Bola Sepak : Luis Enrique Bakal Tinggalkan FC Barcelona

Ketua Jurulatih FC Barcelona, Luis Enrique mengumumkan beliau bakal meninggalkan pasukannya pada penghujung musim 2016/17 selepas membimbing FC Barcelona selama 3 musim. Beliau yang menggantikan Ketua Jurulatih dari Argentina, Gerrado Martino pada 19 Mei 2014 berjaya membawa pasukannya muncul Juara La Liga Sepanyol (2 Kali), Juara Copa de Rey (2 kali), Juara Supercopa de Espana (1 kali), Juara UEFA Champions League (1 kali), Juara UEFA Super Cup (1 kali) dan Juara FIFA Club World Cup (1 kali).

Bual Sukan percaya, pihak pengurusan kelab FC Barcelona pastinya akan mencari calon Ketua Jurulatih terbaik bagi membimbing pasukan FC Barcelona untuk musim baru kalendar bola sepak eropah musim 2017/18 akan datang. Dengan barisan pemain-pemain bertaraf bintang seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Neymar dan ramai lagi, pastinya tiada masalah untuk Ketua Jurulatih baru yang bakal dilantik membimbing pasukan untuk musim akan datang.     

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Pique: Kami Sanggup Mati Demi Luis Enrique, Sebelum Dia Datang Kami ‘Sampah’

Gerard Pique tampil memberikan sokongan kepada pengurus yang sedang dalam tekanan Luis  Enrique.

Barcelona dikritik hebat sejak akhir-akhir ini dengan prestasi kurang konsisten. Mereka juga dibelasah PSG dalam perlawanan pertama pusingan 16 pasukan.

Dalam perlawanan menentang Leganes minggu lalu mereka bergelut untuk menang. Mujurlah mereka menang kerana penalti saat-saat akhir Lionel Messi.

Di kala semua orang bercerita tentang siapa bakal pengganti Luis Enrique, Gerard Pique tegas bersuara, beliau dan rakan-rakan sanggup berjuang sehingga mati untuk pengurus mereka itu.

Ini kerana, Enrique telah menyelamatkan Barcelona daripada kejatuhan sebelum ini. Sebelum kedatangan Luis Enrique, Barcelona diuruskan oleh Tata Martino.

Pique berkata:

“Kami sanggup berjuang sehingga mati untuk Luis Enrique. Sebelum beliau datang ke sini, kami seperti sampah.”

“Enrique telah membantu kami memenangi triplet (treble).”

“Saya nak semua orang ingat kembali, apa yang pengurus kami telah lakukan. Kami di sini untuk berdiri di belakang beliau.”

“Kami akan bersama-sama cuba keluar daripada prestasi hambar ini. Ya, kami memang tidak bermain bola sepak terbaik buat masa ini.”

“Sudah sebulan setengah kami gagal bermain bola sepak yang kami kehendaki. Kami akan cuba kembalikan cara kami bermain bola sepak.”

“Pengurus dan pemain-pemain sedangn mencari solusi kepada masalah ini.”

“Kami masih bersaing dalam 3 pertandingan. Walaupun ia tugas sukar di UCL.”

“Kami pernah melalui situasi lebih teruk daripada ini sebelum ini dan kami sentiasa berusaha sehingga ke garisan penamat.”

Ditanya, komen beliau tentang suara-suara penyokong yang mahukan Enrique dipecat. Pique berkata:

“Saya faham mereka kecewa. Tetapi saya tidak setuju dengan cara mereka meluahkannya.”

“Pasukan ini telah memenangi 8 trofi dengan pengurus ini. Saya rasa macam tak percaya, ramai orang ada masalah memori jangka pendek.”

“Jadi, saya menyeru agar mereka (yang bising) ini datang ke Camp Nou (perlawanan vs PSG) nanti, bukannya duduk di rumah.”

“Takut nanti mereka kecewa pula kerana miss melihat kebangkitan kami nanti.”

Baca juga: Chan Yuen Ting, Jurulatih Wanita Pertama Terlibat Kejohanan Elit, Akan Lawan Scolari Di ACL

The post Pique: Kami Sanggup Mati Demi Luis Enrique, Sebelum Dia Datang Kami ‘Sampah’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA