah Bola Emas (Pemain Terbaik)/Golden Ball Award : Andres Guardado (Mexico)

Anugerah Penjaring Terbanyak/Golden Boot Award : Clint Dempsey (USA)

Anugerah Sarung Tangan Emas/Golden Glove Award : Brad Guzan (USA) 

Anugerah Pemain Harapan/Bright Future Award : Jesus Corona (Mexico)

Anugerah Fair Play/Fair Play Award : Jamaica

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Mexico Juara Piala Emas CONCACAF 2015

Pasukan Mexico di bawah bimbingan Pengurus Miguel Harrera berjaya merangkul kejuaraan Piala Emas CONCACAF 2015 atau 2015 CONCACAF Gold Cup apabila berjaya menewaskan pasukan penuh kejutan, Jamaica dalam perlawanan akhir dengan keputusan 3-1. Gol-gol pasukan Mexico dijaringkan oleh  Andres Guardado, Jesus Corona dan Oribe Peralta manakala gol pasukan Jamaica pula dijaringkan oleh Darren Mattocks.

Kejayaan ini sedikit sebanyak meredakan tekanan ke atas Miguel Harrera yang berdepan kemungkinan kehilangan jawatannya akibat prestasi yang tidak menentu pasukan Mexico. Pasukan Jamaica yang menewaskan pasukan USA di separuh akhir pastinya berbangga dengan pencapaian mereka walaupun sekadar muncul naib juara. Kini fokus pasukan-pasukan CONCACAF pastinya adalah pusingan kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Bual Sukan mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Mexico berjaya merangkul kejuaraan kejohanan kali ini. Dengan kejuaraan ini, pasukan Mexico atau USA akan mewakili pasukan zon CONCACAF ke FIFA Piala Konfederasi 2017 Russia akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa