Bola Sepak : Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2016 France

Sepak mula Kejohanan UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telah pun bermula dari 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 buah negara bakal bersaing merebut kejuaraan berprestij ini. Pasukan yang muncul juara akan mewakili zon UEFA ke saingan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia akan datang. 24 pasukan ini telah diundi dalam 6 kumpulan di mana 6 pasukan yang muncul juara dan 6 pasukan yang muncul naib juara kumpulan bersama-sama dengan 4 pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan akan meneruskan saingan ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik.

Pasukan Sepanyol selaku juara bertahan pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki 2 kali berturut-turut iaitu pada UEFA Euro 2008 Austria & Switzerland serta UEFA Euro 2012 Poland & Ukraine. Antara pasukan yang pastinya menjadi pilihan ialah pasukan tuan rumah, Perancis, Jerman, England, Itali, Belgium dan Portugal. Namun begitu pasukan-pasukan lain juga turut mampu melakar kejutan pada edisi kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan peringkat kumpulan yang dihadapi ini adalah amat penting untuk setiap pasukan memungut marta penuh bagi mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Setiap Ketua Jurulatih juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi serta taktikal menghadapi lawan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain disiplin pertahanan yang mantap pastinya mempunyai kelebihan mencapai keputusan yang diharapkan. Penyokong-penyokong pasukan masing-masing pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Berikut adalah Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2016 France (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) :     

KUMPULAN A

10 Jun 2016
Perancis lwn Romania (2-1)

Perancis : Olivier Giroud, Dimitri Payet
Romania : Bogdan Stancu

11 Jun 2016
Albania lwn Switzerland (0-1)
Switzerland : Fabian Schar

15 Jun 2016
Romania lwn Switzerland
Perancis lwn Albania

19 Jun 2016
Switzerland lwn Perancis
Romania lwn Albania

KUMPULAN B

11 Jun 2016
Wales lwn Slovakia (2-1)

Wales : Gareth Bale, Hal Robson-Kanu
Slovakia : Ondrej Duda

England lwn Russia (1-1)

England : Eric Dier
Russia : Vasili Berezutski


15 Jun 2016
Russia lwn Slovakia

16 Jun 2016
England lwn Wales

20 Jun 2016
Slovakia lwn England
Russia lwn Wales

KUMPULAN C


12 Jun 2016
Poland lwn Ireland Utara (1-0)

Poland : Arkadiusz Milik

Jerman lwn Ukraine (2-0)

Jerman : Shkodran Mustafi, Bastian Schweinsteiger

16 Jun 2016
Ukraine lwn Ireland Utara
Jerman lwn Poland

21 Jun 2016
Ireland Utara lwn Jerman
Ukraine lwn Poland

KUMPULAN D


12 Jun 2016
Turki lwn Croatia (0-1)

Croatia : Luka Modric

13 Jun 2016
Sepanyol lwn Republik Czech

17 Jun 2016
Republik Czech lwn Croatia
Sepanyol lwn Turki

21 Jun 2016
Croatia lwn Sepanyol
Republik Czech lwn Turki

KUMPULAN E

13 Jun 2016
Republik Ireland lwn Sweden
Belgium lwn Itali

17 Jun 2016
Itali lwn Sweden

18 Jun 2016
Belgium lwn Republik Ireland

22 Jun 2016
Sweden lwn Belgium
Itali lwn Republik Ireland

KUMPULAN F


14 Jun 2016
Austria lwn Hungary
Portugal lwn Iceland

18 Jun 2016
Iceland lwn Hungary
Portugal lwn Austria

22 Jun 2016
Iceland lwn Austria
Hungary lwn Portugal


* Kemaskini pada 13 Jun 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Kedudukan Carta Jaringan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. Ini merupakan kejohanan edisi kelima belas sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1960. Pada edisi kali ini, 24 pasukan akan bersaing dan mereka telah diundi dalam 6 kumpulan di mana 16 pasukan akan melangkah ke pusingan kalah mati melibatkan 6 pasukan juara kumpulan, 6 pasukan naib juara kumpulan serta 4 lagi pasukan terbaik di tangga ketiga kumpulan. Setiap perlawanan yang dihadapi pastinya sangat penting mencapai kemenangan bagi memastikan laluan ke pusingan seterusnya semakin cerah.

Bual Sukan percaya, barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing bagi memberikan saingan kepada pasukan lawan yang dihadapi. Kemampuan memanfaatkan peluang dan ruang mencipta dan menjaringkan gol juga perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan masing-masing. Selain itu, penerapan disiplin pertahanan dan berpasukan yang baik juga pastinya membuahkan hasil kepada pasukan masing-masing. Penyokong-penyokong pasukan juga pastinya akan terus menerus memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah Kedudukan Carta Jaringan UEFA Euro 2016 France (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) :

1 Gol
Olivier Giroud (Perancis)
Dimitri Payet (Perancis)
Bogdan Stancu (Romania)
Fabian Schar (Switzerland)
Gareth Bale (Wales)
Hal Robson-Kanu (Wales)
Ondrej Duda (Slovakia)
Eric Dier (England)
Vasili Berezutski (Russia)
Arkadiusz Milik (Poland)
Shkodran Mustafi (Jerman)
Bastian Schweinsteiger (Jerman)
Luka Modric (Croatia)

* Kemaskini pada 13 Jun 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Poster Pasukan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah, Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 buah negara akan bersaing pada edisi ke 15 kali ini di mana 24 pasukan ini telah diundi dalam 6 kumpulan. Pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan serta 4 pasukan terbaik di tempat ketiga kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan. 

Bagi menyemarakkan kejohanan UEFA Euro 2016 France, ESPN melalui artis seni Perancis, Florian Nicolle telah menghasilkan poster 24 pasukan yang akan bersaing pada kejohanan kali ini. Berikut adalah poster-poster yang sangat menarik 24 pasukan UEFA Euro 2016 :

POSTER UEFA EURO 2016
 ALBANIA
 AUSTRIA
BELGIUM
 CROATIA
 CZECH REPUBLIC
ENGLAND
 FRANCE
 GERMANY
HUNGARY
 ICELAND
 ITALY
 NORTHERN IRELAND
 POLAND
 PORTUGAL
 REPUBLIC OF IRELAND
 ROMANIA
 RUSSIA
 SLOVAKIA
 SPAIN
 SWEDEN
 SWITZERLAND
 TURKEY
 UKRAINE
 WALES

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu EURO 2016: Itali, Sweden, Ireland Pertaruh Kuda Tua Lawan Belgium Dalam Kumpulan E

Kumpulan E adalah antara kumpulan yang paling menarik dalam kempen EURO 2016 kali ini. Ia menghimpunkan Itali, Belgium, Republik Ireland dan Sweden.

Kumpulan ini juga mengimpunkan beberapa nama lagenda untuk negara masing-masing (kecuali Belgium yang mempunyai purata umur 26.4 tahun, ke-4 paling muda dalam EURO 2016 selepas England dan Jerman) seperti:

  • Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
  • Robbie Keane (Republik Ireland)
  • Gianluigi Buffon (Itali)

Jangan disangka semakin tua, semakin kurang bisa lagenda-lagenda ini. Bak kata Zlatan:

“Saya ibarat wain, semakin berusia semakin bagus.”

Belgium mungkin akan berdepan kesukaran dengan ketiadaan Vincent Kompany.

Tetapi buat kali pertamanya mereka nampak sudah menyelesaikan masalah kemarau bek kiri dan kanan yang dihadapi semasa Piala Dunia 2014 dengan kehadiran Jordan Lukaku (bek kiri) dan Thomas Meunier (bek kanan).

Finalis EURO 2012, Itali pula mungkin turun dengan barisan pemain yang kurang terkenal di luar Itali. Tetapi mereka sentiasa mempamerkan aksi cemerlang ketika ramai peminat tak menyangka.

Turut menghuni kumpulan ini adalah Republik Ireland dan Sweden yang dikritik sebagai ‘one-man team’. Robbie Keane dan Ibrahimovic akan terus menggalas beban sebagai ayam tambatan pasukan mereka masing-masing.

Bagaimana mereka layak?

1. Itali

Itali mara apabila menjuarai kumpulan H dengan beza 4 mata di atas Croatia yang berada di tangga kedua.

Sebelum ini bermain dalam sistem back four, Antonio Conte beralih kepada sistem back three untuk memanfaatkan kekebalan dan keserasian back three Juventus – Andrea Barzagli, Leonardo Bonucci dan Giorgio Chiellini.

Hasilnya Itali menamatkan kempen kelayakan tanpa kalah. 5 daripada 7 kemenangan mereka adalah menang dengan beza 1 gol (termasuk kemenangan 1-0 menentang Malta); menandakan kemarau penyerang berkualiti dalam skuad Itali.

Isu ini jelas apabila penyerang utama mereka, Graziano Pelle hanya mampu menjaringkan 3 gol sepanjang pusingan kelayakan.

2. Belgium

Selepas hanya mampu mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2014, Belgium ada misi lebih besar dalam EURO 2016 untuk menepati status mereka sebagai pasukan Eropah yang menduduki ranking paling tinggi (Jerman di ranking ke-5 dunia, Sepanyol ke-6).

Belgium bermula dengan goyah ketika peringkat awal pusingan kelayakan apabila hanya menang 3 daripada 6 perlawanan awal. Itupun ketika menentang Cyprus, Andorra dan Israel.

Ketika menentang Wales, Belgium hanya mampu seri 0-0 di halaman sendiri sebelum kalah 0-1 di halaman Wales. Tetapi di akhir saingan, mereka masih mampu layak ke EURO 2016 sebagai juara kumpulan.

3. Sweden

Selepas hanya mampu menduduki tangga ke-3 kumpulan (di belakang Austria dan Russia) dalam pusingan kelayakan, Sweden dipaksa menentang jiran dan musuh tradisi Scandivania mereka, Denmark dalam perlawanan play-off.

Mujurlah mereka mempunyai Zlatan Ibrahimovic. Pemain PSG ini menjaringkan 3 daripada 4 gol yang diperlukan Sweden untuk menewaskan Denmark 4-3 secara agregat.

Malah Ibrahimovic bertanggungjawab menjaringkan 8 gol dalam peringkat kumpulan; 53.3% daripada 15 gol yang dijaringkan Sweden secara keseluruhannya.

4. Republik Ireland

Menghuni kumpulan kelayakan sama dengan Jerman, Poland dan jiran Kepulauan British mereka, Scotland, Republik Ireland melakukan usaha ‘cukup-cukup makan’ untuk layak ke EURO 2016.

Kualiti pemain-pemain Jerman dan Poland yang tinggi bermakna Republik Ireland dan Scotland terpaksa berebut tangga ke-3 kumpulan untuk mendapat slot play-off.

Scotland bermula dengan baik apabila menang 1-0 ke atas Republik Ireland di halaman sendiri dan mengikat jiran mereka 1-1 di Dublin. Tangga ke-3 kumpulan nampak menjadi milik mereka.

Namun entah mengapa, tiba-tiba Scotland tewas mengejut 0-1 kepada Georgia. Republik Ireland pula tiba-tiba menang mengejut 1-0 ke atas Jerman sebulan kemudian!

2 keputusan mengejutkan ini nyata memberi faedah kepada Republik Ireland. Mereka meneruskan kecemerlangan di peringkat play-off untuk menewaskan Bosnia Herzegovina 3-1 secara agregat; sekaligus layak ke EURO 2016.

Siapa pemain tumpuan?

Itali – Gianluigi Buffon (Juventus)

Ian Rush pernah menjelaskan kepentingan penjaga gol hebat seperti Gianluigi Buffon:

“Bermain sebagai penyerang lebih baik daripada bermian sebagai penjaga gol. Jika anda mensia-siakan 5 peluang dan menjaringkan 1 gol kemenangan, andalah hero pasukan. Tetapi bila penjaga gol buat 1 kesilapan, anda terus jadi mangsa.”

Perkara yang anda perlu ingat tentang Buffon adalah beliau jarang membuat kesilapan. Masakan tidak, beliau pernah menulis surat cinta kepada pintu gol untuk melindunginya sampai bila-bila.

Belgium – Kevin De Bruyne (Manchester City)

Dengan 5 gol dan 3 assists, Kevin De Bruyne merupakan pemain yang paling produktif untuk Belgium pada pusingan kelayakan.

Agresif, berstamina tinggi, direct dan bijak membuat keputusan di atas padang, De Bruyne merupakan pemain yang bakal diharap penyokong Belgium untuk menyerlah jika Eden Hazard mengulangi persembahan mengecewakan beliau semasa Piala Dunia 2014.

Sweden – Zlatan Ibrahimovic (ejen bebas)

Dengan 11 gol dalam 10 perlawanan iaitu purata 1 gol setiap 74 minit, Zlatan Ibrahimovic merupakan penjaring kedua terbanyak pusingan kelayakan EURO 2016 di belakang Robert Lewandowski (13 gol).

Ketua jurulatih Sweden, Erik Hamrén pernah dikutuk oleh media kerana memberikan Ibrahimovic terlalu banyak kebebasan di dalam dan luar padang.

Tetapi media Sweden perlu ingat, Sweden takkan berada dalam EURO 2016 kalau bukan kerana gol-gol Ibrahimovic.

Republik Ireland – Shane Long (Southampton)

Kebangkitan karier Shane Long di Southampton bermakna Robbie Keane – kapten dan lagenda Republik Ireland – mungkin hanya akan mempengaruhi perlawanan dari bangku simpanan sahaja. Tetapi ia akan memanfaatkan Ireland secara keseluruhannya.

Kebolehannya memenangi pertarungan fizikal dan berlari lebih laju daripada pemain pertahanan bermakna Long akan sangat cocok dengan corak taktikal defensif Ireland.

Gol tunggalnya ketika menewaskan Jerman 1-0 adalah testimoni kepentingan gaya permainannya kepada strategi Ireland.

Siapa bakal mara?

Belgium dan Itali adalah pilihan kami walaupun keteguhan pertahanan Republik Ireland dan kegeniusan Ibrahimovic mungkin boleh membuktikan sebaliknya.

Pertemuan Itali dengan Belgium akan menentukan siapa yang akan menjadi juara kumpulan. Sementara itu, Republik Ireland dan Sweden perlu mendapat keputusan positif menentang Belgium jika mahu membuat kejutan.

Baca juga: Previu EURO 2016: Kumpulan ‘Maut’ D Temukan 4 Pasukan Top 30 Ranking Dunia FIFA

The post Previu EURO 2016: Itali, Sweden, Ireland Pertaruh Kuda Tua Lawan Belgium Dalam Kumpulan E appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu EURO 2016: Kumpulan A Medan Pertembungan Adik Beradik Xhaka

21 Jun 2014. Perlawanan kumpulan G. Piala Dunia 2014. Jerman vs Ghana.

Bagaikan satu jenaka kosmik, adik beradik Boateng – Jerome dan abangnya Kevin – dipertemukan buat kali kedua di pentas yang sama.

Kali pertama Jerome, yang mewakili Jerman dan Kevin, yang mewakili Ghana bertembung sesama sendiri adalah ketika perlawanan kumpulan D dalam Piala Dunia 2010. Ketika itu, Jerman muncul pemenang dengan kemenangan 1-0.

4 tahun kemudian dalam Piala Dunia 2014, Jerman dan Ghana berada dalam satu kumpulan sekali lagi. Sekali lagi adik-beradik Boateng bertembung. Cuma kali ini perlawanan tersebut berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas 90 minit.

Pada hari kedua EURO 2016 (Sabtu, 11 Jun 2016) nanti, naratif sama akan berulang kembali. Cuma watak, tempat dan suasananya akan berbeza.

Adik beradik Xhaka – Granit dan abangnya, Taulant – akan bertembung sesama sendiri pada hari kedua EURO 2016 (Sabtu, 11 Jun 2016) apabila Switzerland menentang Albania nanti.

Fussball - Gebrueder Xhaka

Ini adalah kali pertama Granit, yang mewakili Switzerland dan Taulant, yang mewakili Albania akan menentang sesama sendiri dalam pentas antarabangsa.

Turut berada dalam kumpulan A bersama Switzerland dan Albania adalah tuan rumah, Perancis dan Romania.

Bagaimana mereka layak?

1. Perancis

Perancis layak atas kapasiti sebagai tuan rumah.

Ketika pasukan Eropah lain menggunakan peringkat kelayakan EURO 2016 untuk memilih skuad 23 pemain terakhir, Perancis dibenarkan oleh UEFA untuk mengatur perlawanan persahabatan dengan ahli-ahli kumpulan I kelayakan EURO 2016 – Portugal, Serbia, Albania, Denmark dan Armenia.

Prestasi Perancis menentang ahli-ahli kumpulan I kelayakan EURO 2016 ini cemerlang – menang 7, seri 2 dan kalah hanya sekali.

Tetapi apa yang bakal merisaukan Didier Deschamps dalam EURO 2016 nanti adalah kegagalan Perancis menewaskan Albania yang turut menghuni kumpulan A.

Perancis hanya mampu seri 1-1 di halaman sendiri dan kalah 0-1 di halaman Albania.

2. Albania

Albania yang kali pertama layak ke EURO pula layak selepas muncul naib juara kumpulan I di belakang Portugal.

Kecil-kecil cili api, Albania layak selepas berjaya mencapai matlamat asas mereka – menang salah satu perlawanan vs Portugal dan Serbia, seri dengan Denmark dan menang semua perlawanan menentang Armenia.

Paling mencuri perhatian peminat bola sepak Eropah adalah kekuatan pertahanan mereka. Albania hanya melepaskan 5 gol sepanjang kelayakan.

1 gol merupakan gol sendiri manakala 4 gol yang mereka bolos hanya datang pada separuh masa kedua.

3. Romania

Satu lagi pasukan yang kuat pertahanannya, Romania layak ke EURO 2016 sebagai naib juara kumpulan F di belakang Ireland Utara.

Sepanjang 10 perlawanan kelayakan, Romania hanya bolos 2 gol – ketika menentang Hungary dan Finland.

Muncul sebagai antara pasukan yang tak pernah kalah dalam kelayakan selain England, Itali dan Austria, kali terakhir Romania kalah adalah hampir 2 tahun lepas apabila tewas 1-2 kepada Algeria dalam perlawanan persahabatan.

4. Switzerland

Switzerland pula layak sebagai naib juara kumpulan E kelayakan EURO 2016 di belakang England. Kualiti Switzerland jelas berada satu kelas di bawah England apabila tewas 2 kali (home dan away).

Tetapi ketika menentang Slovenia, Estonia, Lithuania dan San Marino, mereka tiada masalah masalah meskipun mempunyai sedikit kesukaran menewaskan Slovenia (tewas 0-1 di halaman Slovenia).

Siapa pemain tumpuan?

Perancis – Anthony Martial (Manchester United)

Bakal bersaing dengan Antoine Griezmann, Dimitri Payet dan Kingsley Coman dalam posisi penyerang sayap, Martial mempunyai kualiti untuk menjadi match winner dari kebelasan utama mahupun dari bangku simpanan.

Albania – Lorik Cana (Nantes)

Sebagai kapten dan pemain paling banyak kaps antarabangsa untuk Albania, apa yang diarahkan oleh Cana pasti akan dituruti pemain Albania lain.

Terkenal dengan reputasinya sebagai defensive midfielder yang sering dibuang padang, Cana kini berubah menjadi centre back yang tenang dan cemerlang.

Romania – Vlad Chiricheș (Napoli)

Di Napoli, Chiricheș mungkin centre back pilihan ke-3 di belakang Kalidou Koulibaly dan Raul Albiol. Tetapi di Romania, beliau adalah punca utama mengapa Romania hanya bolos 2 gol dalam 10 perlawanan kelayakan.

Switzerland – Xherdan Shaqiri (Stoke City)

Diundi dalam satu kumpulan bersama Romania dan Albania, kreativiti dan skil Shaqiri sangat penting untuk memastikan Switzerland dapat membuka ‘kunci’ kubu dua pasukan defensif tersebut.

Siapa yang bakal mara?

Dengan kualiti pemain dan sokongan penyokong sendiri, Perancis jelas sekali adalah pasukan pilihan untuk layak ke pusingan seterusnya.

Albania dan Romania pula mungkin pasukan yang kecil profailnya berbanding Switzerland. Tetapi jangan terkejut jika kedua-dua pasukan ini mampu membuat kejutan ketika menentang Switzerland dan Perancis.

Kami menjangkakan sama ada Albania atau Romania yang bakal mengiringi Perancis ke pusingan seterusnya. Switzerland bekal menghadapi kesukaran dalam kumpulan ini.

Baca juga: 10 Pemain Bola Sepak Yang Paling Dibenci Di Perancis

The post Previu EURO 2016: Kumpulan A Medan Pertembungan Adik Beradik Xhaka appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Jadual Perlawanan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France akan bermula pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 buah negara akan bersaing merebut kejuaraan edisi ke 15 dengan pasukan Sepanyol selaku juara bertahan pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki 2 edisi berturut-turut iaitu pada pada UEFA Euro 2008 Austria & Switzerland serta UEFA Euro 2012 Poland & Ukraine. Namun begitu saingan 23 negara lain pastinya sengit dengan pasukan tuan rumah, Perancis, Jerman, Itali, England, Portugal dan Belgium adalah antara pasukan pilihan edisi kali ini.

24 negara ini telah diundi dalam 6 kumpulan di mana 16 pasukan akan melangkah ke pusingan kalah mati 16 terbaik. Pusingan ini melibatkan 12 pasukan juara dan naib juara peringkat kumpulan serta 4 pasukan terbaik di kedudukan tempat ketiga kumpulan masing-masing. Setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing dengan memanfaatkan setiap ruang dan peluang menjaringkan gol selain kawalan ketat barisan pertahanan mengekang asakan lawan bagi mencapai kemenangan sekaligus mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Barisan kejurulatihan masing-masing pastinya akan menyusun formasi, strategi dan taktikal menghadapi lawan masing-masing. Tidak mustahil edisi kali ini menyaksikan kejutan berlaku seperti mana edisi-edisi terdahulu.

Bual Sukan percaya, edisi UEFA Euro 2016 France ini pastinya menarik untuk disaksikan oleh seluruh peminat bola sepak. Pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan akan mewakili zon UEFA ke saingan FIFA Piala Konfederasi 2017 Russia akan datang. Berikut adalah Jadual Perlawanan UEFA Euro 2016 France akan datang :    

KUMPULAN A

10 Jun 2016
Perancis lwn Romania

11 Jun 2016
Albania lwn Switzerland

15 Jun 2016
Romania lwn Switzerland
Perancis lwn Albania

19 Jun 2016
Switzerland lwn Perancis
Romania lwn Albania

KUMPULAN B

11 Jun 2016
Wales lwn Slovakia
England lwn Russia

15 Jun 2016
Russia lwn Slovakia

16 Jun 2016
England lwn Wales

20 Jun 2016
Slovakia lwn England
Russia lwn Wales

KUMPULAN C


12 Jun 2016
Poland lwn Ireland Utara
Jerman lwn Ukraine

16 Jun 2016
Ukraine lwn Ireland Utara
Jerman lwn Poland

21 Jun 2016
Ireland Utara lwn Jerman
Ukraine lwn Poland

KUMPULAN D


12 Jun 2016
Turki lwn Croatia

13 Jun 2016
Sepanyol lwn Republik Czech

17 Jun 2016
Republik Czech lwn Croatia
Sepanyol lwn Turki

21 Jun 2016
Croatia lwn Sepanyol
Republik Czech lwn Turki

KUMPULAN E

13 Jun 2016
Republik Ireland lwn Sweden
Belgium lwn Itali

17 Jun 2016
Itali lwn Sweden

18 Jun 2016
Belgium lwn Republik Ireland

22 Jun 2016
Sweden lwn Belgium
Itali lwn Republik Ireland

KUMPULAN F


14 Jun 2016
Austria lwn Hungary
Portugal lwn Iceland

18 Jun 2016
Iceland lwn Hungary
Portugal lwn Austria

22 Jun 2016
Iceland lwn Austria
Hungary lwn Portugal

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Nama Gelaran Pasukan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan bola sepak berprestij negara-negara eropah UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 atau UEFA Euro 2016 France akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 buah negara akan bersaing pada edisi kali merebut kejuaraan kejohanan edisi ke 15 ini. 24 buah negara ini telah diundi dalam 6 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan serta 4 pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan akan melangkah ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik. Kejohanan edisi kali ini menyaksikan 5 negara bakal membuat kemunculan pertama pada saingan UEFA Euro 2016 France iaitu Albania, Iceland, Ireland Utara, Slovakia dan Wales.

Pasukan Sepanyol selaku juara bertahan pastinya sekali lagi turun bagi mempertahankan gelaran yang mereka menangi 2 edisi berturut-turut iaitu pada UEFA Euro 2008 Austria & Switzerland serta UEFA Euro 2012 Poland & Ukraine. Namun begitu, saingan edisi kali ini dijangka mendebarkan dengan pasukan-pasukan lain pastinya memberikan permainan terbaik masing-masing. Setiap pasukan ini pastinya mempunyai nama gelaran masing-masing berdasarkan sejarah negara masing-masing. Nama gelaran mereka ini pastinya menyemarakkan lagi sokongan penyokong pasukan masing-masing yang pastinya akan memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada pasukan kesayangan mereka. 

Bual Sukan percaya, nama gelaran pasukan masing-masing adalah antara elemen yang menyemarakkan lagi sokongan penyokong bola sepak pada saingan kali ini. Berikut adalah nama gelaran 24 pasukan yang bersaing pada edisi UEFA Euro 2016 France kali ini :

Perancis : Les Bleus, Les-Tricolores, La Selection (The Blues, The Tri-Colors, The Selection) 
Romania : Tricolorii (The Tricolours)
Switzerland : Schweizer patiLa NatiRossocrociati
Albania : Kuq e Zinjtë,  Shqiponjat (The Red and Blacks, The Eagles)

England : The Three Lions 
Russia : 
Wales : The Dragons 
Slovakia : Repre 

Jerman : Nationalelf (National Eleven), DFB-Elf (DFB Eleven), Die Mannschaft (The Team)
Poland : Biało-czerwoni (The white and reds), Białe Orły (The White Eagles)
Ukraine : The Team, Yellow-Blue
Ireland Utara : Green and White Army, Norn Iron

Sepanyol : La Furia Roja (The Red Fury), La Furia (The Fury), La Roja (The Red [One])
Republik Czech : 
Turki : Ay-Yıldızlılar (The Crescent-Stars)
Croatia : Vatreni (The Blazers)

Belgium : De Rode Duivels, Les Diables Rouges, Die Roten Teufel (The Red Devils)
Itali : Gli Azzurri (The Blues)
Republik Ireland : The Boys in Green, The Green Army
Sweden : Blågult (The Blue-Yellow)

Portugal : A SelecçãoA Selecção das Quinas
Iceland : Strákarnir okkar (Our boys)
Austria : Das Team, Burschen, Unsere Burschen
Hungary : The Magical Magyars, Nemzeti Tizenegy (National Eleven)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France akan berlangsung pada 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. Kejohanan edisi ke 15 ini buat pertama kalinya melibatkan 24 buah negara iaitu tambahan 8 lagi negara di mana sebelum ini hanya melibatkan penyertaan 16 buah pasukan. Setiap pasukan kini sedang sibuk menjalani latihan fasa terakhir sebelum memilih senarai 23 orang pemain yang bakal menggalas cabaran negara masing-masing pada kejohanan kali ini.

