Arsenal Dedahkan Sebab Kenapa Mereka Memakai Jersi Kuning Menentang Basel Di Emirates

Arsenal memberitahu kepada ESPN bahawa penggunaan jersi kedua yang bewarna kuning pada pertembungan dengan FC Basel tidak ada kaitan dengan sebarang ritual ataupun mahu mencari tuah.

Sebaliknya ia adalah atas notis arahan yang diberikan oleh UEFA ke atas mereka untuk menggunakan jersi kedua walaupun mereka bermain di tempat sendiri.

Hal ini kerana lengan baju Arsenal berwarna putih dan warna itu sama dengan jersi tempat lawan FC. Basel.

Arsenal v FC Basel - UEFA Champions League Group Stage - Group A

Alternatif lain untuk kes seperti ini, kebiasaannya UEFA akan menghantar notis awal kepada pasukan pelawat supaya mereka memakai jersi ke-3. Namun begitu, FC Basel dilaporkan tidak memiliki jersi ketiga.

Penyokong Arsenal pasti teringat perlawanan UCL pada 1998, apabila Arsenal diarahkan untuk memakai jersi ketiga mereka yang berwarna biru. Hal ini kerana baju pertama RC Lens adalah merah dan baju kedua mereka adalah kuning dan merah.

1640250_arsenal_sport-large_transi7wjnedkpjpiaipaau_z8b_vtgynvgok_cwicvgecbc

Dalam pertemuan yang menemukan beradik Xhaka sekali lagi selepas Piala Eropah 2016, Granit Xhaka sekali lagi menang pertarungan ini.

nintchdbpict000270555144-e1475100243856

Arsenal menang 2-0 dengan kedua-dua gol dijaringkan oleh Theo Walcott. Ia sekaligus membolehkan mereka memimpin kumpulan A dengan 4 mata berkongsi dengan Paris St. Germain selepas 2 perlawanan.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Kualiti Dan Struktur Arsenal Musnahkan Chelsea

The post Arsenal Dedahkan Sebab Kenapa Mereka Memakai Jersi Kuning Menentang Basel Di Emirates appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Pusingan Ketiga Emirates FA Cup 2015/16

Saingan bola sepak berprestij England Emirates Piala FA 2015/16 atau Emirates FA Cup 2015/16 memasuki pusingan ketiga dengan 64 pasukan bakal bersaing merebut 32 tempat ke pusingan keempat. 64 pasukan ini terdiri daripada 20 pasukan Liga Perdana Inggeris, 24 pasukan Liga Kejuaraan serta 20 pasukan yang memenangi perlawanan di pusingan kedua yang lalu. Dalam undian yang telah diadakan pada 7 Disember 2015 yang lalu, pasukan juara bertahan iaitu Arsenal sekali lagi akan turun mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu apabila diundi bertemu dengan pasukan Sunderland. Finalis musim lalu, Aston Villa pula dijadualkan bertemu pasukan Wycombe Wanderers. 

Bual Sukan percaya, kejutan kelab-kelab kecil pasti akan berlaku dalam saingan kali ini. Setiap pasukan yang bersaing ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi melangkah ke peringkat seterusnya. Berikut adalah undian Pusingan Ketiga Emirates FA Cup 2015/16 akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 8, 9 dan 10 Januari 2016 akan datang : 

Arsenal v Sunderland
Birmingham v Bournemouth
Brentford v Chesterfield/Walsall
Bury v Bradford City
Cardiff City v Grimsby/Shrewsbury
Carlisle v Yeovil
Chelsea v Leyton Orient/Scunthorpe
Colchester v Charlton
Doncaster v Stoke City
Eastleigh v Bolton
Everton v Dagenham & Redbridge/Whitehawk
Exeter City v Liverpool
Huddersfield v Reading
Hull City v Brighton
Ipswich v Portsmouth
Leeds United v Rotherham
Manchester United v Sheffield United
Middlesbrough v Burnley
Newport County v Blackburn
Northampton v MK Dons
Norwich v Manchester City
Nottingham Forest v QPR
Oxford United v Swansea
Peterborough v Preston NE
Salford City/Hartlepool v Derby
Sheffield Wednesday v Fulham
Southampton v Crystal Palace
Tottenham v Leicester
Watford v Newcastle
West Bromwich v Bristol City
West Ham v Wolves

Wycombe v Aston Villa 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pusingan Kedua Emirates FA Cup 2015/16

Kejohanan Bola Sepak kalah mati tertua di dunia iaitu Emirates Piala FA 2015/16 atau The Emirates FA Cup 2015/16 memasuki pusingan kedua di mana 40 pasukan bersaing untuk merebut tempat ke undian utama Pusingan Ketiga akan datang. Kejohanan ini pastinya penuh dengan kejutan demi kejutan. Tidak mustahil saingan musim ini juga bakal menyaksikan kelab-kelab kecil melakar kejutan di Pusingan Kedua ini.

Berikut adalah undian Pusingan Kedua The Emirates FA Cup 2015/16 akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 7 Disember 2015 : 

4 Disember 2015 (Jumaat)
Salford City lwn Hartlepool United 

5 Disember 2015 (Sabtu)
Barnet lwn Brackley/Newport C                
Peterborough United lwn Luton Town          
Portsmouth lwn Accrington Stanley          
Stourbridge lwn Eastleigh               
Northampton Town lwn Northwich/Boreham W’d         
Yeovil Town lwn Stevenage             
Leyton Orient lwn Scunthorpe United          
Millwall lwn Wycombe Wanderers                
Chesterfield lwn Walsall                  
Sheffield United lwn Mansfield/Oldham         
         
6 Disember 2015 (Ahad)
Rochdale AFC lwn Bury  
Aldershot/Bradford City lwn Chesham United    
Exeter City lwn Port Vale/Maidenhead            
Cambridge United lwn Doncaster Rovers            
Welling United lwn Carlisle United                
Colchester United lwn Altrincham            
Dag & Red/Morecambe lwn Whitehawk            
Braintree/Oxford U lwn Forest Green Rovers
                  
7 Disember 2015 (Isnin)
Grimsby Town lwn Shrewsbury Town

Sukan Malaysia dan Antarabangsa