Ketua Jurulatih pastinya antara individu yang berperanan penting dalam pasukan mereka. Bual Sukan percaya, kemampuan mereka menyusun formasi, strategi serta taktikal berdepan lawan masing-masing amat penting bagi memastikan kejayaan serta pasukan mencapai keputusan yang disasarkan seterusnya mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta kemampuan mempertahankan gol daripada dibolosi pastinya akan berjaya mencapai sasaran keputusan yang ditetapkan oleh barisan Ketua Jurulatih masing-masing. Berikut adalah senarai barisan Ketua Jurulatih 24 Pasukan yang bersaing dalam edisi UEFA Euro 2016 France kali ini :

Perancis : Didier Deschamps
Romania : Anghel Iordanescu
Switzerland : Vladimir Petkovic
Albania : Gianni De Biasi

England : Roy Hodgson 
Russia : Leonid Slutsky  
Wales : Chris Coleman
Slovakia : Jan Kozak

Jerman : Joachim Low
Poland : Adam Nawalka
Ukraine : Mykhaylo Fomenko
Ireland Utara : Michael O’Neill

Sepanyol : Vicente del Bosque
Republik Czech : Pavel Vrba
Turki : Fatih Terim
Croatia : Ante Cacic

Belgium : Marc Wilmots
Itali : Antonio Conte
Republik Ireland : Martin O’Neill
Sweden : Erik Hamren

Portugal : Fernando Santos
Iceland : Lars Lagerback & Heimir Hallgrimsson
Austria : Marcel Koller
Hungary : Bernd Storck 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Kejohanan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan berprestij bola sepak negara-negara eropah, Piala Negara-Negara Eropah 2016 atau UEFA European Championship 2016 (UEFA Euro 2016) merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Union of European Football Associations (UEFA). Kejohanan setiap 4 tahun sekali ini telah memasuki edisi ke 15 penganjurannya sejak kejohanan ini diperkenalkan pada tahun 1960. Bagi tahun 2016 ini, kejohanan akan berlangsung di Perancis bermula pada 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. Ini merupakan kali ketiga Perancis menjadi tuan rumah kejohanan ini setelah menjadi tuan rumah untuk edisi pertama 1960 dan edisi ketujuh pada tahun 1984  

Edisi UEFA Euro 2016 France ini buat pertama kalinya melibatkan saingan 24 buah negara di mana Perancis selaku tuan rumah layak secara automatik manakala 19 negara layak melalui saingan peringkat kumpulan pusingan kelayakan serta 4 lagi negara melalui saingan playoffs. Saingan edisi kali ini menyaksikan pasukan Belanda yang merupakan antara pasukan gergasi bola sepak eropah gagal melayakkan diri setelah terkandas di saingan pusingan kelayakan. 
Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan menyenaraikan pemain-pemain terbaik pada saingan kali ini bagi memastikan pasukan mereka mampu mencapai keputusan membanggakan seterusnya mencerahkan laluan ke pusingan 16 pasukan terbaik. Dengan slogan Le Rendez-VousUEFA Euro 2016 France akan berlangsung di 10 buah bandar sekitar Perancis antaranya Bordeaux, Lens, Lille, Lyon, Marseille, Nice, Paris, Saint-Denis, Saint-Etienne dan Toulouse. Bola rasmi kejohanan UEFA Euro 2016 France adalah Adidas Beau Jeu manakala maskot rasmi kejohanan pula dikenali sebagai Super Victor

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms: